Recent Post

Thursday, October 01, 2015

Komen menghina Sultan: Mahkamah kekalkan sabitan dan denda

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan denda RM20,000 terhadap seorang juruukur bahan berkaitan pertuduhan menulis komen menghina Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Read more ...

GEMPAR ! Gadis Ini MENGAMUK Selepas Ditipu & Dapat Dress Buruk Dari Fashion Designer TERKENAL

Sudah menjadi trend masa kini khususnya pengantin wanita yang mahu melansungkan perkahwinan pasti diiringi oleh bridesmaids dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Seperti mereka yang lain, kakak kepada wanita ini turut mengimpikan perkahwinan diiringi oleh bridesmaids mengenakan dress yang cantik namun lain pula jadinya apabila 'ditipu' oleh sebuah butik. Janji design lain, dapat design lain. Malah siap lari dan lepas tangan tak mahu bersemuka. Siapa tak berang kan?

Janji lain, dapat lain

Menurut pemilik akaun Twitter yang bernama Suraya Hanim ini, kakaknya telah menempah wedding dress & bridesmaids dresses di sebuah butik terletak di Neo Damansara.

Pada awalnya butik berkenaan bersetuju untuk menerima tempahan terbabit berdasarkan contoh yang diberikan harga rm380 selepas discount.

Namun semuanya bertukar hampa apabila melihat hasil dress yang telah siap. Memang tak sama langsung dan sangat mengecewakan.

Lepas tangan

Paling menyakitkan hati bila designer terbabit memberi seribu satu alasan setiap kali diajak berjumpa bagi menyelesaikan masalah ini.

Pada masa sama netizen turut meluahkan rasa geram terhadap designer terbabit sambil menyifatkan dress sedemikian mampu dimiliki dengan harga yang jauh lebih murah.

Menurut netizen juga butik berkenaan banyak masalah dan pernah satu ketika didakwa menipu seorang selebriti tempatan.

Read more ...

BERITA BAIK - LINDA RAFAR & SYED AIMAN BAKAL RUJUK

"Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif," demikian kata Linda Rafar mengenai berita terkini yang mengatakan dia dan suaminya Syed Aiman bakal rujuk semula.

Malah tanpa berselindung, dia mengesahkan mereka kini sedang dalam proses untuk kembali rujuk, demi cinta yang masih utuh. Selain itu, dia sebenarnya masih sayangkan suami dan anak-anak.

"Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah s eterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini," ujar Linda.

"Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya.

"Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Sumber: UM

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah NEKAD Buat Tindakan Yang MENGEJUTKAN !

JOHOR BARU: Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tidak memakai tudung. Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian. Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah. "Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. "Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini," katanya. Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini. Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu. "Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira," katanya. Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai. "Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung. "Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya. "Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial," katanya. Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.
Read more ...

Pasar raya borong tipu pengguna

image (1)

BATU BERENDAM – Taktik kotor sebuah gedung barangan borong dekat sini, menukar tarikh luput produk makanan kering yang sudah tamat tempoh terbongkar dalam satu operasi bersepadu di sini semalam.

Setiausaha Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia(LPKPM) Azlin Osman berkata, hasil pemeriksaan selama sejam di lokasi berkenaan mendapati ada di antara produk makanan sudah tamat tarikh luput digunting dan ditampal dengan label tarikh baharu sekali gus perbuatan tersebut menyalahi di bawah Akta Makanan 1983.

Menurutnya, pemeriksaan yang disertai lebih lima kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran Melaka serta Bomba dan Penyelamat Melaka mendapati mereka melakukan dua kesalahan perlabelan barang yang salah dan barang sudah tamat tarikh luput dengan nilai rampasan barang keseluruhan berjumlah RM846.

Katanya, jumlah itu termasuk RM616 bagi barang makanan yang dikenal pasti di bawah kesalahan tarikh luput dan selebihnya di atas kesalahan perlabelan.

"Barang-barang yang dirampas termasuk sebanyak 15 air kotak, 74 paket biskut dan lain-lain kesemuanya akan disita oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran.

"Selain itu kita turut memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan agar tidak melakukan memandangkan ada di antara tarikh luput sudah tamat tempoh hampir setahun," katanya kepada pemberita.

Hadir sama, Penolong Kanan Penguasa Bomba Melaka, Hashim Kasirin, Pegawai Kesihatan Persekitaran Melaka, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif.

Sementara itu, Hashim berkata, pihak terbabit turut didapati tidak mematuhi arahan yang ditetapkan dengan mengunci pintu laluan kecemasan selain meletakkan kunci tersebut di pejabat sedangkan sepatutnya kunci diletakkan berdekatan laluan tersebut.

Menurutnya, pintu laluan kecemasan bukan sahaja ditutup rapat malah di luarnya dijadikan tempat letak kenderaan.

"Bagaimanapun kita hanya memberi amaran lisan dan pihak kami akan sekali lagi membuat pemeriksaan di lokasi ini pada 30 September ini dan jika masih didapati gagal mematuhi mereka akan boleh didakwa di mahkamah," katanya.

Berita berkaitan:

Penyamun dicekup, tak sempat joli wang samun

Terkejut 22 lembu kena curi

Insuran Kenderaan Kereta Naik Mulai 15 Februari 2014?

Komen

comments

Read more ...

Larangan Guna Pembesar Suara Di Luar Masjid & Suara Akan Diwartakan

PULAU PINANG - Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri ini akan diwartakan tidak lama lagi. Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lalu. Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau. Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan. Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah. Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat. "Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut. "Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat," katanya. Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong. Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing. "Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan yang berpanjangan," katanya. - BERNAMA

Read more ...

Gangguan bekalan air berjadual di WIP dan KL

Sebanyak 103 kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual, dan proses pemulihan kerja menaik taraf sistem bekalan air dijangka mengalami kelewatan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Priscilla Afred berkata kelewatan terhadap kerja-kerja penggantian 'Inlet Valve' di Tangki Sedut Bukit Gasing dan 'By-Pass Valve' ke Rumah Pam Bukit Gasing di Petaling Jaya yang dijalankan kelmarin, adalah disebabkan beberapa isu teknikal di luar jangkaan.

"Berikutan kelewatan dalam menyiapkan kerja menaik taraf ini, proses pemulihan bekalan air di kawasan terlibat secara berperingkat selepas kerja disiapkan, dijangka mengalami kelewatan dan akan mengambil masa lebih lama berbanding jangka masa pemulihan.

"SYABAS sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu untuk proses pemulihan ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Sejumlah 78 kawasan terlibat di Wilayah Petaling, antaranya Taman Lian Hoe, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Tasek Selatan, Pantai Dalam, Bandar Baru Bukit Jalil dan Kuchai Lama.

Sementara, Wilayah Kuala Lumpur melibatkan 25 kawasan termasuk TUDM Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Wisma Putra, Jalan Bukit Petaling, Persiaran Syed Putra, Taman Seputeh, KL Sentral dan Brickfields.

Priscilla berkata bagi mengurangkan kesulitan pengguna, SYABAS akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada pengguna terlibat.

SYABAS turut menasihatkan orang ramai menggunakan bekalan air kecemasan itu secara berhemah.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mySYABAS untuk maklumat lanjut dengan memuat turun ke telefon pintar melalui Google Playstore dan Appstore secara percuma.

- Bernama

Read more ...

'Saya Mengaku Ada Tatu' - Ammar

Ammar Alfian, 28, seorang pelakon, menafikan dakwaan bahawa dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya bertatu di laman Instagramnya semalam.

"Tatu di dada dan bahu itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon dua tahun yang lalu. Niat saya muat naik gambar itu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarkan orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya, bukannya kisah-kisah peribadi saya seperti ini," katanya yang enggan orang ramai memperbesarkan hal ini.

Ammar juga menyatakan dia pernah berhasrat untuk membuangnya dan telah pergi ke beberapa klinik namun diberitahu bahawa ia akan meninggalkan parut jika dibuang.

"Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan tinggal kesan parut jika saya membuangnya. Jadi mereka menasihatkan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana terdapat kaedah yang l ebih bagus. Jika ada rezeki, saya memang mahu ke sana untuk membuang tatu ini," katanya.

Mengulas mengenai video dia bercumbuan dengan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini, Ammar berkata itu adalah tindakan yang dilakukan tanpa memikirkan kesannya.

"Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya. Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya. Video 15 saat itu menunjukkan Ammar yang tidak berbaju mencium bibir wanita terbabit. Namun telah dipadamkan tidak beberapa lama kemudian. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Palestin berhak dapat pengiktirafan penuh - Mahmoud Abbas

NEW YORK: Palestin berhak mendapat keahlian penuh dan pengiktirafan sebagai sebuah negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung PBB semalam.
Read more ...

MISTERI KEHILANGAN ANITA SARAWAK BERTAHUN-TAHUN AKHIRNYA TERJAWAB

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan penghibur tersohor, Anita Sarawak selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat. Adik Anita yang juga pelakon, Noorkumalasari Mohamed Taib (gambar kecil), 59, mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara daripada dunia hiburan. Malah, Noorkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah seperti yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Perkahwinan Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001. "Saya ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita perceraiannya dengan Mahathir. "Anita berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia bersama suaminya di Las Vegas. "Dia juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu. Noorkumalasari yang sebelum ini mengunci mulut daripada berkongsi kisah mengenai Anita turut memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama Mahathir.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *