Recent Post

Tuesday, April 26, 2016

Mahkamah Arah Aidil Zafuan Bayar Tunggakan Nafkah RM 68,530 Kepada Rita Rudaini

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini telah memerintahkan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak untuk membayar tunggakan nafkah sebanyak RM 68,530 kepada bekas isterinya iaitu pelakon Rita Rudaini.

Selain itu, Hakim Syarie Mawardi Che Man juga memerintahkan Aidil untuk membayar kos guaman yang ditanggung oleh Rita sepanjang perbicaraan kes berkenaan dijalankan.

Aidil diberikan tempoh selama 45 hari bermula hari ini untuk menyelesaikan kedua-dua bayaran tersebut.

Rita bagaimanapun tidak dapat hadir pada perbicaraan tersebut atas faktor kesihatan dan baru sahaja keluar daripada hospital selepas seminggu terkena demam denggi.

Rita yang diwakili peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memfailkan tuntutan terbabit pada 14 Disember 2013.

Aidil diwakili peguam Rushdan Sujak. Sebelum ini, Rita, 40, turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, 29, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.  Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memutuskan Aidil perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Samantha Schubert meninggal dunia - Kosmo!

Samantha Schubert meninggal dunia

25/04/2016 11:19pm

Catatan Tiara dalam laman Instagram miliknya. Foto: Instagram Tiara Jacquelina

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit, Samantha Schubert meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court pukul 7.16 petang tadi akibat penyakit barah pankreas.

Berita kematian mendiang Schubert, 47, dikongsi rakan baiknya, Datin Seri

Tiara Jacquelina di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

"Baru dimaklumkan berita kematian rakan tersayang, Samantha Schubert (pelakon filem The Red Kebaya) sebentar tadi.

"Mendiang merupakan salah seorang bekas anggota Kit Kat Club Show. Semoga mendiang bersemadi dengan aman," tulis Tiara menerusi kapsyen beserta sekeping gambar mendiang yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Schubert pernah dinobatkan sebagai ratu cantik Miss Malaysia/Dunia pada 1991 dan mula mendapat tempat dalam kalangan peminat filem tempatan selepas beliau membintangi beberapa buah filem termasuk Red Scorpion 2 (1994), Amok (1997) dan The Red Kebaya (2006).

Mendiang turut dikenali sebagai model iklan dan antara yang popular ialah iklan Classic Nescafe pada 1995. Samantha meninggalkan seorang anak kandung dan dua orang anak angkat.

Selain Tiara, beberapa teman rapat termasuk pelakon, pengarah dan pelawak popular Afdlin Shauki turut meluahkan ucapan pilu atas pemergian Schubert. - K! ONLINE

Read more ...

Happening Now Majlis Hi-Tea Mini Banglo Selebriti

Petang ni hadir di Majlis Hi-Tea Mini Banglo Selebriti Bersama Media yang berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur. Dengarnya, ramai selebriti yang hadir. Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. 

Event ini dianjurkan oleh Juta Kelulut Global Sdn Bhd bersama anak syarikatnya Zuka Properties yang kini menghasilkan lebih banyak projek pembinaan banglo mampu milik.

#minibangloselebriti

#dbipropertiessdnbhd

#budieydotcom

#budieyatwork

Komen via Facebook

Komen

— 222 Bacaan
Read more ...

(Video) 'Alahai, PM Menari Pun Salah..'

KUCHING - Video Najib syok menari dengan wanita Sarawak tersebar di media sosial, lapor MalaysiaKini. Video berdurasi 2 minit 7 saat itu menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang menari dengan penari kebudayaan bersama beberapa pemimpin lain, cuba dimanipulasikan oleh portal MalaysiaKini.  Video Najib syok menari dengan wanita Sarawak... oleh kinitv Menurut laman pro pembangkang itu, video tersebut tersebar luas ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.  Bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar berikutan video yang dimuat naik oleh MalaysiaKini itu diambil dari rakaman lensa rakyat yang mahu berkongsi video tersebut dengan rakan mereka di Facebook. Namun telah diputar belitkan oleh MalaysiaKini, kononnya Najib dan beberapa pemimpin Sarawak gemar bersukaria.  "Kalau sekadar menari dengan penari kebudayaan dalam majlis tertentu, tidak menjadi masalah. Lagipun bukan Najib seorang, ada pemimpin Sarawak yang lain. Itu pun nak jadi isu ke?," kata Misnaton Kak Ton. "Perdana Menteri juga adalah manusia, tak salah dia nak berhibur santai bersama rakyat," kata Hamid Talib.  "Alahai, PM menari pun salah.." kata PL Chwa. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Permintaan Isteri Punca Korupsi - Menteri Indonesia

JAKARTA, 26 Apr: Seorang menteri di Indonesia membuat kenyataan luar biasa apabila mengatakan permintaan isteri yang melampau menjadi punca utama korupsi di negara itu yang kini dibelenggu rasuah yang tidak berkesudahan.

Indonesia yang sekian lama berjuang menentang rasuah, menyaksikan birokrasi di negara itu dilumpuhkan oleh rasuah dan tokoh masyarakat terkemuka, dari menteri kepada hakim-hakim kanan, dipenjara kerana menerima sogokan.

Menteri Hal Ehwal Agama, Lukman Hakim Saifuddin menyalahkan para isteri golongan elit yang tamak sebagai punca kepada rasuah.

Isteri-isteri golongan elit di negara itu terkenal sangat menyukai pakaian dan beg tangan berjenama yang mahal.

"Rasuah sering didorong oleh banyak perkara. Mesej saya adalah untuk tidak menuntut terlalu banyak perkara yang luar biasa, ia akan menjadikan anda penyumbang kepada gejala rasuah yang berjaya," katanya yang dipetik sebagai berkata dalam majalah Kompas.

Namun komen yang dilontarkan oleh Lukma n itu tidak disenangi ramai pihak.

Seorang suri rumah, Viona Savita berkata ianya tidak adil untuk menunding jari kepada wanita semata-mata.

"Jangan hanya menyalahkan isteri, itu sudah melampau," kata Syavita sebagaimana lapor BH Online.

Indonesia tahun lalu berada di tangga ke 88 dari 168 negara dalam Indeks Ketelusan Persepsi Rausah Antarabangsa. - Siakapkeli.my

Read more ...

HARAPAN gagal pastikan satu lawan satu, Kit Siang mohon maaf

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.

Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.

DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan calon mereka sendiri.

Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.

Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.

Sementara itu di Miri, di ​​sebuah restoran kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam itu.

Bercakap kepada kira-kira 50 orang, kuat, Hadi menafikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat perkauman.

Beliau juga memberi jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam akan berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau menambah bahawa tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak boleh menerima PAS.

"Jika kapitalisme dengan ikonnya Adam Smith dan sosialisme dengan ikonnya Karl Marx, kedua-duanya bukan Iban, Cina, atau Melayu, boleh diterima, mengapa tidak Islam?" katanya.

Kemudian ketika bercakap kepada media, Hadi berkata PKR yang harus dipersalahkan ekoran pertandingan tiga penjuru dengan PAS di Kakus, Jepak dan Lambir kerana parti Islam itu telah pun mengumumkan calon mereka lebih awal.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Semua darjah kebesaran negeri MB Terengganu dilucut

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *