Thursday, October 22, 2015
Malaysia-New Zealand bincang isu Palestin dalam mesyuarat di New York
BUKAN PISTOL BETUL - AMIR UKAYS DIBEBASKAN
Dunia hiburan menjadi kecoh seketika mengenai berita penahanan bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 44, kerana memiliki sepucuk pistol.
Tetapi petang semalam, Amir telah pun dibebaskan dengan jaminan polis dan perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.
Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diputuskan sama ada penyanyi tersebut perlu didakwa atau sebaliknya.
Terdahulu Amir ditahan polis selepas dipercayai memilki senjata api pada kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.
Ketika pemeriksaan dilakukan polis menjumpai sepuc uk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.
Dia ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.
Dalam pada itu Amir menerusi kenyataannya kepada sebuah portal berita berkata pistol berkenaan adalah pistol mainan milik anaknya yang diletakkan di dalam kereta untuk kegunaan bagi menembak cicak.
"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.
"Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.
"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.
Ketika berita penahanan Amir yang tersebar semalam, banyak pihak yang telah menuduhnya dengan tuduhan negatif seperti penjenayah, perompak, hisap dadah dan macam-macam lagi.
Namun Amir sudah pun memaafkan mereka yang membuat kesimpulan sendiri serta menyebarkan gambarnya ketika ditahan sehingga ia menjadi viral di laman sosial.
"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan.
"Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya. "Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomLelaki Terima PADAH Kerana Buat Bising Ketika Bertembung Dengan SEKUMPULAN Gajah !
Amir Ukays Kini Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol
Seorang bekas vokalis kumpulan popular 1990-an, Amir Ukays ditahan kerana memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi tadi (Rabu). Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.
Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44, turut mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini. Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung.
Incoming search terms:Siti Nordiana Belum Temui Pengganti
Hanez Suraya Minta Jangan Kaitkan AuraWhite
Erra Fazira Kena Gossip Dengan Tengku Adnan
Si Betina Pun Gatal, Dah Tahu Laki Orang Masih Mahu Bermain Api – Chef Wan
Zizan, Emma Maembong Mahu Nikah Januari 2015
Komencomments
'Sultan Pun Berang Dengan Tun Mahathir' - Nazri
Pistol : Amir Ukays Dibebaskan, Cerita Perkara Sebenar Disebalik "Pistol Walther CP99 Compact"
Menceritakan perkara sebenar disebalik pistol terbabit, Amir berkata ia hanyalah pistol mainan untuk tembak cicak dirumahnya.
"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam)," kata Amir atau nama penuhnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46.
Menceritakan kembali bagaimana dia ditahan, Amir berkata dia ditahan di kawasan letak kereta pangsapurinya di Sentul kerana dipercayai memilik senjata api. Dia ditahan kira-kira jam 1.45 pagi pada Rabu.
Ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemukan sepucuk pistol yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.
Amir kemudian berkata pistol itu adalah pemberian oleh seorang peminatnya pada lapan bulan lalu.
"Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.
"Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. "Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.
"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.
"Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan," katanya sambil berkata ketika dia ditahan, pistol berkenaan berada di tepi pehanya.
"Ketika itu, saya baharu saja mahu mematikan enjin kereta, saya didatangi sepasukan polis. Apabila nak keluar dari kereta, mereka ternampak pistol berkenaan.
"Saya mengakui pistol itu milik saya kerana saya tahu itu pistol mainan. Jadi, saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk soal siasat.
"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.
"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya memetik laporan dari BH Online.
Mengulas tentang kisah dirinya dan pistol terbabit yang viral, Amir berkata dia memaafkan mereka yang bertindak memviralkan berita itu.
"Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya.
"Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya", kata Amir - Siakapkeli.my
'Doktor didakwa cabul pesakit sedang disiasat'
Doktor yang didakwa mencabul seorang wanita di sebuah klinik kerajaan di Selangor kini sedang disiasat.
Sumber yang tidak mahu namanya disebut memberitahu Malaysiakini pihak klinik sedang menjalankan siasatan dan perkara itu tidak boleh didedahkan.
"Kes ini sedang disiasat, tidak boleh dedahkan," katanya kepada Malaysiakini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak pula mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Kelmarin, seorang wanita yang dikenali sebagai "Miss T" mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.
Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.
Dakwanya lagi, doktor berkenaan mengarahkan beliau membuka baju termasuk coli namun beliau enggan berbuat demikian.
Ekoran itu doktor berkenaan didakwa memasukkan tangan kedalam coli wanita itu dan menyentuh kedua-dua belah dadanya.
Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.
Amir Ukays Ditahan Miliki Senjata Api
Berdasarkan salinan laporan kes yang tersebar, vokalis yang dimaksudkan itu adalah Amir atau Mohd Azmir bin Muhammad Yusuf, dari kumpulan Ukays.
Amir, 46, ditahan di Kampung Chubadak, Sentul, selepas Unit Cawangan Pencegahan Jenayah menemui kereta Proton Gen 2 yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan.Amir ditahan pada jam 1.45 pagi dan pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol Walther CP99 yang ditemui di atas tempat duduk pemandu sebelum mengaku memiliki pistol berkenaan.
Amir juga mempunyai satu rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah pada 2004 yang kini ditahan untuk siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - THEHYPEMEDIA.COM
Lelaki maut selepas bakar diri
[MALAYSIA ADA UNDANG-UNDANG] Lagi Kes Pelancong Bogel Dipercayai Di Semporna
Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Bulah telah meminta Taman-Taman Sabah dan pihak polis untuk menyiasat dakwaan gambar sekurang-kurangnya tujuh atau lapan pelancong beraksi bogel di pantai yang menjadi viral di media sosial.
"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang ahli persatuan pelancongan yang berkata dia ternampak gambar tersebut di Facebook.
"Ia hanya satu dakwaan buat masa ini, jadi kita tidak tahu sama ada ia benar-benar berlaku di salah sebuah pulau di sini walaupun latar belakang gambar kelihatan seperti di Semporna," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Dr Chacho berkata beliau telah menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu pada 19 Oktober lalu.Beliau menggesa mereka untuk menyiasat insiden tersebut.
"Kami tidak memandang ringan perkara itu dan tidak mahu perbuatan tersebut berlaku di Sabah," katanya.
Difahamkan polis telah memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu dan sedang mengenal pasti gambar-gambar tersebut.
Pada 31 Mei lalu, gambar sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Sabah dengan menganggap perbuatan itu kurang sopan.
Empat pelancong yang dikenal pasti termasuk seorang warga British, dua Kanada dan seorang Belanda didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tiga hari kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.
Mereka juga diperintah meninggalkan Sabah dengan segera.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...