Tuesday, March 15, 2016
Majlis Peguam fail semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara, Apandi Ali
Nur Fathia Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Baim Wong
Aktres Nur Fathia menepis gosip kononnya beliau bakal berkahwin dengan aktor Indonesia Baim Wong seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog hiburan Malaysia pagi tadi.
Fathia menyangkal dakwaan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi dan menganggap berita itu adalah fitnah.
NOT TRUE. Next time tanya dulu please. tak baik sebarkan fitnah.Moga Allah lindungi kite semua dari fitnah.Amin.
Artikel yang dimuat naik oleh blog berkenaan diperolehi daripada penerbitan terkenal Indonesia, Okezone yang telah memetik kata kata Baim Wong bahawa aktor itu akan bernikah dengan wanita pilihan beliau pada tahun hadapan.
Malah, pihak Okezone juga ada memuat naik foto Baim bersama Fathia yang didakwa di berikan sendiri oleh Baim kepada mereka.
Ini bukan kali pertama Baim digosipkan dengan artis Malaysia, sebelum ini beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Elfira Loy meskipun kedua-duanya mengakui hubungan mereka tidak lebih daripada kawan rapat.
Sejak awal lagi kami tahu gosip ini tidak benar, ini kerana Fathia dan Baim sama-sama sedang menjayakan sebuah drama arahan Erma Fatima. Kebetulan foto itu dirakam ketika mereka dan artis lain seperti Remy Ishak, Saharul Ridzwan dan ramai lagi menjalani penggambaran di New York.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.AL-FATIHAH - PEMAIN DRAM LEFTHANDED, MAN DAYAK KEMBALI KE RAHMATULLAH
Pemain dram kumpulan Lefthanded, Man Dayak atau nama sebenarnya Abdul Rahman Othman, 54, telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas mengadu sesak nafas.
Menurut Nash selaku vokalis kumpulan itu, Allahyarham Man Dayak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
"Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.
"Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah," katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Ja lan Tampoi, Johor Bahru.
Kata Nash, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.
"Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.
"Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain drama terbaik negara," ujar Nash dipetik sebagai berkata.
Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Leftahanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.
Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Sumber: BH
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomIqwan Alif Tak Kisah Digelar Cemburu Buta!
Penyanyi kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia 2015, Iqwan Alif tidak kisah digelar Cemburu Buta dalam kalangan penyanyi tempatan.
Bagi dirinya ia sesuatu yang baru dalam hidupnya dan wajar diketengahkan demi karier nyanyian.
Bagaimanapun, Cemburu Buta yang dimaksudkan Iqwan adalah single pertamanya yang baru sahaja dilancarkan hasil ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.
Iqwan kini berada dalam naungan artis KRU dan akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikatt muzik terbesar tempatan.
Penyanyi yang kini berusia 21 tahun ini berharap kemunculannya bersama single terbaru ini dapat diterima baik oleh semua dan menjadi senjata asas baginya untuk terus kekal berjuang dalam industri seni tanah air negara.
'Cemburu Buta' secara rasminya telah pun dilancarkan dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 15 Mac 2016
ASM umum pendapatan 6.30 sen seunit - Kosmo!
15/03/2016 12:22pm
ASM
KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) , anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.
Ia adalah berbanding 6.60 sen seunit yang diagihkan pada tahun lepas.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM1.03 bilion yang akan dimanfaatkan oleh 536,862 pemegang unit yang melanggan 16.298 bilion unit ASM.
"Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASM di pejabat-pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB seluruh negara bermula 1 April 2016," katanya. - K! ONLINE
Filem BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM8 juta 11 Hari di Pawagam
Selepas 11 hari ditayangkan, filem animasi tempatan, Boboiboy The Movie mencatat kejayaan membanggakan dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta.
Meskipun filem animasi popular Hollywood seperti Zootopia dan Kung Fu Panda 3 turut hangat ditayangkan di pawagam ketika ini, filem terbitan Animonsta Studios itu tetap mengekalkan kedudukan sebagai filem yang mengutip kutipan tertinggi pada hujung minggu serta kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air bagi genre itu.
Pengarahnya, Nizam Razak berkata, pihaknya menjangkakan filem tersebut akan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM13 juta apabila tamat tayangan di pawagam tempatan tidak termasuk tayangan di luar negara seperti Indonesia yang akan mula ditayangkan pada 13 April nanti.
Komen via FacebookKomen
— 94 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
"Selamat Malam Malaysia" - Mesej Terakhir dari The Malaysian Insider
Itu mesej terakhir menerusi Twitter sebelum portal berita The Malaysian Insider melabuhkan tirai buat selama-lamanya.
Portal The Malaysian Insider dimulakan pada 25 Februari 2008.
Tepat tengah malam tadi, selepas 8 tahun dan kurang dari satu bulan beroperasi, portal itu telah ditutup.
Di www.themalaysianinsider.com, kelihatan laman web itu cuma memberikan satu respon bergambar pada pautan goodbye.html.
Sebelum ini, Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq berkata, pemilik TMI – Edge Media Group – membuat keputusan menutup portal berita itu mulai tengah malam ini atas alasan perniagaan.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang terus setia bersama TMI walaupun disekat oleh kerajaan.
"Saya berharap kami dapat memberi perkhidmatan terbaik sejak dilancarkan 25 Februari 2008 lalu," katanya. - Siakapkeli.my
— Malaysian Insider (@tm_insider) March 14, 2016Polis: wartawan Australia tidak didakwa, tapi akan dihantar pulang
Dua wartawan Australia yang ditahan Sabtu lalu kerana didakwa melanggar garisan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak didakwa di mahkamah hari ini tetapi sebaliknya akan dihantar pulang.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar, polis telah menerima arahan dari timbalan pendakwa raya bahawa tiada tuduhan akan difailkan terhadap kedua-dua mereka.
"Sebaliknya, mereka akan dihantar pulang mengikut Seksyen 18 (3) (h) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Sebelum itu, polis berkata kedua-dua mereka, wartawan Besser dan jurukamera Louie Eroglu, akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana "menghalang tugas penjawat awam".
Sementara itu, ABC melaporkan pagi ini bahawa peguam wartawan ABC itu, Albert Tang, berkata beliau menerima panggilan dari Ng Ahlek, penguasa polis daerah Padawan Malaysia, memintanya membawa anak guamnya ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) supaya mereka boleh didakwa.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Kedua-dua mereka ditahan di hotel mereka dua jam selepas didakwa cuba untuk melepasi garisan keselamatan untuk menyoalkan Najib secara "agresif" semasa lawatan beliau di Kota Sentosa.
Besser, yang bertugas dengan program 'Four Corners' ABC, bertanya Najib mengapa berjuta-juta ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun banknya ketika PM berjalan ke dalam masjid, lapor ABC.
Menurut laporan itu, kedua-dua mereka dikelilingi oleh anggota pasukan keselamatan perdana menteri dan kemudian dibenarkan beredar, sebelum kemudiannya ditangkap dan disoal siasat selama enam jam di balai polis.
Pengarah ABC News Gaven Morris dilaporkan menafikan wartawan tersebut telah cuba menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan tidak melihat sebarang garisan keselamatan.
KSN umum pelantikan 3 pegawai kanan
Lagu Qu Putih â The Floor 88 (Video)
Ahli kumpulan The Floor 88 terdiri daripada lima orang anak muda yang membawa genre muzik Pop Rock cukup berbakat besar seperti penyanyi Ayie Elham, Zai Hamzah sebagai Lead Guitar, Amirul Affeq pemain keyborad, Yasmin pemain Bass juga sebagai penyanyi latar, Falikh Ghazali pemain drum. Turut mendorong dibelakang tabir iaitu Ezzy Gonzalez bahagian media dan juga Anis Sobrie serta Berrysword.
Lagu Qu Putih dari Kumpulan The Floor 88. Bagi yang ingin mengenali mereka secara detail sila ke laman facebook mereka di THE FLOOR 88 .
Band The Floor 88Gambar Kumpulan The Floor 88Kumpulan The Floor 88Lagu Qu Putih The Floor 88MusicMuzikVideo Lagu Qu Putih dari Kumpulan The Floor 88Vide o The Floor 88
Newsletter Want more stuff like this?Get the best viral stories straight into your inbox!
"Aku bukan hanya sekadar menulis, jari jemari ini sentiasa memaksa diri untuk terus melakar bait kata-kata yang sering bermain dibenak kusutku".Mula menulis blog gosip artis semenjak tahun 2005 sehingga kini.
You may also likeby Eeyda Meelley March 14, 2016, 4:45 pm
by Lyza Eyza March 14, 2016, 4:33 pm
by Eeyda Meelley March 14, 2016, 3:36 pm
by Lyza Eyza March 14, 2016, 2:58 pm
by Eeyda Meelley March 14, 2016, 2:40 pm
by Lyza Eyza March 14, 2016, 12:33 pm
Trending Hot Popular
by Eeyda Meelley January 26, 2016, 12:06 pm
Hot
by Eeyda Meelley February 17, 2016, 3:20 pm
Hot
by Lyza Eyza February 18, 2016, 12:47 pm
Hot
by Lyza Eyza February 23, 2016, 3:42 pm
Hot
by Lyza Eyza January 6, 2016, 12:05 pm
Hot
by Eeyda Meelley February 21, 2016, 10:58 am
RAMAI YANG JADI BERUK BACA BERITA NI!!
Ketua Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq berkata penutupan portal milik The Edge Media Group itu dibuat atas alasan komersial.
"Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.
"The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini," katanya menerusi cacatan di laman web TMI.
Menurut Jahabar, sejak mula beroperasi pada 2008, portal berkenaan memberikan laporan yang tidak berat sebelah kepada pembacanya.
"Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.
"Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka boleh membuat keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar," katanya.
Selain itu menerusi cacatan berkenaan Jahabar turut berterima kasih kepada pembaca mereka sepanjang beroperasi selama lapan tahun dan 18 hari.
"Semuanya sudah diluahkan, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.
"Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama," katanya.
Pada 25 Februari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web TMI atas alasan melanggar undang-undang negara.Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana didakwa melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama, tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 adalah berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...