Recent Post

Friday, September 09, 2016

'Ketua lulusan Oxford tapi ahli Umno main politik kampung' - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berkongsi pandangannya berhubung desakan seorang pemimpin MCA supaya Umno tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Beliau berkata kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menunjukkan bahawa Umno khususnya sayap Pemuda, tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru.

"Walaupun diketuai oleh seorang yang berkelulusan Oxford tetapi masih membiarkan pemuda-pemudanya bermain dengan politik kekampungan yang tidak relevan dengan generasi terpelajar Melayu kini.

"Walaupun ini tidak dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin sendiri tetapi beliau ternyata lebih mementingkan survival dirinya daripada survival Umno.

"Jeneral-jeneralnya sentiasa menggambarkan Melayu berada dalam ketakutan dan menunjukkan reaksi sanggup berperang dan tidak bersikap rasional walaupun diketuai oleh seorang yang berkelulusan Oxford," katanya dalam tulisan terbaru di blog.

Mengulas kenyataan Ti, Zainuddin atau juga dikenali sebagai Zam berkata, pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan satu dimensi baru dalam arena politik tempatan.

"(Ini) tidak boleh dipandang kecil oleh parti-parti komponen BN terutama Umno sendiri.

"MCA melihat ini sebagai simbol dinamisma taktik politik Mahathir yang menggambarkan keyakinan baru orang Melayu dan meminta Umno keluar dari kepompongnya yang takut dengan bayang-bayang orang Cina dan memomokkan sebagai Islam berada dalam ancaman," katanya.

Zam yang juga adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia berkata, kenyataan Ti tidak boleh dianggap rasis kerana ia adalah pandangan dinamik dan relevan berdasarkan realiti politik pada masa ini.

Beliau berkata generasi baru orang Melayu mahu kepimpinan berwibawa, bersih, cekap dan amanah dari hanya mencari undi atas teriakan perkauman dan keagamaan.

"Saya percaya pandangan Datuk Ti ini tidaklah hanya merupakan fikiran beliau sahaja tetapi tentulah juga fikiran pemimpin-pemimpin MCA yang melihat dinamisma politik dalam kesanggupan Mahathir berjabatan tangan dengan musuh lamanya Anwar Ibrahim di samping bersama dengan DAP yang dianggap sebagai parti perkauman Cina demi keselamatan maruah bangsa Malaysia dan negara," katanya.

Ti dalam satu kenyataan media sebelum ini, berkata jika Mahathir boleh menjadi cukup Machiavelli untuk mendakap Anwar dalam perubahan suatu permainan, mengapa Umno tidak boleh melakukan perkara yang sama.

"Telah berlalu hari hari-di mana Umno boleh menunjukkan jari kepada golongan minoriti dengan mempamerkan kekuatan dan menjerit supaya Melayu dan Islam bersatu untuk menentang orang lain", kata Ti.

Read more ...

Penyanyi Sensasi Smule Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Selesai sudah pengembaraan Jajahan Gegar kawasan di Pantai Timur (Terengganu,Kelantan dan Pahang) . Pada minggu lalu, bermula Jumaat (2 September) sehingga Ahad (4 September), siri Jajahan Gegar telah berlangsung di lapan lokasi terpilih di sekitar Kuantan.

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Jika lokasi Jajahan Gegar sebelum ini menyaksikan seorang penyanyi yang sentiasa bertopeng putih dan menjadi kegilaan anak gadis iaitu Encik Mimpi turut menyertai siri Jajahan Gegar di Kelantan, kali ini penyanyi muda yang sangat popular melalui Smule iaitu Khai Bahar merupakan artis jemputan bagi siri Jajahan Gegar di Pahang.

Seramai 6,000 orang telah membanjiri semua lokasi Jajahan Gegar iaitu sebanyak 24 lokasi tawanan yang bermula di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ternyata aktiviti santai sebegini sememangnya mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan pendengar THR Gegar. Kelihatan orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis undangan dan penyampai THR Gegar yang ada disetiap lokasi.

Khai Bahar memeriahkan Jajahan Gegar Pahang

Tujuan utama Jajahan Gegar ini dianjurkan adalah untuk mendekatkan lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat di Terengganu sambil berhibur bersama penyampai yang ada dan artis undangan.

Pendengar setia THR Gegar sekeluarga telah memenuhi setiap lokasi jajahan. Turut menjadi perhatian adalah telatah orang ramai yang berebut untuk memenangi hadiah-hadiah barangan THR Gega.

Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic telah menyaksikan penyampai Ceria Pagi Shah dan Zura berkolaberasi dengan artis jemputan, busking di lokasi-lokasi terpilih.

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Related

Komen via Facebook

Komen

— 130 Bacaan
Read more ...

Ayam Belanda Sebagai Menu Istimewa Aidiladha

Ayam Belanda Sebagai Menu Istimewa Aidiladha Alor Gajah: Selain lembu dan kerbau yang menjadi menu utama bagi merayakan Aidiladha, permintaan tinggi terhadap ayam belanda atau nama saintifiknya 'meleagris gallopavo' juga turut mendapat sambutan.

Penternak ayam belanda Zainah Yusof, 56, dari Kampung Solok Duku, berkata, daging ayam belanda yang lembut, halus dan enak menyebabkan semakin ramai penduduk di negeri ini memilih ternakan terbabit bagi dijadikan hidangan istimewa keluarga pada Aidiladha.

Walaupun dia dan suaminya Rosli Jamaluddin, 55, mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, namun, kesukaran mendapatkan baka menyebabkan jumlah ternakan itu amat terhad

Katanya, sekarang mereka hanya ada 20 ayam belanda, namun 18 sudah ditempah pelanggan, harga jualan pula ditetapkan pada RM35 satu kilogram (kg) iaitu sama seperti harga angsa.

"Alhamdulillah, sambutan terhadap daging ayam belanda masih tinggi. Pada Aidilfitri lalu saya dan suami menjual sehingga 34 ekor ternakan sama dengan berat antara li ma hingga tujuh kg," tambah Zainah.

Selain ayam belanda, ternakan lain seperti angsa, itik nila dan itik daging turut mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Aidiladha.

Zainah berkata, dia dan suami menjalankan aktiviti penternakan itik nila, itik daging, angsa, ayam kampung, ayam kung fu dan ayam belanda di tanah seluas 0.4 hektar di jalan Solok Duku-Sungai Udang, sejak dua tahun lalu.

Menurut Rosli, ternakan paling laris adalah itik nila dan itik daging berikutan ramai perantau pulang ke kampung mahu menikmati keenakan daging haiwan itu,

Kini semakin ramai beralih kepada daging ayam, belanda, angsa dan itik untuk dimasak sebagai rendang atau kari kerana rasa ternakan itu yang memenuhi selera kampung.

"Malah ada pelanggan saya kini tidak lagi menggunakan ayam kampung atau ayam daging sebagai hidangan istimewa pada Aidilfitri atau Aidiladha," katanya.

Sumber: Harian Metro

Read more ...

Patung helang bukan tuhan untuk disembah, kata Dr M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan untuk merobohkan patung helang di Langkawi, Kedah tidak akan menjadikan orang Melayu lebih Islamik.

Beliau berkata demikian merujuk pandangan sesetengah ulama bahawa patung makhluk hidup adalah "haram" di sisi Islam.

Mahathir menegaskan pandangan Islam terhadap patung yang perlu dirobohkan hanya berkaitan dengan patung-patung yang disembah sebagai tuhan.

"Mereka perlu diberitahu bahawa helang bukan tuhan untuk disembah. Setakat ini tiada orang Islam yang pernah berdoa di hadapan atau sujud menyembah patung helang di Langkawi.

"Memusnahkannya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih Islam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Mahathir juga menjelaskan bahawa pandangan Islam dalam hal ini berkembang dari masa ke semasa.

"Pada satu ketika potret dicat itu juga dilarang. Khalifah Turki juga mempunyai potret mereka yang dilukis tetapi ia tersembunyi daripada orang ramai.

"Tetapi kini dengan kemajuan dalam fotografi adalah mustahil bagi umat Islam untuk mengharamkan gambar fotografi manusia dan haiwan. Sesetengah ulama menyatakan bahawa gambar pegun boleh dikecualikan tetapi tidak gambar bergerak.

"Tetapi sekarang, gambar-gambar bergerak dan bercakap. Umat Islam kini mengabaikan sahaja peraturan terhadap potret atau gambar, sama ada bergerak atau bercakap. Malah ulama kini mempunyai gambar mereka," katanya.

Beliau berkata di Mesir walaupun dalam majoriti muslim, patung Firaun dipelihara dan salinan patungnya dibuat.

"Di Malaysia kita mempunyai Tugu Negara dan patung perdana menteri pertama negara ini. Umat Islam moden tahu bahawa ini bukan tuhan dan mereka tidak menyembahnya.

"Kita tidak lagi mengadakan majlis di tugu peringatan kerana boleh ditafsirkan sebagai sejenis sembahan. Tetapi kita tidak mempunyai upacara itu di hadapan patung perdana menteri pertama atau helang di Langkawi. Kita tidak melanggar kehendak Islam," katanya.

Read more ...

Pendaftaran PPBM diluluskan

PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *