Recent Post

Saturday, March 19, 2016

Australia, Asia yang terawal mulakan kempen Earth Hour 2016

Beberapa bangunan ikonik dunia bergelap selama sejam sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour.
Read more ...

PENIAGA ONLINE: ANDA MELAKUKAN DOSA TANPA ANDA SEDAR. POINT NO 11 & 13 TU RAMAI ORANG BUAT

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami.. Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post 'rakan sejemaah', boleh baca point no 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan. 2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada'. 3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan. 4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi. 5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.  Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan). 6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa. 7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS 8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat. 9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah 'produk saya' kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual. 10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen. 11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan. 12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan. 13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Sumber : Facebook

Read more ...

(19 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Shahrol Shiro

Shahrol Shiro akhirnya telah menamatkan zaman dudanya selepas sah bernikah dengan Nor Farhanah malam semalam.

Kedua-dua mempelai nampak segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Lebih bahagia lagi bila anak Shahrol hasil perkahwinan pertamanya, turut bersama dengan mereka pada malam penuh bermakna itu.

Berikut kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Shahrol Shiro dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit foto : era fm & Kirikananstudio

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

AL-FATIHAH - NENG YATIMAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Read more ...

Peserta KE Otai Masih Lemah Dari Segi Teknikal

Rata-rata peserta KE Otai masih lagi lemah dari segi teknikal dan kawalan vokal. Itulah kesimpulan yang dibuat juri tetap Kilauan Emas Otai, Datuk Ramli MS.

"Mereka kurang menghayati melodi lagu sehingga adakalanya mereka terlupa bait-bait lirik yang ingin dinyanyikan di hadapan penonton.

"Untuk minggu yang kedua ini, persembahan mereka agak teruk dari segi teknikal nyanyian. Tapi saya tak salahkan mereka, lagu yang dinyanyikan itu tidak setara dengan umur mereka.

"Jadi, itulah cabaran yang mereka kena lalui. Apa yang saya boleh cadangkan ialah hafal melodi dan lirik dari segi sudut positif dan negatif.

"Nyanyi ikut kemampuan sendiri dan jangan terlalu nak sama cara nyanyian dengan penyanyi asal. Saya faham tenaga mereka, apa-apa pun mereka punya masa  memperbaiki kelemahan diri untuk meneruskan pertandingan pada minggu depan," kata Ramli MS.

Ditanya adakah beliau berasa kecewa dengan tajap pencapaian kesemua peserta pada minggu kedua ini, Ramli MS menjawab,

Tiada istilah rasa kecewa kerana apa yang berlaku itu adalah kesilapan diri sendiri yang boleh diperbaiki.

"Tak semua pun saya rasa terlau teruk, ada juga peserta menyanyi dengan baik seperti Idris. Dia menyanyi dengan cara dia dan agak terkawal.

"Apa-apa pun, segala komen yang saya berikan kepada peserta boleh dijadikan panduan dan saya harap mereka mampu melakukannya," akhiri Ramli MS.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 18 Mac 2016

Read more ...

5000 hadiri Himpunan Solidariti - Kosmo!

5,000 hadiri Himpunan Solidariti

19/03/2016 10:35am

Sebahagian daripada penyokong yang hadir memberi sokongan pada Najib di Pangkalan TUDM pagi tadi

KUANTAN - Kira-kira 5,000 ahli komponen Barisan Nasional dari seluruh negeri ini membanjiri Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pagi tadi pada Himpunan Solidariti bagi menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rata-rata mereka mengenakan baju berwarna merah dan hadir seawal pukul 8.30 pagi serta melaungkan slogan seperti Hidup Perdana Menteri dan Respect My PM.

Najib yang tiba pada pukul 9.50 pagi dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada hadirin yang menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan kepada beliau.

"Walaupun saya diserang pelbagai pihak namun saya rasa terubat melihat askar-askar (penyokong) saya pada setiap hari dan saya sedar saya bukan keseorangan," katanya.

Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO negeri. - K! ONLINE

Read more ...

Shahrol Shiro Sah Nikah Dengan Anna Danisha

Pemenang Raja Lawak Musim Ke-6 Shahrol Shiro telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Anna Danisha dalam suatu majlis yang akan dihadiri kaum keluarga dan teman teman rapat. Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Era FM yang terkenal ini sekali gus menutup segala spekulasi berkenaan status hubungannya dengan bakal isteri.

IMG_2992

Shahrol Shiro Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Pilihan

Perkenalan yang tak dirancang pada 2012 di sebuah syarikat telekomunikasi telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Pada mulanya, bakal isteri tidak kenal siapa Shahrol Shiro apatah lagi kumpulan Shiro dan perkara ini yang membuatkan beliau lebih tertarik dengan Ana.

"Anna sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam kerjaya saya. Dia juga turut memberi saya idea punchline untuk digunakan sewaktu beraksi di pentas. Ana merupakan pendengar yang baik dan sering menasihati saya agar bersabar apabila ada cakap-cakap kurang senang di luar sana. Kami serasi bersama dan dia seorang yang tak cerewet dan memahami serta menerima saya seadanya," jelas beliau tentang bakal isteri.

Setelah berkawan selama hampir 4 tahun, Shahrol mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan Anna kerana rakan seperjuangannya seperti Ajak Shiro dan pelawak yang lain telah pun berkahwin dan beliau merasakan sudah sampai waktu dirinya pula.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman bakal isteri dan diikuti dengan majlis resepsi pihak perempuan di Kluang Johor. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikatakan ada kejutan istimewa buat hadirin pada hari tersebut.

"Saya harap peminat-peminat saya dapat mendoakan kebahagiaan saya dan Anna dan terima kasih kerana terus menyokong saya selama 4 tahun berkecimpung dalam industri ini. Pelbagai liku yang telah saya hadapi sepanjang bergelar pelawak tetapi dengan sokongan peminat di luar sana membuatkan saya mahu terus maju dalam industri ini," kata Shiro kepada semua penyokongnya yang setia.

Selamat pengantin baru diucapkan.

Credit photo to ABK Pictures Production

IMG_3033

IMG_3058

Komen via Facebook

Komen

— 85 Bacaan
Read more ...

7 Perkara Penting yang Perlu Anda Beringat Ketika Menghadapi Cuaca Panas

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang pelatih Pulapol disebabkan strok haba. Berita kematian ini sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai dengan cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini.

Jadi, kali ini kami bawakan 7 perkara penting yang perlu anda ingat supaya kita boleh mengelak strok haba. 7 perkara ini bukan sahaja boleh diguna pakai untuk anda (orang dewasa), tetapi ia juga boleh diguna pakai untuk bayi, kanak-kanak dan juga warga emas.

Sebelum menjurus lanjut, adalah baik untuk kita memahami secara ringkas apa itu strok haba.

Apa itu strok haba?Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 7 Perkara penting yang perlu anda beringat

1 - Jangan pakai baju yang tebal / berlapis & ketatMemakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.

2 - Minum air dengan banyakPastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.

Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu bermakna badan kekurangan air.

3 - Jangan sesekali tinggalkan sesiapa dalam kereta yang sudah dimatikanPerkara ini biasa berlaku di Malaysia dimana kini kita boleh melihat lambakan kes kanak-kanak terkunci di dalam kereta dimuat naik di laman Facebook Bomba Malaysia.

Apabila diparkir di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh melonjak sebanyak 6.7 darjah celcius dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi di musim panas ini.

4 - Kurangkan solekan (bagi wanita)Sesetengah bahan di dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekut aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.

5 - Elakkan kafein berlebihan. Kafein dan juga alkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunakan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.

6 - Batalkan aktiviti luar jika panas melampau.Jika anda merasa keadaan diluar panas yang luar biasa. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan sahaja apa jua aktiviti yang perlu anda jalankan.

7 - Sentiasa pastikan alat pembaca suhu ada bersama.Untuk cuaca panas ini, alat pembaca suhu amat berguna sekali. Pastikan ia sentiasa ada bersama anda supaya anda boleh memeriksa suhu badan anda atau pun orang sekeliling jika badan merasa panas. Jika didapati suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital.

- Siakapkeli.my

Read more ...

Kadar levi baru pekerja asing berkuatkuasa semalam

Penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baru pekerja asing yang mengekalkan pengklusteran levi kepada dua kategori, berkuat kuasa semalam di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kadar levi baru bagi kategori pertama yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, manakala Kategori Kedua membabitkan sektor perladangan dan pertanian pula sebanyak RM640.

Beliau berkata kadar baru itu melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan.

"Kenaikan kadar levi itu yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini," kata Alwi dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, kadar levi baharu itu diumumkan berkuat kuasa pada 1 Februari dengan levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM2,500 manakala sektor perladangan dan pertanian pula RM1,500.

Tetapi, pelaksanaannya ditangguhkan setelah tidak menerima sambutan baik daripada pihak industri terutamanya yang berintensifkan buruh.

Susulan itu, Alwi berkata kadar levi itu dikaji semula berikutan maklum balas yang diterima pada perjumpaan Kementerian Dalam Negeri dengan 28 persatuan utama yang mewakili majikan pada 16 Februari lepas, bahawa kenaikan kadar levi itu

terlalu mendadak dan kemungkinan merencatkan momentum perniagaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata kadar levi baru itu diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan setimpal kerana pekerja asing turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan.

"Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai.

"Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi,"katanya.

Alwi berkata penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan hingga ke masa yang akan ditentukan kelak.

Kerajan juga akan memberikan tumpuan kepada 'Program Rehiring' yang disiarkan mulai 15 Februari lepas hingga 30 Jun ini.

- Bernama

Read more ...

Kecemasan Gelombang Haba jika suhu capai 40 darjah Celsius

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengisytiharkan "Kecemasan Gelombang Haba" di kawasan yang mencapai suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius selama atau melebihi tujuh hari dalam tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan.
Read more ...

Tun M gesa ahli UMNO kemuka usul undi tidak percaya terhadap Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Tun M gesa ahli UMNO kemuka usul undi tidak percaya terhadap Najib Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa ahli-ahli UMNO supaya mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dalam mesyuarat di semua cawangan parti itu. Lantang mengkritik pentadbiran Najib, beliau juga mahu supaya pemilihan UMNO tidak ditangguhkan dan segera dilaksanakan pada tahun ini. "Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. "Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula," katanya dalam tulisan terbaru beliau di chedet.cc yang bertajuk 'surat kepada ahli-ahli cawangan', hari ini. Walaupun mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO, namun Tun Dr Mahathir berkata beliau masih tetap sayang dengan parti itu kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara. Bagaimanapun katanya, UMNO hari ini tidak lagi berjuang mengikut dasar itu sebaliknya perjuangan itu terhad kepada pengekalan Najib sebagai Perdana Menteri. "Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. "Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan," katanya. Malah Tun M berkata, UMNO akan tetap kalah pada pilihan raya umum akan datang (PRU14) ekoran kepimpinan yang ditonjolkan Najib, melemahkan parti itu. "Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah. "Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. "Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh," katanya. Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO sehingga Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. Keputusan itu juga telah mewujudkan kerjasama beliau dengan pemimpin-pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan dalam satu 'Deklarasi Rakyat' yang mendesak Najib meletakkan jawatannya. - ismaweb
Read more ...

PENIAGA ONLINE: ANDA MELAKUKAN DOSA TANPA ANDA SEDAR. POINT NO 11 & 13 TU RAMAI ORANG BUAT

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami.. Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post 'rakan sejemaah', boleh baca point no 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan. 2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada'. 3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan. 4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi. 5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.  Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan). 6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa. 7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS 8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat. 9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah 'produk saya' kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual. 10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen. 11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan. 12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan. 13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Sumber : Facebook

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *