Friday, February 05, 2016
Basmi sindrom defisit keyakinan rakyat - Periasamy
(FOTO) Shahrol Shiro Akhirnya Dedah Identiti Bakal Isteri
Pernah memberitahu bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, Shahrol Shiro mengumumkan beliau bakal bernikah pada 18 Mac ini bersama kekasihnya Nor Farhanan Syamimi. Malah, Shahrol juga sudah mendedahkan wajah bakal isterinya itu kepada umum.
Shahrol dan Nor Farhanan yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor akan bernikah dii Dewan Kampus Intan Wilayah.
Pasangan ini merencana untuk mengadakan majlis resepsi pihak perempuan sehari selepas mereka bernikah iaitu pada 19 Mac depan. Majlis di pihak lelaki pula akan diumumkan sendiri oleh Shahrol sekitar bulan Julai nanti.
Buat masa ini Shahrol dan Nor Farhanan sedang sibuk menguruskan segala persiapan bagi majlis raja sehari mereka. Mereka juga akan menjalani kursus kahwin yang akan diadakan esok.
Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol dan Nor Farhanan semoga segala perancangan bagi majlis perkahwinan anda berdua berjalan lancar.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.ANAK NORMAH DAMANHURI NAFI PAMER KEMALUAN DI WEB LUCAH
"Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya. Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.
"Lagi pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki terhadap saya," ujar anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29.
Ahya berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar separuh bogel termasuk gambar 'kemaluan' yang didakwa miliknya di laman web lucah.
Bagaimanapun, Ahya menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay itu adalah miliknya.
"Mama pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari dalang itu.
"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup pergunakan untuk tujuan lain," tambahnya yang pernah membintangi filem Tanda Putera.
Sumber: HM
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomSheila On 7 Sambut Ulang Tahun Ke-20 Di Malaysia!
SO7 yang dianggotai oleh Duta, Eross, Adam dan Brian itu bakal mempersembahkan deretan lagu hits mereka dari album pertama hingga terkini selama 2 jam setengah.
Pengarah Urusan Mawlaya Network Sdn Bhd , Rezuan Ramli selaku penganjur konsert tersebut yakin peminat SO7 akan mencapai kepuasan yang maksima dalam konsert itu nanti walaupun ini kali kedua mereka membuat persembahan disini.
"Saya tahu ini bukan kali pertama SO7 membuat persembahan di Malaysia, tetapi kemunculan mereka kali ini berbeza kerana mereka akan menghiburkan peminat dalam 2 jam lamanya.
"Saya yakin peminat akan puas ditambah selain dapat berhibur dengan persembahan pembukaan daripada Noh Salleh dan Restoe Ibu Band.
"Saya pasti konsert kalini mendapat sambutan yang luar b iasa memandanga sejak 2 minggu lalu penjualan tiket dibuka, sudah 2 000 tiket sudah pun terjual," katanya dalam sidang media semalam.
Kali terakhir mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur sekitar 2013.
Apa yang pasti, SO7 bakal mengubat kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank dengan lagu antaranya Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi.
Tiket-tiket berharga RM75, RM110, RM150 dan RM190 telah mula dijual sejak dua minggu lalu dan setakat ni sebanyak 1000 tiket telah habis dijual.
Maklumat lanjut, layari www.ilassotickets.com.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 5 Februari 2016
Istri Walikota Parepare Ceramah di Malaysia - Pojok Sulsel
POJOKSULSEL.com, PAREPARE – Peserta studi lapang/kunjungan ilmiah Program Pascasarjana Prodi Pendidikan Agama Islam Universitas Muhammadiyah Parepare, Sulawesi Selatan (Sulsel), berkunjung ke Malaysia dan Brunei Darussalam.
"Alhamdulillah saat ini peserta berada di Negeri Jiran Malaysia,"ujar ketua panitia yang juga Ketua Tim Penggerak PKK Kota Parepare Erna Rasyid Taufan melalui pesan singkat, Jumat (5/2/2016)
Istri Walikota Parepare Taufan Pawe ini mengatakan, dirinya menyempatkan diri berceramah di depan peserta dan warga Negeri Jiran.
Dia juga menyampaikan bahwa salah satu maksud dan tujuan dakwah adalah menebar salam keseluruh penjuru dunia sebagai misi yang agung.
"Menebar salam bukan hanya mengucapkan salam ketika bertemua seseorang. Tapi yang lebih penting adalah menebar kebajikan, simpati pada sesama, lebih peduli sehingga kesejahteraan adalah sebuah keniscahayaan," tuturnya.
Dia pun melantungkan ayat suci alQuran yang membuat warga di sana kagum dan simpati mendengar suara ayat yang dibacakan Erna ini.
Direktur PPs-Umpar Prof Dr Siri Dangnga MS mengatakan tujuan pelaksanaan studi lapang itu untuk menambah wawasan mahasiswa terkait dengan tujuan dan sasaran prodinya.
(haerul amran/pojoksulsel)
Senarai Telefilem Menarik Sepanjang Februari 2016 di TV9
Sepanjang Februari ini, pelbagai telefilem menarik bakal menemui penonton setia TV9 menerusi slot Skrin di 9 setiap hari Isnin, jam 8.30 malam. Antaranya ialah Kaki Kipas (1 Feb), Biah Sport (8 Feb), Yang Mana Satu (15 Feb), Hilangnya Kasih (22 Feb) & Mama Sado (29 Feb).
Malah telemovie-telemovie ini dibintangi nama besar seperti Awie, Dayana Roza, Dato' Jamali Shadad, Fattah Amin, Raja Ema, Janna Nick dan ramai lagi.
KAKI KIPAS (1 FEBRUARI 2016)Shah, Paiz dan Aju terkenal dengan sikap 'mengampu' di pejabat mereka. Oleh sebab sikap mereka itu jugalah mereka terpaksa bersaing sesame sendiri untuk memenangi hati bos mereka iaitu Datuk Faizal. Persahabatan mereka makin terjejas sejak kehadiran pekerja baru, Erin. Erin sentiasa bercakap lembut, perlahan, berperwatakan menarik namun bagaikan mempunyai misteri. Shah menyukai Erin namun dalam masa yang sama Erin juga rapat dengan Datuk Faizal. Suatu hari, ketika pembersih pejabat, Kak Comel sedang mengangkat kotak di sekitar pejabat mereka, keluar seekor lipas tercampak ke atas meja Erin. Maka Erin pun menjerit dan melompat ke arah Datuk Faizal. Semua orang terkejut akan suara Erin yang kasar seperti lelaki. Datuk Faizal memberi penjelasan bahawa Erin adalah anak buahnya yang mengalami sakit tekak kerana ketika kecil dulu dia tercekik biji durian.Pelakon: Anas Ridzuan, Adam Shah, Bell Ngasri, Awie Wings, Ebby Yus, Ezzaty Abdullah, Siti ChubbyPenga rah: Nazir JamaluddinPenulis Skrip: Rizalwan RamliProduksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
BIAH SPORT (8 FEBRUARI 2016)Mengisahkan Biah yang diberi gelaran Biah Sport kerana gemar mengenakan kasut sukan mahupun berbaju kurung. Biah seorang yang sentiasa positif dan hidup tanpa menghiraukan komen yang dilemparkan terhadap dirinya. Biah menyimpan keinginan untuk menjadi chef pastri. Keinginan Biah untuk mengikuti pengajian di pusat latihan seni masakan mendapat cabaran kerana dia dibenci oleh Encik Radzi, pengelola pusat tersebut. Namun Biah kini mempunyai azam baru dan mula berubah apabila mengenali seorang lelaki Cina yang bernama Alex yang yang tinggal bersama pak ciknya di kampung setelah kematian ibu bapanya. Keunikan dan ketulusan Biah membuatkan Alex tertarik dan berkawan dengannya. Keakraban Biah dan Darren menimbulkan rasa kurang senang pada Faiz, rakan Biah sejak kecil yang dalam diam telah menaruh hati padanya.Pelakon: Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif, Dato Jamali Shadad,Pengarah: ZamriProduksit: Timore Niaga Sdn Bhd
YANG MANA SATU (15 FEBRUARI 2016)Yang Mana Satu mengisahkan kehidupan Azhar sebagai seorang pemuda yang berwajah kacak tetatpi berperilaku buruk selain mempunyai sikap pemalas dan hanya mengerjakan sesuatu dengan hanya sambil lewa. Sikapnya itu membuatkan Puan Aminah memaksa Azhar menerima pekerjaan sebagai pembantu peribadi Dato' Khalid. Suatu hari apabila dia hampir terlanggar seorang gadis bernama Mira yang sedang melintas jalan, Azhar telah terpikat dengannya. Bagi memenangi hati Mira, Azhar mula berlagak seperti orang kaya dan berjaya membuatkan Mira jatuh cinta padanya. Penipuannya berakhir apabila Cik Gayah, ibu kepada Mira juga adalah kekasihnya.Pelakon: Fattah Amin, Puteri Najuwa, Maria Farida, Hairi Safwan, Khatijah Tan, Zazli Baginda, Raja EmaPengarah: Aizol Arsyad PutraProduksi: Zeel Production Sdn Bhd
HILANGNYA KASIH (22 FEBRUARI 2016)Qaisara dan Fuad adalah pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran. Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar.Pelakon: Janna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal AzmanPengarah: Shuhaimi LuaP roduksi: Tanah Beris Sdn Bhd
MAMA SADO (29 FEBRUARI 2016)Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris. Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai rasa sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin. Andra pulang dengan lega namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu. Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.Pelakon: Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Isma Danial, Enot.Pengarah: HaizulProduksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Jangan lupa saksikan telefilem-telefilem menarik sepanjang bulan Februari menerusi Skrin di 9, setiap hari Isnin, jam 8.30 malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook/TV9DiHatiku, Instagram dan Twitter @TV9Malaysia.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Gaji RM900 Pun Tak Dapat Nak Beli Rumah'
2 Kedai Serbaneka Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran, Dihasilkan di Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diiambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap premis tersebut pagi semalam.
Mutalip berkata dia yakin tindakan menjual alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran itu sebagai satu perbuatan yang bermaksud menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Tambah beliau, pihaknya telah merampas barangan-barangan itu setelah menerima aduan dari pelanggan premis perniagaan di Taman Johor Jaya dan Taman Teratai itu.
"Sebanyak 360 alas kaki yang menggunakan pelapik mengandungi ayat suci al-Quran dirampas dan mengikut maklumat, ia dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor.
"Mungkin ramai peniaga di luar tidak memahami soal sensitiviti umat Islam kerana ia bukan sekadar membabitkan makanan halal, malah perkara yang membabitkan penggunaan ayat suci al-Quran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU), Mohd Ridhwan Othman pula berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai perkara itu.
Tambah beliau setiap peniaga perlu berhati-hati berkaitan produk yang dijual supaya kegiatan tidak mereka tidak menjejaskan sensitiviti orang ramai.
Kata beliau juga, perbuatan pemilik kedai tersebut harus dipandang serius dan dikenakan tindakan sesuai supaya dijadikan pengajaran buat peniaga lain.
"Ia bukan saja menjejaskan sensitiviti umat Islam, sebagai masyarakat majmuk kita perlu menghormati agama masing-masing," katanya. - Siakapkeli.my
Razak Baginda dibayar RM137 juta, 'tapi bukan untuk rasuah pegawai'
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.
"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.
"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.
Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.
Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".
Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.
Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.
"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.
Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.
Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".
Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.
Malaysia bebas virus Zika
Inilah Punca Erin Malik Berehat Panjang Dari Berlakon Bikin Orang Terkedu!!
Siapa tidak kenal dengan pelakon Erin Malek, yang pada awal kemunculannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan kini sudah berusia 22 tahun. Malah, penampilan Erin juga berbeza seperti sebelum ini kerana dia telah membuat keputusan untuk berhijab penuh. Gambar Erin Malek Berhijab Terlajak Memukau menarik perhatian netizen.
Erin Malek yang kini digelar 'young mummy' kerana dalam usia sebegitu beliau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang comel dinamakan Mohamad Faliq dan suami yang penyayang, Farriz Fauzy.
Menurut Erin, dia sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Malah, dia juga menjelaskan sejak bergelar seorang ibu, banyak perubahan berlaku ke atas dirinya.
"Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Dalam usia semuda ini saya sudah memiliki seorang suami dan cahaya mata yang mampu membuat hidup saya lebih gembira."
"Sejak bergelar seorang ibu, perubahan yang saya rasa adalah kematangan dan kesabaran dalam menguruskan keluarga ini."
Kini, fokus utama Erin adalah menjaga anaknya yang kini memasuki umur empat bulan. Malah, dia pernah berputus asa pada awalnya.
"Masa saya memang terhad kerana fokus utama adalah anak dan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saya percaya tidak ramai yang seusia saya dapat lakukan perkara sama."
"Saya akui pada awalnya saya hampir berputus asa kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga tapi bila difikirkan semula, seharusnya saya perlu bersyukur kerana keluarga inilah kebahagiaan saya dan saya tidak pernah menyesal."
Tambah Erin lagi, dia dan suami tidak mempercayai khidmat pembantu rumah dan selama ini Erin sendiri yang menguruskan rumah tangga dan menjaga Faliq.
"Sejak hari pertama Faliq dilahirkan, saya dan suami sahaja yang menjaganya biarpun ketika itu saya berada dalam tempoh berpantang."
"Lagipun saya berpantang di rumah sendiri dan hanya pada siang hari saya dibantu bidan dan jururawat manakala pada waktu malam, kami berdua yang menguruskan Faliq."
"Kami memang kurang percaya pada pembantu rumah tetapi kalau perlu pun, tugasnya terhad kepada penjagaan rumah yang lain tetapi bukan bab penjagaan anak. Sekarang ini, semua kerja rumah, kami lakukan bersama-sama tanpa bantuan sesiapa."
Apabila berbicara mengenai tawaran berlakon, menurut Erin, dia pernah mendapat beberapa tawaran namum belum tiba masa lagi untuk dia kembali aktif kerana ingin memberikan sepenuh perhatian kepada Faliq.
"Baru-baru ini, saya ada juga terlibat dengan beberapa sesi fotografi dan saya bawa Faliq bersama, tetapi saya tahu dia tidak selesa. Jadi buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali aktif tambahan pula Faliq masih menyusu badan."
"Saya sendiri tidak tahu bila akan kembali aktif. Alhamdulillah, tawaran masih ada cuma saya tidak boleh beri komitmen sekarang."
"Kalau boleh untuk terlibat dengan mana-mana tawaran, saya mahu beri komitmen yang penuh dan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak, jadi sekarang ini bukan masa sesuai."
Apapun, semoga Erin Malek bahagia bersama suami dan anak comel itu. Mudah-mudahan Erin dapat kembali aktif dalam dunia lakonan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,362 total views, 2,362 views today
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...