Recent Post

Sunday, May 22, 2016

FIT Malaysia Pulau Pinang meriah - Kosmo!

FIT Malaysia Pulau Pinang meriah

22/05/2016 11:59am

Oleh AFANDI CHE MUHAMAD

BALIK PULAU - Program FIT Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang atau dikenali sebagai #FitPenang yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Seri Balik Pulau di sini pagi tadi meriah dengan kehadiran lebih 12,000 peserta.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan jumlah tersebut ternyata inisiatif penganjuran siri jelajah itu mendapat sambutan yang cukup memuaskan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Justeru, tidak menghairankan jika ramai atlet yang berjaya dilahirkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di masa akan datang adalah atlet kelahiran Pulau Pinang seperti Datuk Lee Chong Wei sebagai contoh.

"Selain itu, penganjuran acara sukan ini juga dilihat menjadi platform penting dalam mencari serta mengasah bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program tersebut sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau. - K! ONLINE

Read more ...

Yang Menarik & Seronok Menginap di AMARI RESIDENCES BANGKOK

Bangkok kerap menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana ibu negara Thailand ini memang terkenal dengan pelbagai tempat membeli-belah yang murah dan berkualiti. Jarak di antara Bangkok dan KL yang hanya memakan masa dua jam lebih dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel di Bangkok yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Amari Residences di Bangkok merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

AMARI RESIDENCES BANGKOK

Terbina di kawasan kediaman elit Petchburi di Bangkok, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini semakin bagus setiap hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih istimewa, hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments).

Terdapat pilihan suite dengan satu, dua atau tiga bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja serta mereka yang menggunakan perkhidmatan rawatan serta perubatan di kawasan sekitar Bangkok.

Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah dan mercu tanda paling mudah untuk mengenali kawasannya adalah kedudukannya yang betul-betul berada di sebelah Bangkok Hospital. Malah akses ke jalan lingkaran luar memudahkan para tamu untuk ke stesen MRT dan sebagainya.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia sebuah restoran yang menyajikan daging halal iaitu Soma. Tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam restoran ini boleh dinikmati oleh semua yang datang. Ini kerana kebanyakan tamu di sini merupakan mereka yang beragama Islam dan kebanyakannya dari negara-negara Arab seperti Arab Saudi dan seumpamanya. Malah, chef mereka sendiri didatangkan dari Timur Tengah.

Jadi pilihan restoran dan tempat makan di hotel ini menepati cita rasa majoriti tamu yang datang. Tidak lupa juga kafe Buttercup yang banyak menyajikan pencuci mulut dan kek serta manisan di samping pelbagai hidangan lazat lain. Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel di Bangkok, pastikan Amari Residences menjadi pilihan pertama!

AMARI RESIDENCES BANGKOK

AMARI RESIDENCES BANGKOK

AMARI RESIDENCES BANGKOK

AMARI RESIDENCES BANGKOK

Amari Residences Bangkok: Jelmaan Hotel dan Pangsapuri Mewah di Bangkokoleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM

SHAH ALAM - JAKIM menyifatkan tindakan pengeluar mengedarkan telur ayam yang dicop dengan logo halal sebagai keterlaluan.

Sebelum ini, gambar telur-telur itu telah menjadi viral di media sosial.

JAKIM berkata tindakan meletakkan logo halal pada setiap telur adalah bercanggah dengan peraturan berkaian label logo halal, lapor Bernama.

"Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan. "Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih dan mempercayai viral yang disebarkan khususnya sebelum menyebarkannya semula," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, gambar telur ayam yang dicop 'halal' dengan dakwat warna hijau tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, Jakim meminta orang ramai merujuk laman webnya atau direktori Halal Malaysia mengenai sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang ber ada di pasaran dan juga premis makanan.

Read more ...

'Gabenor Bank Negara tahu, izinkan RM2.6b masuk akaun Najib' - JASA

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin Umno dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin Umno meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.

Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal.

"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelad Umno Australia.

Ujar Puad, Najib turut menegaskan kepada pemimpin Umno bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.

"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.

Justeru, Puad berkata, laporan Najib menerima duit itu betul tetapi dakwaan duit itu adalah berpunca dari 1MDB tidak betul.

Dalam pertemuan itu, Najib memberitahu mereka duit itu dari raja Saudi.

" Malam itu kita sudah tahu sebenarnya. So, itu adalah sumbangan raja Saudi dan dia tidah masuk duit itu dimasuk ke akaun rasmi sebab tujuan dia, antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.

"Itu yang diberitahukan. Sebab itu kami diam," jelas beliau.

[Baca berita penuh]

Read more ...

12 pemancing yang dikhuatiri hilang, ditemui selamat

KOTA TINGGI: Seramai 12 pemancing yang dikhuatiri hilang sebelum ini, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat di perairan timur laut Tanjung Sedili, di sini, petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *