Recent Post

Monday, August 22, 2016

Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

Buat penggemar novel pasti anda tahu tentang karya terkenal Awang Murshid iaitu Tombiruo : Penunggu Rimba bukan?

Difahamkan, novel berkenaan akan ditayangkan di layar perak pada tahun hadapan dan ia menggabungkan empat syarikat dibawah penerbitannya iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

Menurut Najwa Abu Bakar selak Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan tiga syarikat lain untuk menjayakan filem adaptasi novel yang cukup mendapat hits.

Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan.

Selain itu, filem ini juga disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air.

Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuatkan peminat dan penonton teruja.

Filem Tombiruo yang sudah mula menjalani penggambara di Sabah pada 31 Julai dan bakal mengadakan penggambaran di sekitar kawasan hutan di Lembah Klang menampilkan gabungan tiga pelakon hebat tanah air.

Zul Ariffin bakal memegang watak utama iaitu Ejim bersama Farid Kamil dan Nabila Huda.

Lebih menarik lagi  menggabungkan dua pengarah iaitu Nasir Jani yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, bersama Seth Larney yang pernah terlibat dalam penghasilan filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Nasir akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni, manakala Larney akan memberi tumpuan pada sudut teknikal, babak aksi dan kesan khas.

Selalunya kalau filem adaptasi novel pasti akan berkisar mengenai kisah cinta sahaja, kali ini filem Tombiruo akan memaparkan sesuatu yang berbeza penuh dengan aksi dan pelbagai lagi elemen yang cukup menarik. Tidak sabar pula kami ingin melihat filem ini.

Ada peminat novel Tombiruo tak dekat sini?

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Reman pegawai kanan JKR Melaka disambung tiga hari - Kosmo!

Reman pegawai kanan JKR Melaka disambung tiga hari

22/08/2016 11:52am

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA - Tempoh reman seorang pegawai kanan Jabatan Kerja Raya negeri disambung selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pe­ngubahan wang haram.

Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi.

Terdahulu, pegawai kanan tersebut yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan selama seminggu yang berakhir hari ini tiba di Kompleks Mahkamah Melaka pada pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira sejam kemudian.

Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 16 Ogos lalu, akhbar melaporkan SPRM membekukan akaun simpanan berjumlah lebih RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripadanya yang berpangkat Datuk dan Datuk Seri.

Mereka yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. - K! ONLINE

Read more ...

Priakustik Lancar Lagu SAYANGI MALAYSIA Sempena Hari Merdeka

Mula meingkat naik dengan menjadi peserta akhir Awakening Cover Contest anjuran Awakening Records, Kumpulan ini telah mula memikat hati pendengar tempatan. Kali ini Priakustik tampil dengan lagu "Sayangi Malaysia " sebagai single terbaharu yang bertemakan kebangsaan sebelum menghasilkan single yang seterusnya akhir tahun ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Fuad Ko ini merupakan salah satu lagu yang bakal menambat hati peminat muzik tanah air dari pelbagai kaum, Bertemakan Sayangi Malaysia untuk menambah semangat cintakan bumi bertuah Malaysia. Menurut Fuad, semangat patriotik perlu disemai dalam kalangan anak muda tapi dalam gaya yang lebih santai, dan lagu-lagu cintakan negara ini adalah platfom yang sangat baik untuk mendidik masyarakat terutamanya generasi muda.

Priakustik sedang hangat merancang untuk membuat jelajah ke Negara Matahari Terbit hujung tahun ini bagi melebarkan sayap selain turut mengembangkan bakat memandangkan salah seorang ahli Priakustik (Zufar) merupakan pelajar di sana sebelum ini.

Bangga Aku Lahir Di Tanah Ini

Tanah Tumpah Darah Pahlawan Yang Sejati

Bumi Subur Kurniaan Ilahi

Berbilang Bangsa Harmoni Menghormati

Tanah Ini Milik Kita Amanah Kita

Ku Cinta Tanah Airku

Relaku Berjuang Walau Tumpah Darahku

Ku Doakan Keamananmu

Sejahtera Selamanya Oh Negaraku

Ayuh Bersama Sayangi Malaysia

Ayuh Bersama Sayangi Malaysia

Segala Pengorbanan Terdahulu

Demi Kebebasan Masa Kini

Bebas Minda Negara Merdeka

Lagu : Fuad Ko

Lirik : Fuad Ko

Priakustik

Related

Komen via Facebook

Komen

— 93 Bacaan
Read more ...

(10 Foto) Gadis Jelita Rusia Jadi Sensasi Internet Selepas Foto-Foto 'Berani Mati' Diatas Puncak Bangunan Viral

Moskow - Semata-mata untuk mengambil foto yang cantik, seorang gadis Rusia, Angelina Nikolau, 23, sanggup menjelajah dunia dan mendaki pencakar-pencakar langit seterusnya menjadikannya selebriti internet.

Malah, gadis itu sanggup menjelah China dan Hong Kong untuk selama tiga minggu untuk mengambil gambar berani mati - sehingga 300 kaki dari tanah.

Tapi, gambar yang diambil bukan sekadar selfie, malah turut menyertakan gambar dia melakukan aksi gimnastik, dengan hanya beberapa inci dari penghujung antara bangunan-bangunan tertinggi di dunia.

Antara imej yang dirakam menunjukkan gadis itu berbaring pada puncak sebuah bangunan dengan kakinya berada hanya beberapa sentimeter daripada kedudukan yang membolehkannya terjatuh.

Nikolau kemudian memuat naik gambar-gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen seolah-olah dia menikmati setiap foto di puncak bangunan-bangunan itu.

Bagaimanapun, gadis tersebut tidak terlepas daripada kecaman apabila pengguna media sos ial Rusia menyatakan dia perlu berhenti berbuat demikian kerana boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan serupa selain mengakibatkan dirinya cedera.

"Anda terlalu muda dan cantik. Tindakan itu tidak wajar untuk nyawa anda," kata seorang pengguna Instagram, just-joslyn.

Foto-foto  Nikolau kemudian dipopularkan oleh portal-portal berita antarabangsa seperti Dailymail, The Sun, Telegraph dan pelbagai lagi. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail

Read more ...

Ucapan Hari Kebangsaan Singapura terganggu, PM kepenatan

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengalami gangguan kesihatan ketika berucap sempena sambutan hari kebangsaan negara itu hari ini.

Bagaimanapun kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Singapura menyatakan keadaan Lee tidak serius.

"Pasukan perubatan sedang merawat beliau sekarang. Berdasarkan penilaian mereka keadaan beliau tidak serius," kata kenyataan itu.

Sesiapa yang mengikuti siaran langsung ucapan Lee boleh menyaksikan beliau kelihatan gelisah dan condong ke arah kanannya selepas kira-kira tiga jam berucap.

Kenyataan dibuat menggunakan akaun Twitter Lee kemudian menyatakan beliau "tidak stabil kerana berdiri lama berterusan, hangat dan dehidrasi.

"Jantungnya dalam keadaan baik dan beliau tidak mengalami strok," katanya.

Sekeping gambar disiarkan akhbar negara itu, The Straits Times menunjukkan Lee dibantu ketika turun dari pentas.

Lee bagaimanapun menyambung semula ucapannya itu kira-kira sejam kemudian.

[Baca berita asal]

Read more ...

2 guru maut bot karam di Kota Belud

KOTA BELUD: Dua guru maut manakala lapan yang lain termasuk dua kanak-kanak terselamat selepas bot yang mereka naiki karam di muara Sungai Rampayan Laut, dekat sini, petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *