Recent Post

Friday, July 10, 2015

Lempar Daging Khinzir Ke Masjid, Penjara 3 Bulan

Mekanik Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir ke Masjid Jamek Jalan Telaga Air pada Februari lepas. - Foto BERNAMA

BUTTERWORTH – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.

Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan. – BERNAMA

https://youtu.be/18Xg2d56WDc

Lempar Daging Khinzir Ke Masjid, Penjara 3 Bulan

Read more ...

Duit Palsu RM50 Dibuat Semudah A B C (Video)




HENDAK belajar cara-cara membuat wang palsu?

Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat tempahan paten ink pada roller yang berbentuk wang RM50 dan gunakan kertas yang berkualiti tinggi.

Kemudian pusingkan sahaja mengikut acuan roller, zas! Tercipalah wang kertas RM50 palsu, mudah kan?

Tetapi jangan ingat pihak Polis Diraja Malaysia tidak melakukkan kerja, sudah terlalu banyak sindiket-sindiket pembuatan wang palsu ditumpaskan oleh pihak berkuasa, cuma sindiket wang palsu ini bak cendawan yang tumbuh selepas hujan sahaja.

Justeru, kalau anda ada menyimpan impian nak buat benda-benda camni, elok lupakan la yea…

https://www.youtube.com/watch?v=t4vhmrHUnKk&feature=youtu.be

Menerusi video yang dikongsikan, cara inilah yang digunakan oleh penjenayah dalam menghasilkan wang palsu.

Apa yang mengejutkan ialah ciri-ciri yang terdapat pada wang tersebut seperti tandatangan
bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan wajah cetakan muka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama adalah sangat terperinci.

Sehingga kini, kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai tarikh dan tempat video tersebut dirakam.

Apa-apa pun kami mengharapkan pihak berkuasa segera menyiasat video cetakan wang palsu ini sebelum sindiket-sindiket ini berleluasa!


 Duit Palsu RM50 Dibuat Semudah A B C (Video)

Sumber: mynewshub.cc
Read more ...

Nahas Ngeri 4 Maut Di Muar | Sumber Berita Terkini

 gambar: sumber

MUAR 9 Julai - Empat maut termasuk seorang terputus dua badannya apabila sebuah lori hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah treler kontena di Kilometer 141.7, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Clearance Juwad, 30; Christope Kono, 20; Ramlee Ishak, 42, dan Sofian Ali, 38.
 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori lima tan yang membawa muatan jagung dan daging beku dipandu Clearance dipercayai terbabas sebelum melintang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori kontena yang dipandu Ramlee yang penuh dengan muatan barangan elektronik.

Akibatnya, Clearance dan Ramlee serta kelindan masing-masing, iaitu Christope dan Sofian yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta tersepit mati di tempat kejadian.

Semasa kejadian, Clearance dan Christope yang kedua-dua berasal dari Sarawak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, manakala Ramlee dan Sofian menuju ke Bukit Kayu Hitam dari Lapangan Terbang Changi, Singapura. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan mendapati lori dipandu Clearance terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan. “Pada masa sama, treler kontena yang dipandu Ramlee bersama Sofian tiba di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak. Akibatnya kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.
 

Beliau berkata, ketika kemalangan cuaca dalam keadaan baik dan punca kejadian masih disiasat. Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Pegawai Kanan Bomba II Mohd. Johar Tunin berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.23 pagi sebelum sebuah jentera dan kenderaan bantuan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian. “Operasi ini melibatkan 12 anggota dan apabila tiba, kami dapati keempat-empat mangsa maut dan tersepit di tempat duduk masing-masing dengan salah seorang daripada mereka terputus dua di bahagian pinggang,” katanya.

Beliau memberitahu, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.


 Nahas Ngeri 4 Maut Di Muar | Sumber Berita Terkini

Sumber Dipetik Dari Utusan Online
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *