Recent Post

Sunday, August 09, 2015

Adik Dipercayai Bunuh Abang Masih Diburu

ALOR SETAR – Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini masih diburu.

Ketua Polis Daerah Kota Star, ACP Adzaman Md Jan berkata suspek yang berumur 24 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu dipercayai masih berada di sekitar negeri di utara.

Beliau berkata orang ramai yang mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi ASP T. Segeran di talian 019-5400260.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Yusoff Gozali, 35, meninggal dunia dipercayai akibat dibaling dengan objek besi oleh adiknya itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Si adik melarikan diri selepas menghantar abangnya ke hospital.

Sementara Adzaman berkata anak bongsu kepada Amnah Omar, 49, telah ditahan berhubung kematian ibunya di rumah mereka di Taman Sentosa, Simpang Kuala dekat sini semalam.

Pemuda berusia 27 tahun itu melaporkan telah menemui mayat ibunya selepas dia pulang ke rumah. – BERNAMA

Komen

comments

Read more ...

mama saya nak tukar dan masuk agama islam boleh tak- zul ariff abdullah

SAYU !! Kisah Saudara Baru Yang Menerima Hidayah Namun Menghadapi Kesukaran Berdepan Keluarga dan Pejabat Agama..

Tulisan ini dikongsikan Zul Ariff Abdullah, seorang saudara baru yang memeluk agama Islam. Beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah sehinggalah menghadapi kesukaran dalam kehidupannya, berdepan masalah bukan sahaja daripada keluarga, malah daripada jabatan agama sendiri.

Baca lagi luahan hati beliau:

Kepada kakak dan abang yg tanya bagaimana saya memeluk islam. dan pejalanan saya. disini saya tulis kisah saya bagaimana saya dapat mimpi memeluk islam... agak panjang skit.

Dulu bang AZAN sahaja, saya mesti marah. dengan Ayat yg agar kasar. Sebab pasal Azan pernah saya gaduh dengar Imam yang tinggal kat tempat saya. Tetapi imam hanya senyum sahaja. Pernah juga saya koyakkan Al-quran dan Bakar Al-quran. Pernah jugak saya buang Al-quran ke najis anjing. Hati saya masa itu hanya rasa gembira tidak rasa bersalah.

Pada 1 malam. Datangl ah mimpi yg amat takut. Kaki saya diikat dan ditarik oleh Seorang yg badan besar hodoh busuk. Saya ditarik hampir 1 lubang yg api panas. Saya menyerit Tolong tolong tolong. Tertiba datanglah seorang badannya agar besar. Saya nampak orang tu bercakap ngan lelaki hodoh tu. kemudian rantai di kaki saya hilang. Orang tu datang ke saya. Saya pandang orang tu. tetapi wajah orang tu terlalu Silau, hanya dapat tengok bentuk badan dan rupa wajahnya. dia ada janggut yg tak berapa panjang rambut taklah panjang. Saya cuba nak tengok orang tu. tetapi terlalu silau. lepas tu dia pun bawa saya ke satu tempat. iaitu masjid.

Setelah sampai ke masjid. Dia bagi tau saya. Masuklah kedalam, Rumah awak kelak disini. Saya pun pandangnya.. Mukanya sentiasa senyum walaupun silau. Apabila saya masuk kedalam masjid. Orang tu pun hilang. Dalam masjid tu saya memandang..wow ramainya orangnya sampai tak nampak penghujungnya. saya hanya nampak mereka tengah duduk baca Al-quran. saya pandang depan.dari tempa t diri saya memandang kehadapan susah nak tengok penghujungnya. Saya pandang pulak ke kanan.tak dapat saya melihat penghujungnya begitu juga kiri. Dalam masjid saya tidak nampak dinding, hanya ada tiang tiang yang amat besar. saya pandang keatas. tiada bumbung terus nampak langit yang cantik.

Lepas tu dengarlah Suara Azan. Saya pun terkejut dan terus bangun. oh baru saya tahu tadi tu mimpi. Tapi tak sampai 5 minit Surau dekat dengan balai polis dan Masjid dibawah sikit pun Azan Subuh. pekara amat pelik belaku masa tu ialah. kedengaran suara kipas suara burung, semua tak dapat dengar. Hanya dapat dengar ialah Suara Azan kat otak. Masa tu macam kena pukau. Habis sahaja Azan, suara suara dapat dengar kembali. Perkara ni belaku 3 hari berturut turut. Dan juga mimpi yg sama.

Saya pernah cerita hal ini kepada keluarga apabila sarapan pagi. mereka kata hanyalah mimpi. lupakan sahaja. saya pun pikir camtu. so tak ambil kisah sangat.

Mimpi hari kedua datang sekali lagi. Say a cerita pasal ni kepada keluarga. Abang saya yg agama kristian pun cadangkan pada mak bawa saya jumpa Paderi di Pulau Pinang Gereja besar. Sebelum tu mak bawa saya pi jumpa tok bomoh cina. Tok bomoh kata saya kena pukau black magic orang melayu. dia pun tulis satu kertas lepas tu bakar habuknya letak dalam air lepas tu suruh saya minum. saya pun minum air habuk tu. Bomoh tu cakap saya sudah ok. boleh tidur lena dan mimpi tak datang kacau lagi..

Lepas tu mak dan abang bawa saya ke gereja pulau pinang. Sampai sahaja gereja Abang saya pi jumpa Paderi. dan cerita hal saya kepada paderi. Paderi pun datang dan dengan 2 cawan air..1 cawan air ialah holy water dan 1 lagi air ialah darah jesus(tetapi adalah air ribina)Paderi pun suruh saya minum kedua dua air tu. setelah minum. dia tu baca ayat ayat dalam bible kat saya..Paderi beritahu selepas ni saya tidak akan diganggu mimpi. Sebelum balik paderi bagi saya Salib dia suruh gantung kat dinding bilik. lepas tu balik. saya pun ikut ap a yang paderi suruh.

Mimpi hari ketiga datang lagi. Pagi pun saya bangun pi cari kawan baik melayu. Saya cerita apa yang belaku 3 hari ni. Dia pun terkejut terus bawa saya jumpa Imam surau. Masa tu saya rasa malu pulak sebab pernah gaduh ngan tok imam. saya tunggu kat motor. kawan saya tu pi cerita kat tok imam.Tok imam tu pun keluar dari pintu pagar terus peluk saya.. saya terkejutlah. tok imam suruh kami masuk dalam. Tok imam pun panggil tok bilal sekali. setelah datang Tok Bilal, Dari A sampai Z saya cerita habis, masa tu yang buat saya pelik ialah tok imam dan tok bilal air mata mereka kuar. saya pun terkejut juga. saya masa tu pikir.. buat apa mereka menangis pada hal hal ini tak bekaitan ngan mereka.

Saya terus bangun dan beredar dari situ.. dalam pikiran saya .. mereka ni gila kah? tiba tiba menangis.

Hari keempat. mimpi sudah tiada. Kali ini mimpi. kedengaran orang baca Quran pada saya. Saya tahu tu ayat quran sebab saya pernah dengar dulu kawan saya baca. Kedengaran orang baca quran pada saya...

Dari mula saya tido sampai lah pagi subuh.. kedengaran orang baca quran waktu malam saya tidur sampai subuh.. belarut 1 minggu, lepas seminggu saya pun terus pi jumpa tok imam ngan seorang diri. Saya cerita kat tok imam. lepas hari tu saya balik. tiap tiap malam orang baca quran kat saya. Imam tanya masih ingat tak apa yg dibaca? saya tidak tahu macamana nak baca. Tok imam pun mula baca Al-fatihah. Tok imam baca dan sampai ayat di Alhamdulillah hirobbil A'lami.. tertiba saya boleh baca ayat yang seterus nya sampai habis.. imam pun terkejut. dan tanya pernah ada orang ajar saya. saya kata tak pernah.. itupun saya dengar waktu saya tidur. Ayat Quran sampai subuh orang tu baca kat saya. Imam pun tanya. Ah heng sekarang u dapat hidayah dari Allah. orang meluk islam 2 jenis. 1 ialah dapat dari mimpi kedua ialah orang tu kawin ngan pompuan melayu.

Tok imam pun tanya. heng, kalau saya tanya ah heng boleh terima islam tak? saya kali ini d engan hati yang cukup tenang. saya kata boleh terima. Tok imam panggil seorang lagi. Barulah saya tahu kena ada 2 saksi. datanglah tok bilai. imam tanya. ah heng u meluk islam tu kerana kerelaan dan tiada paksaan dari orang. saya kata kerelaan sendiri. Imam pun bawa saya mandi. lepas mandi.. imam pun suruh saya ucap 2 kalimah syadah. saya pun ucap 2 kalimah syadah. saya diislamkan hari Jumaat. ..inilah kisah mimpi saya meluk islam.

Dan ini adalah kisah selepas islam Sini saya cerita selepas saya meluk islam, pada mulanya saya pi kursus saudara baru selama 4 bulan. Pada Mulanya saya plan nak cerita selepas 2-3 tahun tunggu yang masa sesuai. Di sini saya tak tulis nama pejabat agama tu...Waktu saya meluk islam. saya dah bagitau jgn kirim sebarang risalah islam kepada alamat rumah saya. saya kata surat meluk islam dan kad islam saya datang pejabat ambil sendiri.. Mereka kata baik... Lepas tu saya pun balik ke tempat belajar.. Bulan january saya balik rumah masa tu ada cuti.

Saya masuk rumah shaja.. tengok muka keluarga semacam sahaja. Abang pun buang surat islam dan kad islam depan saya.. masa tu hati saya marah betul(dalam hati tu saya marah. saya kata dalam hati.. celaka betul ni pejabat agama..haram jadah dan sebagainya. Sudah janji tak akan kirim. tetapi tetap kirim jugak) saya pun mula beri penjelasan. segala penjelasan tak terima. misalnya. saya cakap. saya islam tetapi tetap bangsa cina.. Abang terus cakap.. bukan. u islam u melayu sudah. dalam sejam kami begaduh..mereka tanya bekali-kali nak kuar islam ke tak.. saya kata tak.. saya tetap masih pendirian saya.saya islam saya cina.

Abang sulung saya marah lalu bangun dan pukul saya. gigi depan saya patah 2. yang patah tajam tu tertebus mulut bawah saya.(nanti saya postkan tempat gigi.sampai skerang belum buat gigi palsu sbb kurang kewangan) Mak hanya tengok dan menangis. lepas tu. abang kata u mau islam u keluar dari rumah ini. saya pun keluar dari rumah. waktu tu dah malam. saya pun kelua rlah dari rumah dengan sehelai sepingang. pilah saya ke masjid. nak minta tidur semalam. tetapi tidak dibenarkan, saya pun jalan ke bus station dekat bandar penjalanan dari taman ke bus station ambil masa 1jam. sampai sahaja kat bus station.. duduk kat kerusi sana. terjumpa seorang pakcik. dia nampak mulut saya bengkak dan air darah. dia tanya.. adik gaduh ke? saya kata tidak. saya pun cerita kat pakcik tu.. pakcik tu terus bawa saya ke klinik swasta. disebabkan gigi saya patah. doktor tu suruh saya pi ketempat kawan dia. dia kata akan call kawan dia buka untuk cabut gigi patah yang separuh kat mulut. setelah mulut bawah saya dijahit 2 jarum.

Doktor tu terus bawa saya ke ketempat kawan dia. klinik pegigian untuk cabut gigi patah yang tertinggal dalam mulut, setelah selesai semua, saya kata tiada wang nak bayar. Pakcik tu kata dia bayar. doktor hanya ambil separuh harga. lepas tu. saya balik ke bustation untuk rehat. pakcik tu tanya nak pi mana. saya kata belum tahu. pakcik tu hulurkan Rm50 untuk saya.lepastu dia pun balik.

Hari kedua saya pi kat pejabat agama. cerita apa yang belaku. Tak sangka saya dapat bantuan sebanyak Rm50. saya bagitau pegawai tu. Dalam Rm50. saya boleh beli apa? nak beli baju seluar dan barang kegunaan pun tak cukup, Pegawai kata prosedur memang hanya dapat bantuan Rm50. saya kata baik dan beri salam dengan mata yang merah. lepas tu saya pi kat masjid. terjumpa imam masjid dan cerita. imam masjid tanya nak pi mana. saya kata tak berani kat sini.. saya kata nak pi kuala lumpur..imam terus bawa saya pi makan dan beli tiket bus.

Imam beri saya Rm100. saya pun naik bus. ke Kuala Lumpur. sampai di Kuala Lumpur. saya mula cari kerja.. sbb masa tu.. tiada wang nak beli kasut. tak jadi pulak kerja. saya pun berehat kat masjid.. datang seorang pakcik. dia kata tengok saya dah berapa hari kat sini. saya pun cerita hal saya pada pakcik. pakcik tu. pun bawa saya pi beli pakaian, bag gallas dan barang kegunaan harian. pakcik tu kata ..anak pi belajar dulu. pi kelantan belajar kat pondok. pakcik tu beri saya sedikit wang lalu beli tiket ke kelantan. mulalah saya cari pondok. dapatlah saya masuk pondok untuk belajar agama. pernah saya post kat fb.. saya nak beli toto dan sebagainya. pada masa raya cina saya ada balik rumah.. masa tu tumpang duk kat surau. saya sebelum masuk magrib dan selepas magrib saya ada balik rumah.. tetapi mereka tahu saya tetap masih dalam islam. mereka tak keluar langsung. saya hanya berdiri di pagar sampai magrib. selepas magrib saya datang kembali sampai isyak. tetapi macam orang bodoh saya diri kat pagar.. mereka tak keluar langsung. kalau tak salah saya. saya buat pekara yang sama selama beberapa hari. hari terakhir cina.. saya masih ingat lagi.. hari tu hari kebesaran orang Hakka pada raya ketujuh. saya balik. dan lihat abang keluar dengan sebungkus oren dan beri angpao kat saya. mereka tak cakap apa apa. saya pun beredar dengan hati yang gembira. saya pikir perasaan mereka dah mula turun akan terima saya kut. saya pun pi tunggu bus..

Saya pun buka orange cina makan. sambil tu buka angpao tu..aduuhhh. dalam angpao tu bukannya ada duit.. tetapi duit tu adalah untuk guna waktu sembah dan bakar pada orang meninggal. Makna keluarga saya ialah anak cina mereka sudah mati. dan saya yang begama islam bukan lagi ahli keluarga. sedihh saya. pernah saya mohon zakat 3 kali. 3 kali tak diluluskan. pertama kali saya mohon..sebabkan borang kena tulis hurut besar. saya tulis hurut besar, borang bantuan zakat saya ditolak... kali kedua saya mohon lagi skali lagi, kali ni saya tulis dengan teliti, Borang lengkap.. ada surat pengesah hospital besar dan dokor. pi masjid tunggu pengerusi cop masjid. semua siap.. hantalah saya kepejabat zakat... Pegawai kata baik encik. encik tunggu 2-3bulan untuk proses borang bantuan.. lepas dah 3 bulan.. saya ada call pejabat. setiap kali call.

Jawapan tetap serupa.. borang anda tengah proses dan sabar ya. saya tungulah tunggu tak ad a jawapan langsung. saya mohon kali ke3... Pegawai kata.. kena ada alamat rumah tetap dan pegesah bil electric dan bill air. saya bagi tau Pegawai.. saya kena halau rumah macamana nak cari bil bil electric dan air., Pegawai kata pergi sewa bilik dulu.. saya bagitau pegawai.. mana ada kewangan nak sewa bilik.. Pegawai kata pandai pandailah cari. prosedur mmg cam ni. dengan hati yang kecewa saya pun beredar dari situ, lepas tu ada makcik suruh saya pi masjid minta bantuan. saya pun pergi masjid minta bantuan. Imam masjid nak tolong saya. dia pi bagitau AJK masjid.. AJK masjid pun datang pada saya. AJK masjid kata mereka tak ada peruntukan untuk kes macam ni. AJK masjid kata.. u ada surat dari pejabat AGAMA yang boleh izinkan u megutip derma tak? saya kata saya tidak tahu pulak ada peraturan macam ini.

AJK masjid kata kalau tak ada surat dari pejabat agama tak boleh minta derma. Saya pun kata baik.. waktu saya nak keluar dari masjid. Imam datang dan masukan Rm150 dalam poket saya dan meluk saya.. maaf dik. saya hanya bantu tetapi peraturan masjid tak benarkan. saya hanya mampu tolong sebanyak ni. Sampai sekarang selalu orang tanya saya kenapa tak pi Pejabat agama minta bantuan.. saya hanya senyum balas, nanti saya pi mohon.. dalam hati saya cakap pada diri saya.. saya sah tak pidah ke pejabat agama ni.. dah 3 kali kena reject dah.. Dah lah waktu tu kena interview pegawai agama. dalam tanya soalan tu.. seperti cari duri dalam telur.. sebab pasal ini saya sudah tak ke pejabat agama. dan mulalah saya belajar kat pondok. Selepas raya ni.. saya akan mulalah perjalanan baru saya.

Read more ...

ALLAHHUAKBAR: Muqaddam Dijumpai Di Pulau Reunion Dan Keadaannya Masih 'Terpelihara'

Saint Andre: Satu naskhah muqaddam dijumpai penduduk Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan pesawat di kawasan pantai timur pulau berkenaan, semalam. "Ia mungkin teks dari Malaysia, Indonesia atau Brunei di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam," kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku yang bersalut plastik itu. Sementara itu, Kerajaan Perancis terus menambah jumlah helikopter dan kapal terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot meninjau di laut sebagai usaha mencari serpihan pesawat MH370. "Atas arahan presiden dan Perdana Menteri Perancis, adalah diputuskan untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan serpihan di sekeliling Reunion," kata Menteri Pertahanan, Pengangkutan dan Laut dalam kenyataan bersama. - The Telegraph
Read more ...

29 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH PUTERI FASHA SANDHA & JEJAI

Semalam telah berlangsungnya majlis aqiqah Putri Raysha Jemyma, anak perempaun kepada Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai yang diadakan di kediaman mereka di Ampang.

Majlis aqiqah anak keduanya itu diraikan seperti berkonsepkan anak puteri kayangan apabila Raysha memakai gaun berwarna keemasan dan didodoikan di buaian di atas pelamin indah. Pelamin itu dihias dengan beberapa kain songket.

Selain Raysha, ibunya Fasha dan suaminya, Jejai turut memakai sedondon iaitu warna keemasan.

Klik gambar untuk size besar

Majlis dimeriahkan lagi dengan dihadiri oleh saudara mara dan kenalan artis.

Antara artis yang hadir adalah Rebecca Nur Al Islam, Ayda Jebat, Izreen Asmindar dan ramai lagi.

Gambar-ga mbar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Camora Arts Photography.

Enjonzzz...

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Inilah Punca Sebenar Kenapa Aeril Zafrel Adalah Calon Sebenar Suami Idaman Malaya...

$%Ingat tak pada suatu masa dahulu perkahwinan Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal penuh dengan kontroversi dan ramai yang kecam tindakan pasangan ni menyembunyikan perkahwinan mereka daripada pengetahuan peminat dan orang ramai. Tapi tu cerita dulu.. Sekarang pasangan ni masih kuat dalam menjalin hubungan sebagai suami dan isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata. Alhamdulillah..

Ramai yang tak tahu sebenarnya Aeril Zafrel ni sweet dan caring orang nya. Baru-baru ni pelakon kacak tu memuat naik gambar Wawa Zainal serta meletak kapsyen yang amat menyentuh hati kami.. tapi pada masa yang sama kapsyen tu amat lah sweet.

*mata masuk habuk

Duhai isteriku engkau itu persis anak mataku,melihatlah dan menataplah apa yang ada dalam qolbuku; betapa mata hati sang suamimu ini mahu kau selamat,ingin kau bahagia dan selalu terlindung dari fitnah dunia, fitnah di alam barzakh dan fitnah di padang masyar.

Dekati aku,ikuti aku bila jalan ini menuju Tuhan. Tapi tinggali aku, jauhi aku – bila aku menjarakkan engkau dengan Tuhan…

memuliakan dirimu dan menjadikan dirimu itu berharga tidaklah kerana limpahan kemewahan dan mengunungnya kekayaan tetapi dengan peribadimu yang menawan dengan kesolehanmu

sumber asal
Read more ...

Pecah tingkap kereta guna batu

am@hmetro.com.my

Kulim: Tindakan dua penjenayah memecah masuk kereta dan cuba mencuri beg tangan pemiliknya mengundang padah apabila dicekup orang ramai di Kampung Dusun, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek berusia 22 dan 25 tahun yang menaiki motosikal memecah cermin kereta itu.

Difahamkan pemilik kereta menghadiri kenduri di salah sebuah rumah terletak 500 meter dari lokasi keretanya ditinggalkan.

Bagaimanapun perbuatan mereka disedari adik lelaki pemilik kereta itu yang memaklumkan kepada kakaknya sebelum suspek diberkas.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia bersama ibu bapa dan adik-beradiknya menghadiri kenduri salah seorang saudara mereka.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Read more ...

UMNO Pasir Gudang harap kemelut diselesaikan dengan telus

PASIR GUDANG: UMNO Pasir Gudang mengambil pendirian bahawa ruang dan masa mesti diberikan kepada pucuk pimpinan parti untuk merungkai segala kemelut yang melanda parti.

Antara isu tersebut adalah kemelut berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, GST, kejatuhan ringgit, kos sara hidup dan rombakan Kabinet.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam ucapannya sempena majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.

"Kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan dengan telus.

"Kami alu-alukan dan menghargai janji Datuk Seri Presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan 1MDB dalam masa enam bulan. Kami percaya ia akan tercapai," ujar beliau.

Majlis tersebut menyaksikan kehadiran kali pertama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikannya.

Khaled turut menyentuh soal mengambil kepentingan suara akar umbi, tumpuan kepada agenda bangsa, perjuangan Melayu dan perpaduan.

"Kami mengharapkan jalan pencerahan. Selamatkanlah UMNO dengan mengajak kepasa kesatuan dan muafakat bersama.

"Lebih-lebih lagi di Johor. Ia (UMNO) lahir, dibentuk, diasuh dan didewasakan di sini. Kami tidak akan sekali-kali membenarkan ia dikebumikan di sini," tegas Khaled lantas disambut tepukan dan sorakan para perwakilan.
Read more ...

'Tahniah Buat Golongan Anti Vaksin!' - Doktor Ainul



Dear anti-vaccine people, this is the outcome of your campaigns. Ini yang berlaku apabila parent menolak vaksin yang sepatutnya boleh mengelakkan penyakit ini. Ini measles. Penyakit yang dulunya berjaya dinyahkan dengan bantuan vaksin. Sekarang dah makin merebak sebab ada yang menolak vaksin.

CONGRATULATIONS! I bet the anti-vaccine group had achieved their main target by ruining the children all over the world. Shame on you.

Oh ya, untuk pengetahuan, pesakit ini dah keluar hospital. Maksudnya, dia kini berada di luar isolasi yang mana jauh dari kawalan kami. Maksudnya, akan ada ramai lagi yang dijangkiti di luar sana bila dia keluar nanti.

Siapa yang pernah bersama bayi ini, siapa yang berada di sekitar kawasan yang pernah bayi ini berada tidak kisahlah satu bilik, satu bas, satu taman perumahan, satu shopping kompleks, satu hospital, semua berisiko bakal dijangkiti kalau tidak mempunyai imunisasi atau lemah pertahanan diri.

Yang ada ada vaksinasi penyakit ini, inshaAllah selamat. Good Job!. So please be careful, Beware, hati-hati. You might be the next one infected here or maybe your precious unvaccinated children is the one who is going to suffer for the consequences. Good luck.  Doktor Ainul Arina
Read more ...

Low juga tak setuju pegawai SPRM ditukar

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, hari ini menjadi menteri kedua menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri. Low berkata, walaupun pemindahan pegawai SPRM itu digambarkan sebagai urusan "pentadbiran", bagaimanapun ia tetap dilihat "tidak wajar".

Low berkata, kebimbangan utama beliau ialah hakikat bahawa salah seorang daripada pegawai terbabit, Datuk Bahri Mohamad Zin, mengetuai siasatan kes berprofil amat tinggi sekarang.

Bahri yang menjadi Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM sedang menyiasat syarikat SRC International yang dilapor mendepositkan RM42 juta ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Jika orang yang menyiasat mana-mana kes dipindahkan oleh pihak luar yang bukan dalam SPRM, mak a kerja-kerja siasatan mereka akan terjejas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Kedua-dua Bahri dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob ditukarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke Jabatan Perdana Menteri. Low berkata, walaupun JPA mempunyai kuasa pentadbiran untuk memindahkan kedua-dua mereka, perkara itu tidak wajar. "SPRM adalah sebuah agensi bebas. Mereka sepatutnya beroperasi secara bebas.
"Jika pegawai SPRM melakukan sesuatu kesalahan, mereka boleh ditangani secara dalaman," katanya.
[Baca berita asal]
Read more ...

'Pandai Uqasha Senrose Menari' - Netizen



Baru-baru ini, Uqasha Senrose memuat naik video dirinya menari di laman Instagram dengan caption #nohatersplease. Sungguhpun begitu, peminatnya menegur beliau agar tidak berkelakuan seperti itu kerana ia agak kurang sopan dan tidak manis dipandang oleh masyarakat serta tidak sesuai dengan imej berhijab. Meskipun ada yang memuji kecantikan tubuh badannya, ada jua yang tampil menasihatkan agar tidak memuat naik lagi video-video seperti itu kerana bimbang akan menjadi fitnah. - THEHYPEMEDIA.COM #justforfun #nohatersplease A video posted by @uqashasenrose2 on Aug 6, 2015 at 12:33pm PDT
Read more ...

"Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam" Luahan SEDIH Najib Razak

'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan ketua bahagian parti itu berhubung isu dana politik.


Akhbar The Star melaporkan, Najib memberitahu perwakilan Umno Bahagian Tun Razak yang beliau berbuat demikian demi kepentingan parti.

"Apa sahaja yang saya buat sebagai Presiden Umno, walaupun jika saya terima dana, semuanya untuk parti.

"Saya telah membantu bahagian-bahagian, termasuk memberi mereka peruntukan bulanan untuk menguruskan pejabat mereka.

"Umno di bawah pimpinan saya telah melakukan banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), hantar orang tunaikan haji dan baiki rumah-rumah usang.

"Apa yang berlaku ialah mereka diamkan diri, selepas mereka dapat duit, tetapi bila saya diserang, semua orang diam," katanya.

Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'Yes men'.

Tegasnya, beliau boleh terima perbezaan pendapat, kerana ia dapat memberi perspektif berbeza.

"Kami boleh bertukar-tukar idea, malah berdebat dalam mesyuarat, tetapi apabila pucuk pimpinan buat keputusan, kami perlu sokong parti. Kami perlu tunjuk satu barisan bersatu," katanya.

Pagi tadi, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap ahli bermuka-muka yang takut memberitahu pemimpin kesalahan mereka lakukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sambil menyuarakan kegusarannya mengenai kewujudan ahli parti yang bermuka-muka.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah, semakin lama seseorang itu memegang jawatan, maka cabaran yang perlu dihadapinya semakin hebat.

Ini merujuk kepada ahli-ahli yang tidak menegur kesalahan pemimpin, walaupun jelas berlaku kepincangan dalam sesuatu isu.
Read more ...

Kata Ustazah - "Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan Bayi Jadi Viral

"Minum susu lembu, DNA lembu masuk badan bayi... bayi jadi pemarah"



Gara-gara ulasan seorang Ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 yang membincangkan mengenai kebaikan dan khasiat susu ibu kepada bayi, ramai ibu-ibu berang kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Ustazah membelakangi ilmu sains yang sebenar mengenai susu lembu.



"Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah." katanya dalam 3 screenshot rancangan itu yang tesebar. Berikut respon pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada para ibu: Cikgu Al Mumin Al Kanta: "DNA hanya boleh bercampur melalui persenyawaan, kejuruteraan genetik atau serangan virus.

Rasanya itu saja, setakat ilmu yg aku adalah... Mushaibah Fauzi : "Kalau bg anak minum susu kambing jd busuk mcm kambing ke cane ustazah..sbb tadi ustazah kata bg minum susu lembu jd pemarah mcm lembu.

Ustazah minum susu apa ea dulu?" Nor Umie Shamsul : "Lepastu ape bende merepek kalo susukan ank gune susu formula anak jd pemarah mcm lembu?bile pulak lembu pemarah?? kerbau yg pemarah.. Y org tak mampu nak susukan anak tu mcmne?? Altenatif terbaik bagi orang susukan anak. kite lebih baik dari bagi susu formula?? apebende ustazah ni?? nak ikut masa zaman nabi ibu susuannya halimatul saadiah... Tu zaman nabi.. Nabi soh berdakwah ikut zaman.. Cakap pakai otak sikit.. Jg hati ibu2 yg tak mampu susukan ank.. Ibu mana yg taknak susukan anak sndri??? HasRien MamaNaaila :

"Aku betoi xpuas hati bila dia kata bila susukan anak dgn susu lembu akan dpt DNA lembu dan akan jadik pemarah mcm lembu. Sbb lembu tu kan pemarah.... weeeeiiii ostajah..... ko kena ingat walaupun sume saluran ssu ibu adalah kecik dan sama Allah kurniakan...tp ko kena sedaq...yg rezeki manusia allah bg xsama... aku mmg xpuaih hati bab ni... mintak ko jelaskan jap...." Bella Tc : sakit hati dengaq cara ustazah tu cakap,seakan mghina kmi yg xdpt bg susu ibu utk anak..kmi.dah berusaha tp nk wt mcm mna..sedap mlut dia ja ckp ank nt jd pemarah mcm lembu..bodo punya ustzah..ckp xberlapik langsung..meluat aku..skit hati !!!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *