Recent Post

Tuesday, July 14, 2015

Lisa Surihani: Gambar Terkini Yang Kini Sarat Hamil 7 Bulan

gambar: mynewshub.cc

 JIKA diperhatikan jarang-jarang sekali pelakon cantik Lisa Surihani menunjukkan baby bump di mana-mana  sama ada di media elektronik, media cetak mahu pun laman sosial Instagram miliknya sendiri.

Adalah sekali.. itu pun suaminya Yusry Abdul Halim yang memuat naik gambar pasangan bahagia ini ketika bercuti di Australia, bulan lalu di mana kelihatan jelas baby bump comel aktres kesayangan ramai itu.


Ketika ditanya kenapa enggan terlalu mendedahkan gambarnya yang sedang hamil di laman sosial, Lisa menerusi satu laporan media sebelum ini berkata dia memang sengaja tidak mahu terlalu mendedahkan perkara itu kerana menghormati pasangan suami isteri lain yang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Namun peminat pelakon berwajah ayu ini tidak perlu gusar kerana akhirnya Lisa memberi ‘kebenaran’ juga kepada rakan baiknya, Raja Nadia Sabrina untuk memuat naik gambar terbaharunya yang kelihatan comel dengan baby bump kandungannya yang sudah masuk bulan ketujuh.

Memetik laporan Berita Harian, Yusry menyatakan Lisa dijangka melahirkan anak sulung mereka September ini.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabul pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun menyulam cinta.


sumber

Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Lisa Surihani: Gambar Terkini Yang Kini Sarat Hamil 7 Bulan
Read more ...

Remaja Singapura Di Malukan Oleh Mat Saleh


VIDEO mengenai seorang lelaki mat saleh bertindak ‘membuli’ seorang remaja di dalam sebuah tren kerana pakaiannya di Singapura telah viral sejak beberapa hari lalu.

Apa yang menarik perhatian masyarakat adalah keberanian seorang lelaki yang bertindak mempertahankan hak remaja tersebut.

Lelaki mat saleh yang dilihat tidak puas hati dengan pakaian remaja tersebut yang tertulis perkataan ‘”I am F*king Special” itu mula mengejek dan memarahinya namun tidak diendahkan remaja tersebut.

Mat saleh yang kelihatan acah-acah ‘bagus’ itu juga mengajak remaja tersebut bergaduh kerana tidak mempedulikannya.



Namun, situasi mat saleh yang menunjukkan lagak itu ditegur oleh seorang lelaki yang cuba mempertahankan remaja itu.

Setelah kedua-dua mereka bertengkar dan mat saleh tersebut dimarah kerana sikapnya yang keterlaluan, mereka berdua akhirnya diarah keluar dari tren tersebut oleh pegawai polis.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki yang dikenali sebagai Elfy itu kerana berani menegakkan keadilan serta mempertahankan hak orang yang tidak bersalah.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang rakannya, Nabilah Nasser, yang juga telah menerangkan situasi sebenar yang berlaku di dalam tren tersebut di laman Facebook miliknya.

sumber: mynewshub.cc

Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Remaja Singapura Di Malukan Oleh Mat Saleh
Read more ...

PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - mynewshub.cc

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) bakal memecat Mohamad Sabu dan  kumpulan pemimpin progresif PAS daripada parti itu berikutan tindakan mereka menubuhkan sebuah parti baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam usaha untuk melemahkan parti Islam berkenaan.

“Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

“Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti,” ujarnya kepada mStar.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu mengejutkan ramai apabila mengumumkan penubuhan kumpulan Gerakan Harapan Baru dengan hasrat menggerakkan sebuah parti baharu yang turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Mat Sabu juga bertindak selaku Pengerusi Gerakan Harapan Baru iaitu jawatankuasa penaja penubuhan parti politik baharu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyifatkan penubuhan parti baharu yang dirancang Gerakan Harapan Baru tidak akan menyumbang kepada gabungan pakatan pembangkang yang kuat.

“PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.

“Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.

“Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama,” katanya.

Konflik yang berlaku dalam pucuk pimpinan PAS menjadi jelas ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang menyaksikan tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai  oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.

Sumber: mStar Online


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?


PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu
Read more ...

Anuar: Tukar PM gaya Dr M takkan ke mana

 gambar:malaysiakini.com

Menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku dalam negara, kata bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Anwar, usaha menukar Najib yang digerakkan Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor yang kemudian menjadi musuh politiknya – tidak akan membawa perubahan sebenar.

“Menukar Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri tidak cukup buat rakyat.

“Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah.

“Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka; ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat,” katanya.

Dalam perutusan Anwar melalui peguamnya hari ini, beliau berkata perubahan institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pihak polis amat diperlukan.

Beliau mendakwa agensi-agensi itu selama ini telah gagal membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Selain itu, Anwar juga menuntut perubahan sistem pilihan raya, seperti yang digesa BERSIH, serta pemansuhan Akta Hasutan serta undang-undang antidemokrasi lain.

“Pada masa yang sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat.

“Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita,” kata Anwar.

Menyentuh siasatan terhadap dakwaan pengaliran dana syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib, Anwar berkata perkara itu menjadi sejarah kerana “seorang perdana menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang”.

“Siasatan ini berlaku pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, GST yang teramat membebankan dan ketidakpastian hala tuju ekonomi negara yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia tahun 1997,” katanya.

Najib menafikan dakwaan oleh media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) itu. 

Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
  
Sumber Berita   

Anuar: Tukar PM gaya Dr M takkan ke mana
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *