Sunday, February 21, 2016
Tiga pelajar TKC harumkan nama Malaysia pada pertandingan Asian English Olympics
Anzalna Nasir Selamat Bergelar Isteri Hanif Zaki
Kira-kira pukul 9.18 pagi tadi, pelakon Anzalna Nasir telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan pilihan hati yang dikenali sejak 10 tahun lepas, Hanif Zaki. Hanif Zaki melafazkan akad terima nikah sengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anzalna, Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim dengan mas kahwin RM 1000.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 27 Februari di Hotel Grand Hyatt.
Gambar dari majlis pernikahan mereka akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila refresh untuk lihat gambar terbaru. Kredit gambar Instagram TV3 Malaysia.
"Musuh aku yang paling besar adalah kesangsian diriku sendiri" Cindua Mato…. Saksikan kisah percintaan, kasih sayang,…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 13 February 2016
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.SEKALI LAFAZ - ANZALNA NASIR & HANIF ZAKI KINI SAH SUAMI ISTERI
Tahniah diucapkan buat Anzalna Nasir atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir yang telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan sekali lafaz dalam satu majlis nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Dalam majlis tersebut, anak kelahiran Pulau Pinang ini menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantarannya pula tidak diketahui.
Bagi barang hantaran pula, Anzalna telah menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada Hanif.
Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah. Barang hantaran pihak lelaki pula terdiri daripada beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.
Anzalna dan Hanif sudah mengenali sejak lebih sedekad, namun hanya serius bercinta lima tahun lalu.
Difahamkan, mereka bakal diraikan dalam dua majlis resepsi masing masing akan dilangsungkan pada 27 Februari dan 3 April ini.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::



Follow @myartisdotcom
Popular Posts
-
Johor Bharu, 20 Dis - Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung hari ini mengesahkan kesemua 22 rakyat malaysia yang terlibat d...
-
TASEK GELUGOR, 5 Jun: Pemain gitar kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai men...
-
Seorang rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa pertama yang telah dijangkiti oleh jangkitan virus Zika di Singapura. Menurut akhbar S...
-
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Jemaah Malaysia paling ramai memenuhi wad hospital di Arab Saudi terutama semasa mengerjakan umrah kerana tidak mem...
-
Mirror Mirror on the Wall, Who Is the Fairest of Them All? Paling dinantikan malam ini, Premiere With Budiey mengajak Budieyators menont...















































































