Recent Post

Sunday, October 23, 2016

Kerajaan ada duit untuk tampung Bajet 2017 - Zahid - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 22 Oktober 2016 By ROSLI ISMAIL

Ada-ada saja usaha untuk merobek Bajet 2017 dengan berbagai dakwaan untuk menghilangkan keyakinan rakyat pada kerajaan.

Bayangkan kerana nawaitu politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah duduk dalam kerajaan cakap kononnya Bajet 2017 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai semua inisiatif yang diumumkan.

Sebagai menjawab semua ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas.

Beliau berkata dana kerajaan mencukupi untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran seperti yang terkandung dalam Bajet 2017.

Zahid menyatakan demikian kepada wartawan  selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson Sabtu.

"Dalam penyediaan bajet, lazimnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah melakukan engagement dengan pelbagai pihak dan memperoleh maklum balas mengikut sektor atau kumpulan sasaran yang mahu diagihkan dana seperti dalam belanjawan berkenaan.

"Bagi tujuan itu, tentunya beberapa konsultasi telah diadakan bukan hanya dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Malaysia tetapi juga dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta, sektor perbankan, institut penyelidikan dan sebagainya.

"Di dalam tiap-tiap belanjawan ini tentu ada unsur-unsur yang mengambil kira keberhasilan seperti berapa hasil yang diperoleh kerajaan dan tentunya ada anggaran untuk perbelanjaan," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata walaupun bajet yang dibentangkan semalam adalah bajet defisit, tetapi kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran.

"Defisit itu merupakan peratusan yang kecil, tentu perkara ini difahami orang berkenaan tetapi apabila berada di sebelah sana seolah-olah mengkaburkan matanya untuk menerima hakikat inilah persediaan dan penyediaan belanjawan yang berlandaskan kedudukan kewangan fiskal (negara).

"(Ia) juga (berlandaskan) pada keadaan kewangan negara berdasarkan pendapatan negara yang diperoleh daripada beberapa sumber daripada cukai korporat, cukai pendapatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan, cukai eksesais dan pelbagai sumber lain," katanya.- 22/10/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Astro Lancar Saluran Baru TARA HD

Astro telah melancarkan sebuah saluran Hiburan Hindi Umum yang berdefinisi tinggi (HD) baharu iaitu TARA HD (Saluran 108). Semua pelanggan yang memiliki dekoder Astro B.yond akan menikmati akses pra-tonton percuma ke saluran ini sehingga 20 November 2016.

Para penggemar hiburan Bollywood pasti akan teruja untuk menyaksikan pelbagai rancangan yang disajikan menerusi saluran ini termasuklah hiburan terkini dari dunia Bollywood seperti filem-filem klasik, rancangan siri televisyen, program realiti, rancangan bual bicara dan drama televisyen menerusi dua saluran jenama Hindi terkini, iaitu TARA HD dan BollyOne HD (Saluran 251).

Launch of TARA HD_Dr Rajamani and Hemalatha

Sejurus tempoh pra-tonton percuma di saluran ini tamat, TARA HD boleh dinikmati oleh pelanggan Astro menerusi pakej Astro Family HD dan boleh turut disaksikan menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG), selain turut terkandung di dalam pakej pra-bayar bagi pelanggan NJOI.

Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Pelanggan India, Dr. Rajamani Chellamuthu berkata, "Kami di Astro sentiasa mahu memberikan kandungan hiburan berbahasa India terbaik kepada para pelanggan. Pada tahun 2014, kami telah melancarkan BollyOne HD, iaitu sebuah saluran hiburan berbahasa India tanpa henti di mana kami memaparkan filem-filem Hindi terkini, dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelanggan. Kini dengan adanya TARA HD, kami akan bawakan lebih banyak hiburan Hindi hebat kepada penonton termasuklah pelbagai jenis drama, filem, konsert, program anugerah berprestij, program realiti, dokumentari dan program bual bicara.

TARA HD hanya menawarkan hiburan Bollywood terbaik kepada pelanggan dan sesuai ditonton oleh setiap peringkat usia. Kami juga turut telah memilih pelbagai jenis filem dan drama dari beberapa saluran terkenal seperti Colors, Star Gold dan Star Plus untuk disiarkan bagi memastikan setiap pelanggan kami menerima hanya kandungan hiburan yang terbaik serta hebat dari kami".

TARA HD turut menawarkan drama bersiri terbaik, selain rancangan aneka ragam, dan program muzik yang dibawakan khas dari India dan Pakistan. Antara program menarik yang pasti menarik perhatian penonton adalah beberapa judul drama seperti 'Chakravarthi Ashok Samrat', 'Nagin', 'Yeh Hai Mohobattein', 'Ishqbaaaz' dan 'CID'; selain drama bersiri seperti 'Yudh' yang dibintangi Amitabh Bachchan. Selain itu juga antara program menarik lain yang boleh disaksikan menerusi saluran baharu ini adalah rancangan bual bicara popular seperti 'Koffee with Karan' dan 'The Kapil Sharma Show' selain beberapa rancangan variasi yang lain seperti 'Bolly Stars', 'Bolly Dance', dan 'Comedy Nights Bachaq'.

Tayangan filem blockbuster dan pelbagai rancangan menarik bersempena sambutan perayaan Deepavali

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati pra-tonton percuma saluran TARA HD ini sehingga 20 November 2016. Namun setelah tamat tempoh pra-tonton tersebut, saluran ini boleh dinikmati dengan melanggan pada harga RM 7.00 untuk tempoh masa 3 hari, RM 10.00 untuk tempoh masa 7 hari dan RM 25.00 bagi tempoh masa 30 hari. Selain itu, TARA HD juga boleh disaksikan oleh pelanggan Astro menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD).

Langganan AOTG ini adalah termasuk di dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej yang lain, ianya boleh dibeli pada harga RM 10.60/sebulan.

Kesemua program yang disiarkan di saluran TARA HD juga turut disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk keterangan lanjut mengenai TARA HD, sila layari http://www.bollyonehd.com/bollywoodnews. Untuk melanggan sebarang pakej di Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03 -9543 3838.

Opening performance by Desi Dance group

Group picture with local talents and host

Dr Rajamani with Local artist

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Ketahui 4 Elemen Penting Dalam Menjadikan Penulisan Lebih Berpengaruh Serta Mendapat 'Share' Yang Tinggi

Sudah semestinya jika kita ingin menyampaikan sesuatu, mengenai insiden atau produk mahu pun situasi, ianya membuatkan kita teruja untuk menulis, lebih-lebih lagi di media sosial, supaya orang ramai tahu, dan boleh mendapat perkongsian yang banyak. Namun begitu, ada kalanya, sukar untuk kita mempromosikan sesuatu perkara itu, lebih-lebih lagi jika sudah membuat penulisan yang menerangkan akan apa yang berlaku. Ianya, membuatkan kita keliru, mengapa hanya beberapa sahaja yang membaca, dan mendapat perkongsian yang sedikit sahaja.

Ingin tahu mengapa ianya berlaku sebegitu, admin kongsikan bagaimana untuk memastikan penulisan anda menjadi lebih berpengaruh, dan mungkin menjadi bualan ramai, serta mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat, apa yang perlu dilakukan, hasil penulisan dari saudara, Khairul Hakimin Muhammad.

Sepanjang kita bermain Facebook, kita pasti mahukan impak pada setiap kali kita muat naik status. Sama ada berbentuk like, share atau mahu berkomunikasi dalam bentuk komen-reply. Ada satu lagi bahagian yang cukup menyeronokkan dalam kita bermedia sosial, terutamanya di Facebook.

Ia bukan sahaja menambah nilai baik dalam setiap perkongsian, ia juga membantu ekonomi Negara. Wah. Pasti teruja, bukan?

Baik, setiap kali kita muat naik status tentang lokasi, tempat, makan-makan, atau muat naik gambar tentang satu-satu hal, ada banyak perkara yang kita mahu sampaikan. Ada kalanya terlalu banyak dan meleret-leret hinggakan pembaca jadi bosan. Lalu tinggalkan penulisan kita.

Ada juga yang menulis tanpa meletakkan isi, hanya sekadar ekspresi seperti "seronoknya!" bestnya!". Juga masih belum dapat impaknya ke hati pembaca.

Baik, hari ini saya kongsikan salah satu rahsia saya bagaimana saya menulis satu-satu perkara itu menjadi ilmu dan akhirnya dikongsi oleh ramai pema in Facebook di dalam dan luar negara.

Kita akan menyusuri kaedah yang saya lakukan ini selama lebih 10 bulan dan berjaya mengumpulkan lebih 90,000 pengikut hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja kawan-kawan, saya cukup berpuas hati kerana berjaya menjadi lubuk untuk membantu rakan-rakan lain menguasai ilmu ini bagi menaikkan ekonomi rumah tangga, ekonomi syarikat, serta membantu menaikkan perniagaan di mana-mana lokasi.

Hasilnya, ia juga membantu menaikkan kuasa beli dan menjana ekonomi negara.

Saya akan gunakan contoh paling mudah, iaitu masakan Asam Pedas Ikan Siakap. Ia boleh dibuat dengan apa pun subjek yang kita mahukan. Seperti ulasan terhadap tokoh, tempat, lokasi pengembaraan, kedai runcit, makcik jual nasi lemak, atau apa sahaja.

Baik, menjadi kebiasaan, apabila kita menulis, kita hanya fokus kepada meluahkan apa yang patut dikongsi. Sebagai contoh, ia sedap, ia enak, ia buat kalian rasa nak menambah-nambah dan sebagainya.

Secara jujur, ada empat (4) elemen penting dalam setiap penulisan kita untuk menjadikan penulisan kita itu berpengaruh, seterusnya mendapat 'share' yang tinggi kerana isi dan elemen dalam penulisan tersebut.

1. FAKTA

Sebagai contoh, asam pedas ini saya makan di Restoran Khairul yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Jika kalian biasa ke Bangi Sentral, ia betul-betul sederet dengan Butik Rina Salleh.

Fakta yang kita masukkan ialah: Lokasi - Seksyen 9 dan sebaris dengan butik.

Boleh juga dimasukkan fakta seperti, harganya ialah RM8.00 sepotong ikan siakap. Ikan ini juga dimasak dengan cukup sempurna, rasa masam dan kepedasannya juga lengkap menyebabkan kita rasa asam pedas ini terbaik.

Atau, restoran ini punya kawasan yang luas dan punya banyak meja untuk sekeluarga datang makan. Ada ruang khas untuk mereka yang merokok di bahagian luar.

Apabila memasukkan fakta-fakta begini, maka penulisan kita akan dipenuhi dengan ilmu dan pengetahuan. Ia menambah nilai kepada pembaca dan memberi impak kepada peniaga juga kepada para pelanggan baru.

2. Masukkan Emosi

Kemudian, kalian boleh tambah emosi dalam setiap penulisan sebegini. Sebagai contoh, makanan ini sedap, rasa mahu menambah sepinggan dua lagi.

Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta.

Emosi hanya boleh ditambah dalam 1 hingga 3 ayat sahaja. Ia bersifat pendapat dan perlu sangat minima dalam satu-satu penulisan.

Cuma, kalian perlu beringat. Pastikan masakan tersebut (atau apa pun subjek) memang betul sedap. Barulah menulis dengan betul. Sekiranya sebaliknya, tidak perlu tulis, hanya perlu maklumkan kepada pemilik restoran sahaja.

Ingat, tulis yang baik-baik sahaja.

3. Jaga Bahasa

Maksud menjaga bahasa ini ialah, menjaga ejaan. Langsung tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form, bahasa sms dan sebagainya. Eja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun.

Kesemua ejaan yang betul ini boleh diterjemah melalui 'see translation' yang disertakan di dalam setiap satu posting yang dibuat. Ia akan memudahkan perkongsian di lakukan.

Awalnya, hanya jaga ejaan. Kemudian belajarlah menggunakan tatabahasa dengan betul pula.

Oh ya, jika kalian nak gunakan bahasa inggeris, atau bahasa lain. Tidak jadi masalah. Yang penting, ejaan tetap dijaga dengan baik.

4. Impak Positif

Akhir sekali, pastikan posting yang kita muat naik ini mempunyai impak positif.

Sekiranya posting kita tersebut akan dikongsi kerana kebaikan yang kita tulis, maka klik butang post. Jika tidak, tak perlu muat naik.

Impak positif sangat diperlukan bagi satu-satu penulisan media sosial. Ia bukan sahaja akan dikongsi, malah ia akan jadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai contoh, masakan asam pedas dari Restoran Khairul ini punya elemen positif apabila dimuat naik di Facebook.

Ia akan beri kesan pengikut (follower) akan turut mahu rasa masakan tersebut.Maka, jualannya bertambah. Jualan ikan siakap di pasar juga bertambah. Dan jualan ikan di jeti serta pelabuhan juga bertambah. Maka, ekonomi kita akan bertambah dengan baik.

Tidak salah untuk hebahkan atau ulas makcik yang menjual nasi lemak dalam bentuk penulisan sebegini, juga sesiapa sahaja yang berniaga.

Ia membantu ekonomi kalian, ekonomi jiran. Serta yang paling bagus ialah ia memberi maklumat tentang perkara kebaikan yang ada di setiap genab sudut dalam dan luar negara.

Tulis kebaikan dan perbanyak perkongsian, Tuhan akan murah-murahkan rezeki kepada saya dan kalian. - Siakap Keli

Read more ...

Malaysia terus tunjuk disiplin fiskal, kata firma pelaburan global

Malaysia terus menunjukkan disiplin fiskal dengan berjaya mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur sejak krisis kewangan global hingga ke hari ini.

Kejayaan itu dicapai dengan pelaksanaan pelbagai langkah memeritkan seperti memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan, mengurangkan subsidi bahan api serta mempelbagaikan ekonomi.

Firma pelaburan global, Franklin Templeton Investments berkata, Bajet 2017 bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui perbelanjaan berhemat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama memberi perhatian rapi kepada kesejahteraan rakyat.

"Ia adalah imbangan yang baik, tetapi jika ia dilaksanakan dengan baik iaakan menawarkan pelincir kepada enjin ekonomi bagi menjana aktiviti ekonomi dan merangsang keyakinan perniagaan," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pendapatan Tetap serta Sukuk Franklin Templeton Investments Malaysia, Hanifah Hashim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan itu percaya jumlah defisit fiskal 2016 sebenar akan menjadi sekitar 3.0 peratus dan ia kadar yang masih boleh diterima oleh agensi penarafan antarabangsa berikutan iklim ekonomi global yang mencabar.

Kedudukan fiskal negara pada separuh kedua 2016 dan awal 2017 juga dijangka bertambah baik kerana kerajaan sedang mencari pendapatan lain.

"Terdapat tanda-tanda terdapat laluan ke arah ekonomi maju dan padapandangan kami, Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi yang kompetitif di kalangan pasaran sedang muncul lain," katanya.

Lebihan dagangan negara juga kekal sihat, dengan rizab asing yang boleh menyokong 8.5 bulan import tertangguh dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar setahun penuh 2016 akan mencatat 4.0 peratus, sesuatu yang boleh dipuji berikutan pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Hanifah berkata, dengan permintaan domestik yang lebih lemah, data eksport dan inflasi yang rendah, Franklin Templeton Investment menjangka pertumbuhan Malaysia akan menurun dan dasar monetari akan terus akomodatif sehingga 2017, dengan potensi satu lagi pemotongan kadar dasar semalaman mungkin berlaku.

"Projek pembangunan infrastruktur adalah satu daripada perbelanjaan fiskal utama yang kami percaya akan memanfaatkan ekonomi dan rakyat jika ia disasar dan diagihkan secara telus berikutan kesan penggandanya ke atas sektor lain seperti pembinaan, pengeluaran dan perkhidmatan.

"Pengumpulan dana juga akan merangsang bekalan pasaran bon dan sukuk, yang menawarkan tempat yang baik kepada pengurus pelaburan dengan portfolio tempatan seperti Franklin Templeton, untuk melabur," katanya. -Bernama

Read more ...

Saturday, October 22, 2016

Malaysia masih mampu bentang bajet terbaik - TPM - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Malaysia masih mampu membentangkan bajet yang terbaik untuk rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini mengambil kira agihan kepada semua golongan dan sektor.

"Saya mewakili pihak jemaah menteri mengucapkan tahniah atas belanjawan yang cukup berpijak di bumi yang nyata walaupun kita tahu kehilangan pendapatan daripada sumber-sumber yang berasaskan kepada petroleum.

"Namun, apa yang telah dibentangkan memperlihatkan bahawa kita masih mampu memberikan agihan yang sepatutnya kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut melahirkan ucapan terima kasih kerana sektor keselamatan tetap diberikan keutamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh jumlah peruntukan yang besar.

Katanya, peruntukan berjumlah RM80 juta bagi membekalkan pakaian seragam kepada anggota RELA juga menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri untuk melihat anggota sukarelawan itu berada di seluruh pelosok negara bagi membantu agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjaga keamanan negara.

Sejumlah RM12.8 bilion diperuntukkan bagi Kementerian Dalam Negeri, termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM dalam Bajet 2017.

Mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk memajukan negara dalam tempoh tiga dekad, Ahmad Zahid berkata beliau memberikan dokongan yang penuh terhadap pengenalan transformasi itu kerana ia penting dalam memastikan generasi akan datang bersama kerajaan membentuk hala tuju negara.

"Pada tahun 2057, negara kita akan berada di ambang 100 tahun kemerdekaan, tentunya transformasi nasional yang baru ini amat diperlukan supaya generasi Y yang ada serta generasi Z, dan generasi alfa yang akan muncul, mempunyai saham bersama membentuk negara," katanya.

Ditanya mengenai bajet kepada Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid menegaskan ia bukanlah peruntukan kepada Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya ia melibatkan 90 agensi di bawah jabatan itu.-BERNAMA

Read more ...

Warga Myanmar Maut Tersepit Dalam Mesin Pengisar Tanah

KUCHING 21 Okt. - Seorang pekerja rakyat Myanmar maut selepas tersepit di dalam sebuah mesin pengisar tanah di sebuah kilang batu bata di Batu 14, jalan Puncak Borneo, Padawan dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Nyi Nyi Aung, 31, ditemukan telah meninggal dunia sebaik sahaja ditemui.

Katanya, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan diketuai pegawai bomba kanan Jude Anak Reiny telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan mekanik di kilang berkenaan bagi mengangkat mesin pengisar tanah menggunakan jentera angkat susun," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Utusan Online

Read more ...

Adibah Nor: 'Biarlah saya terus berahsia...'

Meskipun berasa kecewa, Adibah Noor beranggapan biarlah jalan cerita filem lakonannya Fundamentally Happy yang gagal melepasi kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kekal menjadi rahsia.

Kata pengacara, penyanyi dan pelakon itu, jika ada sesiapa ingin menonton filem berkenaan mereka boleh berbuat demikian tetapi di luar negara.

"Biarlah saya terus berahsia mengenai kisah difilemkan itu. Jika ia tidak akan ditayangkan di sini, jadi buat apa nak diceritakan?

"Saya mahu jadi kedekut bab itu, sekiranya hendak tengok apa yang ada dalam Fundamentally Happy anda boleh pergi ke Singapura," katanya kepada Malaysiakini.

Adibah, 46, ditemui pada Konsert Adibah Noor Into The 3rd Decade di Kuala Lumpur malam semalam. Untuk konsert itu, Adibah menyampaikan lagu yang dipilih dari album pertama hingga ketiga sejak dirinya bergelar penyanyi. Persembahan itu berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini di KL Pac.

Menurut Adibah, walaupun Fundamentally Happy tidak akan dipertontonkan secara komersial di Singapura, ia masih mempunyai harapan untuk ditayangkan di institusi pendidikan dan festival filem.

Secara ringkas, Adibah menjelaskan Fundamentally Happy filem yang mengimbau sejarah silam, kemaafan, sesalan dan langkah untuk meneruskan kehidupan pelbagai konflik.

Bagaimanapun, susulan cerita yang berlegar tentang kewujudan karakter lelaki Melayu, kanak-kanak Cina dan wanita bertudung labuh serta isu pedofilia dianggap LPF kurang sesuai untuk filem arahan Tan Bee Thiam dan Lei Yuan Bin ditayangkan di pawagam negara ini.

Ditanya mengenai kegagalan mendapat kelulusan tayangan LPF, Adibah berkata ia terpaksa menerima kenyataan bahawa segelintir orang Melayu di negara ini bersifat "cepat sentap."

Katanya, dalam memberikan rasional mengapa LPF tidak memberikan kelulusan kepada filem itu Adibah berkata mereka memberikan alasan "Melayu tersinggung" sebanyak lima kali berbanding dua kali saja menyentuh isu agama.

Menurut Adibah Fundamentally Happy tidak memfokuskan isu Melayu dan agama seperti dianggap LPF.

Dan Adibah tidak menolak kemungkinan sentimen cepat tersentap itu mendorong LPF cenderung menolak filem terbitan 13 Little Pictures itu.

"Saya cuba memahami rasional LPF dan alasan tindakan berkenaan diambil dengan seikhlasnya kerana beranggapan mereka tidak mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Yalah, orang Melayu terlalu sensitif sedangkan filem seperti Ola Bola dan Lelaki Harapan Dunia juga turut dipertikaikan. Mengapa begitu?" soalnya.

Read more ...

Friday, October 21, 2016

Siti Sarah Terharu Pihak Media Dan Peminat Masih Lagi Memberikan Sokongan Buatnya

Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan ataupun melakukan persembahan. Namun, kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegar Vaganza 3 membuat ramai terpukau dengan persembahan beliau yang agak mantap.

Malah, Siti Sarah dapat mengungguli tangga teratas selepas konsert pengenalan GV3 tamat.

Menerima pelbagai komen positif, Siti Sarah terharu apabila wartawan dan peminatnya masih lagi menyokong beliau.

Selama tempoh senyap itu selain fokus pada keluarga saya banyak bermuhasabah diri. Banyak kesilapan telah saya lakukan sepanjang menyanyi dahulu.

Saya ini manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, termasuk mungkin ada perbuatan saya yang menyakitkan hati orang lain.

Bertemu kembali rakan-rakan media, saya sangat terharu kerana mereka banyak membantu menaikkan nama saya suatu ketika dahulu. Sokongan pihak media berterusan apabila saya menyertai GV3.

Pada masa yang sama, Siti Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana cukup bahagia bersama suaminya Shuib Sepahtu. Menurut Siti Sarah, Shuib banyak mengajar beliau tentang erti kehidupan.

Suami sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya buat keputusan betul menerima Shuib sebagai suami dan kini kami bahagia dengan tiga anak.

Shuib banyak mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebelum ini banyak hal saya harungi tetapi Shuib sangat penyabar, penyayang dan prihatin tentang apa jua saya lakukan.

Tidak kami nafikan Siti Sarah melakukan persembahan yang agak memukau meskipun sudah lama tidak menyanyi. Kami harap minggu ini, Siti Sarah masih dapat mengekalkan mutu persembahannya.

Sumber Berita : Mangga Media_________________________________________________________________________

Serius Abang Nara dah jatuh cinta dengan applikasi MANIS yang super duper awesome ini. Kalau selama ini lepas bershopping, makan di kedai dan beli barang dapur, resit resit yang diberi entah hilang ke mana, tapi sejak ada applikasi MANIS nie, semuanya Abang Nara simpan elok elok untuk di"snap".

 photo Manis V3 2.jpg

Kenapa nak kena "snap"? Sebab bila resit itu di"snap" dengan applikasi MANIS dalam masa 24jam, kita akan dapat mata ganjaran/point. Tak kira la makan kat kedai mamak ke, beli susu kat 99speedmart ke, pergi karaoke ke, asalkan ada resit, kita boleh dapat point. Semua jenis pembelian boleh digunakan untuk kumpul point, janji resit tu bercetak dan bukan bertulis!

 photo Manis V3 5.jpg

Point point ini bila dah banyak akan boleh diredeem untuk beli topup, shopping voucher, tiket movie dan macam macam lagilah. Selain itu dari masa ke masa, akan ada offer menarik yang akan sentiasa ditawarkan menerusi applikasi MANIS yang boleh didapati di App Store dan Google Play.

 photo Manis V3 8.jpg

Power kan? Abang Nara sekarang tengah gigih snap semua resit yang ada untuk kumpul point. Secara tak langsung, Abang Nara dapat keep track berapa banyak perbelanjaan yang digunakan setiap hari. Memang sambil menyelam minum air.

Silalah download applikasi MANIS ini sekarang jugak agar anda tidak terlepas peluang mengumpul sebanyak mana point yang boleh. Selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Jemaah Malaysia paling ramai sakit semasa umrah - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Jemaah Malaysia paling ramai memenuhi wad hospital di Arab Saudi terutama semasa mengerjakan umrah kerana tidak membuat persediaan secukupnya dari segi mental dan fizikal semasa mengerjakan ibadah tersebut.

Ketua Pakar Kesihatan dan Penasihat Perubatan, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Hazlee Hadi berkata, ini kerana kalangan mereka memandang ringan mengenai isu kesihatan dan lupa untuk berehat kerana terlalu teruja apabila tiba di tanah suci. 


Beliau yang merupakan salah seorang pegawai kesihatan dilantik Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk membuat pemeriksaan terhadap jemaah yang ingin menunaikan umrah dan haji memberitahu, disebabkan tidak menjaga kesihatan ada jemaah umrah yang dirawat untuk tempoh masa yang lama iaitu sehingga masuk musim haji.

"Persiapan yang tidak lengkap dari segi kesihatan untuk menunaikan umrah dan haji menjadi punca para jemaah negara ini memenuhi hospital di Arab Saudi. Akibat tidak menjaga kesihatan mereka dimasukkan ke hospital dan ditahan di wad terlalu lama sehingga menyukarkan jemaah lain untuk menerima rawatan.



"Selain itu, jemaah juga mudah terdedah kepada penyakit kronik seperti radang pada selaput otak atau Meningococcal kerana daya ketahanan badan yang lemah dan boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh 48 jam," katanya ketika sesi dialog bersama media di sini, hari ini.


Yang turut hadir pensyarah Jabatan Sains Perubatan II Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datin Dr. Che Llina Che Isahak dan pakar mikrobiologi klinikal, Dr. Nurul Azmawati Mohamed dan bekas Pengurus Kesihatan Kanan Tabung Haji, Abdullah bin Taib.

Menurut Hazlee, untuk mengelakkan masalah kesihatan berlaku, jemaah perlu berehat terlebih dahulu apabila tiba di tanah suci sebelum memulakan ibadah kerana tempoh perjalanan yang agak lama akan menjejaskan kesihatan mereka.



Beliau menegaskan, para jemaah juga perlu mendapatkan vaksin sama ada disediakan oleh Tabung Haji atau boleh mendapatkannya di hospital swasta sebelum pergi menunaikan haji atau umrah bagi mencegah penyakit itu.



Menurutnya, kerajaan Arab Saudi mewajibkan para jemaah untuk mengambil vaksin bagi mencegah jangkitan virus yang sering berlaku dalam kalangan jemaah dari seluruh dunia.-UTUSAN ONLINE



Read more ...

Ilm Arts Festival Bakal Berlangsung Hari Sabtu Ini!

Salam Jumaat semua! Hari ni dah 21 Oktober. Cepat betul masa berlalu. Tup tup… hanya tinggat 1 hari je lagi acara yang sangat grand dan happening iaitu Ilm Arts Festival akan berlangsung. Budiey kira ramai pembaca dah tak sabar untuk hadir di acara ini dan yang paling penting ialah acara ini sesuai untuk semua orang!

Ilm Arts Festival

Budiey dah pun siarkan secara terperinci tentang acara ini dan Budiey kira ramai yang dah pun baca. Kepada anda yang belum tahu tentang event ni, apa kata layari posting yang Budiey dah siarkan ni. KLIK SINI: http://www.budiey.com/ilm-arts-festival

Budiey dah pun gariskan tiga sebab kenapa korang semua patut datang!

ILM

Seperti yang tertera di poster kat atas ni, ILM ARTS FESTIVAL akan berlangsung pada 22 Oktober 2016 di iM4U Sentral, Puchong dari jam 10 pagi hingga 7.30 malam. Tiket untuk acara ini berharga serendah RM50 dan kanak- kanak dibawah umur 12 tahun masuk percuma. Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ilmartsfestival.com.Pelbagai ahli-ahli antarabangsa berpengalaman dalam medium popular akan membuat kemunculan pada hari tersebut. Nama-nama yang dimaksudkan termasuk Nouman Ali Khan (penceramah), Aerosol Ali (artis grafiti), Essam Muhammad (rapper), Mariah Idrissi (model), Shazet (beat boxer), selebriti tempatan Mizz Nina serta banyak lagi sosok terkemuka lain yang akan mengadakan bengkel pengajaran mereka.

Jadi ayuh sekalian, mari kita sekali lagi meraikan pengutamaan idea sebagai anjakan pemikiran yang lebih ke hadapan di Ilm Arts Festival, agar segala karya yang terhasil mempunyai pengisian yang padat; tidak lagi dibiarkan mati dan layu sebegitu sahaja sebaliknya terus hidup melalui penyebaran citra setiap karya yang ada.

Dengar ceritanya, penjualan tiket sangat terhad, jadi apa kata, korang yang nak datang kena cepat-cepat beli tiket sekarang. Nanti kehabisan pulak. Melepas pulak… nak kena tunggu tahun depan pulak kan? Lambat lah! Jadi beli tiket tu sekarang! Atau nak lebih jimat masa, anda datang je pada awal lagi sikit untuk beli tiket di iM4U Sentral, Puchong.

Hanya dengan membayar tiket sebanyak RM50, anda semua dapat enjoy festival yang menggabungkan seni grafiti, irama muzik rap, lagu-lagu nasheed, kaligrafi Islam, puisi, lawak jenaka komedi dan seni lukisan. Sekarang ini susah nak cari event yang menggabungkan elemen seni seperti ini dalam satu masa. Pendek kata, ia datang sekali sekala je. Sekarang baru ada peluang nak hadir di festival atau pesta besar-besaran macam ni di Malaysia yang mengajak orang ramai mengangkat martabat ilmu tanpa menolak budaya seni.

Tidak hairanlah, event ni pernah heboh diperkatakan semasa penganjuran pertama kali pada 30 Ogos 2015 di mana acara ini menjadi trending kerana mendapat perhatian orang ramai. Media juga sangat teruja untuk buat liputan menyeluruh 360 darjah tentang ILM ARTS FESTIVAL.

Bagi Budiey, event ni sangat happening sebab menggabungkan bengkel dan persembahan artis. Yelah, sekarang ni memang jarang persembahan artis digabungkan dengan workshop di mana selain kita berhibur, kita juga mendapat informasi serta dapat menimba ilmu.

ilm

Budiey percaya ramai anda di luar sana tak sabar nak mendengar perkongsian dari Bengkel Rekaan & Fesyen Fashion yang akan dikendalikan oleh Mariah idrissi & Mizz Nina. Betul tak? Mana tahu ikon fesyen muslimah ini akan berkongsi tutorial untuk memakai tudung atau bagaimana untuk berfesyen dengan cara yang betul.

Kepada yang suka dengan seni fotografi pula, anda boleh menyertai Bengkel Fotografi yang dikendalikan oleh Aman Ali & Belal Khaled. Bab fotografi ni Budiey sangat suka sangat sebab Budiey nak belajar macamana nak ambil gambar dengan hasil gambar yang cantik dan ohsem. Barulah nampak cantik gambar kat Instagram dan Facebook nanti, ye tak?

ILM

Jangan risau tentang nak makan apa kat acara ini sebab beberapa food trucks yang menyediakan makanan yang sedap lagi lazat akan berada kat sana nanti.

Jadi, apa tunggu lagi ni, beli tiket sekarang di www.ilmartsfestival.com.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

6 Maut, 5 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan

KOTA BELUD, 21 Okt - Enam mangsa dilaporkan maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kampung Pandasan di sini awal pagi ini.

Kejadian kira-kira 5.50 pagi itu melibatkan Proton Saga, Proton Gen2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy K Ramin, seramai 11 mangsa terlibat dalam kemalangan itu.

"Lima mangsa mengalami kecederaan parah manakala enam lagi dilaporkan meninggal dunia dan disahkan oleh pihak hospital," katanya di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, dua jentera dengan kekuatan 11 orang pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Sumber: K!Online

Read more ...

Lelaki lari dari mahkamah serah diri 3 jam kemudian

Seorang lelaki yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, selepas dijatuhi hukuman denda kelmarin, telah menyerah diri di mahkamah pada hari yang sama.

Pegawai Penjaga Mahkamah DSP Zulkifli Osman berkata lelaki itu, Saiful Anuar Abdul Halim, 24, melarikan diri dari mahkamah pada pukul 1.40 tengah hari dan menyerah diri pada jam 4.30 petang.

Beliau berkata timbalan pendakwa raya mahkamah itu telah membawa lelaki tersebut bertemu dengan majistret.

Zulkifli menjelaskan lelaki itu dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara kerana kesalahan menampar seorang pengawal keselamatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Lelaki itu panik kerana menyangka dia bukan sahaja dikenakan denda tetapi juga hukuman penjara.

"Majistret hanya menjatuhkan hukuman denda sahaja terhadapnya dan jika dia gagal membayar denda tersebut, barulah dia boleh dikenakan hukuman tiga bulan penjara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, Saiful A nuar telah membayar denda itu dan dia tidak dikenakan tindakan atas kesalahan melarikan diri kerana majistret telah memberi peringatan kepadanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Zulkifli berkata lelaki itu bersembunyi di dalam kompleks mahkamah Jalan Duta dan polis dan pengawal keselamatan telah mengambil langkah cepat menutup pintu masuk di kompleks tersebut.

Kelmarin, Mahkamah Majistret 1 di Kuala Lumpur kecoh seketika apabila seorang lelaki yang dijatuhi hukuman denda melarikan diri ketika prosiding kes itu masih lagi berlangsung.

- Bernama

Read more ...

Lelaki Saudi ceraikan isteri tak cantik tanpa solekan

RIYADH: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling apabila diceraikan suaminya beberapa hari selepas berkahwin kerana mendapati beliau tidak cantik tanpa solekan.
Read more ...

Thursday, October 20, 2016

Abang Nara Ingin Kenalkan, Jerry & Lenny.

Jenama telefon pintar Wiko kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Abang Nara dah banyak kali berkongsi kehebatan dan kelebihan telefon pintar Wiko ini dengan pembaca BeautifulNara. Hari ini, Abang Nara nak cerita sekali sekali tentang 2 produk Wiko yang kini semakin popular ialah U range dan Y range.

 photo 1_2.png

Jerry, Lenny dan Robby adalah 3 nama telefon pintar di bawah Y range (kalau anda perasan semuanya berakhir dengan huruf Y). Telefon pintar WIko di bawah Y range ini mempunyai warna ceria, rekaan yang simple dan sempurna serta dijual pada harga yang amat berpatutan. Sangat sesuai untuk remaja dan mereka yang baru mula bekerja. Paling penting bagi Abang Nara ialah semua produk di bawah keluarga Y ini menyokong 3G, mempunyai skrin yang besar serta jelas dan piksel kamera yang cukup tinggi untuk gambar berkualiti.

 photo 2_2.png

ini ialah Jerry

 photo 3_1.png

ini ialah Lenny

Bagi Abang Nara, teknologi 5 fingerprints untuk 5 aksi yang ada di dalam keluarga U telefon pintar Wiko adalah amat mengujakan. Kepoweran Wiko Ufeel dan Ufeel LITE yang paling awesome ialah kehebatan imbasan jarinya. Boleh scan 5 jari untuk 5 aksi yang berbeza. Contoh ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk telefon bini, jari tengah untuk buka Instagram, jari manis untuk telefon mak/ayah dan jari kelingking untuk buka YouTube. Tak ke senang tue? Jimat masa pun jimat jugak.

 photo 5_1.png

 photo 4_1.png

Dengan rekaan yang nampak premium, menyokong LTE, kamera belakang 13MP (Ufeel)/ 8MP (Ufeel LITE) dan 5MP untuk kamera selfie, keluarga U Wiko ini memang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Itu belum tengok spefikasinya di mana Ufeel dan Ufeel Lite dijana dengan prosessor Quad Core 1.3GHZ. Confirm laju yang teramat sangat. Skrin bersaiz 5 inci pun memang cukup jelas untuk layan segala video. Lagi best sebab boleh guna dual sim. Memang terbaik sangat-sangat.

 photo 6.png

Abang Nara pun ada satu Wiko Ufeel Lite nie. Hehehe

Terbaru, Abang Nara menjumpai 2 inovasi yang cukup cool, smart dan power dari Wiko iaitu Wiko Smart Cover Wiboard dan juga Wicube. Memang kagum Abang Nara dibuatnya dengan kecanggihan teknologi serta kecantikan rekaan Wiboard dan Wicube. Meh sini Abang Nara kongsikan video untuk korang lihat sendiri kecanggihannya.

WIBOARD

Menjaga telefon Wiko anda sepenuhnya, Wiboard dengan rekaan pelbagai warna yang ckup cantik membolehkan anda menjawab panggilan telefon, melihat notifkasi dan membuka applikasi kegemaran tanpa perlu pergi ke skrin. Semuanya boleh dicustomize mengikut keperluan anda. Memang power!!!

 photo ufeelfolio1.jpg

WICUBE

Wicube ini khas untuk telefon-telefon dari keluarga Y Wiko. Konsepnya lebih kurang sama dengan Wiboard cuma rekaannya lebih menarik, ceria dan gembira. Boleh check SMS, panggilan telefon, cuaca dan sebagainya tanpa perlu membuka telefon anda. Memang kreatif dan inovatif sungguh Wicube ini.

 photo ufeelfolio2.jpg

Dan yang paling best ialah Wiko bakal mengumumkan satu kejutan yang cukup besar dan bermakna untuk para penggunanya di Malaysia tidak lama lagi. Abang Nara pun tak tahu apa pengumuman tersebut. Namun sudah tentu ia akan cukup mengujakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah sentiasa layari my-en.wikomobile.com dan LIKE Facebook Wiko Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas pengumuman istimewa ini. Sama-sama kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

SPRM tahan 19 pegawai jabatan air, RM2.4 juta dirampas - Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 20 Okt. - Sebanyak 19 pegawai Jabatan Air Sabah di peringkat bahagian dan daerah dari 27 lokasi di seluruh negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan sejak 2010.

Menurut sumber, dalam operasi serentak yang dijalankan semalam, SPRM turut merampas wang tunai sebanyak RM2.4 juta daripada suspek-suspek yang ditahan kerana dipercayai diperoleh melalui cara yang salah.

Katanya, kesemua suspek yang merupakan jurutera dan ketua di peringkat bahagian serta daerah didapati telah membuat kutipan sebanyak 27 peratus hingga 30 peratus daripada nilai setiap projek yang diberikan kepada mana-mana kontraktor.

"Pelbagai dokumen perolehan juga telah dirampas dan SPRM sedang meneliti setiap satu dokumen berkenaan bagi mengumpul bukti.

"SPRM akan merakam percakapan semua suspek yang ditahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Read more ...

Tiga Sebab Sambutan Ulangtahun Astro Ke-20 Ini Lebih Meriah

Pada 10 Oktober lalu, Budiey berkesempatan untuk hadir di Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Astro yang diadakan di Studio Satu, All Asia Broadcast Centre (ASTRO), Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Setibanya di sana, Budiey dapat saksikan kemeriahannya dengan pelbagai aktiviti. Selebriti pun ramai juga yang turut hadir. Memang happening!

Selain teruja dengan aktiviti kat situ, saya teruja juga nak dengar pengumuman yang sangat istimewa dari Astro, menanti pelanggan-pelanggan Astro termasuklah lebih banyak pilihan kandungan dan pengalaman menonton yang pastinya tidak akan dapat dilupakan!

Untitled

Yang paling best. Budiey sememamgnya menantikan pelakon popular Korea, Kim Rae-Won yang turut hadir di acara ini. Selain itu, ramai lagi selebriti yang hadir iaitu pengacara National Geographic, Harry Yuan, barisan selebriti popular Malaysia, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskandar, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Hisyam Hamid, Vince Chong, Adi Fashla, Radin ERA, Adam C; karakter-karakter kegemaran anda seperti Mickey, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob & Patrick, OO-Kun dan banyak lagi.

Astro's 20th Anniversary - Pic 4

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 Astro, pelanggan Astro mendapat akses percuma kepada saluran Astro Fiesta (CH 996/ HD CH 998) manakala pelanggan dengan kotak sambungan internet boleh menonton OD Fiesta secara percuma bermula hari ini sehingga hujung tahun. Semua rakyat Malaysia juga boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG selain beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, pada bila-bila masa, di mana juga mereka berada hanya dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG).

Iklan Ulangtahun Astro Ke-20

Tahniah Budiey ucapkan kepada Astro kerana telah berjaya berada di tahap ini. Bukan mudah untuk melakar sejarah sehingga menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam segenap cabang termasuklah hiburan, sukan, berita dan pendidikan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Seterusnya, Budiey kira Astro akan lebih bekerja keras untuk memastikan pelanggan berpuas hati kerana di hadapan nanti ada persaingan yang lebih sengit. Terutama sekali Budiey lihat sekarang dunia digital makin maju.

Astro's 20th Anniversary Pic 3 - HIGH RES

Apakah kunci kejayaan Astro bertapak sehingga 20 tahun ini? Ya, sudah tentulah sebab Astro dapat melakukan yang terbaik untuk pelanggan. Pelanggan perlu diutamakan. Nak tak nak, Astro perlu memperkenalkan kandungan baharu, produk, perkhidmatan yang hebat seterusnya membenarkan mereka menikmati pengalaman yang begitu bernilai tinggi.

Menerusi pendekatan dua hala; model bayar dan perniagaan percuma, Astro mampu mencapai 90% capaian pelanggan ataupun sekitar 7 juta isi rumah dalam tempoh 5 tahun. Ini membolehkan Astro menyediakan akses untuk 30 juta individu di rumah ataupun menerusi on the go.

Budiey dikhabarkan Astro juga turut melancarkan Tribe di Indonesia dan tidak lama lagi, Astro juga akan melancarkannya di Filipina dan pasaran lain di seluruh rantau. Tribe akan mengemudi kumpulan pelanggan generasi millennial yang menjadikan mobil (mudah alih) sebagai pilihan mereka yang pertama, termasuklah di serantau, seterusnya meningkatkan skala dan skop Astro.

Di acara ini, Astro turut menyampaikan percutian untuk 2 orang kepada pelanggannya, Erni Chan ke 'Festival Makanan Terbesar di New York' dan peluang berjumpa cef selebriti popular seperti Bobby Flay, Rachael Ray, Giada De Laurentiis, and Michael Symon.

Astro-Big-20-Post-MLY

Ada tiga sebab mengapa Budiey katakan sambutan ulangtahun Astro ke-20 ini lebih meriah… ini adalah kerana….

1. Astro Fiesta dan OD Fiesta Percuma

Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran Astro Fiesta (CH 996 / HD CH 998) secara percuma bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016. Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, Mayday Nowhere Concert, International Superstar 2015, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden; Queen – A Night at the Odeon; MTV World Stage dan banyak lagi.

Pelanggan dengan kotak sambungan talian boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia e.g. The Walking Dead, Outcast; rancangan bersiri Korea, Love in the Moonlight, Doctors, Jealousy, Incarnate; siri TV Kantonis dan Hokkien, The Hiddens, Brother's Keeper and My Sister; rancangan Tamil terbaik Seethaiyin Raman; rancangan kegemaran tempatan, Akademi Fantasia, Lara Oh Lara dan Superstar 2016 – segalanya on demand, secara percuma.

Pelanggan hanya perlu sambungkan Personal Video Recorder (PVR) kepada sambungan Wi-Fi di rumah untuk mula menonton OD Fiesta.

2. Akses percuma untuk sekeluarga (4 orang) ke Karnival Astro Fest

Pelanggan Astro boleh bersuka ria di 'Karnival Astro Fest' yang bakal diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Astro Fest menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.

Sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkan empat tiket untuk satu akaun Astro bagi menghadiri karnival Astro Fest ini.

3. Menangi 20 Pengalaman Eksklusif 'Sekali Seumur Hidup'

Semua pelanggan Astro boleh mengambil bahagian untuk memenangi salah satu daripada 20 pengalaman seumur hidup eksklusif. Tapi kat sini, Budiey dah pilih dah, dalam banyak-banyak hadiah, ada 5 hadiah yang Budiey rasa nak sangat untuk menang. Kalau ada rezeki memang nak sangat. Wish me luck okay? Antara Top 5 hadiah yang gempak ialah:

1. Pengalaman istimewa di New YorkSiapa tak nak pergi ke New York? Memandangkan Budiey belum sampai di sana, maka Budiey senaraikan hadiah di tempat yang teratas. Percutian istimewa sekeluarga terdiri daripada 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak untuk mengalami keindahan dunia Disney di bandaraya ini. Walaupun harga barang memang mahal kat sana, tapi itu belakang kira. Peluang seumur hidup kot, kan? Yang penting, pemenang akan berpeluang menonton persembahan Aladdin di Broadway dan naiki carriage di Central Park. Inilah masanya nak mengukir kenangan manis bersama mereka yang paling anda sayangi, betul tak?

Tonton Video di Youtube: Astro's 20th Anniversary – 20 Exclusive 'Once-In-A-Lifetime' experiences

2. Beraksi ala pengarah di FOX Studios, LASelain ke New York, Budiey nak sangat pergi ke Los Angeles. Kalau boleh, Budiey mahu rebut peluang untuk melihat studio termasyhur dunia yang menjadi rumah kepada filem-filem terbaik Hollywood! Lawatan untuk 2 orang ke Los Angeles dan lawatan peribadi ke Clock dalam satu studio perfileman yang sangat popular di mana kita dapat melihat pembikinan filem yang cukup meriah dan gah di sana. Yang seronoknya, pengalaman untuk dua orang ini adalah satu lawatan yang cukup privasi dan intimate sekali di mana kita dapat mengetahui dan mendalami dunia pembikinan drama dan juga filem dari terbitan FOX.

3. Dua rancangan K-award dalam satu lawatan!Untuk peminat K-Pop dan juga drama siri dari Korea, inilah masanya untuk terbang ke Korea dan bertemu dengan pelakon popular kat sana. Lawatan bersama BFF anda untuk menonton selebriti Korea di MBC Entertainment Awards dan MBC Drama Awards. Fuh, siapa tak nak kan? Budiey naaaak!

4. Bersiar di set Game of ThronesUntuk pemnat drama siri Game of Thrones, Melawat Ireland Utara dengan gaya Game of Thrones. Alami Westeros sebenar dengan lawatan ke Winterfell. Berpeluang jejaki sebalik tabir rancangan siri terkenal ini dan menetap di salah satu bilik bintang rancangan siri ini.

5. Temui bintang drama KoreaLawatan untuk dua orang ke Korea Selatan serta sepasang tiket eksklusif untuk menonton anugerah SBS Drama Awards bagi meraikan yang terbaik dalam dunia TV Korea!

Untuk info lanjut, anda dipelawa melayari www.astro.com.my/celebrating-you untuk senarai penuh hadiah-hadiah eksklusif. Selamat maju jaya dan mencuba buat anda semua!

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Nelayan Tangkap Lobster Gergasi di Bermuda Selepas Taufan

Dua orang nelayan berjaya menangkap seekor lobster gergasi, seberat 14 pound (6.8kg) sehari selepas Ribut Nicole melanda Bermuda.

Nelayan tempatan percaya lobster itu antara yang terbesar pernah ditangkap di kawasan tersebut.

Lobster itu ditangkap secara tidak sengaja oleh Kapten Matthew Jones bersama seorang lagi nelayan, Tristan Loescher yang ketika itu sedang menangkap ikan pada waktu malam.

Foto penangkapan unik itu dikongsi oleh Sanctuary Marine Bermuda pada 15 Oktober dan sehingga kini telah menerima hampir 30,000 perkongsian.

Biarpun penemuan itu sesuatu yang sangat jarang berlaku, Matthew dan Tristan sependapat untuk melepaskan kembali haiwan itu ke laut selepas mengambil beberapa keping gambar bersamanya.

"Taufan Nicole menimbulkan beberapa gergasi laut....lobster seberat 14lb ditangkap dan dilepaskan", tulis status itu.

Bagaimanapun, rekod lobster terberat yang pernah ditangkap adalah pada 1977 iaitu 44 pound (20kg) menurut Guinness Book of Records.

Taufan Nicole merupakan taufan kategori 4 yang membadai Bermuda minggu lalu dengan kelajuan angin sehingga 115mph.

Sumber: Mirror

Read more ...

Suara rakyat yang gelisah makin kuat, kata Pak Nil

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengakui tidak terlepas daripada mendengar keluh-kesah rakyat negara ini yang kian terbeban dengan pelbagai kesempitan ekonomi terutama kos sara hidup yang semakin meningkat.

Justeru, ujar beliau yang merupakan ikon Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bajet 2017 masih mampu untuk menjadi platform kepada kerajaan untuk 'mengubati' kesulitan rakyat.

Jelas beliau, suara rakyat yang berada dalam kegelisahan semakin kuat didengari dan sewajarnya keresahan mereka diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

"Semua orang mengeluh sekarang, semua orang bercakap tentang 'kesakitan' ekonomi dan kehidupan, kita tidak boleh bermain wayang," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif bersama beliau, semalam.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Aznil yang popular dengan gelaran Pak Nil, 53, berkata, kehidupan rakyat tidak boleh digambarkan meriah kerana pada realitinya mereka tidak boleh diletakkan dalam situasi senang mahupun selesa.

Sebagai contoh, Aznil membandingkan kadar pertukaran wang terlalu tinggi menyebabkan kesukaran untuk bersaing dengan kehidupan dari negara lain atas sebab pelbagai faktor.

Masalah kewangan turut menghimpit penggiat seni yang terkapai-kapai untuk kekal dalam bersaing dalam industri yang saiznya kecil.

Read more ...

Sejam tahan sakit kening tertusuk gunting

SABAK BERNAM: Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari, hanya mampu mengerang kesakitan lebih sejam, selepas sebilah gunting tertusuk di kening mata kanannya di sini, tengah hari semalam.
Read more ...

Wednesday, October 19, 2016

Yang Jahat Semua Saya, Tidak Apa Saya Terima Semua Tuduhan Dia – Elly Mazlein

Susulan pendedahan Azmi Hatta yang mendakwa Elly Mazlein menumbuk dan menerajang beliau kerana bersikap terlalu cemburu, Elly menerusi portal mStar telah memberi respon beliau.

Menurut Elly, beliau menerima apa sahaja tuduhan yang dilemparkan oleh bekas suami kepada dirinya dan enggan lagi memikirkan hal berkenaan.

Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini.

Dalam surat akuan sumpah tersebut, Azmi menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga beliau bersama Elly sebelum ini.

Meskipun terluka dengan apa yang berlaku, Elly berkata beliau akan menghentikan sindirian di laman sosial atas permintaan peminatnya yang tercinta.

Sekarang nampaknya Elly Mazlein sudah mengalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan. Kami harap pihak disebelah sana melakukan perkara yang sama.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kisah Chong Wei dalam filem 'Kebangkitan Seorang Lagenda' - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Okt. Kisah perjalanan hidup pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn. Bhd., akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng.

Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

"Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut," katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, hari ini.

-Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata, genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

"Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia...bukan sahaja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia," katanya.-BERNAMA

Read more ...

Konsert Throwback Exists Di Singapura

Sesuai dengan perkataan THROWBACK yang diberikan buat tunjang konsert ini,kali terakhir kumpulan Exists mengadakan konsert di Singapura ialah sebenarnya pada 10 tahun lepas. Untuk melangsaikan rindu dan pemintaan tinggi para peminat setia kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 ini,Pihak CMX International dan Frankoland Management berkolaborasi menghasilkan konsert yang dinamakan THROWBACK EXISTS.

Konsert Throwback Exists Di Singapura Pada 2 Disember 2016, The Paviilion @ Far East Square Singapura

Memilih lokasi The Pavilion, Far East Square,Singapura, konsert ini akan menyaksikan semula gabungan Ezad(vokal), Ujang (drum), Musa (bass) dan Along (gitar) pada 2 Disember ini bermula pukul 7 malam.

"Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert atau persembahan Exists. Permintaan terhadap kemunculan mereka memang tinggi. Maka kami ingin menunaikan pemintaan para peminat yang memang rindu untuk menyaksikan kemunculan semula mereka.Itu sebabnya juga kami namakan konsert ini dengan nama Throwback Exists," ujar Franko mewakili Frankoland Management.

Bakal membawakan lagu-lagu hits lagi berhantu mereka, konsert yang berdurasi selama satu jam ini pasti mengembalikan nostalgia dan momen tersendiri buat khalayak peminat. Pastinya lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu, Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu akan membuatkan para penonton menyanyi beriringan sepanjang konsert ini kelak.

"Kami akan memulakan sesi latihan pada bulan November ini kerana waktu ini setiap anggota kumpulan masih sibuk dengan jadual masing-masing. Ezad juga masih dalam proses terapi. Tetapi Along sudah memulakan proses pra produksi," ujar Ujang mewakili kumpulan Exists.

Ujar Ujang lagi, mereka tetap mengekalkan susunan muzik yang sama tetapi memberikan sedikit suntikan penyegaran terhadap lagu-lagu mereka.

"Selaku penganjur, kami mahu memenuhi permintaan peminat di Singapura. Konsert ini juga membuktikan bahawa kumpulan Exists masih wujud dan sentiasa bersedia bertemu dengan para peminat," ujar Franko lagi.

"Sebenarnya memang ada hasrat untuk kembali dengan reunion penuh kumpulan Exist.Mungkin Konsert Throwback Exists ini merupakan sebuah pembukaan kepada hasrat kami ini. Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan,"impi Ujang mewakili ahli kumpulan yang lain.

Menurut Ujang, kali terakhir mereka mengadakan persembahan di Malaysia pula ialah pada tahun 2013 di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Sebagai infomasi, kumpulan Exists telah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seperti Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula(2007).

Penampilan artis baru iaitu Khai Bahar dirasakan sebagai penyeri dan bakal memeriahkan lagi konsert ini kelak. Disamping namanya yang sedang meningkat naik sekarang, Khai juga merupakan peminat Exists dan sering menyanyikan lagu-lagu kumpulan popular tersebut dalam nyanyian dan persembahannya.

Menurut Franko, tiket-tiket berharga SGD 55 dan SGD 65 telah mula dijual bermula 29 September lalu. Hingga kini tiket untuk sesi 'Meet & Greet' sudah habis dijual. Lokasi yang bakal menampung sekitar 300 orang peminat itu akan membuahkan sebuah pertemuan eksklusif dan intimasi bersama kumpulan kesayangan mereka.

Sebarang infomasi mengenai tiket konsert, boleh hubungi Sham di talian +6593250161 atau Franko +60127677325.

Tiket-tiket konsert sudah dijual Frozilicious @ Block 201E, T Bob'sCorner, Golden Ladie, Karva @ East Village, Karva @ 73ABusorah Street dan Karva @Jcube.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Pemandu, Penumpang Bas Cedera Diserang Lelaki Bersenjatakan Sebungkus Ayam Beku

Chicago, 19 Okt - Seorang lelaki yang menaiki bas CTA di sini menyebabkan kecederaan kepada dua orang - pemandu dan seorang penumpang bas terbabit - dalam satu serangan yang melibatkan satu bungkus ayam beku.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan minggu lepas selepas memukul penumpang wanita berusia 48 tahun dan pemandu bas berusia 52 tahun.

Difahamkan, lelaki terbabit bengang apabila cubaannya untuk mengurat gadis terbabit gagal.

Disebabkan itu dia menyerang wanita itu dengan bungkusan ayam itu sebelum beralih kepada pemandu bas berkenaan yang cuba menghentikan serangan tersebut.

Pemandu bas itu mengalami kecederaan teruk di kepala, kehilangan sebatang gigi serta patah di bahagian hidung dan rahang.

Wanita terbabit ketika dihubungi CNN berkata dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

Penyerang telah ditahan polis di blok 7200 Soth Ashland Avenue dan dibawa ke hospital berdekatan untuk ujian psikiatri.

Pada 2014, lelaki yang sama dijatuhkan huku man penjara dua tahun disebabkan membuat ugutan bom palsu di atas bas CTA.

Sumber: CNNDNAInfo

Read more ...

KDN perjelas sebab kelewatan pengeluaran pasport

Kelewatan dalam pengeluaran pasport adalah disebabkan masalah penyesuaian penggunaan mesin cetak yang baharu, kata Kementerian Dalam Negeri.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, kementeraian itu berkata kerajaan amat mementingkan kualiti pasport yang dikeluarkan kepada orang awam dan tidak akan berkompromi dari aspek tersebut.

"Pengeluaran buku Pasport Malaysia Antarabangsa versi baru yang telah dipertingkat dengan 28 ciri-ciri keselamatan oleh Jabatan Imigresen telah bermula pada Jun tahun ini.

"Dalam proses transisi tersebut, terdapat kelewatan dalam pengeluaran pasport yang disebabkan oleh masalah mesin cetak dan juga semakan yang perlu dilakukan oleh pegawai Jabatan Imigresen terhadap kualiti setiap pasport sebelum ia dikeluarkan," katanya menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok meminta kementerian itu menyatakan kos pembekalan 'simcard' oleh Iris Corporation dan Datasonic Group Berhad dalam tender terbaru mereka dan sebab kele watan pengeluaran pasport di Jabatan Imigresen.

Kementerian itu berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang kontrak pembekalan 'simcard' oleh Iris Corporation atau Datasonic Group Berhad.

- Bernama

Read more ...

Tuesday, October 18, 2016

Saya Tidak Kisah Dengan Pendedahan Anis, Tiada Apa Yang Saya Sembunyikan – Raja Afiq

Pelakon Raja Afiq memberitahu beliau tidak gentar dengan pendedahan yang bakal dilakukan oleh bekas kekasihnya, Anis Al Idrus tentang kisah putus cinta mereka kerana beliau tidak menyembunyikan sebarang rahsia.

Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan. Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun.

Raja Afiq juga menafikan perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga dan pelakon Neina Baharun juga tidak ada kena mengena dengan isu  beliau dan Anis.

Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.

Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, beliau  akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang antara kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun beliau akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.

Pada kami kalau sudah tiada jodoh, untuk apa lagi hendak dedahkan punca perpisahan. Kadang-kadang lebih baik untuk diri kita sahaja tahu apa yang berlaku. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kolej kediaman bukan sekadar tempat tidur - Berita Harian

MELETAKKAN iltizam melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sebagai lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM-PT) menzahirkan pentingnya peranan mahasiswa untuk masa depan negara.

Bagi merealisasikan lonjakan ini, semua pihak perlu berperanan secara kolektif dan melakukan penambahbaikan berterusan supaya usaha ini tidak terhenti di pertengahan jalan.

Menyedari hakikat ini, selain fakulti yang lazimnya berperanan sepanjang pengajian mahasiswa di universiti, watak kolej kediaman jangan sesekali dikesampingkan. Melihat kolej kediaman hanya sebagai tempat tidur, mandi atau menukar pakaian adalah sangat keterlaluan.

Kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua adalah pelengkap kepada fakulti. Seawal menjejaki tangga menara gading, mahasiswa menjadi warga kolej kediaman pada dua semester pertama dan ada juga universiti menetapkan pada sepanjang tempoh pengajian. Ini menjadikannya umpama rumah kedua pelajar.

Terkini, apabila sindrom 4K (Kuliah, Kafeteria, Katil dan Komputer) dibincang pada segenap peringkat, kolej kediaman mesti melakukan transformasi agar laungan semangat 'Soaring Upwards' (peningkatan berterusan) dicetuskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, terus direalisasi.

Perkukuh fungsi

Sebagai pusat pembelajaran kedua, kolej kediaman perlu mengukuhkan fungsinya menerusi tiga peranan utama berikut:

Kolej kediaman perlu berperanan sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar bagi pasaran kerjaya. Tugas melatih bakal graduan universiti awam (UA) agar boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding dengan dengan graduan lulusan luar negara memerlukan kerjasama semua pihak. Jika program CEO@Faculty, iaitu usaha positif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memberi pendedahan dunia sebenar pekerjaan melalui sudut pandangan CEO/tokoh industri, kolej kediaman juga mesti melakukan sesuatu.

Selain bengkel kemahiran dan persediaan kerjaya pada peringkat universiti oleh Jabatan Kerjaya, kolej kediaman boleh memainkan peranan berfokus kepada tiga elemen, iaitu kemahiran kepemimpinan, kerja berpasukan dan kebolehan menyesuaikan diri. Semua ini diperlukan oleh bakal majikan. Tiga elemen ini tidak akan tajam jika hanya menunggu pada saat akhir, iaitu tahun akhir pengajian, sebaliknya perlu diasah seawal tahun pertama.

Hari ini, majikan mempunyai jangkaan lebih tinggi iaitu mahukan bakal pekerja yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, tetapi juga mereka yang boleh menjadi ketua, berintegriti tinggi, hebat berkomunikasi, ada elemen humor dan boleh menjadi ahli pasukan yang baik.

Kolej kediaman perlu merealisasikan cabaran melahirkan graduan seimbang ilmu dan akhlak. Selain elemen kemahiran insaniah (KI) yang digariskan, PPPM (PT) juga menjelaskan keberhasilan diinginkan semua pihak, merangkumi etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Aspirasi melahirkan graduan seimbang antara akhlak dan ilmu, sangat mencabar. Bagi menyahut cabaran sebagai pusat pembelajaran kedua, Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), merintis jalan menerusi Pelan Transformasi Mahasiswa Holistik, bermula September 2013 dengan menampilkan tiga polisi iaitu 1Penghuni Muslim 1Al-Quran, 1Penghuni 1Sukan dan 1Penghuni 1Kemahiran.

Pembentukan sahsiah

Al-Quran, sukan dan kemahiran diletakkan sebagai kerangka pembentukan diri mahasiswa. Mendekatkan diri dengan al-Quran, masjid dan aktiviti kerohanian membantu mereka menangani kejutan budaya dan meningkatkan kematangan. Isu rasuah yang hangat mutakhir ini juga adalah duri dalam daging kesan kegagalan mengangkat paradigma tauhid. Ini menjadi isyarat agar semua mahasiswa mesti dididik menjunjung tinggi integriti setiap masa. Sukan membentuk mahasiswa seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kemahiran pula adalah faktor 'wow' yang mesti dimiliki untuk menyaingi cabaran globalisasi yang begitu menekan.

Kolej kediaman perlu berperanan merapatkan jurang polarisasi kaum. Hidup sebagai rakyat Malaysia dengan pelbagai agama dan kaum memerlukan pengetahuan, kefahaman dan toleransi tinggi. Walaupun jurang polarisasi kaum semakin surut, ia perlu sentiasa dicanai kesepakatannya. Anasir negatif perkauman seperti suka memandang rendah peranan dan sumbangan bangsa dan agama lain, perlu dibuang jauh.

Menyelami falsafah kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua, pelbagai aktiviti bagi meraikan kepelbagaian perlu digiatkan. Bengkel Silang Budaya yang menceritakan falsafah khusus berkaitan sesuatu agama, bangsa dan tradisi perlu dilaksanakan secara terpimpin merentasi pelbagai bangsa agar kita lebih faham dan terdidik. Salah faham banyak didorong oleh anggapan dan bukanlah didasari ilmu.

Rumusannya, lonjakan pertama PPPM (PT) seiring bersama aspirasi pelajar yang dihasratkan iaitu seimbang ilmu dan akhlak adalah sasaran jelas KPT bagi menyediakan generasi Malaysia yang bukan sahaja hebat mindanya, kuat fizikalnya malah luhur pekertinya.

Peranan kolej kediaman mestilah dihargai dan diperkasakan agar kekal relevan dan dihormati, seiring dengan keperluan semasa selain menjadi pemangkin kepada kecemerlangan mahasiswa. Pastinya, hasil tarbiah kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua akan memberi impak maksimum dalam membangunkan pemimpin negara, demi Malaysia yang kita cintai.

Read more ...

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar, Kekal No.1 di Hati Rakyat Malaysia!

Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.1 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016 baru-baru ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia.

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu. Dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar.

Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu. Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatatkan 2.6 pendengar seminggu. Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondoli kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang stesen ini diperlihatkan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata, "Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini. Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar. Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar.

Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehidar trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial" katanya.

Sumber : Dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016

ERA fm Raih 5.8 Juta Pendengar

Related

Komen via Facebook

Komen

— 229 Bacaan
Read more ...

NGO Buat Laporan Polis Berhubung Cadangan Solat Jumaat Pada Hari Sabtu

KUALA LUMPUR -  Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung satu cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada hari Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan itu yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya timbul kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama. Beliau berkata, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Read more ...

Cadangan solat Jumaat pada Sabtu: NGO buat laporan polis

Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

- Bernama

Read more ...

Monday, October 17, 2016

GegarVaganza 3 Kembali Menggegar, Siti Sarah Ungguli Minggu Pertama

Penantian hampir setahun berakhir jua apabila konsert pertama GegarVaganza 3 telah berlangsung semalam. Abang Nara dari pukul 830 malam dah tercongok depan televisyen. Memang tak sabar. Ternyata konsert pertama GV3 tidak mengecewakan dari segi persembahan peserta, lawak Nabil dan Jihan serta interaksi para juri dan juga Dato' Vida. Semuanya memberi kombinasi yang cukup awesome untuk para penonton menghiburkan diri di hujung minggu.gegar vaganza 3Seperti musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika dahulu. Orang kata ini lagu "makanan". Semua persembahan best-best belaka tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti S arah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini. Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.

gegar vaganza 3

Seperti biasa juga minggu pertama tiada sebarang penyingkiran berlaku. Semuanya masih tengah panaskan badan jadi tak adil lah untuk singkirkan sesiapa. Adakah anda turut sama menonton konsert pertama GegarVaganza 3 semalam? Kalau iye, persembahan manakah yang menjadi feveret anda? Siapakah yang mempunyai aura juara? Siapa pula yang akan tersingkir awal? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa bahawa Abang Nara dan Astro akan memberikan 3 keping tiket khas menonton konsert GegarVaganza 3 setiap minggu. Kena nantikan artikelnya setiap hari Khamis.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Timbalan pengarah, dua lagi suspek turut dibebaskan - Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 17 Okt. - Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan, ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang akauntan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna dana kerajaan telah dibebaskan hari ini.

Timbalan pengarah dan ahli perniagaan tersebut yang juga abangnya dibebaskan masing-masing dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua orang penjamin.

Akauntan tersebut pula dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 berserta dua penjamin.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kira-kira pukul 10 pagi ini.

Semalam, pengarah sebuah agensi kerajaan yang turut ditahan bersama ketiga-tiga suspek pada 4 Oktober lalu telah dibebaskan dengan wang jaminan RM500,000 berserta dua penjamin.-UTUSAN ONLINE 

Read more ...

Review Hotel Adimulia Managed by Topotels, Medan

Kedudukan bandar Medan yang sangat dekat dengan Malaysia sebenarnya menjadikan destinasi di Indonesia ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang kian popular di Asia Tenggara.

Biarpun ramai yang berkunjung ke Medan dan menjadikannya sekadar persinggahan sementara untuk ke Danau Toba dan kawasan wisata lain yang berada di luar kota Medan, Medan sendiri sebenarnya sebuah kota yang sesuai untuk bersantai sambil membeli-belah atau mencuba makanan tempatan.

Dan jelas kelihatan pembangunan Medan semakin pesat kerana ia telah membawa kepada pembinaan banyak hotel di kota tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya.

Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik mewah yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Restaurant-warm

Hotel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel terbaru yang dimaksudkan adalah Hotel Adimulia yang terletak di salah sebuah kawasan utama kota Medan.

Hotel ini yang terinspirasi dari unsur-unsur kemewahan merupakan sebuah bangunan yang gah dan mirip sebuah rumah agam yang besar. Ia mempunyai jumlah bilik yang banyak dan setiap bilik mempunyai kategori tertentu (dan senireka dalamannya yang mewah dan tersendiri sejajar dengan hotel-hotel mewah antarabangsa). Terdapat enam kategori utama bagi setiap bilik iaitu bilik Deluxe, Executive Deluxe, Family Suite, Junior Suite, Business Suite, serta Presidential Suite. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, dan semestinya sambungan wi-fi percuma.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti spa, kelab kesihatan untuk bersenam, dan macam-macam lagi. Malah, salah satu kemudahannya yang sangat popular dan sering dikongsi di media sosial adalah kolam renangnya yang cantik.

Berlatarbelakangkan kota Medan, ia dihiasi tiang-tiang Rumawi (Roman pillars) untuk menyerlahkan lagi kemewahannya.

Sudah tentu seperti hotel-hotel mewah lain hotel ini juga mempunyai sebuah restoran hebat iaitu Cafe de Palmo yang menyajikan aneka hidangan menyelerakan.

Ia juga mempunyai sebuah Restoran Cina iaitu Jasmine Chinese Restaurant dan juga sebuah Sports Bar untuk bersantai sambil menonton acara sukan pilihan. Di samping bilik-bilik mesyuarat untuk penganjuran seminar dan juga Grand Ballroom untuk acara-acara yang lebih besar, ia turut mempunyai sebuah Taman Bumbung (Roof Garden), Kids Club untuk anak-anak serta lebih menakjubkan adalah hotel ini juga mempunyai helipadnya sendiri sekiranya ada tamu penting yang ingin tiba dengan menaiki helikopter!

Kesimpulannya, hotel ini benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kemewahan dalam penginapan kala bercuti pada harga yang berpatutan.

Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain. Andai berpeluang ke Medan, bermalamlah di hotel Adimulia untuk mengalami keunikan mewahnya!

poolweb

Lobby 16-9 warm

deluxe

AdimuliaHotelbuilding

oleh Shah Shamshiri

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Anak Gajah Bergegas Masuk Sungai Untuk Selamatkan Lelaki 'Lemas'

Siapa kata gajah bukan sejenis haiwan yang bijak?

Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick.

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:

Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan di 2015.

Pada usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick.

Sumber: Metro.co.uk

Read more ...

Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.

Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.

Mahdzir dilaporkan berkata isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.

Lee seterusnya berkata isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantungan sekolah selama setahun yang dicadangkan menurutnya satu jalan penyelesaian yang kurang berkesan.

"Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantungan sekolah bukan satu penyelesaian. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhkan tahap disiplin di sekolah pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata pelajar yang cenderung melakukan tindakan buli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.

Lee menegaskan pihak bertanggungjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah yang semakin meruncing itu.

"Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit (buli), kita mesti tahu tanda-tanda (simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan," katanya.

- Bernama

Read more ...

Sunday, October 16, 2016

Komentar Netizen Malaysia: Ingin Undang Jokowi Berantas Korupsi - Harian Medan Bisnis - Membangun Indonesia yang Lebih Baik

Berita Terkini Hari Ini

0 detik yang lalu

Mulai Rp 100.000, Sudah Bisa Investasi di Pasar Modal

59 menit yang lalu

KPK Segera Tetapkan Status Hukum Anggota DPRD Kebumen yang Ditangkap

1 jam yang lalu

Larangan Note 7 Masuk Pesawat Merembet ke Asia & Eropa

1 jam yang lalu

Komentar Netizen Malaysia: Ingin Undang Jokowi Berantas Korupsi

19 jam yang lalu

Ketua DPRD Kebumen Benarkan Anggotanya Ditangkap KPK

19 jam yang lalu

Beredar Kabar KPK Lakukan Operasi Tangkap Tangan di Kebumen

19 jam yang lalu

Pesan Produsen Listrik ke Jonan-Arcandra: Proyek 35.000 MW Perlu Terobosan

19 jam yang lalu

Sri Mulyani Ajak Seniman Hingga Akuntan Ikut Tax Amnesty

19 jam yang lalu

Ini 4 PR di Sektor Hulu Migas yang Perlu Diselesaikan Duet Jonan-Arcandra

19 jam yang lalu

Masa Berkabung Nasional, Penjualan Pakaian Warna Hitam Melonjak di Thailand

19 jam yang lalu

Mantan PM Prem Tinsulanonda Ditunjuk Jadi Pemangku Raja Thailand

21 jam yang lalu

Luhut Pertimbangkan Buka Impor Gas, Ini Kata PLN

21 jam yang lalu

Buka Sail Selat Karimata, Jokowi: Ayo Kembali ke Laut!

21 jam yang lalu

Beri Kuliah Umum, Mentan Minta Mahasiswa Pertanian Belajar dari Pengusaha

21 jam yang lalu

Saingi Intel, IBM dkk Garap Teknologi Datacenter

21 jam yang lalu

Penjualan Motor Naik, AISI: Jangan Takut Macet

Sabtu, 15 Okt 2016 12:00 WIB

Ombudsman: Pungli Bukan Hal Luar Biasa, Perkuat Pengawasan Internal

Sabtu, 15 Okt 2016 09:24 WIB

Sedang Berkabung, Thailand Ingin Menjamu Australia di Tempat Netral

Jumat, 14 Okt 2016 23:26 WIB

Sri Mulyani: Harta WNI di Singapura Rp 730 T, Tapi yang Balik ke RI Rp 87,9 T

Jumat, 14 Okt 2016 23:23 WIB

Kembali Ke ESDM, Arcandra: Sama Saja, Tidak Ada Bedanya

Jumat, 14 Okt 2016 23:22 WIB

Sri Mulyani: Dari 106.495 Dokter di RI, Baru 2.172 Ikut Tax Amnesty

Jumat, 14 Okt 2016 23:22 WIB

BJB Targetkan Salurkan Kredit Infrastruktur Rp 13 Triliun di 2016

Jumat, 14 Okt 2016 22:46 WIB

BJB Lirik Biayai Proyek Tol Serang-Panimbang

Jumat, 14 Okt 2016 22:39 WIB

Suku Bunga Kredit Baru Turun Sedikit

Jumat, 14 Okt 2016 22:36 WIB

Diduga Terlibat Pungli, 6 Polantas di Sumut Diamankan

Jumat, 14 Okt 2016 22:33 WIB

Ahok Siap Diperiksa Bareskrim Terkait Surat Al Maidah Ayat 51

Jumat, 14 Okt 2016 22:23 WIB

Propam Polda Jatim Periksa 2 Anggota Polres Jember Diduga Pengikut Dimas Kanjeng

Jumat, 14 Okt 2016 22:13 WIB

Boneka Peramal Trump Muncul di New York, 'Sindir' Masa Depan AS

Jumat, 14 Okt 2016 22:06 WIB

Akom: Komisi VI DPR Ngotot Mau Main Sendiri Soal PMN BUMN

Jumat, 14 Okt 2016 22:06 WIB

Warga Berlutut di Pinggir Jalan, Beri Penghormatan Terakhir pada Raja Bhumibol BERITA TERKINI SELENGKAPNYA E-paper Foto Berita Kurs Valuta Asing Mata Uang Beli Jual USD 12,982.00 13,112.00 SGD 9,368.55 9,463.73 JPY 12,501.93 12,628.33 MYR 3,083.61 3,118.19 CNY 1,933.08 1,952.44 THB 368.28 372.18 HKD 1,673.46 1,690.26 EUR 14,333.43 14,482.20 AUD 9,954.63 9,854.64 GBP 15,886.07 16,046.47 Last update: 14 Okt 2016 11:26 WIB Berita Terkini

Hari ini Pkl. 11:05 WIB - http://mdn.biz.id/n/262691/ - Dibaca: 65 kali

Komentar Netizen Malaysia: Ingin Undang Jokowi Berantas Korupsi

Sebagaimana dilansir malaysiakini, Minggu (16/10), pemberitaan berjudul "Jokowi muncul mengejut saksi tangkapan penjawat awam" diunggah pada 12 Oktober 2016. Judulnya, bila diterjemahkan ke Bahasa Indonesia, kurang lebih adalah "Jokowi Muncul Mendadak Saksikan OTT terhadap PNS".

Sebagaimana diberitakan detikcom, memang Jokowi ada di lokasi, yakni di Kantor Kementerian Perhubungan, Jl Abdul Muis, Jakarta Pusat, Selasa (11/10) lampau.

OTT yang dilakukan polisi itu berhasil menyita puluhan juta rupiah. Mendengar aksi Jokowi itu, pembaca malaysiakini.com itu berkomentar.

"Jemput ke Malaysia Presiden Jokowi tangkap penjawat awam ambil duit masuk akaun peribadi (Bahasa Indonesia: Jemput ke Malaysia Presiden Jokowi tangkap PNS ambil duit masuk rekening pribadi)," kata Bern An menggunakan Bahasa Melayu Malaysia dalam kolom komentar situs berita itu.

"Di Indonesia, Presiden menyaksikan koruptor ditangkap. Di Malaysia, PM sembunyikan koruptor," kata Marcus Lasat menanggapi.

Mereka juga membanding-bandingan Jokowi dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. "Contohi presiden jokowi yg membenteras gelaja rasuah, bukan macam negara kita pemimpin tertinggi yg jd ketua utk ambil rasuah," kata Raymond Chai Leong dalam komentarnya.

Namun ada pula akun yang berkomentar, bahwa sesungguhnya Indonesia adalah negara yang sarat pungli. Pungli di Indonesia lebih parah dibanding Malaysia, karena lebih blak-blakan.

"Di Indonesia memang jauh berbeza dengan Malaysia. Di sana terang2an meminta wang tanpa sebab. Mau cop pasport pun minta wang kopi nya," tulis Craumie Dulinad.

Bahkan akun Kedai Kami menuliskan, "indonesia bakal maju dari malaysia."

Akun Bamkorso Korso yang bekerja di Kuala Lumpur mengajak agar elite politik di Malaysia introspeksi diri. Soalnya, masyarakat dunia sedang melihat Malaysia sebagai negara yang korup.

"Tak malu punya PM. Seluruh dunia mengejek malaysia. Seluruh masyarakat dunia berkata malaysia negara rasuah dan penjenayah. Malulahh sikit. Kalau tak malu kpd Tuhan malulah kpd manusia," kata Bamkorso Korso.(dtc)

Iklan Baris Gratis Dilihat lebih dari 15,000 visitor setiap harinya Pasang
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *