Recent Post

Thursday, August 27, 2015

[Video] Punca Pengawal Keselamatan Dibelasah

Sepanjang hari ini, video berdurasi 1 minit 42 saat ini menjadi viral di media sosial. Video ini memaparkan seorang pengawal keselamatan dibelasah di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Melalui sumber dari Info Kini, hal ini berpunca dari ketidakpuasan hati oleh keluarga pelawat kerana pengawal keselamatan tersebut tidak membenarkan kanak-kanak memasuki wad.

Wad terbabit adalah wad jenis separa rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit yang mengidap masalah pernafasan.

Sila tonton video dibawah dan kemukakan pendapat anda dalam ruangan komen dibawah.

Read more ...

Belum Lagi Lahir, GHB Sudah Dilanda Krisis

BENARLAH kata ulama, jika lahir bukan atas takwa dan iman, pastinya tidak berkat, maka itulah yang berlaku ke atas sebuah parti Islam bakal serpihan Pas, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan lahir pada 31 Ogos ini.

Memetik laporan portal AgendaDaily, usaha GHB cuba mengambil alih secara rahsia Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bagaimanapun 'kantoi' apabila berjaya dikesan Setiausaha Agungnya, Azmi Othman.

KITA yang pernah dipimpin bekas pemimpin UMNO dan kemudian PKR, Zaid Ibrahim sebelum ini dilaporkan menerima 'ganjaran' RM140,000 untuk diambil alih oleh pihak GHB menjadi parti pembangkang terbaharu.

Bagaimanapun perkara itu segera dinafikan oleh GHB, tetapi pada masa sama Azmi membuat laporan polis apabila mengesan ada minit mesyuarat palsu KITA yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ia menyatakan bahawa ada individu lain sudah dilantik rasmi sebagai presiden baharu KITA bagi menggantikan Masrum Dayat dan parti tersebut mengesyaki usaha secara senyap itu cuba didalangi oleh pihak GHB.

"Mujur semakan dengan ROS mengesahkan tiada berlaku apa-apa perubahan tetapi atas sebab keselamatan, saya kena buat laporan polis untuk siasat kemungkinan ada cubaan jahat pihak luar," kata Azmi dipetik The Star.

ROS dalam pada itu turut memaklumkan tiada apa-apa permohonan untuk penubuhan parti baharu yang diuar-uarkan kononnya sebagai GHB atau pengambilalihan daripada mana-mana parti politik kecil sedia ada.

Sementara itu, belum lagi lahir di dunia, GHB dilaporkan beberapa penulis blog propembangkang sedang krisis 'rebut' jawatan presiden daripada Mohamad Sabu yang dikatakan kurang sesuai memegang posisi tersebut.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu ketika berucap melancarkan GHB di Terengganu minggu lalu pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada menjadi ketua dengan syarat ada calon yang lebih sesuai.

Ini menyaksikan tiba-tiba boleh muncul dua calon iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Datuk Husam Musa menawarkan diri untuk menjadi pengganti Presiden GHB yang bakal dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat.

Kebanyakan bloger pro-Pas dikatakan cenderung ke arah anak bekas Presiden Pas, Yusof Rawa khususnya dari segi imej penampilan sahsiah diri dan latar belakang pengetahuan agama beliau yang memang cukup hebat.

Namun sebuah portal propembangkang tanpa rahsia turut berkempen atas nama Husam dan secara terang mendakwa, sebahagian besar jentera awal penggerak GHB adalah penyokong Exco Kerajaan Kelantan itu.

Hakikatnya, drama kemelut GHB biarpun konon berimej Islam tetapi sudah menyerlahkan wajah sebenar mereka yang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat kepentingan sendiri. – Mynewshub/HAA

Komen

comments

Read more ...

Akak g0sok...tu bolehkan atau akak nak tengok anak menderita

Georgetown: "Akak nak bantuan kan, boleh tak ikut cakap saya, lepas akak ikut cakap saya, saya masukkan duit dalam bank akaklah. Kalau nak anak cepat sembuhkan, akak buatlah apa yang saya nak bolehkan, nanti akak siap buat, saya masukkan duit dalam bank akak.

"Akak gosok...tu bolehkan atau akak nak tengok anak menderita sampai bila-bila." Itulah antara mesej biadab diterima ibu Muhammad Harith Aist Qusairi Mohamad Helmi, 15 bulan, yang menghidap sakit kekejangan otot dan lumpuh atau dikenali Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE), semalam.

Nor Hasmilia Abu Seman, 25, berkata, dia kecewa selepas menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada seorang individu tidak dikenali yang menyatakan mahu membantu tetapi meminta dia melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.

"Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tengah hari tadi (semalam), " katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more ...

Ozlyn Muat Naik Gambar Tak Sepatutnya Ke Laman Sosial

Read more ...

NETIZEN PERTIKAI DIRINYA PELUK ISLAM - STACY LUAH RASA TERKILAN

Stacy atau nama penuh Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam meluahkan rasa terkilan di Instagram terhadap sikap netizen yang sering mempertikaikan segala perkara baik yang orang buat.

Ini kerana keputusan Stacy untuk memeluk agama Islam beberapa hari lepas tidak diterima baik oleh sesetengah pihak, malah ada sahaja mulut yang mempertikaikan mengapa dirinya itu bertukar agama.

Bukan itu sahaja, Stacy juga dituduh mempunyai niat tersembunyi dan hanya di pengaruh oleh Akim untuk bergelar seorang muslim.

Klik gambar untuk size besar

"I was wondering if i'm just Stracie, this thing will be more easier and some people will accept and wouldn't care for what i've decided.. i don't ask for acceptance. I just need a positive support..humanity. Just imagine if this happen to you or your family. I understand how upset you feel..and i'm sorry.. i'm just a HUMAN..who needs a real support and help to understand my situation..," luah Stacy di laman IGnya.

Walaubagaimanapun, masih ada pengikutnya di Instagram yang menyokongnya termasuklah beberapa rakan artis lain. Mereka menasihatkan Stacy agar terus bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Rooney ledak hatrik

Bruges: Wayne Rooney menamatkan kemarau 10 perlawanan dengan meledak hatrik membantu Manchester United menang 4-0 di Bruges, awal pagi tadi untuk memastikan kemaraan skuad Inggeris itu ke peringkat saingan kumpulan Liga Juara Juara.

Kemenangan membolehkan United mencatat agregat 7-1 untuk kembali menyertai kejuaraan utama Eropah selepas setahun tidak beraksi.

United menang 3-1 perlawanan kelayakan pertama di Old Tafford minggu lalu.

Tahap keyakinan Rooney meningkat apabila meletakkan United mendahului minit ke-20 menerusi penyudah bola lambung melepasi penjaga gol Sinan Bolat.

Ia adalah jaringan pertamanya sejak 4 April lalu. Kapten England itu menambah jaringan m-49 dan m-57 ketika benteng pertahanan Bruges terus longlai tidak berupaya mengekang asakan Red Devils.

Ander Herrera melengkapkan gol keempat United m-63 sementara Javier Hernandez gagal menyempurnakan penalti m-81.

Kemaraan United meletakkan empat wakil England berada dalam undian peringkat kumpulan yang akan diadakan hari ini.

"Kami melalui kekecewaan besar tidak dapat mencabar Liga Juara Juara tahun lalu," kata Rooney.

"Penting buat United melepasi cabaran menerusi cara kemenangan dilakukan." - AP

Read more ...

Aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia dilancar sempena Merdeka

KUALA LUMPUR: Aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia telah dilancarkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Aplikasi tersebut dicipta untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pangkalan maklumat serta saluran utama mengenai perkara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan bermula 2015.

Difahamkan, aplikasi iMalaysia tersebut turut membolehkan pengguna berkongsi cerita tentang semangat patriotisme, mencari maklumat terkini mengenai acara-acara rasmi dan menerima senarai promosi berkaitan kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menghantar ucapan khas melalui medium berkenaan.

Aplikasi kedua yang dipanggil iMalaysia Game pula merupakan sebuah aplikasi permainan yang berkonsep permainan larian yang berlatarkan sejarah negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Yasmin Mahmood, bakat ICT perlu dipupuk di kalangan belia bagi memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Aplikasi mudah alih adalah bukti bahawa pemaju aplikasi Malaysia memiliki apa yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi mudah alih berdaya maju secara komersial.

"Ia adalah penting bagi kita untuk menyediakan ekosistem kondusif dan memupuk bakat ICT yang akan memartabatkan negara kita ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Kedua-dua aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan Apple App Store.
Read more ...

'Sia-Sia Aku Berkorban 25 Tahun Untuk Dapatkan Kasih Sayang Dari Ayah'

DARI KIRIMAN PEMBACA: Aku rasa sia-sia sangat. Selama 25 tahun aku cuba ambil hati ayah. Selama 25 tahun itulah aku cuba membuktikan yang aku sayang pada ayah. Selama 25 tahun ayah..  Ayah maki aku, pukul aku, seksa jiwa raga aku. Ya, mungkin aku silap yang mana aku buat perangai memberontak hanya semata-mata mahukan perhatian dari ayah. Sehinggakan aku pernah cuba nak membunuh diri. Umur 11 tahun! Umur 11 tahun aku ikat tali di lampu dan panjat serta gantung diri sebab aku tak tahan dihina oleh ayah. Aku terseksa setiap kali aku cuba bercakap dengan ayah, dibalas pula dengan pandangan hina pada aku.  Tapi, Allah masih sayangkan aku. Allah panjangkan umur aku, tali itu terputus. Sejak dari peristiwa itu, aku kerap keluar masuk bilik kaunseling.  Apabila tibanya Hari Bapa, aku selalu bagi hadiah. Tetapi hadiah yang aku diberikan, semua ayah buang. Aku hanya mampu melihat sahaja.  Bila aku sudah dewasa, ayah benci melihat muka aku. Aku nekad, aku mahu keluar kerana aku tahu ayah benci pada aku. Sampailah masa ibu memanggil aku pulang dan tinggal bersama dengannya.  Aku pulang ke rumah ibu, aku tahu ayah tak suka. Tapi aku tak faham kenapa ayah tak nak aku dengan duduk dia. Sampailah ayah sakit, aku jaga ayah, aku masak, aku siapkan segala keperluan ayah. Aku urut kaki ayah setiap kali balik kerja walaupun penat, walaupun tangan aku tengah sakit, aku gagahkan juga untuk mengurut ayah. Aku cuba melupakan segala apa yang telah ayah buat pada aku. Tetapi, setiap kali ayah ada masalah dengan ibu, ayah jadikan aku sebagai alasan dan sasaran untuk melepaskan kemarahan. Terbaru, ayah block aku dari WhatsApp hanya kerana bergaduh dengan ibu kerana sebuah kereta? Aku selalu menjadi mangsa ayah untuk menutup segala kesalahannya. Aku faham ayah tak nak aku jadi keluarganya. Ayah nak aku keluar dari keluarga ini kan?  Tapi sayang, Allah tak tarik lagi nyawa aku. InshaAllah aku tunaikan (permintaan ayah). Aku cuba usahakan untuk keluar dari rumah. Cuma kali ini, aku berharap aku tak akan kembali dan tidak merosakkan hubungan kamu sekeluarga.  Cuma satu aku nak tahu apa sebenar-benarnya salah aku? Aku rasa sia-sia sahaja pengorbanan aku selama 25 tahun ini hanya untuk mendapat kasih sayang seorang ayah. - Liya Elina Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

After lukewarm response, Sabah Bersih sees hope in boosting turnout

 A volunteer distributes leaflets to promote the Bersih 4 rally at Donggongon market in Penampang, Sabah. The event in Sabah is expected to be more relaxed and festive unlike in Kuala Lumpur. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 27, 2015.A volunteer distributes leaflets to promote the Bersih 4 rally at Donggongon market in Penampang, Sabah. The event in Sabah is expected to be more relaxed and festive unlike in Kuala Lumpur. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 27, 2015.Organisers of the Bersih 4 gathering in Sabah, which had promised more of a "democracy festival" than a rally such as in Kuala Lumpur, have always faced a paradox.

On one hand, Sabah, out of all the regions in Malaysia, is in most need of the reforms electoral reforms coalition Bersih 2.0 is fighting for: cleaning up the electoral rolls and enforcing campaigning laws.

Yet the majority of Sabahans don't know this. Even those who do, and support Bersih, are afraid to turn up at the gathering planned this weekend.

But that was before Sabah police and the Kota Kinabalu City Council (DBKK) refused to approve the rally at Tanjung Lipat.

The police's hardline stance, however, had the opposite effect, and organisers are now optimistic about getting more people to turn up.

"People are more excited now and we have sold out all T-shirts after Sabahans read the police statement," said Sabah Bersih chairman Jannie Lasimbang, referring to police's announcement that there will be no rally this weekend.

Fear and intimidation

Lasimbang (pic, left) told The Malaysian Insider on Monday that she and Sabah Bersih committee member Matthew Yong planned for a rally that was more an "educational fair" than a boisterous show of protest.

Unlike the Bersih 4 rally in Kuala Lumpur, the planned gathering in Kota Kinbalu is in Tanjung Lipat, a popular waterfront spot outside the city centre better known for picnics and fairs.

"All the activities at the gathering are santai (leisurely) in nature," said Lasimbang.

This would be more attractive to Sabahans compared to the defiant, confrontational approach of the KL rally.

"People here are still scared of attending these things. They believe that if you go, the police will catch you," said Lasimbang, explaining the prevailing mentality of Sabahans about political rallies.

This is not just a problem among Sabah's vast rural populace but even urbanites who are more politically-conscious and who voted for the opposition in the last general election.

Many in Kota Kinabalu, Penampang and its surrounding suburbs are civil servants, said Lasimbang, and being caught attending a rally could mean losing a secure job.

Tanjung Lipat, the popular waterfront spot outside Kota Kinabalu where Sabah's Bersih 4 gathering will take place this weekend. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 27, 2015.Tanjung Lipat, the popular waterfront spot outside Kota Kinabalu where Sabah's Bersih 4 gathering will take place this weekend. – The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, August 27, 2015.Although the two biggest opposition parties DAP and PKR have pledged to mobilise all their members, there is a worry that their ordinary supporters would not turn up, said Yong.

"Leaders and office holders will turn up.

"But it's the ordinary grassroots people. They tell us to go on the frontline and they will be in the back supporting us," said Yong.

"That's why Barisan Nasional (BN) always calls Sabah the fixed deposit. Because the people are easily intimidated".

Educate, not incite

It is this fear and timidity that the organisers were hoping to shed with their "Pesta Demokrasi", complete with art exhibitions, candle-making programmes and talks.

Lasimbang said the aim was to educate Sabahans on democracy, citizens' rights and the importance of having clean institutions to serve the people and allow them to exercise those rights.

When it comes to electoral fraud, said Yong, Sabah has suffered more compared to the rest of Malaysia.

Testimonies in a 2014 royal commission of inquiry showed a concerted effort which goes back to the 70s to dish out citizenship to thousands of migrants from Indonesia and the Philippines.

Books have been written claiming that the scheme was to create a pliable voter base for certain BN parties. Much of this is known to Sabahans and a majority realise that Sabah has a foreign migrant problem.

A Malaysian Insider straw poll among Sabahans showed that 52% of them said its illegal migrant population was Sabah's biggest problem.

The Bersih rally in Sabah was to be a platform to connect the dots between these issues and energise Sabahans to speak up, said Yong (pic, left).

Yesterday, it seemed the mood among Sabahans about a possible confrontation with the police had changed. Bersih 4.0 T-shirts were sold out within three days after the police statement.

Lasimbang was surprised that the police ban has got more people fired up about the rally, and she admits that the gathering might not be a "leisurely festival" anymore.

But there is still a worry that T-shirt sales will not be matched by actual bodies at Tanjung Lipat on Saturday.

"So we tell these people, don't just buy the T-shirts. You must come down on Saturday to support us." – August 27, 2015.

Read more ...

Untung suku kedua Genting susut kepada RM425.7 juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Genting Bhd susut kepada RM425.72 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2015 berbanding RM930.99 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan merosot kepada RM4.17 bilion berbanding RM4.41 bilion sebelum ini manakala pendapatan sesaham turun kepada 1.83 sen berbanding 10.01 sen, menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tiada dividen interim diumumkan bagi separuh pertama 2015.

"Lembaga pengarah akan membuat keputusan mengenai jumlah cadangan dividen bagi tahun kewangan semasa apabila mengkaji dan mempertimbangkan keputusan kewangan bagi tahun penuh berakhir 31 Disember, 2015," menurut Genting.

Dividen interim satu peringkat yang diumumkan dan dibayar pada separuh pertama 2014 adalah 1.0 sen sesaham biasa bagi 10 sen setiap satu.

- BERNAMA

Read more ...

'Perkataan 'Bodoh' Tak Boleh, Tapi Bangsat Boleh Pula?' - Afdlin

Susulan penggunaan perkataan 'Bangsat' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki, mempertikaikan mengapa perkataan itu dibenarkan sehingga tercetak di dada akhbar tempatan. "Nak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau Censorship Board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tidak adil," katanya. Kenyataan itu dimuat naik di laman Facebook Afdlin malam tadi mencetus kritikan netizen yang menganggap 'Lembaga' berwajib mengamalkan dasar 'Double Standard' hanya kerana kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Larangan menggunakan perkataan 'bodoh' dalam drama/filem jelas sekali menunjukkan LPF sangat-sangat ketinggalan dalam soal penapisan yang mengikut standard 'orang lama'. Perkataan bodoh adalah kata-kata yang biasa digunakan oleh masyarakat berbanding kata-kata penggantinya, 'Kurang Cerdik' atau 'Kurang Pandai'. Terdahulu, Najib pernah mengungkap bahawa bangsa Melayu akan menjadi Bangsa Terbangsat jika UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum akan datang. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Isu 1MDB,2.6B Dan Timbalan Presiden UMNOĆ¢€¦.Inilah Kenyataan TERKINI Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu 1MDB,2.6B Dan Timbalan Presiden UMNO….Inilah Kenyataan TERKINI Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin…Setelah sekian lama Tan Sri Muhyiddin tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan,namun pada hari ini Tan Sri membuat kenyataan tentang tindakan Pemuda UMNO Malaysia.

Untitled

KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PRESIDEN UMNO

26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau "take the bulls by the horns", saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na'uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PRESIDEN UMNO

Tags: , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *