Recent Post

Saturday, June 11, 2016

AACE lancar simulator A330 CAE 7000XR berharga RM40j - Berita Harian

TONY (kanan) menaiki simulator terbarunya, A330 CAE 7000XR, di Shah Alam, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Asian Aviation Centre of Excellence (AACE) melalui kerjasama dengan AirAsia dan CAE memperkenalkan simulator terbarunya, A330 CAE 7000XR, di sini, petang tadi.

Simulator Penerbangan Penuh (FFS) membabitkan kos kira-kira RM40 juta itu dijangka menjadi batu loncatan kepada AACE sebagai 'universiti penerbangan' terunggul di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes, berkata simulator itu akan digunakan di pusat latihan penerbangan syarikat berkenaan dengan menggunakan modul yang lebih moden dan dilengkapi kemudahan latihan terkini.

Katanya, FFS siri CAE 7000XR menawarkan gambaran nyata yang jauh berbeza dengan simulator sedia ada.

"Bersesuaian dengan konsep latihan AACE bertaraf dunia, generasi baru simulator ini adalah yang terbaik di dunia dan diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia serta Pejabat Penerbangan Awam Korea (KOCA).

"Pelaburan ini juga adalah satu langkah penting bagi AACE sebagai pusat pembelajaran penerbangan utama di Asia dan hingga kini AACE menyediakan kemudahan latihan penerbangan untuk lebih 35 syarikat penerbangan," katanya pada sidang media di sini.

Dalam perkembangan lain, Tony berkata AirAsia kini sedang dalam kempen untuk menukar nama KLIA2 kepada Lapangan Terbang Tambang Rendah 2 (LCCT2) yang menjadi hub kepada penerbangan tambang murah di seluruh Asia.

"Sebelum ini LCCT lebih dikenali kerana ia menawarkan penerbangan tambang rendah kepada pelanggan domestik atau antarabangsa. Oleh itu kami mahu KLIA2 dijenamakan semula bagi menarik lebih ramai pelancong menggunakan penerbangan tambang rendah.

"Ia sekali gus dapat membantu mempromosi KLIA2 sebagai hub penerbangan tambang rendah yang terbesar di Asia," katanya.

Tony berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan dan akan tetap meneruskan hasrat berkenaan berikutan 90 peratus kos operasi daripada AirAsia.

Read more ...

Hafidz Roshdi Beri Amaran Pembuka Akaun Instagram Palsu Isterinya

Hafidz Roshdi telah memaklumkan beberapa kali bahawa isterinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Namun, baru-baru ini terdapat individu tidak bertanggungjawab telah membuka akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya.

Menyedari akan perkara negatif ini dan tidak mahu isterinya dalam apa-apa permasalahan, Hafidz telah memberi amaran kepada individu disebalik akaun palsu tersebut.

Hafidz Roshdi

Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin.

Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut. Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu.

Hasil siasatan olehnya mendapati akaun tersebut milik seorang lelaki yang minat kepada isterinya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Hafidz Roshdi

Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial.

Hafidz walaubagaimanapun, enggan mengambil sebarang tindakan kepada individu terbabit namun sentiasa memantau setiap muat naik dan perkembangan akaun Instagram berkenaan.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 93 Bacaan
Read more ...

Fida Ibrahim Dapat Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000

6-Fida-Ibrahim-Terima-Kek-Hari-Jadi-Bernilai-RM50000-jpeg-700x420

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang bersama Dato' Ac Mizal, Fida Ibrahimbaru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30. Namun apa yang menjadi bualan, beliau dikatakan menerima sebiji kek hari jadi yang bernilai RM50,000. Malah beliau menerusi instagramnya turut berkongsi mengenai itu.

"Nilai kek RM50,000 itu adalah termasuk dengan harga jam tangan yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya. Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob khas untuk saya itu juga agak mahal dan eksklusif"

Screen-Shot-2016-06-10-at-9.54.52-AM-590x377

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur. Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, beliau turut berkongsi tentang sambutan hari jadinya itu dimana, sambutan besar-besaran hari jadinya itu dibuat tanpa pengetahuannya kerana pada asalnya beliau hanya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen sahaja. Dalam sambutan itu hampir 100 tetamu hadir memeriahkan majlis hari jadinya itu termasuk kumpulan 6ixth Sense.

Sambutan hari jadi yang dirancang secara besar-besaran itu telah diadakan di The Row dan mula menjadi kontroversi dan bualan orang ramai apabila Fida menerima sebiji kek hari jadi yang sangat mahal. Walau apapun, rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari jadi yang ke 30 kepada Fida. Semoga diberi kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Komen

comments

Read more ...

Ini Reaksi Dari Mat Salleh Ini Apabila Dia Mencuba 9 Snek Dari Malaysia Yang Dihantar Peminat & Salah Satunya Adalah Haw Flakes

Apa jadi jika mat salleh mencuba snek-snek dari Malaysia?

Seorang vblogger Youtube, Matthew Santoro, memuat naik video dia mencuba pelbagai snek dari Malaysia dan ia ditonton lebih dari 400,000 kali dalam masa tidak sampai dua minggu video tersebut dimuat naik.

Difahamkan, snek-snek itu dihantar oleh seorang peminatnya dari Malaysia yang ingin mengetahui apa pendapat Matthew tentang snek-snek dari Malaysia.

Di dalam video itu, Matthew mencuba 9 jenis snek. Ini termasuklah coklat Haw Flakes yang pernah popular di zaman-zaman dahulu. Dan ya, dia sangat menyukai Haw Flakes.

Nostalgik kan?

Nak tahu apa kata dia tentang snek-snek yang kita makan hari-hari? Tonton video dibawah.

Read more ...

Keluarga perlu penjelasan kematian Azhar di Vietnam

Konsulat Malaysia di Vietnam akan dihubungi untuk mendapatkan maklum balas terperinci berhubung kes pembunuhan warga Malaysia, Mohd Azhar Mokhtar di sebuah hotel bajet di Bandaraya Ho Chi Minh pada 23 April lalu.

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata pihaknya berharap pihak Konsulat Malaysia di sana akan mendapatkan kerjasama pihak polis di Vietnam memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan siasatan kes berkenaan.

"Laporan berkenaan adalah mustahak kepada keluarga mangsa di sini kerana kematian Allahyarham Mohd Azhar, 33, adalah penting sekali gus merupakan punca rezeki keluarganya di sini hilang," katanya kepada pemberita di Kulim semalam.

Terdahulu Abdul Aziz menziarah ibu mangsa Hasnah Ismail, 55, di rumahnya di Kampung Air Merah di Kulim.

Beliau berkata pihaknya berhasrat membantu keluarga tersebut dengan mendapatkan pekerjaan kepada adik Allahyarham, Mohd Norazam, 31, untuk membantu keluarganya yang telah hilang mata pencarian akibat kematian Mohd Azhar itu.

Sementara itu bapa saudara Allahyarham, Rosidi Ismail, 53, berkata Allahyarham adalah seorang anak yang bertanggung jawab terhadap keluarga.

"Walaupun pendapatanya ketika bekerja di sebuah kedai makan di Taman Selasih di sini tidaklah lumayan tetapi dialah yang membereskan kos perubatan ibunya yang sering uzur," katanya.

- Bernama

Read more ...

Majlis penghormatan terakhir buat Muhammad Ali di Louisville

LOUISVILLE: Beribu-ribu orang berbaris di tepi jalan di bandar ini hari ini, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Muhammad Ali, lagenda tinju dan wira hak asasi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *