Recent Post

Friday, May 20, 2016

Mula Ceburi Perniagaan Tudung, Anzalna Nasir Sudah Ada Niat Untuk Berhijab

Mula mengeluarkan jenama tudungnya sendiri yang dikenali sebagai Anzel Scarf, Anzalna Nasir akui pintu hatinya mula terbuka untuk menutup aurat.

Namun, Anzalna mahu berubah tanpa paksaan sesiapa dan selepas beliau benar-benar bersedia.

Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat.

Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, saya juga kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah.

Sedar mungkin ada sesetengah pihak yang akan mempertikaikan mengapa beliau menjual tudung sedangkan dirinya tidak berhijab, Anzalna menjelaskan beliau bukan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata tetapi mahu membantu orang lain untuk mencari rezeki juga.

Saya jual tudung ini bukan untuk dapat keuntungan semata-mata, sebaliknya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis.

Matlamat kami untuk berkongsi pendapatan dan keuntungan bersama-sama dan menggalakkan peniaga-peniaga baru.

Bekerjasama dengan Dato' Aliff Syukri  dalam mempromosikan tudung beliau dan jubah Abang Terlajak Laris, Anzalna bagaimanapun enggan melakukan perkara pelik dan mahu jadi diri sendiri untuk memperkenalkan produknya.

Bab menutup aurat itu tidak kami nafikan memang wajib untuk seorang wanita Islam, namun biarlah perubahan itu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan benar-benar bersedia sepenuhnya kerana kita mahu perubahan itu kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Salleh bidas WSJ petik sumber tidak dinamakan - Kosmo!

Salleh bidas WSJ petik sumber tidak dinamakan

20/05/2016 10:16am

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak membidas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kerana terus membuat dakwaan palsu tetapi memetik pihak yang tidak dinamakan sebagai sumbernya.

Katanya, tindakan tersebut adalah cara yang pengecut untuk mengelak daripada disaman.

"Bagaimanapun, kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama, sebab mereka tidak akan dapat (menyatakannya)," kata Salleh dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com. yang menyelar laporan WSJ tentang Malaysia.

"Hakikatnya adalah laporan mereka ditulis berdasarkan khabar angin, dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang mereka terima tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya, demi memaparkan satu lagi tajuk berita sensasi," katanya.

Salleh menegaskan bahawa meskipun sumber tanpa nama mereka itu seringkali terbukti tidak benar, misalnya dalam laporan palsu berhubung Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu, namun WSJ terus membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.

Beliau berkata, bukanlah satu kebetulan apabila semua laporan WSJ tentang Malaysia sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan kempen Anti-Najib ditulis berdasarkan kepada satu perkara yang mereka dakwa sebagai memetik sumber tanpa nama dan penyiasat tanpa nama.

"Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi kesemua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?

"Jika tidak, bagaimana mereka harapkan apa yang mereka tulis boleh dipercayai, sedangkan sudah beberapa kali laporan mereka itu dibuktikan tidak benar," kata Salleh.

Artikel terkini WSJ, sekali lagi memetik sumber yang tidak dinyatakan, berkaitan dakwaan pembelian hartanah di London. - Bernama

Read more ...

Berlangsung Malam Ini Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2016

Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) sekali lagi bakal mencatatkan sejarah dalam industri kreatif dan penyiaran tanah air apabila acara gilang-gemilang ini akan berlangsung selama dua malam berturut-turut di Auditorium Perdana Angkasapuri. ASA pada 20 Mei 2016 akan diacarakan pengacara RTM, Terence Dass bersama Adibah Noor. Manakala Kemuncak Seri Angkasa 2016 pada 21 Mei 2016, menggandingkan pengacara RTM, Muaz Mohamad dan Nana Mahazan. Penyampai anugerah terdiri daripada personaliti semua stesen TV dan radio terlibat.

Anugerah Seri Angkasa 2016 Bertemakan Evolusi Tanpa Batasan Berlangsung di Angkasapuri Pada 20 dan 21 Mei Ini

ASA 2016 sekali lagi menyaksikan RTM mencatat jumlah penyertaan tertinggi. RTM menghantar 249 pencalonan bagi 38 kategori TV dan 19 kategori Radio. Astro pula menghantar 227 pencalonan, diikuti Media Prima 159 pencalonan. Manakala 14 pencalonan dihantar stesen TV Alhijrah, yang pertama kali menyertai ASA. Sebanyak 52 pencalonan diterima melalui saluran Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.

Kedua-dua acara akan disiarkan secara langsung pada 20 dan 21 Mei ini menerusi saluran TV1, RTM bermula 9.00 malam. Pada 21 Mei, kemuncak ASA 2016 turut akan bersiaran secara langsung melalui Astro Ria, TonTon (Media Prima) serta Suria FM.

ASA 2010 merupakan kali terakhir Anugerah Seri Angkasa diadakan dan kini ASA 2016 kembali ke pentas majlis penganugerahan yang memartabatkan penggiat-penggiat seni industri kreatif penyiaran tanah air. Ia juga sebagai suatu bentuk pengiktirafan RTM kepada pengamal penyiaran, khususnya untuk krew penerbitan dan siaran, penerbit, juruhebah, penyampai dan kru teknikal.

Bertemakan Evolusi Tanpa Batasan, sebanyak 38 pencalonan Kategori TV dan 19 pencalonan Kategori Radio menjadi rebutan peserta. ASA akan turut mengiktiraf pekerja-pekerja di belakang tabir industri kreatif yang merupakan tenaga kerja penting dalam merealisasikan sesebuah penerbitan.

Penyertaan terbuka kepada semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta yang programnya disiarkan melalui siaran tidak berbayar (terrestrial) dan setelit. Stesen TV yang menyertai ialah RTM, Astro, Media Prima, TV Alhijrah, serta stesen-stesen radio termasuk Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM, AiFM, Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.

Antara kategori TV yang dipertandingkan dan menjadi tumpuan malam tersebut ialah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik, dan Hiburan TV Muzikal Terbaik. Bagi kategori Jurukamera TV Terbaik, Kru Kamera TV Terbaik, Promo TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik adalah antara kategori yang mengiktiraf pekerja-pekerja belakang tabir.

Kategori TV, ASA 2016 menerima pencalonan terbanyak untuk kategori Drama TV Terbaik. Bagi kategori Radio, penyertaan terbanyak yang dihantar ialah bagi kategori DJ Radio Wanita Terbaik iaitu sebanyak 29 pencalonan.

Dua kategori khas turut diberikan iaitu Anugerah Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Seperti ASA yang lepas, setiap kategori yang dipertandingkan seratus peratus diadili oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada golongan ahli akademik, ahli profesional penggiat seni dan karyawan. Ini membuktikan hanya yang terbaik akan diangkat dan dimartabatkan di ASA 2016.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

7 terkorban, pesawat kargo terhempas di Afghanistan

Read more ...

[Dikemaskini] "Kami Dah Jumpa Bangkai Pesawat", kata VP Egypt Air, Tarik Balik Kenyataan

Cairo, 20 Mei - Bangkai pesawat EgyptAir MS804 telah berjaya ditemui, kata Egypt Air.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden(VP) Egypt Air, Ahmed Adel, menerusi satu temubual ekslusif oleh wartawan CNN, Christiane Amanpour sebentar tadi.

"Kami telah menemui bangkai pesawat Egypt Air", kata Ahmed dipetik CNN.

Perkara itu juga disahkan oleh EgyptAir menerusi satu kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan tersebut, bangkai itu ditemui berdekatan dengan pulau Karpathos, Greek dan kini pasukan pencari Greek sedang mencari bahagian-bahagian pesawat yang masih hilang.

Pesawat yang membawa 56 penumpang, 3 pegawai keselamatan, dan 7 anak kapal itu dilaporkan sedang berada di ketinggian 37,000 kaki dan baharu sahaja memasuki ruang udara Kaherah ketika hilang dari radar. [Kemaskini] 20 Mei, 10.14 pagi Adel menarik balik kenyataannya mengenai bangkai pesawat itu ditemui.

"Kami ingin  membetulkan tentang penemuan bangkai pesawat iut, kerana kami mendapati ia bukan dari bahagian pesawat kami. Jadi operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan", kata Adel kepada CNN.

— Christiane Amanpour (@camanpour) May 19, 2016  - Siakapkeli.my — Christiane Amanpour (@camanpour) May 19, 2016 — CNN Newsroom (@CNNnewsroom) May 19, 2016
Read more ...

ADUN DAP akui masih keliru dengan projek mega

Wakil rakyat kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang mengakui mereka masih keliru mengenai projek mega yang dirancang kerajaan negeri termasuk Pelan Induk Pengangkutan (PIP).

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) secara terbuka mengakui, ketika ini wakil rakyat kerajaan negeri sendiri masih tidak mendapat gambaran mengenai projek mega itu.

Beliau berkata mereka berdepan kesukaran untuk menjelaskan projek itu kepada penduduk di kawasan mereka dan menggesa kerajaan negeri mendedahkan setiap laporan projek itu kepada awam secara kata demi kata.

"Sebenarnya ramai daripada kami masih keliru dengan projek PIP dan terowong dasar laut ini. Syarikat mana yang dapat projek, apa atau bagaimana proses bayaran dibuat dan untuk apa?

"Semua soalan ini pun ada ditanya di dalam dewan tetapi jawapan yang kami terima tidak sama dengan jawapan yang kami mahukan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) yang turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan yang diterima, berkata beliau tidak mendapat jawapan menyeluruh berhubung projek terowong dasar laut, antaranya mengenai kos kajian yang mencecah RM135 juta.

"Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri juga, jawapan yang diberi berbentuk teknikal serta tidak menyeluruh dan ada jawapan hanya dalam satu muka surat atau satu perenggan sahaja," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) berkata kekeliruan dalam kalangan penduduk dan wakil rakyat berlaku kerana terdapat terlalu banyak projek mega yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.

Lebih memburukkan keadaan, jelas beliau, projek mega itu seperti terowong dasar laut, tambakan laut untuk membentuk tiga pulau baharu dan lebuh raya, dirancang secara serentak.

"Jadi adalah penting untuk wakil rakyat mendapatkan maklumat lengkap berhubung projek ini untuk didedahkan kepada rakyat tetapi malangnya kami (ADUN) sendiri pun tidak faham kerana terlalu banyak projek mega," katanya.

-Bernama

Read more ...

Bank Negara kekal OPR pada 3.25 peratus

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus memandangkan dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *