Recent Post

Saturday, August 06, 2016

TMJ tolak jawatan Presiden FAM - Kosmo!

TMJ tolak jawatan Presiden FAM

05/08/2016 11:40pm

KUALA LUMPUR - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun beliau sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Tunku Ismail berkata, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.

Sebaliknya tegas Tunku Ismail, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.

"Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai Johor DT (Johor Darul Ta'zim). Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya," titah baginda. - Bernama

Read more ...

Trailer JUSTICE LEAGUE Trending di Youtube Malaysia

Trailer filem JUSTICE LEAGUE kini dapat ditonton di Youtube dan rata-rata peminat komik terbitan DC memang teruja menantikan filem ini berada di pawagam. Diarahkan oleh Zack Snyder, filem ini menampilkan 6 orang superhero hebat termasuklah Batman, Wonder Woman, Superman dan ramai lagilah.

Jom kita tengok video mana lagi yang trending di Youtube Malaysia sepanjang minggu ini.

Last 7 days (August 5)

1) Justice League Trailer

Fans are excited about this upcoming DC superhero team film set to open in cinemas in 2017.

2) Kabali Trailer/Kabali Songs/Kabali*

The amazing hype around this movie after a week's release in local cinemas has sparked more searches among Malaysians.

3) Sayangku Kapten Mukhriz

Fans of this new local Malay drama starring Raja Afiq and Niena Baharun searched for highlights and video clips from the latest episode.

4) η›–δΈ– θ‹±ι›„ (Gai Shi Ying Xiong/Heroes of Remix 2016)

Fans tuned in to the latest episode of China's music reality show which gives electronic dance music a Chinese flavour. The show features international superstars such as Lee Hom and PSY.

5) Marina Joyce

This YouTuber from the UK hit the headlines when her video 'Date Outfit Ideas' sparked controversy around her being troubled or abused.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 124 Bacaan
Read more ...

Akhirnya, Pokemon GO Sudah 'Available' di Malaysia

Kuala Lumpur, 6 Ogos - Permainan Agumented Reality Pokemon GO akhirnya sudah tersedia untuk peminat-peminat Pokemon di Malaysia. Permainan itu dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan pengguna iOS masing-masing menerusi Google Play Store dan Apple App Store sejak pagi tadi.

Perkara itu juga turut diumumkan pagi tadi oleh akaun Twitter PokemonGoApp yang berkata pemain-pemain Pokemon Go di 15 buah negara di Asia sudah boleh mula menangkap pokemon di negara mereka. 15 negara itu adalah Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia, dan Palau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa Jatawankuasa Perundingan Hukum Syaratk Wilayah Perseketuan menjatuhkan hukum haram buat umat Islam memainkan permainan video itu. - Siakapkeli.my

Read more ...

KJ: Jangan ambil mudah penubuhan parti baru oleh Dr M

Pemuda Umno diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baru itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama... itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.

"Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding Umno," katanya.

Berucap semasa menutup persidangan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sepang malam tadi, Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya semata-matauntuk menjatuhkan seorang pemimpin.

Beliau berkata hasrat parti yang dikatakan bakal diterajui Muhyiddin itu, bertujuan menarik sokongan dari kalangan penyokong dan anggota Umno bagi menjayakan agenda menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak adalahsesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda selaku benteng hadapan parti.

"Selagi presiden tidak membuat perkara yang salah, selagi memegang amanah dengan baik, tanggungjawab kita sebagai orang muda di dalam parti adalah untuk mempertahankan institusi presiden dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokratik," katanya.

Khairy sekali lagi menegaskan bahawa anggota dan Pemuda Umno tidak perlu risau digelar 'macai', 'balaci' atau lain-lain gelaran negatif dalam peranan mempertahankan parti dan presiden kerana ia merupakan tugas yang perlu dilalui selaku jentera parti.

"Kita perlu gandakan usaha pastikan presiden tidak keseorangan, pastikan apa yang disebut oleh presiden dibawa kepada masyarakat, cakaplah dan sebutkan ia di mana sahaja kerana itu memang peranan kita selaku tangan dan jentera kepadapresiden," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata anggota Umno tidak boleh mempunyai sikap mudah mengalah terhadap persepsi negatif yang dicipta musuh sebaliknya perlu bangkit dan tangkas mempertahankan parti terutamanya dalam persekitaran politikyang mencabar ketika ini.

Beliau berkata Umno tiada masalah dalam aspek khidmat masyarakat tetapi pertarungan melawan sentimen merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan lebih cemerlang oleh jentera penerangan, khususnya dalam menangani fitnah, cacian dancemuhan di alam maya.

- Bernama

Read more ...

6 warga Indonesia rancang serang Singapura ditahan di Batam

JAKARTA: Enam warga Indonesia ditahan di Pulau Batam, hari ini kerana disyaki merancang serangan ke atas Singapura, kata jurucakap polis Indonesia.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *