Thursday, January 14, 2016
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom di Jakarta
(4 FOTO) Pra Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dua nama yang cukup popular, hangat dan trending sepanjang beberapa hari ini.
Mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bakal berkahwin 8 Februari ini, Sam dan Syatilla tidak pernah berniat mahu menipu sesiapa.
Sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin, Sam dan Syatilla baru-baru ini telah menghadiri sesi photoshoot pra perkahwinan mereka.
Foto-foto pra perkahwinan Sam dan Syatilla juga telah dikongsi oleh jurugambar rasmi mereka Amir Naufal Photography menerusi akaun Instagram.
Jom lihat beberapa lagi foto pra perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.SAH CERAI TALAK SATU - MARISSA YASMIN KINI JANDA
Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan!
Demikian halnya pelakon Marissa Yasmin Yaacob, 38, yang sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhamad Muhzir Mohd Zainuddin, 48, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.
Difahamkan, bekas suami Marissa melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Hisyam Zakaria.
Pada prosiding itu, Muhamad Muhzir selaku plaintif diwakili peguam Jamal Mohd Lokman manakala Marissa diwakili peguam Musa Awang.
Muhamad Muhzir selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 27 November tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Marissa dan Muhzir mendirikan ruma htangga mereka pada 2010 namun mereka tidak mempunyai anak.
Sumber: BH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomChicken Chop Murah RM4.90 Di Tengah Bandar Kuala Lumpur!
Berpatutan dengan tagline 'Rasa Restoran Harga Kedai', Eye's Steak yang terletak di Bazaria Pantai, Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata-mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.
Mula dibuka Mac tahun lalu, pemilik kedai makan itu Noor Anisah Tajudin yang ditemui berkata harga rendah yang ditawarkan bertujuan untuk memberi tarikan kepada orang ramai ke tempatnya.
"Tak dinafikan pada mulanya harga yang kami tawarkan tidak serendah ini. Tapi untuk mahu menjadi tarikan orang ramai serta mahu mengambil kira orang yang kurang kemampuan untuk makan makanan ala barat ini, kami pun t urunkan harga Chicken Chop ini kepada RM4.90.
"Alhamdulilah selepas kami turunkan harga tersebut kira-kira Oktober tahun lalu, sambutan sangat menggalakkan. Dalam sehari kami menerima lebih 300 pengunjung ke kedai kami sejak harga baru ditawarkan.
"Kami akui memang keuntungan untuk 1 hidangan itu tidak banyak tetapi kami mengambil kira volume pelanggan. Lebih ramai pengunjung lebih banyak la keuntungan kami," katanya.
Meskipun menawarkan harga yang rendah pada setiap menu termasuk 'steak', namun sebagai pengusaha kedai makan itu dia tetap menjaga kualiti setiap hidangan.
"Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, apa yang kami akan pastikan, daging atau steak kami tidak direbus semata-mata untuk menjimatkan masa.
"Sebaliknya, daging kami di grill supaya ia tidak kehilangan jusnya dan itulah yang terbaik sebenarnya. Pada kami, rasa itu bukan terletak pada kuah semata-mata, tetapi juga pada daging itu sendiri.
"Besar harapan kami aga r anda dapat menghargai rasa steak sebenar selepas ini," jelasnya lagi.
Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Anisah memberitahu dia bakal membesarkan perniagaanya dengan membuka sebuah restoran di sekitar Cheras tidak lama lagi.
Eye's Steak dibuka setiap hari kecuali Isnin dan mula beroperasi pada jam 6 petang sehingga 12 malam.
Berikut menu beserta harga yang ditawarkan:
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel disiarkan pada Khamis, 14 Januari 2015
Aiman Tidak Mahu Komen Tentang Putus Cinta Dengan Fathia
Pelakon Aiman Hakim berharap orang ramai dan pihak media tidak mendesak dia untuk menceritakan mengenai kehancuran hubungan cintanya dengan pelakon Nur Fathia Latiff.
Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza, 27, berkata, dia enggan membuat sebarang kenyataan berikutan mahu menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini dan berharap anda memahami serta menghormati privasi saya.
"Ia adalah kerana saya tidak mahu kenyataan saya akan menyinggung mana-mana pihak dan banyak hati yang perlu dijaga, saya ada ibu-bapa, begitu juga dia (Fathia),"
Fathia dan Aiman bergandingan dalam teater Bidasari yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Hubungan Aiman dan Nur Fathia kini menjadi kenangan.
Aiman ditemui pada sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya iaitu Sesal Separuh Nyawa yang diadakan di Zebra Square, di sini, Rabu.
Hubungan Aiman dan Nur Fathia dikatakan sudah berakhir sejak Disember tahun lalu selepas empat tahun bercinta.
Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya kini, pelakon tersebut berkata, dia ingin berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
"Soalan tentang kehidupan saya kini juga sangat menjurus tentang perkara itu, saya seperti manusia normal lain yang bangun tidur dan gosok gigi.
"Sebagai seorang manusia normal juga, saya sentiasa mahu kehidupan saya menjadi lebih baik setiap hari," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya apakah pandangan dia jika diberi watak bergandingan dengan Nur Fathia ujar Aiman, dia tidak dapat menentukan takdir yang sudah tertulis.
"Ia adalah takdirlah, kalau Allah kata ada rezeki saya untuk bekerja sekali dengan dia… maka adalah," ujarnya.
Sementara itu, bercakap tentang drama Sesal Separuh Nyawa, Aiman yang membawakan watak Razlan memberitahu ia merupakan salah satu naskhah berat yang pernah dilakonkan. Dia perlu membuat kajian bagi mendalami watak tersebut dengan lebih mendalam agar sampai kepada penonton.
"Drama ini boleh dikatakan antara drama yang mencabar dan menguji lakonan saya," ujarnya.
Antara artis lain yang turut terlibat ialah Ayda Jebat, Aidid Noh, Nina Nadira, Datuk Tarmimi Siregar dan Azhan Rani.
Sesal Separuh Nyawa terbitan Darkwave Picture Sdn Bhd bakal ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 18 Januari di HyppSensasi (HyppTV Saluran 116).
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Anak Dia Tidur Berselimutkan Suratkhabar, Beralaskan Kotak'
Datuk, Pekerja Cedera Dalam Nahas Lamborghini di LPT
Menurut Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, kemalangan tersebut berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa kedua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Menurut beliau, kerketa terbabit dipandu oleh jururunding wanita tersebut, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong yang berusia 50-an.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.
"Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan menerima rawatan di sebuah klinik disini.
Laporan dar i Harian Metro pula melaporkan Datuk Lawrence Ng Teck, 59, mengalami kecederaan di ibu jari tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.
Norfarahliya pula mengalami luka di paha kanan dan kiri.
Mohd Nor berkata, kenderaan yang terlibat yang dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta turut mengalami kerosakan teruk.
Kedua-dua mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi. - Siakapkeli.my
Rafizi: Sudah tiba masanya Pakatan Harapan fokus tangani isu Melayu
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata sudah tiba masanya untuk Pakatan Harapan memberi fokus yang menyeluruh dalam isu yang melibatkan kebimbangan kaum Melayu dalam soal kedudukan dan kebajikan mereka.
Bercakap dalam forum 'Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14' di Petaling Jaya malam tadi, setiausaha agung PKR itu berkata Pakatan Harapan kini tidak lagi boleh bersikap defensif.
"Sekarang kita perlu berhadapan dengan isu realiti iaitu kita perlu menyuarakan kebimbangan Melayu. Sama ada itu propaganda mainan dalam kepala, kita kena yakinkan bahawa kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu lebih baik.
"Sebelum ini kita tidak begitu terbuka bila kita ketengahkan isu-isu Melayu. Kita begitu berhati-hati bercakap soal pentadbiran ekonomi dan kita tak sentuh keseluruhan isu Melayu. Kita tak boleh begitu lagi. Mereka mahu jawapan terang dan kita perlu bagi jawapan terang pun," kata Rafizi.
Bagaimanapun, Rafizi (foto) yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, mungkin ia agak sukar namun adalah penting untuk Pakatan Harapan meyakinkan pengundi hari ini.
"Cuma mungkin sebelum ini kita terasa sukar dan berhati-hati, sebab itu kita perlu dalam tempoh satu tahun enam bulan ini memberikan jawapan, penyelesaian, kaedah yang lengkap untuk menenangkan dan memberi jaminan kepada pengundi atas pagar tadi bahawa menangnya Pakatan Harapan tidak akan menjejaskan kedudukan Melayu, kedudukan Islam dan akan menaikkan balik maruah serta martabat dan kebajikan orang Melayu," katanya.
Justeru, Rafizi berkata adalah penting untuk Pakatan Harapan mengenengahkan isu dan tawaran yang melibatkan orang Melayu secara bersatu dan bersama.
"Kita tak boleh serahkan Melayu-Islam kepada AMANAH, Cina kepada DAP, PKR, kamu carilah bandar-bandar, dia tak boleh begitu. Untuk kita menangani soal Melayu, soal ketakutan mereka itu, ketiga-tiga parti mesti bercakap sebagai satu suara," tegas Rafizi.
Contohnya, ujar Rafizi, Pakatan Harapan perlu seiring dalam menentukan apakah agenda mereka untuk golongan tersebut.
"Maknanya kalau kita percaya perlu ada satu agenda pengupayaan ekonomi Melayu yang baru, atau yang khusus, itu tak boleh datang dari AMANAH atau Keadilan (PKR). Ia mesti datang dari Pakatan Harapan (secara langsung ia kurangkan stigma kepada DAP)," kata Rafizi.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DAP Pusat, Ong Kian Ming (foto) mendakwa parti dominasi Cina itu kini berdepan dengan dilema.
"Kita ada dua dilema. Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambah keahlian daripada Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini satu niat dan strategi yang baik untuk mengurangkan imej cauvinis DAP
"Tetapi pada masa sama apabila niat sebegini dibentangkan dalam lingkungan parti, bukan sahaja pemimpin tetapi ada juga ahli DAP yang tidak senang dengan cadangan DAP nak mencapai 50 peratus daripada ahlinya Melayu dan bumiputera," katanya Ong.
Menurut Ong, contohnya seperti yang berlaku baru-baru ini di mana seorang perwakilann parti AMANAH Johor membuat cadangan agar DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
"Ini satu dilema luaran dan ia satu cabaran yang mesti ditangani jika DAP dan Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14," katanya Ong.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) menggesa gabungan itu menggesa membentuk naratif Melayu yang tidak bergantung kepada kerajaan.
Malah, bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata Pakatan Harapan perlu mencari pendekatan yang berbeza daripada Umno-BN dalam memenangi kpengundi Melayu hari ini.
Ini kerana, menurut Saifuddin, politik Melayu hari ini lebih memerlukan urus tadbir yang lebih baik.
Katanya, dengan Pakatan Harapan memperbaiki naratif Melayu, menjadi Melayu yang tidak bergantung kepada orang lain, Melayu yang terhak upaya, Melayu yang tidak begitu memerlukan penjaga.
"Ini pendekatan yang pada saya membezakan pendekatan Umno-BN dan PH," katanya.
Mengulas lanjut, bekas anggota Parlimen Temerloh itu berkata Umno-BN menggunakan pendekatan konfigurasi kaum maka Pakatan Harapan akan mengamalkan konfigurasi politik majmuk.
"Pendekatan Umno-BN adalah dalam konfigurasi berasaskan kaum. MCA dan Gerakan jaga kaum Cina, MIC jaga kaum India dan Umno jaga Melayu.
"Konfigurasi politik atau melihat naratif Melayu, Pakatan Harapan berada dalam konfigurasi politik yang berbeza yakni konfigurasi politik majmuk, pelbagai kaum.
"Bukan serah kepada DAP untuk jaga bukan Melayu, PKR jaga Melayu dan India. Tidak. Pada kita, kita akan menggunakan konfigurasi politik yang di mana kita bersama menguruskan Malaysia yang pelbagai kaum ini," kata Saifuddin.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad (foto) berkata orang Melayu hari ini masih dibelenggu rasa ketakutan di mana mereka akan hilang kuasa sekiranya Pakatan Harapan mentadbir negara.
"Orang Melayu masih layan perasaan ketakutan di mana Melayu akan hilang kuasa politik. Kita ada demokrasi, kita ada 70 peratus, kenapa nak layan?
"Melayu hilang kuasa, pengemis atas tanah air sendiri, adalah mitos yang menakutkan. Adalah lebih baik kita ketepikan mitos ini dan ganti kuasa politik. Lebih cepat kita boleh bergerak ke hadapan," kata anggota Parlimen Shah Alam itu.
Dua pengebom nekad IS sah rakyat Malaysia
MENGEJUTKAN! Syura Tampil Dedah Sah Bercerai Talak Dua
9 Shares
Share
Share
Share
Setelah sekian lama menyepi kini penyanyi dan bekas peserta Master Chef Selebriti Malaysia iaitu Syura mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua bersama Mohd Fadhly.
Perasan tak? Kalau tengok betul-betul, muka penyanyi Syura ni iras penyanyi nombor 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza kan?
Walaupun kisah penceraian beliau telah dihidu oleh pihak media sekitar tahun lalu namun tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Syura sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan cerita sebenar kerana tidak mahu ada pihak yang keliru.
Artikel menarik:- 6 Gambar Kontroversi Agnes Monica Berbaju Jarang & Foto Agnes Monica Tayang Peha Kekar Bikin Panas!
Menurut Syura, beliau tidak berniat mementingkan diri sendiri sebaliknya banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum beliau mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian."
Tambah Syura lagi beliau berharap segala penjelasan yang dibuat merungkai segala persoalan.
"Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami."
Hidup berumah tangga memerlukan kekuatan hati dan mental, ini kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang besar selepas berkahwin. Sudah tertulis Syura terpaksa berpisah dengan suaminya tetapi harapnya anak-anak tidak diabaikan.
1,372 total views, 1,372 views today
Artis Malaysia, BeautifulNara, Bekas Peserta Master Chef Selebriti Malaysia Syura, Facebook Artis, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Malaysia, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Hangat, Gosip Hangat Syura, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip OHBULAN!, Gosip Panas Syura, Gosip Sensasi, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terbaru Syura, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2016, Gosip Terkini Syura, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Syura, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Media Karangkraf, MENGEJUTKAN! Syura Tampil Dedah Sah Bercerai Talak Dua, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Pelakon Syura, Penyanyi Syura, Rotikaya, Selebriti, Selebriti BeautifulNara, Selebriti Malaysia, SyuraFOZIAH DAKWA PENGUNDI KUANTAN BERDOSA BESAR!!!
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...