Recent Post

Thursday, July 16, 2015

Dottie Kini Semakin Kurus & Cantik


Pelakon comel berbadan gempal Dottie atau nama sebenarnya Nur Syuhaida kini tampil dengan penampilan terkini yang lebih slim dan kurus.

Rata-rata terkejut melihat perubahan Dottie yang semakin cantik dan kurus itu. Dottie kini merupakan duta produk kecantikkan iaitu Inayah. Kiranya memang berkesanlah produk ni. Padanlah kurus.

Ada yag mengatakan Dottie comel semasa berbadan besar dan kelihatan jelita apabila kurus.

Nur Syhaida yang lenih mesra disapa Dottie mula popular melalui drama Dottie lakonan mantapnya bersama Sharnaaz Ahmad, Eliza dan Marsha Milan Londoh.

Jom lihat gambar terkini Dottie.








Sumber: Ohkisahnya

Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dottie Kini Semakin Kurus & Cantik
Read more ...

CHE TA - "SEBAHAGIAN BARANG KEMAS ANAK SAYA ADALAH HADIAH DARIPADA PEMINAT"

Gambar Oleh: myartis.com

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, menjelaskan sebahagian barangan kemas yang dipakai oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan adalah hadiah daripada peminat.

Menurut Che Ta, seorang wanita dari Kelantan yang juga stokis produk wangian miliknya beria-ia mahu menghadiahkan barangan tersebut kepada anaknya dan dia tidak sampai hati untuk menolak.

"Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah.

"Saya keberatan untuk menerima pada awalnya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu menghadiahkan dan sebab itu saya terima," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.

Che Ta berkata demikian sebagai mengulas kritikan daripada peminat kononnya dia terlalu memanjakan anak dengan kemewahan termasuk barangan kemas.

"Itu adalah hadiah daripada peminat dan saya pakaikan sebagai menghargai pemberian tersebut tambahan pula kalau disimpan nanti bila dia dah besar tidak muat pula," jelasnya.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui, dia obses membelikan pakaian untuk anak perempuannya itu sehingga ada di antaranya tidak dapat dipakai kerana Aaisyah cepat membesar.

Disebabkan itu, anaknya tidak mengulang pakai baju yang sama kerana bimbang tidak sempat memakai pakaian baharu yang dibeli.

"Saya memang suka beli baju untuk dia, biasalah ini kali pertama dapat anak perempuan jadi perasaan teruja itu lebih sikit.

"Malah rakan-rakan banyak memberikan hadiah kepada Aaisyah dan masih ada yang belum sempat dipakainya," kata Che Ta.

Malah Che Ta berhasrat untuk mendermakan pakaian tersebut kepada golongan memerlukan terutamanya anak yatim.

"Bayi cepat besar jadi banyak baju-bajunya yang sudah tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok. Lebih baik saya dermakan sekurang-kurangnya dapat membantu golongan tidak bernasib baik," katanya.
Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CHE TA - "SEBAHAGIAN BARANG KEMAS ANAK SAYA ADALAH HADIAH DARIPADA PEMINAT"
Read more ...

Emma Maembong Tidak Beli Baju Raya Kerana Sibuk Pengambaran

Gambar: mynewshub.cc

DEK kerana sibuk menjalani penggambaran, aktres jelita Emma Maembong mendedahkan dia tidak berkesempatan untuk melakukan persiapan menyambut perayaan Aidilfiri kali ini.

Jelas Emma, seperti tahun sebelum ini, dia dan keluarga sememangnya menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana.

“Raya kami sekeluarga biasa saja, persiapan pun secara sederhana saja dan tiada apa yang berbeza antara raya tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Tiada apa-apa tema pun sebaliknya kami pakai apa yang ada dan tidak lah terlalu beria sangat menghias rumah.

“Tahun ni saya sangat sibuk dengan penggambaran drama bersiri. Hampir setiap hari penggambarn habis sehingga pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi saya memang tak beli pun baju raya. Lagipun saya sudah ada koleksi yang dihasilkan Melinda Looi, jadi saya pakai baju-baju itu saja lah,” katanya kepada Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Emma memberitahu akan pulang beraya ke kampung halaman, di Kuala Terengganu, Terengganu.




Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Emma Maembong Tidak Beli Baju Raya Kerana Sibuk Pengambaran
Read more ...

Serangan 1MDB 'cinta' buat Anwar


Video oleh Lester Melanyi telah mengheret sama pemimpin pembangkang apabila mendakwa laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipalsukan.

Lester yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas editor Sarawak Report mendakwa beliau bertanggungjawab memalsukan maklumat untuk laman web yang dikendalikan oleh Clare Rewscastle Brown itu.

"Rancangan 1MDB mula diceritakan kepada saya oleh Clare pada Januari tahun ini. Dia memberitahu saya kita mempunyai misi yang sangat penting kali ini untuk (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Dia memberitahu saya bahawa saya terpaksa buat sesuai dengan apa (ahli parlimen DAP) Tony Pua dan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) mahu," kata Lester dalam video yang telah tersebar secara meluas termasuk di Facebook Friends of BN.


Bagaimanapun Clare berkata Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report dan hanya bertugas untuk beberapa bulan di Radio Free Sarawak (RFS) pada 2011.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini dalam kenyataannya menafikan menjadi dalang dengan memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Rafizi berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung Lester ahli Parlimen Pandan itu menjadi dalang dan memberi arahan untuk memfitnah Najib.

Rafizi turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap mereka tidak lama lagi.

Dalam video itu, yang dikatakan bahagian pertama itu, Lester mendakwa mereka cipta maklumat mengenai 1MDB susulan ‘cinta’ untuk Anwar.

Sumber


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Serangan 1MDB 'cinta' buat Anwar
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *