Recent Post

Tuesday, April 12, 2016

Serangan bom di Songkla: Tiada rakyat Malaysia terlibat, kata Kementerian Luar

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan bom di hadapan stesen keretapi Chana, Songkla semalam.
Read more ...

Hafidz Roshdi Tulis Kepada Uqasha Senrose Di Instagram รข€“ Kau Dah Kenapa?

Sebelum ini Uqasha Senrose telah memuat naik beberapa status Twitter berbaur menyindir terhadap tunang Hafidz Roshdi, nampaknya Hafidz juga berasa tidak puas hati.

Melalui akaun Instagram miliknya, Hafidz telah memuat naik cetakan skrin tweets tulisan Uqasha mengenai tunangnya dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Dalam kapsyen yang ditulis oleh Hafidz beberapa jam lepas, dia menyatakan tidak perlu tunangnya dilibatkan kerana tunangnya okay sahaja. photo Cf0RgNXUIAAeO8_.jpgHafidz bagaimanapun telah memadam kapsyen dan cetakan skrin tersebut.

Dalam tweets yang ditulis oleh Uqasha sebelum ini, pelakon jelita itu menyuarakan bahawa tunang Hafidz bersikap kebudak-budakan kerana cemburu dengan kemesraan mereka untuk drama 'Tundukkan Playboy Itu' sedangkan ia hanya lakonan untuk drama.

Uqasha turut menambah sekiranya Hafidz diberi percuma kepadanya pun dia tidak mahu (jadi tunang Hafidz tidak perlu berasa cemburu).

Tulisan Uqasha mendapat sokongan peminatnya di Twitter namun begitu Netizen secara keseluruhan berpendapat Uqasha tidak perlu mengeluarkan komen sebegitu tentang tunang Hafidz kerana tindakan itu juga menunjukkan Uqasha juga bersikap kebudak-budakan.

Mungkin ada betulnya. Cemburu bagi seorang tunang perkara biasa, bukan? Buat relaks sudah.

Testimoni dari kawan baik admin sejak dari sekolah rendah..Cucur udang mengunakan produk?Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal?Jangan sampai tertelan air liur..Pm saya jika berminat..???????????

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Sunday, 10 April 2016

TAGS: , , , , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Makan 'kek biji popi', boleh didakwa di mahkamah - Kosmo!

Makan 'kek biji popi', boleh didakwa di mahkamah

12/04/2016 12:25pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran agar berhati-hati ketika membeli atau memakan kek yang mengandungi biji popi iaitu benih ganja yang diharamkan di Malaysia, bagi mengelakkan daripada terperangkap memakan kek yang mengandungi dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Senior Asiston Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, jika air kencing pembeli diuji, hasil ujian air kencing mereka akan

didapati positif dadah dan mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.

Kesalahan itu jika disabitkan, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

"Walaupun individu itu boleh berkata mereka tidak mengambil dadah tetapi kandungan biji popi yang terdapat dalam kek itu boleh menyebabkan mereka yang merasakan dirinya tidak bersalah itu, didakwa kerana dadah," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, sejak minggu lepas, polis mengesan terdapat pengusaha kek di ibu kota, meletakkan biji popi di atas kek mereka dan dijual kepada umum, untuk melariskan jualan perniagaan mereka.

Berikutan itu, Wan Abdullah berkata, polis menjalankan ujian saringan terhadap biji popi tersebut dan hasil ujian mendapati bahan kek berkenaan positif dadah jenis morfin.

"Kami dapati sepotong kek itu dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal," katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dengan hanya memiliki kurang daripada 5 gram biji ganja dari pokok popi boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM20,000.

Bagaimanapun, Wan Abdullah berkata, masih terlalu awal untuk mengambil tindakan terhadap pembekal atau penjual kek itu kerana pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi.

Malah, beliau berkata, polis akan menjalankan ujian lanjut di Jabatan Kimia Malaysia untuk menentukan kesahihan sama ada bahan yang terkandung dalam kek itu benar-benar dadah atau sebaliknya.

Biji popi atau dikenali biji kas-kas di Malaysia merupakan bahan yang digunakan untuk tujuan masakan dan turut dipakai secara meluas dalam bahan masakan di beberapa negara di Eropah, Timur Tengah dan India. - Bernama

Read more ...

Lima Sebab LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON Jadi Tumpuan

Memang benar bahawa kita mempunyai pantai-pantai yang indah di Malaysia. Biarpun sejumlah besar pantai-pantai yang dimaksudkan ini terletak di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta di Sabah, itu tidak bermakna mereka yang tinggal di Lembah Kelang perlu merantau jauh untuk mencari pantai dan lautan.

Di antara pantai peranginan terdekat dengan Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan sudah tentulah kawasan pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan.

Panorama Pool Villa C2 Bed 01

Andai tercari-cari tempat untuk menginap pula, pastikan Lexis Hibiscus menjadi pilihan terbaru anda. Resort mewah yang terletak di Batu 12 Jalan Pantai ini merupakan inovasi terbaru kota Port Dickson. Seperti Palm Atlantis di Dubai di mana rumah-rumahnya dibina dalam susunan mengikut bentuk pokok kelapa sawit, Lexis Hibiscus memaparkan vila-vila lautan mewah yang dibina di atas air dalam bentuk Bunga Raya! Resort ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu ataupun bercuti bersama rakan-rakan serta keluarga. Malah, hotel ini merupakan salah satu resort mewah yang baru sahaja dibuka lebih kurang setahun.
  • Dengan pemandangan pantai serta lautan lepas, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini dan tidak hairanlah sekiranya ia bakal menjadi pilihan pelancong seluruh dunia.
  • Dibangunkan dengan 522 vila lautan serta 117 bilik menara yang luas dan mewah, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Setiap vila dan bilik diberi sentuhan moden kontemporari dan menimbulkan suasana yang sangat tenang dan romantis. Terdapat pilihan vila yang mempunyai pemandangan terus ke samudera lepas ataupun yang menghadap pancuran air setinggi 400 kaki. Sekali imbas, vila-vila lautan ini mirip vila-vila yang ada di resort-resort mewah Maldives!
  • Kesemua vila mempunyai beranda dengan kolam renang kecil sendiri sekiranya tidak mahu berkongsi kolam renang umum yang lebih besar di kawasan utama hotel. Penghuni vila bebas bersantai di kolam renang kecil peribadi masing-masing tanpa perlu menghiraukan gangguan luar. Setiap unit kediaman turut dilengkapi kemudahan internet wi-fi secara percuma!
  • Bagi anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Roselle Coffee House yang terletak di bangunan utama hotel kerana ia menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Ada juga restoran Jepun di situ iaitu UMI Japanese Restaurant yang menyediakan pelbagai juadah Jepun asli yang enak. Tersedia juga Hisbiscus Lounge dan Horizon Deck untuk bersantai. Namun tempat paling sesuai untuk menjamu selera dambil menikmati pemandangan keseluruhan adalah daripada Sky Lounge yang ada di tingkat paling atas bangunan utama. Dari situ tamu dapat melihat pemandangan Selat Melaka tanpa halangan! Pilihan kedua pula adalah di Lighthouse Club yang terletak di kawasan tengah kelopak Bunga Raya. Kawasan ini khas buat mereka yang menginap di Vila Panorama Pool dan suite sahaja. Dari tingkat atas di Wave Dining tamu dapat melihat pemandangan vila-vila sekeliling selain mencuba hidangan serta minuman di Captain's Lounge dan juga Lighthouse Bar.
  • Seperti kebanyakan tempat penginapan pantai lain, kemudahan spa merupakan sesuatu yang sangat sinonim dan Lexis Hibiscus mempunyai spa yang sangat hebat yang dikenali sebagai LexSpa! Hotel ini juga merupakan tempat yang amat sesuai untuk mengadakan pelbagai acara termasuk perkahwinan. Malah ia mempunyai dewan utama yang mampu memuatkan sekitar 350 orang. Dan dewan ini merupakan dewan acara tertinggi di Port Dickson!
  • Pendek kata resort ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai kerana konsepnya yang mewah lagi eksklusif. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya kurang dari sejam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketenangan persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

    Umi Japanese Restaurant 2

    Lobby Reception

    LexSpa_0003

    Img1269_00067

    Img1258_00060

    Aerial View

    Secebis bayangan Dubai dan Maldives di Lexis Hibiscus Port Dicksonoleh Shah Shamshiri

    Komen via Facebook

    Komen

    — 315 Bacaan
    Read more ...

    Dr Zakir Akui Sedih Dengan Sikap Sebilangan Orang Islam

    KUALA TERENGGANU, 12 Apr - Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

    "Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya.

    Pendakwah itu berkata, masalah besar bagi umat Islam adalah cenderung memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil.

    "Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin. "Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

    Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

    "Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

    Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.

    Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

    Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seaga ma dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

    "Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya. Sedangkan dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya," katanya. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    P'raya S'wak: Calon Barisan Nasional setakat ini

    Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan semalam, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua pertiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang.

    Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:

    1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu

    2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai

    3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut

    4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong

    5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang

    6. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (PBB) - Satok

    7. Peter Pau (SUPP) - Padungan

    8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending

    9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang

    10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa

    11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang

    12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah

    13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya (kerusi baharu)

    14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu)

    15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat

    16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu

    17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup

    18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya

    19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu)

    20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau

    21. Simoi Peri (PBB) - Lingga

    22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro

    23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin

    24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan

    25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang

    26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai

    27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) – Saribas

    28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) – Layar

    29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) – Bukit Saban

    30. Datuk Len Talif Salleh (PBB) - Kuala Rajang

    31. Abdullah Saidol (PBB) – Semop

    32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) – Repok

    33. Alexander Vincent (PRS) – Ngemah

    34. Allan Siden Gramong (PBB) – Machan

    35. Chieng Buong Toon (SUPP) – Bukit Assek

    36. Dr Annuar Rapa'ee (PBB) – Nangka

    37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) – Dalat

    38. Yussibnosh Balo (PBB) – Telian (kerusi baharu)

    39. Abdul Yakub Arbi (PBB) – Balingian

    40. Christopher Gira (PRS) – Tamin

    41. John Sikie Tayai (PRS) - Kakus

    42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) – Pelagus

    43. Tan Sri James Jemut Masing (PRS) – Baleh

    44. Liwan Lagang (PRS) – Belaga

    45. Chuk Pai (PRS) – Murum (kerusi baharu)

    46. Datuk Talip Zulpilip (PBB) – Jepak

    47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) – Kemena

    48. Majang Renggie (PRS) – Samalaju (kerusi baharu)

    49. Ripin Lamat (PBB) – Lambir

    50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) – Piasau

    51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) – Senadin

    52. Dennis Ngau (PBB) – Telang Usan

    53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) – Bukit Kota

    54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) – Bukit Sari

    55. Paulus Gumbang (Teras/calon langsung) - Batu Danau

    56. Rosey Yunus (Teras/calon langsung) - Bekenu

    57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) - Mambong

    58. Dr Johnical Rayong (UPP/calon langsung) - Engkilili

    Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden,30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Gramong Juna, selama sembilan penggal.

    Menteri Industri Perladangan dan Komoditi persekutuan Douglas Uggah dikatakan bakal menjadi timbalan ketua menteri jika beliau memenangi kerusi Bukit Saban.

    - Bernama

    Read more ...

    Fadillah yakin BN menang besar pada PRN-11

    PUTRAJAYA: Isu sampingan seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sudah diperjelaskan oleh kerajaan tidak dijangka memberi kesan atau mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *