Recent Post

Wednesday, August 17, 2016

Rossa Nafi Sudah Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Sejak minggu lepas lagi, hangat sungguh dengan gosip penyanyi Indonesia, Datuk Rossa yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang.  Rossa yang terkejut membaca berita berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan sekaligus menafikan khabar angin berkenaan.

Sebaik saja membaca artikel yang dikirimkan seorang teman, memang saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar. Saya tidak marah, tetapi kecewa kerana artikel itu seperti mengesahkan saya sudah berkahwin. Kalau gosip, tulislah seperti gosip.

Alhamdulillah, ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri itu sendiri tidak percaya dengan gosip berkenaan. Mujurlah juga keluarga saya tidak mengetahui mengenainya.  Apa yang penting, kekasih saya juga tidak percaya akan cerita itu.

Rossa juga dengan tegasnya berkata, jika benar beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja, beliau meminta mereka yang membuat dakwaan liar itu untuk tampil dengan bukti bergambar.

Jikalau ada foto yang menunjukkan hal terbabit, tolong kongsikan! Tetapi, jika tiada bukti, tidak elok ditulis sebagai berita kerana saya rasa ia hanya merugikan. Terima kasih dan semoga ada jalan untuk memperbaiki hal yang tidak baik ini.

Menurut Rossa, beliau sama sekali tidak mahu terlibat dalam mana-mana kontroversi dan fokus beliau selama ini adalah terhadap kariernya sahaja.  Rossa sebenarnya khuatir jika isu ini membuatkan peminatnya memandang negatif kepada beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Ahmad Razif janji insentif khas buat Azizulhasni - Kosmo!

Ahmad Razif janji insentif khas buat Azizulhasni

17/08/2016 11:58am

Ahmad Razif (gambar kecil) mengucapkan tahniah atas kejayaan Azizulhasni memenangi pingat gangsa serta berjanji akan memberikan insentif kepadanya.

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd. Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio 2016.

Ahmad Razif berkata, kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain,"katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.

"Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia. Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya. - Bernama

Read more ...

Senarai Program Menarik Media Prima Sempena 31 Ogos

Tanggal 31 Ogos merupakan detik paling bersejarah buat negara kita Malaysia kerana bebas daripada belenggu penjajahan. Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 masih mengekalkan tema Sehati Sejiwa.

Sebagai sokongan kepada inisiatif ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, TV9) turut memeriahkan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia ke 59 dengan menawarkan pelbagai program yang menerapkan semangat perpaduan dan patriotik untuk tontonan seisi keluarga.

Nantikan beberapa telefilem dan program bual bicara istimewa pada bulan Ogos dan September ini.

Teroka (3)

TV3

Wayang: Tuah26 Ogos 2016 (Jumaat), 1.30 petangSeorang lelaki telah menyelamatkan Datuk Shaari dan anaknya Sahira daripada seorang penjenayah. Oleh kerana lelaki itu cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah. Apabila lelaki itu sedar, dia memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah, pahlawan Melayu pada abad ke-15. Ketika sedang bersiar-siar di negeri Melaka, dia ternampak sebuah potret Sultan Anuar Alauddin Shah. Tuah menyatakan bahawa wajah di potret itu mirip Hang Jebat. Menurut cerita orang lain, Jebat mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud setelah mendapat tahu bahawa Tuah dihukum bunuh dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan. Tuah menjadi marah lalu berusaha mencari jalan pulang ke zamannya untuk menyekat tindakan Jebat.PELAKON: Jamal Abdillah, Erma Fatima, Mustapha Maarof, Faizal Hussein, Zami Ismail

Cerekarama: Kabus Hati Laila27 Ogos 2016 (Sabtu), 9.00 malamKassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.PELAKON: Namron, Amirul Affendi, Sherry Merlis, Dayana Roza, Mohd Saidi Sabri

Nona30 Ogos 2016 (Selasa), 2.00 petangBersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Sehati Sejiwa, Nona memaparkan paparan khas mengenai rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat patriotik mereka melalui cara-cara kreatif seperti mengecat rumah mereka dengan warna Jalur Gemilang, menghias kereta mereka dengan Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.

Teroka (1)

Sut Putih30 Ogos 2016 (Selasa), 2.00 petangMengisahkan Siti, seorang jururawat yang baru tamat latihan, telah dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Kehadiran Siti adalah untuk membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Meskipun Siti merupakan seorang anak orang berada, dia sanggup menempuh dugaan hidup demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang jururawat yang berjasa kepada seluruh bangsa.PELAKON: Zara Zya, Aidil Aziz, Syaffiq Sahli, Sharifah Shahora, Arash Mohamed, Khatijah Tan, Marisa Yasmin

Konsert Sehati Sejiwa30 Ogos 2016 (Selasa), 11.00 malamKonsert yang bertemakan "Bertuahnya Bumi Ini, Sehati Sejiwa"membariskan artis – artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ella, Jaclyn Victor, Elizabeth Tan, Yasin, Tomok, Azmil, Fareez Mentor, Qody Mentor, Wanie Mentor, Sandra dan ramai lagi.HOS: Marsha Milan, AG Hot FM, Fiza Sabjahan

Malaysia Hari Ini Merdeka31 Ogos 2016 (Rabu), 7.00 pagiLiputan siaran langsung di acara Perbarisan dan Perarakan Merdeka juga akan disiarkan menerusi Malaysia Hari Ini, selain temubual eksklusif bersama masyarakat awam dan tetamu jemputan yang bakal berkongsi pengalaman merdeka.

Wanita Hari Ini Merdeka31 Ogos 2016 (Rabu), 12.02tengahari – 1.00 tengahariEpisod khas untuk Hari Kemerdekaan memaparkan temubual eksklusif bersama beberapa orang wira dan wirawati yang merupakan rakyat biasa. Mereka telah banyak memberi bantuan dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

Kapcai Ayah 5

Teroka31 Ogos 2016 (Rabu), 2.00 petangKepulangan Rohana selepas mendapat ijazah membuatkan Mahani dan Baharom, ibu bapa Rohana, menetapkan syarat ke atas bakal menantu mereka. Rohana berkenalan dengan Borhan, seorang pemuda biasa dari kampung. Walaupun tidak memegang jawatan besar, Borhan seorang yang bijak dan mempunyai ilmu yang luas. Mereka telah jatuh cinta. Pada tahun itu, kerajaan telah membuka peluang kepada rakyat untuk meneroka tanah baru supaya boleh diusahakan menjadi ladang getah. Rohana menggesa Borhan untuk merisiknya secepat mungkin kerana dia tahu yang Borhan bakal menjadi lebih sibuk setelah melibatkan diri dalam penerokaan tersebut. Tambahan lagi, Mahani dan Baharom telah merancang perkahwinan Rohana dengan seorang jejaka bernama Khalid.PELAKON: Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Hairi Safwan

Epok31 Ogos 2016 (Rabu), 9.00 malamMengisahkan Epok yang cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din, melalui sukan badminton. Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat. Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan semua murid kelasnya untuk bermain badminton. Epok mula meminati sukan tersebut. dan dia akhirnya sedar bahawa usaha Pak Din adalah untuk menanam semangat serta kekuatan mental dan fizikal. Dengan pandangan dan keyakinan baru, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya yang kebetulan ketika itu adalah musim Thomas Cup.PELAKON: Adik Izuan Fitri, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Bella Dowana

Ok Bah Kalau Kau16 September 2016 (Jumaat), 10.00 malamAzman berkahwin dengan Laila, seorang gadis Sabah yang bukan pilihan ibunya, Puan Rahmah. Laila berusaha untuk berbaik-baik dengan ibu mertuanya itu. Rahmah juga berselisih pendapat apabila Laila banyak mengamalkan adat istiadat Sabah, terutamanya ketika Laila sedang mengandung dan terlalu banyak pantang larang yang dilakukan oleh Laila. Pada suatu hari, Puan Rahmah tiba-tiba berbaik dan menjadi rapat dengan Laila. Puan Rahmah juga semakin berminat untuk belajar budaya dan adat istiadat orang Sabah dengan Laila. Apakah muslihat di sebalik kebaikan Puan Rahmah?PELAKON: Ungku Ismail Aziz, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Amyza Azna, Sabhi Saddi

Cerekarama: Anak Mat Salleh Tapi Melayu17 September 2016 (Sabtu), 9.00 malamMengisahkan tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Nek Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Nek Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari.PELAKON: Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzwan Hashim, Zarina Zainuddin, Yusof Hashim, Aznah Hamid, Sasa DFKL

ntv7

Pride & Honour31 Ogos 2016 (Rabu), 6.00 petangSempena Hari Kemerdekaan tahun ini, ntv7 akan memaparkan sebuah program khas untuk mengenali salah satu Pulapol (Pusat Latihan Polis) di Malaysia dengan lebih lanjut. Para penonton juga berpeluang untuk mendalami kehidupan seharian dan misi-misi yang harus dilakukan oleh seorang ahli kadet

The Swordsman31 Ogos 2016 (Rabu), 3.30 petangSeorang pahlawan pedang telah mengambil sekeping skrol suci yang telah dicuri oleh perpustakaan Maharaja. Skrol tersebut mengandungi butiran-butiran teknik rahsia seni mempertahankan diri yang sedang dicari-cari oleh beberapa kumpulan termasuk ahli tentera, sekolah seni mempertahankan diri, dan sekumpulan puak yang pandai menggunakan ular.PELAKON: Samuel Hui, Cecilia Yip, Jacky Cheung, Sharla Cheung, Fennie Yuen

Legendary Amazons16 September 2016 (Jumaat), 11.00malamMengisahkan Dinasti Song pada abad ke-11 semasa pemerintahan Maharaja Renzong. Maharaja tersebut telah mengabaikan segala hal ehwal negara dan lebih mementingkan hal ehwal peribadi ketika negara baginda sedang berada dalam kesusahan. Dinasti Song telah ditakluk oleh ahli-ahli tentera negara musuh dan apakah yang akan berlaku seterusnya?PELAKON: Richie Jen, Cecilia Cheung, Cheng Pei-pei, Liu Xiaoqing, Kathy Chow

8TV

National Day Parade (Siaran Langsung)31 Ogos 2016, Rabu, 7:30 pagiSebuah rancangan yang dibawakan secara langsung dari studio yang dihoskan oleh empat orang pengacara 8TV – Orange, Natalie Baki dan Gary. Rancangan khas ini akan menerangkan mengenai negara Malaysia, unit beruniform, badan korporat dan lain-lain lagi. Di samping itu, para penonton juga berpeluang untuk menyampaikan ucapan-ucapan Hari Kemerdekaan mereka melalui program berita dan panggilan siaran langsung ke studio.

Kapcai Ayah 3

Mission, I'm Possible31 Ogos 2016, Rabu, 3.00 petangMenampilkan 2 pengacara yang telah diberikan misi untuk mencari beberapa mercu tanda di Kuala Lumpur melalui sekeping gambar dari tahun 1960-an. Kedua-dua pengacara tersebut akan membawa para penonton ke tempat-tempat bersejarah dan memahami latar belakang sejarah tersebut dengan lebih lanjut.

The Print of Malaysia16 September 2016 (Jumaat), 5.00 petangProgram khas ini akan menjelajahi negeri Sarawak yang terkenal dengan kecantikan dan keunikan sejarah, alam semulajadi, makanan, dan budaya. Pengacara program ini akan menghadapi beberapa cabaran dalam menjayakan pengembaraan mereka di negeri yang terbesar di Malaysia.

TV9

Superstra25 Ogos 2016 (Khamis), 9.30 malamNorman merupakan seorang pelakon tambahan yang ingin menjadi pelakon terkenal. Dia telah berlakon dalam sebuah produksi sebagai pelakon tambahan bersama-sama dengan kawan baiknya, Johan. Di lokasi penggambaran, Norman bertemu dengan seorang pelakon tambahan wanita bernama Illyana dan mereka menjadi rapat. Pelbagai insiden berlaku di lokasi penggambaran, termasuklah perselisihan pendapat antara Norman dan pelakon utama drama tersebut, Amin. Norman terasa terkilan apabila mereka diasingkan dari pelakon utama ketika waktu rehat utama. Keadaan ini membuatkan Norman berusaha untuk mengambil hati pengarahnya supaya dia akan diberi watak penting dalam drama itu.PELAKON: Anas Ridzuan, Johan As'ari, Mira Amnas, Mustaqim Bahadon, Aziz M. Osman dan Afdlin Shauki

Skrin di 9: Kapcai Ayah29 Ogos 2016 (Isnin), 8.30 malamHaikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut. Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.PELAKON: Hasnul Rahmat, Marissa Yasmin, Saharul Ridzwan, Hanna Aqeela

Din Sardin30 Ogos 2016 (Selasa), 10.30 malamKisah Din Sardin, seorang mat rempit yang telah jatuh cinta dengan seorang pegawai JPJ wanita bernama Cik Ta. Ketika Din mengambil ujian memandu kereta, Cik Ta merupakan pegawai bertugas yang akan menguji Din. Mungkin jodoh tak ke mana, Cik Ta juga merupakan pegawai yang menyaman Din ketika dia ditangkap atas kesalahan lalu lintas. Dapatkah mat rempit seperti Din Sardin menambat hati Cik Ta, si pegawai JPJ itu?PELAKON: Izzue Islam, Mira Filzah, Niena Baharun, Amir Pelawak, Delimawati, Kazar Saisi

Skrin di 9: Cinta 3 Rasa19 September 2016 (Isnin), 8.30 malamTiga orang gadis berbangsa Melayu, Cina dan India yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada seorang CEO perbankan yang bujang terlajak. Jejaka itu sangat cerewet dan hanya ingin yang terbaik mengikut seleranya. Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai jenis juadah mengikut etnik masing-masing, demi memenuhi selera jejaka tersebut.PELAKON: Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Ebby Yus

Layar 9: Beca Ayah15 September 2016 (Khamis), 9.30 malamMengisahkan Pak Ndak dengan beca tercintanya. Anaknya, Rahim merupakan seorang pengurus berjaya yang memahami betapa bermaknanya beca itu kepada ayahnya. Beca itu telah mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga dan jiran-jiran mereka, malah beca itu juga menyebabkan Rahim lebih menghargai isteri dan anaknya. Rahim juga mula menyedari erti sebenar kemerdekaan.PELAKON: Kazar Saisi, Aidil Aziz, Nur Risteena Munim, Rykarl Iskandar

Pada masa yang sama, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, NTV7, 8TV & TV9), turut mengambil inisiatif mengadakan peraduan gambar tercantik dan telahpun berrmula dari 1 Ogos 2016 yang lalu sehingga 5 September 2016, bertemakan "Artistic Expressions of Malaysians". Peraduan gambar tercantik ini dibawakan khas oleh penaja utama, Huawei.

Kenapa anda perlu menyertai peraduan ini? Peraduan #cantiknyaMalaysia menawarkan Ganjaran Hadiah Lumayan Untuk Kreativiti Anda!

Peraduan ini bertujuan untuk memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dan memberi peluang keemasan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan negara kita yang tercinta melalui kaedah yang paling kreatif dan artistik.

Sesiapa yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuatnaikkan gambar-gambar menarik seperti panorama, makanan dan minuman, dan apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Malaysia mengikut kekuatan imaginasi, kepekaan dan persepsi masing-masing.

Setiap gambar yang dimuat-naikkan ke laman media sosial (Instagram, Facebook dan Twitter) perlu mempunyai hashtag #cantiknyaMalaysia dan #huaweibestwei. Gambar-gambar tersebut juga haruslah mempunyai kapsyen tidak melebihi 30 patah perkataan.

Hanya lima pemenang dipilih dan gambar-gambar yang dimuat-naikkan oleh mereka akan ditukarkan ke bentuk video animasi 2.5D, setiap peserta juga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan telefon bimbit pintar oleh Huawei.

Apa yang lebih mengujakan, gambar-gambar tersebut juga akan dipamerkan di medium-medium lain seperti televisyen, media cetak dan media elektronik. Kesemua video animasi 2.5D juga akan digunakan sebagai promo televisyen.

Marilah kita sama-sama menikmati kecantikan negara Malaysia di samping menunjukkan semangat patriotik menerusi peraduan gambar tercantik – #cantiknyaMalaysia! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my atau www.tv9.com.my.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan barisan program menarik yang telah disediakan khas buat anda semua sempena bulan Kebangsaan ini.

Sut Putih (2)

Pulau Mabul, Semporna, Sabah (3)

Makanan Melayu Tempatan

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Justin Bieber Tutup Akaun Instagramnya Yang Mempunyai 77.8 Juta Pengikut Selepas Tak Tahan Teman Wanita Kena Cemuh

Justin Bieber telah menutup akaun Instagramnya yang mempunyai 77.8 juta pengikut selepas menerima komen negatif dari pengguna media sosial itu yang berkaitan dengan kekasih barunya, Sofia Richie.

Sebelum menutup akaun instagramnya itu, Justin Bieber memberi amaran kepada peminat agar menghentikan cemuhan-cemuhan negatif.

"Saya akan memprivatekan instagram ini jika kamu semua tidak berhenti dari membenci dia", tulis Bieber.

Disebabkan komen itu, cemuhan-cemuhan negatif semakin membanjiri Instagram Justin Bieber dan akhirnya Instagram itu diprivatekan.

Selepas beberapa ketika, Bieber dilaporkan mempublickan semula akaun Instagramnya sebelum menutup akaun itu, seterusnya membuang 77.8 juta pengikutnya di media sosial tersebut.

Laman web instagram Bieber kelihatan sudah menunjukkan ralat "Harap maaf, laman ini tidak boleh didapati".

Difahamkan juga, keadaan di bahagian komen mula menjadi tegang apabila bekas kekasih Bieber, Selena Gomez mula masuk campur.

Selena menulis : "Jika kamu tidak boleh menerima cemuhan, berhentilah dari muat naik gambar teman wanita kamu, lol - ia sepatutnya menjadi istimewa antara kamu berdua sahaja. Jangan marah kepada peminat kamu. Mereka semua sayangkan kamu. Mereka semua sudah ada untuk kamu sebelum orang lain"

Bieber kemudian menjawab : "Lucu bila melihat orang yang pernah menggunakan saya untuk perhatian dan masih cuba menunding jari. Sedih".

Selena kemudian datang membalas : "Sangat lucu apabila seseorang tu menipu beberapa kali, dan menunding jari kepada seseoarng yang sentiasa memaafkan dan menyokong, tak peliklah kenapa peminat semua marah. Sedih.

Namun perkara ini masih belum berhenti setakat itu sahaja. Di laman 9Gag.com, netizen terus mencemuh Bieber dan mengkritik apa yang telah dilakukan olehnya.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen ya ng bergembira meraikan perkara itu dengan menggunakan hashtag  #JustinDeactivatedParty.

Sumber : Jezebel

Read more ...

Blog Dr M berdepan 'pencerobohan server'

Blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diturunkan oleh webmaster apabila ia mengalami kerosakan selepas ia sasaran 'pencerobohan server' oleh pihak yang tidak dikenali.

Ini telah disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri itu Sufi Yusof, yang menulis mengenainya di Facebook.

"Untuk pembaca blog CheDet, saya pasti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat mengakses blog sejak sebelum tengah hari ini. Malah dari pukul 11 ​​pagi, Selasa 16 Ogos blog itu telah tidak boleh diakses.

"Ini disebabkan oleh pencerobohan serverm sengaja atau sebaliknya, memaksa webmaster untuk 'menurunkan' blog itu untuk kerja-kerja pembaikan. Pada masa ini ia masih berterusan," tulis Sufi dalam mesej tersebut.

Malaysiakini menghadapi kesukaran untuk mengakses blog Mahathir dan sehingga lewat malam tadi, chedet.cc masih di luar talian.

"Saya akan cuba kemaskini sebaik sahaja ada kemajuan yang signifikan mengenainya. Kamimohon maaf terhadap keadaan tidak dijangka ini," kata Sufi.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Remaja ditahan cuba bunuh bayi guna cecair antiseptik

SEGAMAT: Polis menahan seorang remaja perempuan yang didakwa cuba membunuh bayi lelakinya berusia dua minggu, dengan cara memasukkan cecair antiseptik ke dalam botol susu bayi itu, di sini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *