Recent Post

Thursday, November 26, 2015

Profesor kejam dipenjara 12 tahun, dera pelajar makan tahi

Pelajar tersebut turut dipukul dengan kayu besbol serta dibungkus kepala dengan plastik lalu disembur dengan penyembur pemedih mata.
Read more ...

(TAHNIAH) Fouziah Gous Sudah Selamat Bersalin Anak Pertama

Aktres Fouziah Gous dan suami Zhafran Yusof kini sudah menjadi ibu bapa apabila Fouziah sudah selamat bersalin cahaya mata pertama mereka sekitar jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta terletak di Shah Alam.

Zhafran telah berkongsi kegembiraan mereka suami isteri di akaun Instagram miliknya tadi dan memberitahu kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

My Utmost Gratitude to Allah swt ..Alhamdulillah ,Isteri saya @fouziahgous Sudah selamat melahirkan anak …Terima Kasih atas Doa yand di panjatkan … Semoga anak ini menjadi anak yang soleh … #syukurlah @zhafoujr @fouziahgous #zhafou #demc #gratitude

Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka berdua membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayi mereka.

Peminat Fouziah juga cukup teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Fouziah serta suami semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Kami di BeautifulNara juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah Gous dan Zhafran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Selepas ini, tanggungjawab anda lebih berat dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Apa-apa pun, semoga lebih murah rezeki dan bahagia.

Sumber Berita: Media Hiburan

Related Related Category : Malay 12 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Aril AF7 Selamat Timang Anak Lelaki Sama Hari Lahir Dengan Izwan Pilus!

Naib juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairul Azam Pilus, selamat menimang cahaya mata lelaki pada 24 November lalu.
Read more ...

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ARIL AF7 KINI BERGELAR AYAH

Read more ...

Ibu Nizam Laksamana, Buat Kejutan Tonton Nyanyiannya Secara Langsung

Penyanyi lelaki Nizam Laksamana memberitahu bahawa ibunya Huwi Mohd Sani telah membuat kejutan menonton persembahannya di  Gegar Vaganza 2 secara langsung di Auditorium MBSA buat kali pertama.

Bagaimanapun, tontonan kali pertama ibunya itu, untuk yang terakhir kerana Nizam telah pun tersingkir di minggu ke-6 hasil daripada keputusan juri.

"Sepanjang saya bergelar penyanyi hampir 24 tahun, ibu saya tidak pernah turun padang untuk melihat saya menyanyi di mana-mana persembahan.

"Untuk GV2 ini, ini kali pertama dia luangkan masa untuk menyaksikan nyanyian saya sebagai tanda sokongan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

"Kehadiran ibu saya juga seolah-olah memahami yang pada minggu ke-6 saya akan tersingkir. Saya sangat terharu dan berterima kasih dengan pengorbanan yang telah dibuat oleh ibu saya.

"Saya amat menghargai dan juga berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam GV2 ini," kata Nizam kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Nizam juga dikhabarkan telah mendapat penajaan daripada Datuk Seri Vida untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat.

"Alhamdulilah, saya bersyukur yang tidak terhingga apabila Datuk Seri Vida bertemu saya setelah dan memberitahu bahawa beliau ingin menaja saya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

"Walaupun impian saya ingin menunaikan haji, tetapi dengan kemurahan hati beliau untuk membiayai ibadah Umrah amat saya hargai dan terima kasih sahaja yang saya mampu ucapkan.

"Semoga Datuk Seri Vida terus dilimpahi rezeki dan dapat membantu golongan lain yang memerlukan sumbangan," ujarnya mengakhiri bicara. 

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 26 Nov 2015

Read more ...

THR Gegar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir

THR Gegar Teruskan Misi Bantuan Mangsa Banjir di Terengganu dan Pahang. Khidmat sosial stesen radio Astro, THR Gegar telah menerima lebih banyak sumbangan selepas memasuki tahun keempat penganjurannya.

Dengan itu, pihak THR Gegar telah berjaya mengumpul barang-barang bantuan untuk mengagihkan sumbangan tersebut kepada penduduk di Kelantan sebagai persediaan awal menghadapi bencana alam dan dapat mengurangkan kesusahan yang ditimpa.

Hampir 500 penduduk Manek Urai Lama dan baharu menerima kit bantuan banjir dalam siri jelajah THR Gegar ke Kelantan tahun ini. Kit bantuan banjir itu diagihkan dua penyampainya Nasaruddin Abdul Karim dan Suzana Shafie.

Lokasi seterusnya untuk program Misi Bantuan Banjir THR Gegar adalah Sekolah Kebangsaan Seberang Tayor, Chukai Kemaman, Terengganu pada 27 November 2015 jam 3 petang dan di Sekolah Kebangsaan Serambi, Pekan Pahang yang akan berlangsung pada 28hb November 2015 jam 10 petang.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://gegar.thr.fm/

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Komen via Facebook

Komen

— 13 Bacaan
Read more ...

'Mudahnya Anak Warga Asing Diserap Kerja Tetap Dengan Gomen'

Gambar Hiasan Seorang anak jati Sabah, mendedahkan seorang lelaki berstatus warga asing yang menetap di negeri itu dengan mudahnya diterima berkhidmat secara tetap di Pejabat Daerah Keningau.

Menurut Mec, dia percaya bahawa lelaki terbabit menggunakan bantuan dari 'Orang Dalam' untuk mencapai impiannya itu.

"Ketika menghantar sepupu untuk berurusan di Pejabat Daerah Keningau hari ini, saya benar-benar terpukul. Seorang anak kepada bangsa asing yang kerap menjalani latihan praktikal di pejabat itu dengan mudahnya diserap untuk berkhidmat secara tetap di Jabatan itu. 

"Apakah kita sudah benar-benar ketandusan tenaga kerja daripada kalangan anak tempatan sehingga anak keturunan bugis kita jadikan kakitangan di jabatan-jabatan penting dalam kerajaan? "Masih ramai anak tempatan yang berkelulusan tinggi dan berkelayakkan di luar sana yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Saya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya 'Orang Dalam' yang bertanggungjawab terhadap perbuatan sumbang  ini.  "Bagaimana agaknya masa depan daerah ini atau masa depan negara ini jika jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dipegang oleh anak-anak bangsa asing. Anak-anak tempatan khususnya Sabah dan Sarawak buka mata, buka mulut dan ambil tindakan. Kalau bukan kita siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? "Jangan tunduk ketika dipijak. Jangan pula selepas membaca artikel ini ada yang melabelkan saya perkauman. Tiada istilah perkauman untuk bumipetera dan bukan bumiputera. Apa lagi warganegara dan bukan warganegara," katanya.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Rakan Terkejut Dengan Kematian Pelajar SPM

KUALA LUMPUR, Nov 26 — Pelajar-pelajar di SMK Raja Abdullah terkejut dengan kematian pelajar 17 tahun, Hon Ye, yang cukup dikenali sebagai seorang yang periang.

Baca : Pelajar Ditemui Tergantung Selepas Jawab Paper Matematik Tambahan

Seorang rakan sekelasnya, yang tidak ingin dikenali, berkata pelajar cemerlang itu tiba lima minit lambat untuk kertas Matematik Tambahan 1 pada Selasa lalu dan ianya sesuatu yang pelik memandangkan dia selalu menepati masa.

"Kami tidak pernah terfikir dia begitu tertekan sehingga sanggup mengambil nyawanya sendiri.

"Dia memberitahu guru dia mahu pulang ke rumah dan meninggalkan peperiksaan separuh jalan.

"Selepas itu, apabila beberapa rakan mengajaknya keluar makan, dia menolak pelawaan mereka. Perkara seterusnya yang kami tahu, dia menggantung dirinya sendiri", kata pelajar berkenaan.

Pelajar tersebut juga berkata Hon adalah pelajar yang kuat berusaha dan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya.

"Kamu tidak akan pernah melihat dia tanpa buku. Dia selalu tinggal berseorangan dalam kelas untuk belajar", katanya sebagaimana memetik laporan MalaymailOnline

Seorang lagi rakan berkata Hon berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan PMR.

"Subjek kegemarannya adalah kimia. Dia juga sebahagian dari program JUARA untuk pelajar-pelajar cemerlang.

Menurutnya juga, Hon adala pelajar yang sangat merendah diri dan tidak pernah menunjuk walaupun dia seorang pelakon dalam siri TV tempatan. - Siakapkeli.my

Read more ...

Suhakam mahu definisi rogol dalam perkahwinan diperjelas

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan meminda pengecualian rogol dalam perkahwinan daripada definisi rogol yang terkandung dalam Kanun Keseksaan.

"Ini bagi mencerminkan realiti penderaan seksual yang dialami wanita, sama ada yang berkahwin atau belum berkahwin," kata Pemangku Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam kenyataan media sempena memperingati Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita semalam.

Beliau berkata rogol yang dilakukan oleh pasangan hidup, tidak kurang jijiknya daripada kes rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Menurutnya Suhakam membuat gesaan itu kerana ia selari dengan perisytiharan ASEAN mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dan Penghapusan Keganasan Terhadap Kanak-kanak, yang mahukan negara-negara anggotanya mengambil langkah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita selain memperbaiki perundangan sedia ada.

"Suhakam berpendapat walaupun banyak perkembangan dan inisiatif dalam menangani isu keganasan berasaskan gender, namun kes-kes keganasan terhadap wanita masih berlaku di Malaysia," katanya.

- Bernama

Read more ...

'Tak Suka Iklan Maria Farida Tertonggek-tonggek!' - Netizen

"Jaga baik-baik," itulah pesanan dari Maria Farida dan Eyka Farhana dalam iklan produk kosmetik yang menaja drama 'Akulah Balqis'.  Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa geli dan meluat melihat iklan tersebut yang dianggap tidak kena dan tidak sesuai dipertontonkan kerana berunsur menghairahkan.  "Gediklah iklan ini. Tak malu ke atau hilang malu kerana duit? Dah macam iklan lucah, sumpah geli nak tengok!," kata netizen.  "Tahulah body cantik ke apa, tak payahlah tertonggek-tonggek. Meluat tengok, nak tengok drama pun dah terganggu mood. Mohon TV3 jangan tayangkan lagi!" kata mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

[VIDEO]SEDARLAH NAJIB] Ketua Cawangan: Pemimpin atasan rosakkan Umno bukan akar umbi

CELAH GELEGAR [VIDEO]SEDARLAH NAJIB] Ketua Cawangan: Pemimpin atasan rosakkan Umno bukan akar umbi Ketua Penerangan Cawangan bandar, Bahagian Kluang Bakhtiarshah Mustafa mendakwa kepimpinan Umno yang di atas sedang merosakkan Umno dan bukannya ahli akar umbi di bawah dengan mengambil contoh skandal syarikat pelaburan negara 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion yang masih tidak terjawab. Bakhtiarshah semalam bersama-sama kumpulan 81 orang ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. 
Read more ...

Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Jom Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing.

8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.

Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank. Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *