Recent Post

Monday, August 31, 2015

Dedah Kelemahan DEIG Demi Kepentingan Rakyat Selangor

SERDANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin UMNO khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.

"Dedah…jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata. – BERNAMA

Read more ...

Surat Terbuka BERANI MATI Daripada Seorang Guru Untuk Najib

Kita semua sudah sedia maklum dengan khabar terbaru dimana harga petrol meningkat lagi sebanyak 10 sen seliter. Sebelum itu sejak GST dilancarkan lagi, ia sudah menjadi buah mulut netizen sehingga sekarang. Baru-baru ini telah menjadi viral dimana seorang guru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem negara ini melalui laman Facebooknya. Kami yakin sebagai seorang rakyat biasa,  mungkin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat wanita ini yang sudah berkhidmat dalam sektor kerajaan sekitar 10  tahun lamanya.
Read more ...

"SAYA MALU TONTON SEMULA BABAK SAYA DIROGOL" - JUE AZIZ

Jue Aziz bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babaknya telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.

Ini kerana Jue kini sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung yang membuatkannya kelihatan lebih manis dan jelita.

"Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.

Klik gambar untuk size besar

"Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung," ujar Jue dipetik sebagai ebrkata.

Jue pada masa yang sama menjelaskan keputusan dia untuk berhijab lahir ikhlas daripada hatinya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pintu hati Jue terbuka untuk menutup aurat apabila dia bermimpi tentang arwah ayahnya.

Kami faham perasaan Jue Aziz yang memang malu apabila babak sebegitu di pertontonkan selepas dia kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tapi kami harap tiada pihak yang mencetuskan kontroversi kerana seperti kata dia ia di lakonkan ketika dia belum bertudung lagi.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Bayi merdeka

Kuala Lumpur: Laungan 'Merdeka!' yang diselangi tangisan bayi bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa bayi tersebut, tetapi juga turut menggembirakan kakitangan hospital yang berkhidmat menyambut kelahiran 'bayi merdeka' pada ambang Hari Kebangsaan ke-58, 12 tengah malam tadi. Bagi Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi pertama adalah bayi lelaki seberat 2.70 kilogram yang dilahirkan pada 12.01 tengah malam.

Bagi ibunya Siti Nor Hidayah Abdullah, 27, kehadiran anak sulungnya Rayyan Al-Fattah bukan sahaja memberikan rahmat baginya dan suami Ray Jimson, 30, tetapi juga satu perasaan yang sukar digambarkan dan tidak dapat diungkapkan.

"Walaupun ketiadaan suami di sisi semasa bersalin (suami bertugas di Sarawak sebagai pemandu lori), alhamdulillah kelahiran secara normal itu dipermudahkan dan semuanya selamat," kata eksekutif syarikat swasta itu kepada pemberita ketika ditemui di wad bersalin HKL di sini, awal pagi ini.

Pasangan itu yang berasal dari Sarawak dan mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lepas berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana anaknya dilahirkan pada Hari Kebangsaan memandangkan beliau dijangka bersalin pada 28 Sept depan.

Sementara itu, kegembiraan ini turut dikongsi oleh sepasang lagi suami isteri Shahruddin Ismail, 25, dan Nurul Jannah Hairuddin, 22, apabila menerima kehadiran bayi perempuan seberat 2.60 kilogram pada 12.10 tengah malam tadi.

"Saya berasa sangat teruja dan gembira tidak terkata apabila anak sulung kami dilahirkan pada tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara dan perkara ini saya dan isteri tidak pernah jangkakan pun sebelum ini.

"Pada awalnya isteri saya dijadualkan bersalin 2 Sept. Jadi, masa isteri masuk hospital, saya tidak sangka yang dia akan bersalin hari ini juga sebab saya ingatkan duduk wad sahaja tetapi rupanya terus bersalin (malam tadi)," katanya.

Shahruddin yang kelihatan ceria di samping anaknya yang dilahirkan secara normal berkata beliau dan isteri belum tentukan nama untuk anak merdeka itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut meluangkan masa, melawat dan meraikan bayi merdeka di wad bersalin HKL dan menyampaikan sumbangan hamper kepada ibu bapa bayi tersebut.

"Lihatlah, walaupun belum lahir ke dunia, mereka telah ditunggu-tunggu untuk diberi sambutan oleh seluruh rakyat Malaysia di samping ahli keluarga masing-masing," katanya semasa berucap pada majlis sambutan 'Bayi Merdeka' anjuran Persatuan Warisan Anak Merdeka dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi HKL di sini, malam tadi.

Katanya, sambutan ini merupakan acara tradisi yang sudah dijalankan sejak 13 tahun lalu dan sehingga kini lebih 50,000 anak merdeka di seluruh Malaysia yang menjadi ahli Persatuan Warisan Anak Merdeka. - Bernama

Read more ...

Perhimpunan Bersih berakhir aman, tiada peserta ditahan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4 berakhir tengah malam tadi selepas semua peserta bersurai secara aman seperti dijanjikan.

Laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan selama dua hari itu yang tidak dicemari sebarang kekecohan.

Ia juga mengakhiri penguasaan sekitar Dataran Merdeka sejak malam Sabtu oleh penyokong Bersih 4.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan berkenaan sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka lima kertas siasatan.

Katanya, 14 daripada laporan itu dibuat pada Sabtu dan selebihnya dibuat semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka pada Ahad kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

"Situasi sehingga malam ini (Ahad) adalah terkawal walaupun terdapat peserta perhimpunan yang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.

"Pihak penganjur telah berjanji akan bersurai menjelangnya ambang Merdeka teng ah malam dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan kemerdekaan.

"Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," ujarnya.

Tajuddin turut menjelaskan, tidak timbul sebarang isu sambutan Ambang Merdeka diubah dari Dataran Merdeka ke Bukit Jalil yang sememangnya telah dijadualkan berlangsung di situ.

Secara keseluruhan, katanya, peserta demonstrasi juga patuh pada arahan tidak merempuh masuk kawasan padang Dataran Merdeka dan tidak menimbulkan kekacauan sepanjang dua hari perhimpunan Bersih 4 diadakan.

Di Kuala Lumpur, lokasi berdekatan Dataran Merdeka menjadi pusat tumpuan terakhir peserta dengan pengisian aktiviti seperti ucapan para pemimpin dan pengerusi Bersih 2.0 serta nyanyian lagu Negaraku.

Antara kejutan perhimpunan kali ini adalah kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebanyak dua kali.

Perhimpunan bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam Sabtu dan tengah malam semalam.

Read more ...

'Kalau Kena Baham Harimau, Macam Mana?' - Irwan

MELAKA - Seorang bapa dan anaknya berusia tiga tahun, cedera selepas ditimpa dahan pokok di Melaka Zoo & Night Safari, Jumaat lalu.  Kejadian malang yang menimpa dua beranak didedahkan oleh Irwan Bechik, di laman Facebook yang telah mendapat banyak perhatian netizen. 'As salam, mohon rakan-rakan Facebook viralkan. Jiran saya ditimpa dahan pokok di Zoo Melaka. Pihak Zoo hanya membayar kos perubatan dan hospital sahaja setakat ini. Suami jiran saya patah jari kaki dan anak mereka yang berusia tiga tahun retak tempurung kepala dan ada sedikit udara masuk ke dalam mata anak. "Pihak zoo hanya mendiamkan diri. Pada tiket ada tertera 'masuk tanggungjawab sendiri'. Saya pun baru tahu. So, kalau kena baham harimau macam mana?," katanya yang meminta orang ramai memviralkan kejadian itu. "Kasihan keluarga ini, isteri dia hanyalah seorang surirumah sahaja. Harap ada pembelaan buat mereka," katanya.  Berdasarkan resit yang dikongsikan, tertera ayat seperti di bawah: "Melaka Zoo & Night Safari will not be responsible for any loss, damage or injury sustained by the ticket holder while in the park,"  Bagaimanapun, netizen memberikan respon bahawa keselamatan pengunjung adalah di bawah tanggungjawab pihak zoo. "Boleh ambil tindakan sebab bukan di atas kecuaian sendiri. Masalah datang dari kecuaian pihak zoo yang tidak menyelenggara kawasan zoo dengan baik," kata Suzileana Jalil. Menurut Aedi Hafriez pula, kejadian yang sama juga pernah berlaku di depan matanya sendiri pada tahun 2014 pada sebuah keluarga berbangsa India ketika melawat zoo berkenaan. "Tahun lepas kejadian yang sama berlaku. Dahan reput jatuh menimpa keluarga India yang datang melawat Zoo Melaka. Kejadian berlaku di depan mata saya. Salah seorang daripada mereka cedera, pendarahan di bahagian kepala. PEngurusan lambat memberikan bantuan. Zoo Melaka memang tidak terurus," katanya. Menurut Lds Pest Control, Zoo Melaka tidak diuruskan dengan teratur berdasarkan pengalamannya semasa melakukan kerja-kerja pest control di zoo berkenaan. "Zoo itu tak ada maintenance lagi. Saya tahu sebab saya pernah masuk untuk pest control. Pokok yang reput dimakan oleh anai-anai pun tak nak ditebang atau dirawat. Sekarang dah bahayakan nyawa anak kecil dan sesiapa sahaja," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Inilah SINDIRAN DS Hishammuddin Kepada Tun Mahathir Yang Buat Ramai BERANG!!!

Inilah SINDIRAN DS Hishammuddin Kepada Tun Mahathir Yang Buat Ramai BERANG!!! Rata-rata semua pimpinan BN mengeluarkan pendapat masing-masing kepada Tun M yang turun ke Perhimpunan BERSIH 4. ini merupakn luahan daripada Ds Hishammuddin.

i

1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

6. Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

7. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.

8. Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?

Tags: , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Sunday, August 30, 2015

Penubuhan GHB Tak Jejaskan Sokongan Kepada PAS

BUKIT MERTAJAM – Penubuhan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) sudah dalam jangkaan dan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PAS, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata keputusan 18 pemimpin PAS keluar parti dan menubuhkan GHB tidak akan menjejaskan parti itu kerana sejak tahun 1980-an, PAS sudah beberapa kali berhadapan dengan perkara itu namun sehingga kini, ia kekal relevan dalam landskap politik negara.

"Saya tidak nafikan, ada dua tiga orang yang keluar itu memang memberi kesan kerana sudah lama dalam parti. Kita harus ingat yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, jadi saya yakin PAS masih lagi malar hijau dalam landskap politik masa kini," katanya selepas majlis pertemuan dengan anggota PAS negeri di sini hari ini.

Nasrudin berkata penubuhan parti baharu itu sudah dijangka sejak awal lagi iaitu kira-kira dua bulan sebelum berlangsungnya pemilihan parti pada Jun lepas. – BERNAMA

Read more ...

Bayi Ini MENDERITA Seumur Hidup Kerana Flash Dari Camera

Dengan suasana Hari Raya masih lagi meriah, kami yakin pasti terdapat banyak 'rumah terbuka' yang dihadiri oleh anda semua.

Satu perkara biasa selain makanan yang lazat dan enak ketika hari raya ialah sesi fotografi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Bercakap mengenai sesi mengambil gambar, jika anda mempunyai anak kecil , cerita ini boleh dijadikan sebagai peringatan buat anda semua dan orang sekeliling anda untuk lebih prihatin apabila mengambil gambar bayi.

Difahamkan, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di China baru-baru ini telah mengalami buta sebelah mata selepas mereka terlupa untuk mematikan flash kamera ketika mengambil gambar bayi tersebut.

Perasan sesuatu yang tidak kena pada penglihatan anak mereka selepas gambar itu diambil, ibu bapa bayi tersebut membawanya berjumpa doktor.

Seperti yang dilaporkan oleh People's Daily Online, doktor berkata kanak-kanak itu mengalami kekurangan penglihatan di mata kiri dan mata kanannya menjadi buta ke rana flash yang kuat dari kamera yang berjarak lebih kurang 10 inci dari bayi tersebut

Sel pada mata bayi tersebut telah rosak. Ia tidak boleh diperbaiki dan pembedahan juga tidak mampu untuk mengembalikan penglihatan bayi tersebut.

Jadi, jika anda tidak mahu anak anda untuk berkongsi nasib yang sama seperti bayi ini, harus lah kita sedar bahawa bayi sangat sensitif terhadap cahaya yang kuat.

Juga ambil perhatian bahawa, walaupun mata bayi masih ditutup semasa flash dari kamera menyala, pakar mendakwa walaupun milisaat mata mereka terdedah kepada cahaya yang terang, itu sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan yang ketara.

Jangan lupa kongsi cerita ini pada rakan-rakan dan keluarga anda.

Read more ...

4 GAMBAR - TERBABIT KEMALANGAN, KERETA TASHA SHILLA TERBALIK

'Sudah jatuh, ditimpa tangga'.

Demikianlah keadaan yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

Tasha sebelum ini dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi.

Klik gambar untuk size besar

Menurut seorang sumber, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.

Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebara ng cedera parah.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Letup gagal bayar along

Oleh Shamsl Munir Safini

shamsulmunir@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Seorang wanita, 69, cedera di muka, leher dan mata selepas terkena serpihan kaca berikutan letupan dipercayai mercun yang dibaling ke tingkap biliknya di Flat Jalan Tengah Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi tadi, mangsa sedang tidur sebelum terdengar bunyi sesuatu dibaling ke bilik dan ternampak api di tingkap sebelum cuba memadamnya.

Mangsa yang tinggal di tingkat satu flat berkenaan memeriksa kawasan tingkap sebelum berlaku letupan menyebabkan kaca tingkap pecah dan cebisannya terkena muka dan beberapa bahagian badan mangsa.

Mangsa difahamkan sering diganggu along selepas meminjam wang daripada kumpulan berkenaan beberapa bulan lalu.

Sebelum kejadian, saksi memberitahu terlihat kelibat tiga lelaki menaiki motosikal dipercayai along di kawasan itu.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi endapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Read more ...

40 tahun berlalu, penantian kebangkitan berterusan

Kejohanan hoki Piala Dunia 1975 pernah menyaksikan seluruh negara bersatu menerusi sukan sehingga membolehkan skuad kebangsaan menduduki tempat keempat, pencapaian terhebat yang kekal sehingga ke hari ini. 

Kini, 40 tahun sudah berlalu dan menurut bekas penyerang skuad negara ketika itu, Datuk Poon Fook Loke, tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Sehati Sejiwa' turut mengimbau memori di mana semua rakyat mengetepikan sebarang perbezaan untuk menyokong skuad negara di kejohanan tersebut yang dilangsungkan di Kuala Lumpur.

"Sokongan penonton begitu hebat dan mengagumkan sehingga pemain langsung tidak gentar berdepan lawan. Ini dibuktikan menerusi kejayaan menewaskan juara bertahan, Belanda untuk mara ke separuh akhir.

"Ia adalah pengalaman seumur hidup untuk beraksi di depan 50 hingga 60 ribu penonton di Stadium Merdeka. Ia adalah di luar dugaan dan diakui kehadiran penyokong membantu pencapaian hebat itu," katanya kepada Bernama.

Poon berkata, walaupun berkesempatan ber aksi dalam dua Sukan Olimpik, tiga Piala Dunia, Sukan Asia, Sukan SEA, pasukan Bintang Asia (1974) dan Pilihan Dunia (1982), beliau tetap menganggap Piala Dunia 1975 adalah kemuncak karier hokinya.

Katanya, detik paling manis di kejohanan itu adalah ketika perlawanan menentang Belanda kerana kejayaan menewaskan penyandang juara itu 1-0 pada 10 Mac.

"Perlawanan itu dilangsungkan pada pagi 10 Mac, yang kebetulan jatuh pada ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ke-53.

"Laporan pada keesokannya menyatakan Perdana Menteri berkata 'Ia adalah hadiah harijadi terbaik daripada pemain hoki'.

"Satu lagi detik manis adalah perlawanan separuh akhir menentang India di Stadium Merdeka yang dipenuhi penonton. Pada ketika itu, rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama, tua dan muda bersatu untuk menyokong pasukan negara," katanya.

Poon berkata, skuad negara ketika itu memiliki beberapa ciri penting iaitu dahagakan kejay aan, skuad yang bersatu seperti satu keluarga besar serta semangat berpasukan yang tinggi.

Ketika itu, katanya, pemain begitu hebat menguasai posisi masing-masing dan tidak gentar dengan lawan, sambil dibantu jurulatih, Datuk R. Yogeswaran, mendiang Datuk Ho Koh Chye dan Allahyarham Mohamed Sidek Othman yang bijak menyusun strategi permainan.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, Poon berkata ia cukup hebat untuk mengetahui sehingga sekarang, orang yang ditemuinya masih bercerita tentang kehebatan Piala Dunia 1975.

Sejak 1956 hingga 2002, hoki sentiasa menjadi antara sukan utama di negara ini, diminati semua pihak termasuk golongan istana, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan.

Katanya, hoki menerima pengiktirafan yang tinggi berikutan ranking dunia yang baik, sambil disokong dengan hakikat skuad negara sentiasa beraksi di Sukan Olimpik dan Piala Dunia, yang menjadi impian setiap atlet.

Penampilan pertama skuad hoki negara di Sukan Olimpik adalah pada 195 6 di Melbourne dan ia berterusan sehingga 2000 di Sydney. 

Malangnya, selepas itu Malaysia gagal layak untuk tiga Sukan Olimpik berturut-turut dan mungkin juga terlepas temasya di Rio de Janeiro, Brazil tahun hadapan selepas penampilan mengecewakan di Liga Hoki Dunia di Belgium baru-baru ini.

"Saya kurang yakin kita mempunyai potensi untuk kembali menjadi pasukan handalan dunia dan ini tidak akan berubah kecuali kita mengakui kekurangan dalam pendekatan latihan dan belajar daripada 'bekas murid', pasukan dari Eropah.

"Dulu, Asia adalah kuasa besar dengan India dan Pakistan menjadi peneraju, tetapi sekarang ia sudah bertukar. Kita tidak boleh nafikan pasukan Eropah terutama Jerman, Belanda dan Belgium sudah berada di tahap berbeza," katanya.

Poon berkata jika Australia dan New Zealand mampu berada dalam kumpulan elit, masih ada peluang untuk skuad hoki negara mencapainya.

Mengakhiri kata-katanya, Poon sekali lagi menjelaskan skuad 1975 adalah gambaran terbaik 1Malaysia dengan pemainnya terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan konsep perpaduan yang dilaungkan Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Read more ...

'Melayu Takkan Menjadi Bangsat Kalau Najib Tinggalkan UMNO'

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak akan menjadi 'bangsat' jika orang yang berkata demikian sebelum ini bertindak meninggalkan parti UMNO, sekali gus tidak memerintah negara lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya ingat, kalau bangsat itu pergi, kita tak bangsatlah," katanya. Tegas Tun Mahathir, Najib tidak sepatutnya mengungkap kata-kata seperti itu. Bangsa Melayu menjadi bangsat bukan kerana UMNO, tetapi kerana Najib yang tidak mentadbir negara dengan betul. "Ia bukan salah UMNO, awak (Najib) yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," katanya disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang semalam. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Detained Bersih supporters released, says urgent arrest team

Some selling Bersih t-shirts yesterday in Kuala Lumpur. Those arrested last night for wearing Bersih t-shirts have been released. – The Malaysian Insider filepic, August 30, 2015.Some selling Bersih t-shirts yesterday in Kuala Lumpur. Those arrested last night for wearing Bersih t-shirts have been released. – The Malaysian Insider filepic, August 30, 2015.The 26 individuals arrested last night for allegedly wearing Bersih T-shirts‎ have been released, Bersih's Urgent Arrest team said today.

Tarmizi Anuwar, a member of the team, confirmed that the 25 from Malacca and one from Nilai were freed, following their arrests under the Printing Presses and Publications Act (PPPA) 1984.

"Yes, they have all been released already," he said, adding that they were still gathering details about the case.

In a statement late last night, the team condemned the arrests as an attempt to intimidate the public into staying away from Bersih 4, which began at 2pm.

"Bersih has successfully proven on its first day that the rally is peaceful. And we believe it will continue to be peaceful if there is no provocation from the police.

"We urge Malaysians to attend the Bersih rally, and ignore and irresponsible provocation," the team, formed by the Bar Council's Legal Aid, said.

On Friday, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi banned the use of yellow clothing and other printed material with the words "Bersih 4" ahead of the rally with an order issued under the PPPA.

But police did not move in against the thousands who protested in Bersih T-shirts in Kuala Lumpur since yesterday afternoon.

Day 2 of the 34-hour street demonstration broke after a peaceful night which saw protesters sleeping on the pavements and in the middle of the roads around the historic Dataran Merdeka. – August 30, 2015.

Read more ...

Kos jajaran SSP dijangka meningkat 30-50 peratus

KUALA LUMPUR: Kos membina terowong dan kerja bawah tanah bagi Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) mungkin meningkat antara 30 dan 50 peratus berbanding MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (Jajaran Satu) kerana membabitkan bahagian lebih luas dan jumlah kerja lebih besar.

Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (MGKT), Satpal S Bhogal, berkata penjajaran terowong yang lebih panjang serta bilangan stesen adalah antara faktor yang menyebabkan kos lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kos sekilometer adalah sama dengan Jajaran Satu," katanya.

MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd yang dilantik sebagai rakan kongsi penyerahan projek (PDP) juga dijangka membida pakej kerja-kerja bawah tanah bagi Jajaran SSP.

"Pada masa ini projek itu hanya dalam peringkat perancangan. Harapnya pembidaan akan dilangsungkan akhir tahun ini.

"MRT Corp Sdn Bhd sudah mengumumkan yang ia yakin dengan projek yang dirancang itu berikutan respons positif orang awam, dan jika semua urusan berjalan mengikut rancangan, ia akan mengadakan pembidaan kompetitif antarabangsa dalam baki tahun ini dan mungkin awal tahun atau pertengahan tahun depan mereka anugerahkan kontrak," katanya.

Satpal berkata, jika syarikat memperoleh kontrak itu, ia akan diselia oleh MRT Corp susulan kemungkinan timbulnya konflik kepentingan.

Sementara itu, dokumentari khas bertajuk 'Megastructure of MRT Malaysia Urban Diggers' adalah antara dokumentari '12 Treasures of Malaysia' yang akan disiarkan buat pertama kali oleh National Geographic bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Dokumentari itu yang akan disiarkan oleh Astro menerusi saluran 533 berkisar kepada proses membuat dan membina terowong sepanjang 20 kilometer di bawah kota raya Kuala Lumpur. - BERNAMA

Read more ...

“Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam” Inilah TEGURAN TMJ Kepada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Sultan Johor!!

"Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam" Inilah TEGURAN TMJ Kepada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Sultan Johor!!…SHAH ALAM –  "Janganlah menimbulkan isu berkenaan saya dan ayahanda saya, semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu-isu yang lebih menekan rakyat," kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perkongsian terbarunya.

TMJ: Jangan jadikan kami kambing hitamMelalui laman Facebook Johor Souther Tigers, Tunku Ismail mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang telah diarahkan untuk 'menyerang' beliau dan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara?

"Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, beliau sedih kerana sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, melihat pihak Istana seolah-olah mencabar kerajaan.

"Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?

"Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat. Daripada hendak serang-menyerang antara satu sama lain, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara," kata beliau lagi.

Tags: , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Saturday, August 29, 2015

“Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa” – Sultan Johor

Sultan Ibrahim Iskandar yang merupakan Sultan Johor memberi amaran keras kepada dua ahli politik iaitu khususnya kepada Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumaat dan Nazri Aziz.

Baginda Sultan menitahkan agar Haron Aminurrashid tidak mencampuri urusan Istana atau membuat apa-apa kenyataan mengaitkan istana.

Selain itu, Sultan Johor turut memberi amaran keras kepada Nazri Aziz  (walaupun namanya tidak dinyatakan) yang sebelum ini memberi amaran untuk whack (membelasah) Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda mencampuri urusan politik.

Baginda juga turut bermadah seperti "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa" juga meminta ahli-ahli politik agar bersikap telus dan turut memberikan kiasan kaum Cina yang berbunyi, "Guni tidak dapat sorok tukul, Kertas tidak dapat balut api".

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Sedutan video titah baginda Sultan Johor seperti dibawah.

Read more ...

Bersih 4: Tiada Tangkapan Setakat Petang Ini – Polis

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang tangkapan dan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan Bersih 4 di ibu negara setakat petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata keadaan keselamatan adalah terkawal dan peserta perhimpunan masih berkumpul berdekatan Dataran Merdeka.

"Polis Kuala Lumpur masih meneruskan kawalan, terutamanya di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan berkumpul.

"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Tajudin berkata polis akan terus memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat dan ketenteraman awam terkawal.

Katanya orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka esok bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang itu. – BERNAMA

Read more ...

eva ada SKAND@L dengan pemain bola sepak-siapa eva??

Benarkah ada cerita lain di sebalik pemecatan pegawai perubatan Chelsea, Eva Carneiro?

Menurut seseorang doktor skuad The Blues itu menjalin hubungan intim terlarang dengan salah seorang pemain Jose Mourinho.

Kata Rupert Patterson-Ward, Eva pernah mengaku kepadanya bahawa dia ditiduri seorang pemain Chelsea, namun identitinya dirahsiakan.

Namun dakwaan itu perlu ditanggapi berhati-hati kerana ia dibuat oleh bekas teman lelaki Eva.

Malah Patterson-Ward berkata, Eva mendedahkan 'skandal' itu ketika mereka bertengkar.

"Saya tak percaya ia benar-benar berlaku," kata Patterson-Ward.

Eva menjadi perhatian apabila diketepikan oleh Mourinho daripada skuad Chelsea gara-gara bertindak memasuki padang untuk merawat Eden Hazard yang cedera.

Kejadian berlaku dalam perlawanan pertama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini pada minggu lalu.

Belum tutup sepenuhnya

Membawa imej skuad elit, Chelsea berdepan skuad yang lebih rendah wibawanya, Swansea.

Insiden yang menaikkan kemarahan Mourinho itu berlaku ketika kedudukan kedua-dua pasukan terikat 2 - 2.

Takdirnya, perlawanan kedua The Blues - menentang Man City - mencatatkan keputusan lebih mengecewakan apabila mereka terkulai 0 - 3.

Eva tiada bersama skuad itu dalam perlawanan berkenaan.

Kata Patterson-Ward, Eva, 41, pernah mendakwa ada seorang pemain Chelsea memerhatikannya, selain gemar berbogel di bilik persalinan.

Perbuatan itu, katanya, dilakukan untuk mengganggu serta menarik perhatian Eva.

"Suatu hari pemain Chelsea itu memanggil Eva ke biliknya dan ia berlaku.

"Eva sangat kejam kerana memberitahu saya insiden itu ketika kami bertengkar," katanya.

Menurut Patterson-Ward dia bertemu doktor kelahiran Gibraltar itu pada 2011 di sebuah bar dalam kompleks Stadium Stamford Bridge.

Sementara itu nasib Eva dengan Chelsea masih belum dimuktamadkan.

Walaupun tidak disertakan dalam delegasi The Blues ke Stadium City of Machester pada Ahad lalu, Mourindo dilaporkan berkata pintu belum tertutup sepenuhnya untuk Eva pada musim ini.

Read more ...

Luahan Perasaan Sangat Menyentuh Hati Pasangan Ini Yang Disimbah Asid Tanpa Sebab

Sedih kami bila melihat keadaan pasangan ini yang disimbah asid bersama pasangannya tempoh hari, tiada sebarang musuh mahupun kawan masih ada pihak yang sanggup melakukan perkara kejam sedemikian rupa. Sabarlah, mungkin ini adalah dugaan yang dihadapi pasangan dan kami mendoakan agar mereka cepat sembuh. Harap pihak yang tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan setimpal Aku takda musuh pun bergaul dengan kekawan pun tak. Aku duduk rumah je pun

Kena simbah asid.

Sabar k sayang mungkin ada hikmahnya.

Orang yang dengki busuk hati dengan kita ni lambat laun kita dapat tahu jugak dan dia harus dihukum setimpal dengan kesakitan yang kita rasa.

Aku takda musuh pun bergaul dengan kekawan pun tak. Aku duduk rumah je pun.

Sekarang da jadi kes polis aku serahkan kepada pihak polis dan terima kasih tuhan kerana bagi aku bernafas lagi di muka bumi.

Aku redho dengan semua yang terjadi.

Kepada sesiapa yang nak melawat kami datang ke HKL wad kebakaran tingkat 2 bangunan pertama jam 12.30- 2pm 4.30-7pm.

Tabahkan hatiku untuk tempuhi segala ujianmu

Selamat pagi kekawan. Yaallah tabahkan hatiku untuk tempuhi segala ujianmu.

Kejap lagi aku kena operate doa yang terbaik ok.

Yaallah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami tolong ringankan beban kami

Salam kekawan harini da masuk 5hari aku dekat HKL.

Aku takut aku sakit aku sedih tengok diri aku sekarang.

Semua orang cakap muka aku lain.

Setiap hari aku menatap depan cermin mesti aku mengalir airmata hanya tuhan saja yang tahu apa aku rasa. Aku takut hari selasa ni aku kena operate muka sedangkan operate tangan pun aku sakit apatah lagi bahagian muka.

Kenapa takda cara lain untuk sembuh ? Aku takut.

Aku cakap dengan mak aku nak balik, nak muka aku mak aku cakap bersabar dan dia menagis.

Yaallah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami tolong ringankan beban kami.

Amin

Hi bie walaumacam mana pun saya tetap sebelah awak????

P/S kepada sesiapa yang nak melawat kami waktu melawat 12.30-2pm 4.30-7mlm bangunan utama wad kebakaran. TQ

Read more ...

"BERITA SAYA HIDAP KANSER ITU PALSU" - ADI PUTRA

Baru-baru ini, pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 34, memberitahu bahawa dirinya berasa terkejut dan terkilan apabila ada khabar angin yang didedahkan oleh beberapa blog kononnya dia ditahan di hospital akibat penyakit kanser sehingga berita itu menjadi viral di laman sosial.

Menurut Adi, laporan tersebut tidak sepatutnya dipaparkan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan rating tinggi sedangkan dia masih sihat daripada sebarang penyakit.

"Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog.

Klik gambar untuk size besar

"Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering ter jadi kepada mana-mana selebriti.

"Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah," ujar Adi dipetik sebagai berkata.

Perkara itu membuatkan Adi memuat naik paparan skrin artikel berkenaan di akaun Instagram miliknya sambil meluahkan rasa terkilan terhadap berita yang tersebar itu.

Sementara itu, Adi berkata, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai sedangkan dia baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan 'Johor I Care' negeri Johor.

"Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser.

"Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka buk an saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada senya pihak," jelasnya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Menjerit nak beranak

abdulrahman@hmetro.com.my

Bintulu: Jeritan seorang wanita dipercayai kurang siuman yang mengadu kesakitan kerana ingin melahirkan seorang bayi di tepi jalan di Pusat Komersial Parkcity, di sini, menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan itu, pagi semalam.

Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan bantuan orang ramai serta pekerja, pada jam 7 pagi.

Beberapa pekerja wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di kawasan itu terkejut dengan jeritan wanita terbabit yang mengadu kesakitan sambil memegang perutnya.

Sumber berkata, mereka bergegas menghampiri wanita itu dan terkejut apabila dia memaklumkan perutnya sakit kerana mahu melahirkan bayi.

Menurut sumber itu, tanpa sebarang persediaan, pekerja terbabit membantu wanita itu melahirkan bayi perempuan kira-kira 10 minit kemudian di tepi jalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

Berita Muhyiddin setuju sertai Bersih 4 palsu

KUALA LUMPUR: Berita kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menyertai perhimpunan Bersih 4 yang tersebar di media sosial adalah palsu.

Menurut bekas setiausaha politik Muhyiddin, Datuk Mohd Nardin Awang, berita berniat jahat tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Muhyiddin tidak pernah menyatakan persetujuannya melalui mana-mana bekas setiausaha politik beliau untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 dan tiada sebarang komunikasi dibuat antara mana-mana bekas setiausaha politik beliau dengan pihak penganjur Bersih 4 seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahan pula, katanya, Muhyiddin kini berada di luar negara.

Read more ...

'Ala, Biarlah Dia Nak Melawat Atuknya Yang Sedang Tenat'

Gambar kiri hiasan sahaja 'Kanak-kanak Tempatnya Bukan Di Hospital'

Saya selalu sebut, kuman bakteria virus dan sebagainya ini sebenarnya lebih berbahaya dari singa. Kerana apa? Kerana singa, kita nampak bahayanya. Kita boleh tangkap, kita kurung dan kita boleh lari darinya. Tetapi kuman? Kita tidak nampak ia. Ia boleh berada di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja.

Kuman di hospital, lain berbanding kuman di luar hospital. Tak keterlaluan untuk saya katakan, hospital ini adalah lubuk kuman. Dah nama pun hospital, bukannya fun fair. Orang sihat, pergi fun fair. Mana ada orang sakit terutamanya yang tenat, pergi fun fair? Habis, orang sakit pergi mana? Ya, orang sakit, datang ke hospital. Ianya simple logik. Hospital, tempat orang sakit. Bahkan, kuman di hospital, sangat berbeza dengan kuman di luar hospital. Dalam dekad ini, semakin banyak istilah MDRO dibincangkan dan dikesan di serata dunia. MDRO adalah singkatan kepada "multiple drug resistant organism". Ia membincangkan mengenai peningkatan kuman-kuman yang semakin KEBAL kepada ubat-ubatan seperti antibiotik. Ianya khusus kepada kuman yang berada di hospital-hospital, termasuklah kawasan tertentu seperti unit rawatan rapi dan high dependency unit. Bahkan baru-baru ini sahaja kita ada bersidang, membincangkan isu ini. Rujuk gambar dibawah, antara slide yang saya kongsikan. Atas sebab itulah, kita sangat, sangat, sangat menekankan bab ini. Saya sendiri, setelah pulang dari bekerja, tidak akan menyentuh anak saya atau menciumnya selagi tidak mandi atau membersihkan diri. Pakaian kerja saya termasuklah kot putih, dibasuh berasingan dan ditambah dengan pencuci antiseptik. Allah sahaja yang tahu entah kuman apa yang melekat pada pakaian saya sepanjang saya bertugas. Kanak-kanak, tidak sama seperti orang dewasa. Sistem imun mereka lebih rendah. Kulit mereka lebih nipis, ketinggian mereka membuatkan mereka terdedah kepada udara yang tidak mengalir dengan betul, serta kesan batuk orang lain. Tambah-tambah bayi, mereka bukan tahu untuk menutup hidung atau berpaling apabila seseorang bersin. Kalaulah manusia ini dikurniakan Allah kebolehan untuk melihat kuman, nescaya hospital adalah tempat terakhir mereka akan bawa kanak-kanak kecil. Setahu saya, semua hospital ada meletakkan papan tanda bahawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan dibawa masuk melawat di wad hospital. Tetapi malangnya, bukan semuanya mematuhi arahan ini. Pelbagai alasan diberi. "Tak ada orang hendak menunggu.", maka kenapa tidak boleh bergilir-gilir? Tentulah, mana best masuk seorang-seorang, nanti tak tahu apa nak dibualkan. "Ala dia nak melawat atuknya yang sedang tenat.", padahal atuknya itu comfortable dengan nasal prong sahaja pun. Terkebil-kebil bayi berusia enam bulan itu. Saya, sememangnya cuba untuk bertimbang rasa. Jika ada pesakit saya yang tenat dan nazak, memang saya akan berpesan kepada guard, untuk membenarkan pelawat pesakit tersebut masuk walaupun bukan waktu melawat, untuk membaca yassin dsb. Itu pun saya akan minta bergilir-gilir agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit lain. Really, ignorance is a blessing. Kita mudah take it for granted, kerana kita tak nampak. Kita tak tahu. Bila anak balik dari hospital kemudian demam, kita katakan anak "terkena badi". Kita lebih mudah percaya benda mistik dan ajaib, padahal ianya berpunca dari salah kita sendiri. http://drzubaidi.com/…/bahaya-%E2%80%99badi%E2%80%99-melaw…/ Kalau dulu anda tak tahu, maka ketahuilah saya dah beritahu. Kanak-kanak, jangan dibawa ke hospital untuk tujuan melawat. Kalau anda bawa juga tanpa sebab munasabah, maka anda ibubapa yang tidak bertanggungjawab. Saya tak risau untuk berterus terang. Moga Allah mengangkat beban tanggungjawab saya. Nak bawak juga, bawalah. Berilah seribu satu alasan pun, hatta sampai nak bergocoh pun..in the end, anak awak juga. Tambahan : Obviously, penulisan saya menceritakan mengenai membawa kanak-kanak sebagai PELAWAT. Jika kanak-kanak sebagai PESAKIT, lain pula ceritanya. - MOHD SYAMIRULAH RAHIM
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *