Recent Post

Wednesday, November 11, 2015

Pakar forensik JKR dihantar ke kawasan banjir lumpur esok - Fadillah

Kementerian Kerja Raya akan menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau keadaan kawasan tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, esok.
Read more ...

Saya Tidak Mahu Zahirah Jadi Mangsa Dipermainkan Lelaki รข€“ Zainol Macwilson

Pasti ramai yang masih ingat dengan Zainol Macwilson, seorang pelakon dan pembaca berita untuk TV3 sekitar tahun 90-an. Anak gadis Zainol, Zahirah, kini menceburi dunia lakonan. Berbekalkan kecantikan dan bakat yang dimiliki Zahirah berjaya mendapatkan peranan sebagai pelakon utama dengan Sharnaaz Ahmad untuk drama Mencintaimu di slot Akasia TV3.

 photo zainol2.jpg.png mStar Online bagaimanapun melaporkan bahawa Zainol meragui keikhlasan Zul Ariffin dalam menjalinkan hubungan dengan anaknya. Sebagai seorang pelakon berpengalaman, Zainol pastinya mengetahui mengenai selok dan asam garam dunia hiburan dan telah pun menasihatkan anaknya itu untuk tidak terlibat dengan mana-mana lelaki dalam industri, tak kira apa pekerjaan mereka. Kata Zainol:

Saya tidak halang dan tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia termasuk hubungannya dengan Ayda Jebat dan Gayatri Su-Lin Pillai.

Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki.

Malah, dia sangat mengambil berat dengan perkembangan kerjaya anaknya, sehinggakan pulang ke Malaysia untuk menguruskan kerjaya anaknya setelah mengetahui Zahirah didekati seorang pelakon lelaki. Dia dan keluarga telah tinggal di sana selama 8 tahun dan telah menghantar isterinya pulang ke Perth untuk menjaga tiga lagi anak mereka memandangkan dia berada di sini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jom saksikan bangsawan "Sumpahan Nujum Perawan" pada 13, 14, dan 15 Oktober ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015

Perkara pertama yang saya beri amaran ialah jangan terlibat dengan lelaki yang berada dalam industri, tidak kiralah pelakon, kru atau pengarah sekalipun kerana ia akan menjadi masalah kepada kerjaya.

Tapi, apabila diberitahu oleh ibunya bahawa ada seorang pelakon lelaki cuba mendekatinya, saya terus mengambil keputusan untuk menjaga dia di sini dan ibunya pulang ke Perth menjaga tiga orang anak kami di sana.

Zainol juga mengakui dia tersinggung apabila anaknya dikatakan sebagai perampas oleh sesetengah pengikut media sosial. Dia telah bertemu dengan Zul dua kali dan menurutnya, Zul menyatakan hubungan mereka hanya kawan.

Saya sudah jumpa dia (Zul) dua kali, ada saya bertanya kepada Zul apa kaitan dia dengan Ayda Jebat dan Gayatri seperti yang saya baca di internet. Maklumlah saya sudah tidak ikut perkembangan industri hiburan jadi saya tidak kenal artis baru.

Zul jelaskan mereka hanya berkawan sahaja, mereka dikaitkan kerana pernah berlakon bersama. Secara jujurnya saya sedih dan tidak mahu orang tuduh anak saya perampas pula.

Sementara itu kepada BH Plus, Zahirah menafikan dia seorang perampas, bagaimanapun tidak menafikan mempunyai hubungan dengan Zul. Menurutnya ketika mula mengenali Zul, Zul seorang yang single dan masih berstatus begitu hingga saat ini.

Bagaimanapun, agak jelas dari gerak-geri dan bahasa tubuh Zahirah yang dia sedang dilamun cinta. Diharapkan segalanya akan berjalan baik-baik saja buat Zahirah dan bapanya. Bapa mana yang tak sayangkan anak, kan?

Related Category : Malay 40 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

NIKAH TAHUN DEPAN - JAAFAR ONN PILIH JANDA SEBAGAI PENEMAN HIDUP

"Usianya 35 tahun, pernah berkahwin. Agak berisi sedikit orangnya dan menariknya, dia juga asal dari Johor. Kami berjumpa masa saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cintaku berputik dan awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!" demikian kata Jaafar Onn yang memilih seorang janda sebagai peneman hidupnya.

Jaafar yang hampir 28 tahun hidup bersendirian itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun hadapan.

"Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan? Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada Allah. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana," ujar Jaafar dipetik sebagai berkata.

"Mana tahu, selepas hidup berdua balik, boleh jadi lebih baik. Boleh sama-sama melakukan ibadah dan bina hidup baharu bersama-sama," jelasnya.

Apa pun, semoga perjalanan majlis pernikahan Jaafar Onn dan juga bakal isteri nanti berjalan lancar selain dipermudahkan segala urusan.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Khabar Kehamilan: Siti Nurhaliza Mohon Doa Semua Pihak

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza berkata yang masih belum tiba lagi masanya untuk dia berkongsi mengenai berita kehamilan seperti yang tersebar di laman sosial Ahad lalu.

Terkejut mendengarkan perkhabaran tersebut, Siti berjanji untuk berkongsi berita baik sekiranya perkara itu benar terjadi.

"Saya sudah biasa dengan berita sebegini. Apabila ia sekali lagi diperkatakan, memang terkejut juga. Malah anak Datuk K pun cakap dia tak bercerita apa-apa.

"Saya janji kalau ada berita baik saya akan kongsi. Jadi sama-sama doakan semoga saya dikurniakan cahaya mata," katanya Siti kepada Harian Metro.

Khabar Siti yang dikatakan mengandung sekali lagi menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik gambar segelas susu kambing bercampur kurma di akaun Instagram miliknya.

Campuran minuman tersebut dipercayai membawa khasiat kepada wanita yang sedang hamil.

"Sebelum ini saya selalu juga muat naik gambar yang sama. Tapi tak sangka pula gambar itu menimbulka n tanda tanya ramai," katanya.

Semalam, menerusi laman Instagram, Siti memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang berbunyi, "hujan lebat dan ambillah peluang untuk berdoa. Doakan saya juga ya," tulis Siti.

Siti mendirkan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau pada tanggal 21 Ogos 2006.

Sumber: Harian Metro

Disusun oleh: Kamaruddin Razal.

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 11 November 2015.

Read more ...

Review Hotel Sama-Sama Express KLIA 2

Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya bermalam di sebuah tempat dengan melihat pemandangan kapal terbang mendarat di luar jendela anda?

Itu merupakan sesuatu yang biasa di hotel Sama-Sama Express di KLIA2. Hotel ini merupakan hotel dari jenama Sama Sama pertama yang mendapat pengiktirafan tingkat Perak (Silver) oleh Green Building Index (GBI). Inisiatif-inisiatif hijau yang dilaksanakan hotel ini termasuk sistem pemanas air termal suria, tenaga pencahayaan yang lebih cekap, pengitaran semula bahan buangan tempatan dan banyak lagi.

Picture 029

Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel yang mesra-alam, hotel Sama Sama Express direka untuk menyediakan kemudahan serta perhubungan mudah buat para tamu KLIA2, dengan memasukkan suasana kontemporari dan terkini lapangan terbang untuk para tamu.

Terletak secara strategik di bangunan satelit di dalam KLIA2, hotel ini membenarkan tamu untuk mendaftar-masuk (check-in) tanpa melalui Kastam dan Imigresen Malaysia sekiranya para tamu merupakan penumpang yang mempunyai penrbangan sambungan pada hari berikutnya. Hotel transit yang terletak di dalam lapangan terbang ini menampilkan 70 buah bilik termasuk 4 bilik superior dan dua bilik keluarga, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan laluan kapal terbang di luar jendela!

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

Ia juga mempunya sebuah 'lounge' atau ruang tamu eksklusif iaitu Sama Sama Express Lounge yang boleh menampung sehingga 110 orang. Ruang tamu ini juga boleh disewa sekiranya tamu tidak perlukan bilik penginapan. Ia menawarkan makanan lazat, bahan bacaan serta layar TV yang memberikan perkembangan terbaru tentang penrbangan-penerbangan sepanjang hari. Terdapat juga sambungan wi-fi percuma serta penggunaan komputer berinternet tanpa bayaran di ruang tamu tersebut.

Jenama Hotel Sama-Sama juga merupakan penggiat hotel dalam lapangan terbang pertama di rantau ini dan merupakan sebahagian daripada Malaysia Airports Berhad.

Dengan perkhidmatan yang baik serta pemandangan luar jendela yang tidak mungkin ada di hotel lain, penginapan di Sama Sama Express memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi!

Untitled

Untitled

Untitled

Bermalam dengan pesawat di luar jendela di Sama-Sama Express KLIA 2oleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

— 150 Bacaan
Read more ...

'Masih Wujud Anak Muda Sanggup Berkorban Demi Ibu & Keluarganya'

Hari ini Tuhan tunjukkan kepada saya satu kisah yang amat memberi kesan yang mendalam di hati dan jiwa saya. Satu kisah yang menyebabkan saya berfikir dan termenung panjang. Ini Nik Masku Hairi, 20 tahun umurnya. Orang panggil Nik, anak kedua dari 3 orang beradik. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kakak nama Nik Nurul Fatihah, 21 tahun dan adik Nik Nurul Dalilah, 18 tahun. Sekarang sudah semester 3 di Uitm Machang. Adik Nik kerjanya mengambil upah membaiki kenderaan apabila dipanggil. Dengan rezeki inilah adik Nik menyara ibu dia yang sedang terlantar sakit akibat kencing manis dan adik perempuan yang sedang menimba ilmu. Di rumah ini, di zaman ini, di saat ini, masih wujud seorang anak muda yang sanggup berkorban demi ibu dan keluarga. Segala keperluan ibunya diuruskan oleh adik Nik. Memasak untuk ibunya, menyuapkan makanan setiap kali ibu hendak makan, dukung dan memandikan ibu, mencuci pakaian sehinggalah mendodoikan ibunya sehingga tertidur. Terlena disamping ibunya setiap malam. Seekor nyamuk pun mungkin tidak dapat sentuh ibunya. Semasa ziarah rumah adik Nik, seperti yang dikisahkan oleh Tuan Ir Meor Shamshir semalam, kami perasan layanan adik Nik terhadap ibunya umpama seorang putera yang melayan seorang permaisuri. Penuh kasih sayang dan lemah lembut. Dan ada satu ketika ibunya menangis dan memanggil adik Nik, terus adik Nik genggam tangan ibunya. Tetiba titisan air mata adik Nik turut jatuh bersama ibunya, seperti merasai juga sakit yang ditanggung ibunya itu. Ini di depan mata kami! Perasaan kami usah dicerita, bergelora jiwa dan menahan mata yang sudah masuk habuk. Kisah ini adalah cerita nyata di zaman ini, cerita realiti yang menunjukkan masih ada seorang anak seperti adik Nik yang setia dan menjaga ibunya. Tidak berfikir langsung dengan usia remajanya, dalam benak dan fikirnya hanya ibu, ibu dan ibu. Ibu Nik beritahu, nasib baik dia ada seorang anak bernama Nik ini. Seorang anak yang Tuhan kurniakan hati dan jiwa yang penuh korban kasih sayang. Seorang insan yang Tuhan limpahkan cinta dalam hati terhadap ibu.  Kini Nik dan ibunya sudah berdaftar dengan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan. Jadi kami di sini akan sedaya upaya membantu Nik dan ibunya. Dengan berkat sokongan dan kasih sayang daripada sahabat sahabat Facebook sekalian, kami pasti ada sinar untuk adik Nik dan keluarga.  Inilah kisah adik Nik, kisah kasih sayang seorang anak kepada ibu. Lokasi : Belakang Petronas Cbg 3 Pengkalan Chepa. Kapten Mawi 0129602596 Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan KELAB KEBAJIKAN ASNAF KELANTAN RHB 25301600010751 Sila maklumkan kepada Bendahari kami, Pn Rozila melalui email rozilaroslan@gmail.com or WA 0193843788 untuk tujuan rekod dan audit persatuan.

Read more ...

Dua Lelaki Maut Kemalangan Selepas Samun

JOHOR BAHRU, 10 Nov: Dua lelaki menemui ajal dalam kemalangan di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini malam tadi setelah melakukan perbuatan samun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 28 dan 34 tahun itu menyamun seorang lelaki 33 tahun kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh pula berkata suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai menyamun mangsa di Jalan Abiad sebelum melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios.

Suspek memecut kenderaannya setelah menyedari mereka dikejar oleh mangsa.

"Namun kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB," katanya memetik laporan BH Online.

Read more ...

Parti pemerintah Myanmar tumbang, Suu Kyi lakar sejarah

Parti pemerintah Myanmar mengaku tewas pada pilihan raya umum selepas parti pembangkang yang diketuai tokoh demokrasi, Aung San Suu Kyi menang besar.

"Kami tewas," kata pemangku pengerusi Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP), Htay Oo kepada Reuters, sehari selepas Myanmar mengadakan pilihan raya bebas kali pertama sejak lebih suku kurun.

Menjelang petang semalam, penjual di luar ibu pejabat parti Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) di pusat komersial di Yangon menjual baju-T dengan tertera wajah Suu Kyi dan perkataan "We Won" (Kita Menang).

Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar mengumumkan keputusan pilihan raya yang berlangsung pada Ahad dengan parti Suu Kyi menang 49 daripada 54 kerusi pertama yang dikira semalam.

Pilihan raya itu menyaksikan 330 kerusi dipertandingkan.

Pengerusi Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya, Tin Ayu berkata, berdasarkan keputusan setakat ini, parti NLD memenangi semua kerusi di Yangon, bandar terbesar di Myanmar dan tiga lagi kerusi di kawasan lain.

Sehingga pukul 9 malam ini, NLD memenangi 35 daripada 36 kerusi Parlimen.

NLD berkata, menerusi pengiraan keputusannya di pusat pengundian menunjukkan parti itu menguasai lebih 70 peratus kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parliamen, lebih dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan demokrasi pertama sejak awal 1960-an.

Dalam pada itu, Suu Kyi berkata, walaupun keputusan rasmi pilihan raya masih belum dikeluarkan, kiraan awal menunjukkan partinya memenangi lebih 90 peratus undian di wilayah tengah Myanmar yang padat dengan penduduk.

"Mereka mesti menerima keputusan itu walaupun mereka sebenarnya tidak mahu," kata jurucakap NLD, Win Htein.

Read more ...

'Saya Tahu Lana Nodin Pernah Pakai Baju Itu' - Ayda Jebat

Susulan luahan rasa kecewa Lana Nodin berkenaan baju sandingnya dipakai oleh Ayda Jebat beberapa hari yang lalu, kini Ayda Jebat tampil memberikan penjelasan. Ayda Jebat dalam kenyataannya melalui portal Tonton Extra menjelaskan bahawa dia telah diberi kebenaran untuk memakai busan itu oleh perekanya sendiri.  "Saya memang tahu itu adalah baju yang pernah dipakai oleh Kak Lana Nodin ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik Kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik.  "Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay. Jadi saya pun okaylah. Lagipun pada waktu itu saya memang agak last minute untuk mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen. "Kalau dia (Lana Nodin) rasa saya bersalah, biarkanlah. Bukannya saya tidak terkejut dengan kenyataan pihak sana cuma saya tidak pasti di mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.  "Sebenarnya tidak perlu berhati-hati kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tetapi mereka tak cakap apa-apa pun. Bagi saya tidak perlulah memperbesarkan isu yang kecil," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Rumah senyap selepas ibu dibunuh

KUALA LUMPUR: Jiran warga emas yang dipercayai mati dibunuh anaknya di Cheras petang semalam, ada dihubungi abang suspek dari Kelantan untuk memantau dua adiknya kerana panggilannya ke rumah itu tidak berjawab.
Read more ...

Sinar Harian Online: Menteri 'kantoi' taja Himpunan Baju Merah?

CELAH GELEGAR Sinar Harian Online: Menteri 'kantoi' taja Himpunan Baju Merah?  SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri 'kantoi' apabila mengesahkan Felda bertanggungjawab menyelaraskan program Himpunan Warga Felda pada 16 September lalu, iaitu hari yang sama berlakunya perhimpunan Baju Merah di ibu negara.

Beliau berkata, berdasarkan jawapan kepada Parlimen baru-baru ini, keseluruhan peserta warga Felda yang menyertai program tersebut dianggarkan seramai 10,000 orang meliputi 10 wilayah Felda seluruh negara kecuali Sabah.

"Umum mengetahui 16 September 2015 adalah merupakan Himpunan Baju Merah. Adakah Himpunan Warga Felda sengaja dianjurkan pada hari yang sama untuk ramaikan Himpunan Baju Merah?

"Ini bermakna satu wilayah menghantar 1,000 orang dan ini juga menunjukkan bahawa seramai 10,000 orang warga Felda telah menyertai Himpunan Baju Merah baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibr ahim dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan Felda telah menyelaraskan satu program komuniti Felda iaitu Himpunan Warga Felda bersempena sambutan hari Malaysia pada 16 September 2015, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menurut jawapannya, program tersebut telah disertai oleh semua NGO di dalam Felda termasuklah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Kami Anak Felda (KAF).

Mengulas lanjut, Nie Ching selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP juga kesal apabila Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM925,000 untuk menganjurkan program tersebut, sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan politik pihak tertentu.

"Berdasarkan jawapan yang diberikan, tujuan himpunan tersebut adalah untuk melahirkan rasa cinta dan bersyukur atas nikmat yang diterima warga peneroka seiring dengan pembangunan negara.

"Apa yang disyukurkan oleh warga Felda seiring dengan pembangunan negara sebenarnya? Apa yang kita lihat, sebanyak 99.9 peratus daripada 94,219 warga Felda telah membeli 800 saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan harga RM4.45 seunit pada 2012 dan kini tinggal RM1.93 seunit saja," soalnya.

Katanya lagi, warga Felda sepatutnya menganjur satu protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengakibatkan warga Felda kerugian sebanyak RM197 juta.

"Warga Felda perlu sedar dan marah akan pengurangan serta kejatuhan harga saham yang amat teruk ini, bukannya bersyukur," katanya lagi. SH

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *