Recent Post

Thursday, April 07, 2016

Isu tanah Taman Manggis: Rahman Dahlan alu-alukan debat bersama Guan Eng

Abdul Rahman menerusi satu kenyataan di Twitter berkata pegawai beliau akan menghubungi Guan Eng untuk menyelaraskan butiran debat tersebut.
Read more ...

Sarah Clever Girl Malaysia Terbuka Dengan Teguran Netizen

Sejak mula bersiaran, rancangan Clever Girl Malaysia mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada penonton. Ramai menyifatkan gadis-gadis didalam program berkenaan tidak mampu menunjukkan kepintaran mereka meskipun diajukan dengan soalan yang agak mudah.

Buat peserta Clever Girl yang berasal daripada Sabah iaitu Sarah, beliau sama sekali tidak menyalahkan mereka yang mengkritik program berkenaan, malah Sarah sangat terbuka menerima komen daripada orang ramai kerana beliau menganggap cara itu dapat membuatkan peserta memperbaiki diri masing-masing.

Saya tidak boleh menghalang orang ramai untuk berkata perkara negatif mengenai program ini. Namun, sebagai peserta kami mengalami tekanan apabila ada yang tidak dapat membiasakan diri berdepan dengan program yang disiarkan secara langsung.

Saya yakin semua peserta gementar sehingga ada yang hilang fokus dan tersalah menjawab soalan walaupun soalan yang diberikan kadang-kadang mudah.

Untuk makluman semua, Sarah antara peserta paling menyerlah apabila menjadi pemenang mingguan selama tiga minggu berturut-turut.

Menerusi kemenangan itu Sarah menerima RM1,000 dan satu imuniti yang melayakkannya kekal pada minggu depan biarpun gagal menjawab soalan.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Salleh: Proton hadapi situasi 'pembeli, penjual sukarela' - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Proton sedang berhadapan dengan situasi "pembeli sukarela, penjual sukarela" dan tiada kena mengena dengan kurangnya semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata apabila pembeli tidak bersedia untuk membeli, dengan itu tiada apa yang dapat dilakukan oleh penjual.

Katanya amat malang apabila persaingan dan globalisasi telah mengubah dunia menjadi pasaran pembeli.

"Jika terdapat permintaan dengan itu anda wujudkan bekalan, tetapi anda tidak dapat wujudkan permintaan dengan meminta rakyat Malaysia untuk membeli produk anda hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia dan Proton juga syarikat Malaysia," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau semalam.

Salleh berkata Proton bukan milik kerajaan tetapi milik swasta, namun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan rakyat Malaysia membantu Proton sebagai "khidmat negara atau sebagai tanda patriotisme".

"Secara peribadi saya tidak mempersoalkan tentang perkara ini. Lagipun, saya juga cintakan Malaysia sepertimana Dr Mahathir dan apa sahaja yang dapat membantu mengibarkan bendera Malaysia saya akan menyokongnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya membeli kereta buatan negara tidak boleh disamakan dengan semangat kebangsaan atau patriotisme.

"Ia adalah tentang membelanjakan, kadang kala, sehingga separuh gaji bulanan anda (membayar ansuran pinjaman, cukai jalan, insurans, minyak, caj tol, bayaran tempat letak kereta, servis, dan lain-lain), tidak termasuk penyusutan nilai, yang mungkin sehingga 20 peratus sebaik sahaja anda daftarkan kereta anda dan memandunya keluar dari bilik pameran.

"Jadi apabila seseorang membeli kereta, hanya satu menjadi keutamaan, nilainya dari segi kewangan, dan sama ada kemudiannya boleh mendapat pulangan sebaiknya daripada pelaburan anda apabila anda memutuskan untuk menjualnya atau 'trade-in" kereta anda," katanya.

Salleh berkata membeli kereta merupakan pelaburan tidak menguntungkan kerana nilainya akan menyusut sebaik sahaja seseorang itu membelinya.

Oleh itu, katanya "akhirnya isu kuasa pasaran dan undang-undang bekalan dan permintaan menentukan apa perlu anda lakukan."

Memberikan contoh Sweden, katanya kerajaan Sweden tidak meminta rakyatnya membeli Volvo untuk mengelak syarikat itu daripada dijual kepada syarikat China manakala Britain tidak meminta rakyatnya membeli Mini untuk menghalang syarikat itu dijual kepada syarikat Jerman.

- Bernama

Read more ...

Peraduan Menang TIket Konsert Selena Gomez di Malaysia

Oh yeah, siapa yang tidak kenal dengan penyanyi antarabangsa, Selena Gomez khabarnya bakal memulakan konsert jelajah dunianya pada minggu hadapan dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menerima kunjungannya.

Konsert Selena di Malaysia akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 25 Julai dan ini merupakan sebahagian dari The Revival Tour yang akan dijayakan oleh Selena di serata dunia.

Selena Gomez di Malaysia

Pada Oktorber lalu, penyanyi pop ini telah melancarkan album solo keduanya, Revival yang menampilkan lagu Good For You, Same Old Love dan Hands To Myself.

Can't keep my hands to myself… sebab Selena Gomez akan datang ke Malaysia! Bagaimana cara nak menang tiket? Okay kalau nak tiket konsert dan hadiah-hadiah lain yang menarik? Kumpul penutup ais krim Cornetto sekarang!

Jangan lupa layari laman Facebook Cornetto untuk dapatkan maklumat dan berita terkini.

Selena Gomez di Malaysia

Komen via Facebook

Komen

— 121 Bacaan
Read more ...

"Mana Ibu", Tanya Adik Nuramni...

Bayan Lepas, 6 Apr: Adik Siti Nuramni Hawani Mohd Idham, 3, masih belum mengerti apa yang berlaku dan sambil menghisap botol susu secara spontan dia bertanya ke mana ibunya pergi.

Selepas itu, dia menjawab sendiri pertanyaannya itu dengan berkata ibunya kini berada di rumah Tok Bak (atuk) mereka di Sungai Petani, Kedah.

Pilu apabila melihat gelagat adik Nuramni kerana hakikatnya dia kini yatim piatu selepas ibunya, Shahrul Faiza Mukhtar, 31, meinggal dunia akibat kanser payudara semalam.

Bapanya, Mohd Idham, 40, telah meninggal dunia apabila terbabit dalam kemalangan maut sehari sebelum umat Islam menyambut ketibaan Ramadan tahun lalu.

Kini adik Nuramni bersama kakaknya, Siti Nurnadhiran, 12, abang, Muhammad Khairul Ikhwan, 10 dan adik, Muhammad Fitri Ramadhan, 20 bulan berada di bawah jagaan ibu saudara mereka, Marshita Mukhtar, 36.

Siti Nurnadhiran pula menceritakan pagi tadi dia bermimpi didatangi ibu yang memberitahu sudah boleh berjalan dan dalam keada an sihat.

"Saya sendiri tidak tahu apa petunjuk mimpi itu, namun memang saya terlalu rindukan ibu walaupun sejak hampir dua bulan lalu dia hanya terlantar di atas katil. "Ibu sentiasa menasihati saya supaya menjaga tiga adik dan saya sempat bersalam dengannya sebelum pergi ke sekolah pagi kelmarin," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Semalam, gambar empat beradik ini bersama ibu mereka menjadi viral di laman sosial sekaligus mengundang sayu para netizen. - Siakapkeli.my

Read more ...

Salleh: Proton hadapi situasi 'pembeli, penjual sukarela'

Proton sedang berhadapan dengan situasi "pembeli sukarela, penjual sukarela" dan tiada kena mengena dengan kurangnya semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata apabila pembeli tidak bersedia untuk membeli, dengan itu tiada apa yang dapat dilakukan oleh penjual.

Katanya amat malang apabila persaingan dan globalisasi telah mengubah dunia menjadi pasaran pembeli.

"Jika terdapat permintaan dengan itu anda wujudkan bekalan, tetapi anda tidak dapat wujudkan permintaan dengan meminta rakyat Malaysia untuk membeli produk anda hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia dan Proton juga syarikat Malaysia," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau semalam.

Salleh berkata Proton bukan milik kerajaan tetapi milik swasta, namun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan rakyat Malaysia membantu Proton sebagai "khidmat negara atau sebagai tanda patriotisme".

"Secara peribadi saya tidak mempersoalkan tentang perkara ini. Lagipun, saya juga cintakan Malaysia sepertimana Dr Mahathir dan apa sahaja yang dapat membantu mengibarkan bendera Malaysia saya akan menyokongnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya membeli kereta buatan negara tidak boleh disamakan dengan semangat kebangsaan atau patriotisme.

"Ia adalah tentang membelanjakan, kadang kala, sehingga separuh gaji bulanan anda (membayar ansuran pinjaman, cukai jalan, insurans, minyak, caj tol, bayaran tempat letak kereta, servis, dan lain-lain), tidak termasuk penyusutan nilai, yang mungkin sehingga 20 peratus sebaik sahaja anda daftarkan kereta anda dan memandunya keluar dari bilik pameran.

"Jadi apabila seseorang membeli kereta, hanya satu menjadi keutamaan, nilainya dari segi kewangan, dan sama ada kemudiannya boleh mendapat pulangan sebaiknya daripada pelaburan anda apabila anda memutuskan untuk menjualnya atau 'trade-in" kereta anda," katanya.

Salleh berkata membeli kereta merupakan pelaburan tidak menguntungkan kerana nilainya akan menyusut sebaik sahaja seseorang itu membelinya.

Oleh itu, katanya "akhirnya isu kuasa pasaran dan undang-undang bekalan dan permintaan menentukan apa perlu anda lakukan."

Memberikan contoh Sweden, katanya kerajaan Sweden tidak meminta rakyatnya membeli Volvo untuk mengelak syarikat itu daripada dijual kepada syarikat China manakala Britain tidak meminta rakyatnya membeli Mini untuk menghalang syarikat itu dijual kepada syarikat Jerman.

- Bernama

Read more ...

Malaysia Airlines mula catat untung

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Malaysia Airlines Bhd berkata syarikat penerbangan itu sudah mencatatkan keuntungan pada Februari, iaitu keputusan bulanan positif pertama sejak beberapa tahun dan berada di landasan betul untuk kembali mencatatkan keuntungan menjelang 2018.
Read more ...

Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel? -Lim Lip Eng

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel? -Lim Lip Eng Seorang ahli parlimen pembangkang menggesa gedung fesyen Jakel Trading supaya mengemukakan resit untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli pakaian dan barangan lain sebagai sumbangan kepada kebajikan dan bukan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Lim Lip Eng berkata demikian bagi menjawab dakwaan portal pro-Umno,Mykmu.net berhubung tindakan Najib antara 2011 dan 2014 yang memindahkan lebih AS$14 juta kepada Jakel. Memetik sumber, portal itu mendakwa bayaran berkenaan adalah untuk mendapatkan barangan untuk disumbangkan seperti pakaian untuk anak yatim dan mangsa bencana alam serta permaidani untuk masjid. "Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel?" soal ahli parlimen Segambut itu. Katanya, dengan gaji perdana menteri sekitar RM50,000, Najib tidak mampu membelanjakan jumlah yang sebegitu besar. "Saya mahu perdana menteri secara ikhlas memberitahu rakyat bagaimana beliau mendapat wang ini," katanya. Secara sinis, Lim berkata kerajaan perlu menulis surat kepada Guinness Book of Records untuk mencadangkan nama Najib sebagai pemimpin yang telah membuat sumbangan terbesar. Semalam, Lim membuat laporan polis berhubung jumlah yang didakwa dibelanjakan di Jakel seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal. Selepas melawat gedung fesyen itu, beliau mendakwa ada pakaian yang dijual itu mencecah harga sehingga RM10,000 sepasang. "Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk Rosmah dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari," katanya. Walau bagaimanapun, Mykmu mengkritik media kerana cuba menggambarkan isteri perdana menteri sebagai seorang yang boros. "Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri. "Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," kata portal itu. Portal itu berkata setiap tahun perdana menteri, Umno dan NGO mengadakan acara membeli pakaian hari raya untuk anak-anak yatim di Jakel menggunakan sumbangan perdana menteri. Malaysiakini telah menghantar e-mel kepada Jakel Trading dan sedang menunggu jawapannya. - MK
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *