Recent Post

Sunday, August 02, 2015

Anggota PAC menjadi Anggota Kabinet: Apa Masalahnya?


PENGARAH Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato' Abdul Rahman Dahlan hari mengeluarkan satu kenyataan media bagi merungkai polemik berkaitan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dilantik menjadi anggota Kabinet terbaharu kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Dilantik Timb. Menteri, Nur Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi PAC
 
Kenyataan di bawah ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada mereka yang 'bising' mempertikaikan perkara tersebut. Jom baca:

Anggota PAC menjadi Anggota Kabinet: Apa Masalahnya?

1. Parti pembangkang membuat bising berhubung keputusan Perdana Menteri melantik 4 Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

2. Pertama, seperkara yang perlu dijelaskan ialah keempat-empatnya bukan dilantik kerana mereka adalah anggota PAC tetapi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen.

3. Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Berapa lama? Ia dianggar kira-kira 2 bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya bermula pada awal Oktober bag menentukan pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC.

4. Penangguhan itu mempunyai justifikasi tersendiri. Berikutan pendedahan dokumen palsu oleh Sarawak Report dan pengakuan teori konspirasi beberapa individu, adalah lebih baik bagi PAC menunggu keadaan reda dan mendapat gambaran lebih jelas secara menyeluruh. Jika tidak, PAC mungkin membuat keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

5. Apakah empat pelantikan baru-baru ini akan memesong atau menghentikan keseluruhan siasatan? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh Parlimen. Sebaik ia dimulakan, ia hanya boleh dihentikan apabila PAC sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada Ahli Dewan Rakyat. PAC tidak menghentikan fungsi atau siasatannya hanya kerana beberapa Ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya. Secara ringkasnya, itu adalah cara PAC beroperasi.

6. Justeru, saya tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana 4 anggotanya dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet. PAC diwujudkan sejak merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini.

7. Pelantikan empat Ahli Parlimen bagi mengisi satu jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri itu dibuat berikutan keuapayaan dan kedudukan mereka dalam parti masing-masing. Mari kita perhalusi kemampuan mereka dengan terperinci.

8. Sebagai contoh, Datuk Madius Tangau adalah Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan secara dasarnya, beliau perlu menganggotai Kabinet. Jika Perdana Menteri tidak melantiknya minggu lalu, ia akan menghantar isyarat salah kepada ahli UPKO. Secara tidak langsung, pentadbiran Pusat akan dilihat tidak menghormati pilihan ahli UPKO. Selaku Setiausaha BN Sabah, saya berpendapat adalah salah bagi Perdana Menteri menafikan hak Presiden parti komponen di Sabah untuk menjadi anggota Kabinet.

9. Ini membawa kita kepada Datuk Reezal Merican yang dikenali sebagai Ahli Parlimen serba boleh. Saya mengenali Datuk Reezal sejak lebih 10 tahun lalu. Beliau berpengetahuan luas dan berupaya menggarap pelbagai perkara. Anda boleh mengadakan perbincangan intelek bersamanya mengenai apa perkara sekalipun dan saya berjanji, anda tidak akan kecewa dengan pemahaman beliau mengenai isu yang diperkatakan.

10. Anda akan mendapati beliau mudah dibawa berbicara, termasuk apabila membincangkan isu seperti ekonomi antarabangsa, pelaburan dan kewangan, sosial, sejarah Asia Barat dan undang-undang Islam. Jika anda tidak percaya, hubungi beliau dan ajak beliau berbincang. Anda boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab. Beliau fasih dalam ketiga-tiga bahasa, lengkap dengan lenggok tatabahasanya.

11. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar akan memberi Malaysia kelebihan dari segi hubungan antarabangsa, terutama hubungan Malaysia dengan Asia Barat yang mana kefasihannya berbahasa Arab adalah kelebihan besar.

12. Menyentuh mengenai Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sudah menjadi tradisi UMNO untuk menyerap Ketua Puteri ke dalam Kabinet. Perkara sama dilakukan terhadap Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika menerajui Puteri UMNO. Berbekalkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan, Mas Ermieyati seharusnya berada dalam barisan hadapan.

13. Bagaimanapun, semestinya yang paling hebat dikritik adalah pelantikan bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

14. Rentetan kritikan dan tindakan pembangkang memperlekehkan pelantikan beliau berlaku dengan pantas dan secara berterusan. Tambahan pula, beliau berada tengah-tengah kemelut 1MDB dan sepatutnya mengetuai siasatan terhadap 1MDB. Di sebalik segala kecaman itu, saya tetap yakin kita perlu berlaku adil terhadap beliau.

15. Saya dilantik menganggotai PAC bersama Datuk Nur Jazlan pada 2008. Ketika saya bernasib baik kerana diberi peluang menjadi Menteri Kabinet pada 2013, beliau tidak mendapat peluang sedemikian dan berikutan itu, ramai penyokong dan pengundinya menganggap kerjaya politik Datuk Nur Jazlan "terkapai-kapai" – terutama apabila ini adalah tahun kelapan beliau sebagai anggota PAC.

16. Terlepas menganggotai Kabinet pada tahun 2013 bukanlah kali pertama. Hakikatnya, Datuk Nur Jazlan terlepas enam peluang untuk dilantik menganggotai Kabinet sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

17. Kali pertama adalah ketika pengumuman pembentukan Kabinet tidak lama selepas pilihan raya umum (PRU) 2004. Kali kedua adalah ketika Kabinet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2006. Kali ketiga adalah sewaktu pembentukan Kabinet selepas PRU ke-12 pada 2008. Kali keempat ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Kali kelima adalah pembentukan Kabinet selepas PRU ke-13 pada 2013 dan kali keenam apabila Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kecil Kabinet pada 2014. Soalan yang perlu dijawab ialah apakah adil untuk menafikan peluang beliau memanjangkan karier politiknya buat kali ketujuh?

18. Menerusi pertimbangan kurang cederik, kita mungkin berkata "ya" kerana lebih minat melihat beliau memenuhi kehendak kita berbanding kemahuan sendiri. Bagaimanapun, jawapannya agak berbeza bagi beliau. Dan secara jujurnya, kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana berfikiran sedemikian.

19. Datuk Nur Jazlan dilahirkan dalam keluarga politik. Bapanya, Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, pernah menjadi pemimpin hebat dalam UMNO dan menteri persekutuan serta Setiausaha Agung UMNO. Darah politik pekat mengalir dalam dirinya. Justeru, mudah membuat andaian bahawa kesinambungan legasi bapanya adalah penting buat Datuk Nur Jazlan, keluarganya dan pengundinya, seiring kerjaya politik cemerlang keluarganya.

20. Untuk menyimpulkan segala-galanya secara jujur, setiap Ahli Parlimen menyimpan impian untuk berbakti kepada negara. Cara terbaik ialah menjadi anggota Kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri.

21. Kita perlu memberi ruang kepada Datuk Nur Jazlan untuk meniti landasan kerjayanya dengan hati dan pemikiran terbuka. Beliau, penyokong dan rakyat di kawasan, layak menerima penghormatan itu! Jika beliau terlepas rombakan Kabinet baru-baru ini, peluang berikutnya adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 dan itu adalah tiga tahun dari sekarang.

22. Harus diingat, PAC boleh disusun semula. Itu tidak menjadi masalah. Ia tidak akan mengambil masa lama, paling lama adalah 2 bulan kerana Parlimen akan bersidang semula Oktober depan bagi menentukan Pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC. Saya yakin pengerusi baharu akan menyambung apa yang dilakukan Datuk Nur Jazlan tanpa banyak masalah. Paling utama, tidak harus wujud sebarang keraguan terhadap PAC sebagai lambang kebenaran dalam demokrasi berparlimen negara ini.- MYNEWSHUB.CC
Read more ...

perogol dan polis bekerjasama m@mperkos@ gadis



Malang berganda. Itu yang menimpa seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia diroogol oleh dua lelaki yang sama, untuk kali kedua selepas polis menjadikan remaja itu sebagai umpan untuk menangkap penjenayah terbabit.

Dia dirogol kali kedua setelah anggota polis yang bertugas untuk menangkap penjenayah berkenaan gagal mengekori gadis berkenaan.

Menurut laporan media, gadis tersebut pertama kali dirogol pada 7 Julai lalu oleh dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang berjalan dengan teman lelakinya.

Selepas merogolnya di dalam hutan, penjenayah terbabit turut merakamkan aksi tersebut dan kemudian menggunakannya untuk mengugut gadis itu serta keluarganya.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis dan polis telah meminta gadis itu untuk mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit.

Namun ketika gadis itu bertemu dengan peroogol tersebut, polis tidak berada di situ menyebabkan dia sekali lagi diratah dua lelaki itu.

Perogol itu bag aimanapun berjaya ditahan di stesen keretapi beberapa jam kemudian manakala anggota polis terbabit telah digantung tugas.

Meskipun polis tersebut memberi alasan gadis itu tidak memberitahu mereka mengenai pertemuan terbabit, namun tindakan mereka menjadikan gadis bawah umur sebagai umpan untuk menangkap penjenayah adalah salah.  - Sumber Asal
Read more ...

3 Maut, 5 Cedera Dalam Kemalangan Di Baling

BALING – Seorang wanita dan dua anaknya maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM44.3 Jalan Baru Baling, berhampiran Kampung Balik Angin, Kuala Ketil malam tadi.

Ketua Polis Baling Supt Mat Daud Mat Hasan berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, Rubiah Abu Hassan, 59, dan dua anaknya Mohamad Tanizi Hamid, 36, dan Nur Shafiqah Hamid, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Ketiga-tiga mereka menaiki kereta Proton Wira bersama tunang Mohamad Tanizi, Zubaidah Ahmad, 36, yang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semua jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Baling untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Mat Daud berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kulim ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Baling ke Bukit Mertajam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda terbabit tidak menyedari bahawa jalan yang dilalui sedang dalam pembinaan kerana keadaan gelap selain tidak mempunyai papan tanda amaran.

"Pemandu pacuan empat roda itu tidak menyedari keadaan sebenar jalan dan telah memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki keluarga tersebut," katanya.

Pemandu pacuan empat roda, Said Abdullah, 63, serta penumpang kenderaan itu, Salmah Din, 57, Che Minah Ahmad, 68, dan Nurul Zuliana Ramli, 20, cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Baling sebagai pesakit luar, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.23 malam dan tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian. – BERNAMA
Read more ...

Kuala Terengganu PAS severs ties with Raja Kamarul Bahrin

KUALA TERENGGANU: Kuala Terengganu PAS has severed ties with Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad because he had joined the newly formed Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kuala Terengganu PAS secretary Mohd Saud said the decision was made at a meeting and was in keeping with a circular on GHB issued by the PAS national headquarters.

"As is known, he (Raja Kamarul Bahrin) was officially declared as the Terengganu GHB chairman at a GHB gathering on July 31 in Jerteh, Besut, and he has accepted the position," Mohd Saud said in a statement.

GHB was set up by several PAS leaders who lost in the party elections in June. The movement has applied for registration as a political party.

Raja Kamarul Bahrin is the Kuala Terengganu MP. He won the Kuala Terengganu parliamentary seat in the general election in 2013 on a PAS ticket, securing a majority of 10,785 votes to beat Datuk Mohd Zubir Embong of the Barisan Nasional and independent candidate Maimun Yusof.  - BERNAMA
Read more ...

"SAYA TERKILAN BAPA TAK SEMPAT TIMANG CUCU" - JUE AZIZ

"Saya terkilan sebab belum mengandung lagi dan bapa tidak sempat tengok cucunya," luah Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 32, yang mengesahkan berita kematian bapanya Abdul Aziz Maidin, 67, pada petang kelmarin akibat serangan jantung.

Menurut Jue, dia tidak menyangka perubahan sikap Allahyarham yang pelik terhadap mereka adik-beradik pada Hari Raya baru-baru ini adalah petanda bapanya akan pergi untuk selama-lamanya.
"Abah berkelakuan agak pelik kebelakangan ini sebab dia macam merajuk dengan kami semua. Rupa-rupanya abah hendak pergi (meninggal) patutlah dia jadi sensitif dan merajuk dengan anak-anak.
 


"Kali terakhir saya berjumpa arwah pada malam tadi (semal am) di hospital. Dia buka-buka mata saja dia peluk saya. Saya dan adik-beradik sempat minta maaf, namun saya reda sebab doa saya agar abah pergi pada hari dan waktu yang baik ditunaikan Allah," ujar Jue dipetik sebagai berkata.
Allahyarham meninggal dunia pada petang kelmarin di sebuah hospital di Seremban akibat serangan jantung.

Tambah Jue, kematian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana bapanya hanya menghidap kencing manis dan darah tinggi sebelum ini. Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Nilai pada malam kelmarin.





      
Read more ...

Tiga maut, empat cedera

Baling: Tiga maut dan empat cedera selepas kereta bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Jalan Baling, 10.15 malam tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.23 malam dan tiba di lokasi kejadian 26 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kenderaan terbabit dalam kemalangan berhampiran kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan.

"Seorang lelaki yang juga pemandu kereta dan dua penumpang wanita maut dalam kejadian itu.
"Empat orang yang cedera pula adalah seorang wanita yang juga penumpang kereta dan tiga lagi adalah lelaki dan dua wanita menaiki pacuan empat roda," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
Read more ...

Anis Al Idrus Anggap Dia Tak Punya Jodoh Dengan Sharnaaz Ahmad

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad, pelakon dan pengacara Anis Al Idrus menyifatkan di antara mereka sudah tiada jodoh.

"Ya betul, sudah lima bulan hubungan cinta kami putus di tengah jalan.


"Namun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana selamai ini pun, kami tidak pernah mengaku kepada umum yang kami bercinta. Jadi tak perlulah untuk saya hebohkan mengenai hubungan kami yang sudah pun putus ini.

"Cukup saya anggap kami sudah tiada jodoh dan ianya tidak dapat bertahan lama. Sebab mengapa kami putus, biar hanya kami sahaja yang tahu," katanya kepada Portal murai.com.my ketika dihubungi.

Semalam, Sharnaaz Ahmad membuat pengakuan dirinya kini sudah kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu.
Artikel ini disiarkan pada 1 Ogos 2015.
Read more ...

Laporan bercanggah tentang Jericho, 'adik' singa Cecil mati dibunuh

ZIMBABWE: Selepas dikejutkan dengan pembunuhan kejam singa Cecil awal bulan ini, seekor lagi singa bernama Jericho menemui nasib yang sama pada awal pagi Ahad.

Jericho, yang dipercayai adik kepada singa Cecil, dikhuatiri mati di Zimbabwe hari ini, lapor beberapa portal berita antarabangsa.

Menurut Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Jericho dilapor ditembak mati oleh seorang pemburu di Taman Negara Hwange.

"Dengan dukacita kami ingin memaklumkan bahawa Jericho, abang singa Cecil telah dibunuh pada pukul 4 petang hari ini. Kami benar-benar sedih dengan berita tersebut," kata Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe di Facebook rasmi ZCTF - Zimbabwe Conservation Task Force sejurus selepas berita kematian Jericho mula tersebar.

Skrin layar Facebook Zimbabwe Conservation Task Force

Memetik laporan portal ABC News, Pengerusi Pasukan Petugas Pemuliharaan Zimbabwe, Johnny Rodrigues berkata, Jericho mati selepas ditembak oleh seorang pemburu pada pukul 4 petang, hanya setengah jam selepas pihak pengurusan mengeluarkan satu perintah larangan memburu binatang liar yang hidup di taman negara tersebut.

"Kami mengeluarkan perintah larangan pada kira-kira jam 3.30 petang dan selepas setengah jam kemudian, saya dimaklumkan Jericho terbunuh yang dipercayai satu aktiviti pemburuan," kata Rodrigues.

"Kematian Jericho telah disahkan oleh pekerja taman tetapi pemburu berkenaan tidak ditahan," kata Rodrigues.

Hashtag #Jericho kini membanjiri Twitter sebagai tanda simpati dan tidak puas hati dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Namun, ada sesetengah laporan yang menafikan berita tersebut, malah menyatakan bahawa singa Jericho masih lagi hidup berikutan isyarat pergerakan GPS yang dipasang di badannya masih aktif.
Satu kenyataan Facebook dimuat naik oleh pusat pemuliharaan, Bhejane Trust yang mengatakan bahawa laporan kematian Jericho adalah palsu.

Penyelidik Unit Penyelidikan Pemuliharaan Hidupan Liar di Jabatan Oxford Zoologi, Oxford Universiti Dr. Andrew J. Loveridge yang membantu menjalankan projek penyelidikan di Hwange bagaimanapun menafikan berita kematian singa itu.

"Kami percaya laporan itu adalah tidak benar dan akan mengesahkan perkara tersebut esok selepas kami mengesan Jericho," kata Loveridge.

Singa Cecil dilaporkan dibunuh dengan kejam oleh seorang doktor gigi, Walter James Palmer pada awal Julai di Taman Negara Zimbabwe. Palmer kini masih diburu oleh pihak berkuasa antarabangsa.  
Read more ...

Di Melaka hati Najib senang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu kepada beliau dalam satu majlis malam ini.
Walaupun belum diluluskan, Najib berkata, dia akan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melihat kepada projek yang dicadangkan itu dan percaya timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut memberi sokongan.

"Saya nak nyatakan di saya akan bawa cadangan ini dan saya akan bincang dengan jemaah menteri setelah diteliti EPU.

"Saya lihat memang ada potensi dan seluruh coastal highway (lebuh raya pesisir pantai) ini akan berjaya," katanya berucap di majlis Malam Solidariti Aidilfitri di Melaka malam ini.



Janji diberi Najib itu ekoran kegembiraan beliau melihat kehadiran ramai orang ke program berkenaan.

Selain mendengar uca pan daripada Najib, mereka juga berharap dapat memenangi sesuatu daripada cabutan bertuah disediakan penganjur.

Antara hadiah disediakan ialah kereta dan motosikal.

Terdahulu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar) meminta kerajaan Pusat meluluskan projek laluan pesisir pantai di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Kata Najib beliau gembira dengan kehadiran orang ramai dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka "terserlah" ketika beliau dan isteri Datik Seri Rosmah Mansor, tiba di majlis berkenaan.
Kembar Melaka, Guandong

Menurut beliau, Idris menjanjikan seramai 50,000 orang untuk menghadiri program bersamanya malam ini.

"Bila dilihat saujana mata memandang, lebih 50,000. Oleh itu saya mengisytiharkan KPI (indeks prestasi utama) Ketua Menteri Melaka dipenuhi sepenuhnya.
"Dari segi kualiti, dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka terserlah apabila saya dan isteri tiba tadi.

"Sebab itulah saya sangat senang hati dan berasa senang berada di Melaka. (Saya) akan beri pertimbangan sebaik mungkin atas permintaan Ketua Menteri Melaka," katanya.
Perdana menteri juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM180 juta bagi projek Sungai Melaka serta memanjangkan landasan lapangan terbang di negeri itu.
Katanya, ia selaras dengan kelulusan diberi kabinet untuk Melaka menjadi negeri kembar kepada bandar Guandong di China.

"Saya yakin perjanjian (antara Melaka dan Guandong) akan dimeterai dalam masa terdekat. Guandong jadi rakan bangunkan Melaka dan perdagangan meningkat.

"Saya yakin (melalui projek) menaik taraf lapangan terbang, kapal terbang dari Guandong boleh mendarat di sini.

"Tak boleh kata lapangan terbang antarabangsa kalau ada satu dua kapal terbang sendiri saja (menggunakannya)," katanya.
Read more ...

Special Branch raids deputy public prosecutor's office at MACC for 1MDB documents

Special Branch officers raid the office of MACC deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy, taking documents related to the probe into 1MDB. – The Malaysian Insider pic, August 2, 2015. 

Special Branch officers raid the office of MACC deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy, taking documents related to the probe into 1MDB. – The Malaysian Insider pic, August 2, 2015.Special Branch officers spent two hours raiding the office of Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy last night, taking documents related to investigations into 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sources from the anti-graft agency said.

Sazilee, who is on secondment to MACC from the Attorney-General's Chambers (AGC), was arrested yesterday in connection with allegations that money from a government-linked company went to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's personal accounts.

It was learnt that Special Branch, the police's intelligence unit, went to Sazilee's office at MACC's Special Operations division in Precinct 3, Putrajaya, where they seized documents and a laptop.
Among the documents seized were those detailing the scope of operations for the 1MDB investigation.

Earlier in the day, the police had gone to Sazilee's house in Precinct 11. The Special Operations division is in charge of MACC's investigations into 1MDB and SRC International Sdn Bhd, sources said.

MACC is part of a government task force that is probing into 1MDB as well as allegations reported by The Wall Street Journal (WSJ) that US$700 million (RM2.6 billion) had flowed through 1MDB-linked companies into Najib's personal bank accounts at AmBank in Kuala Lumpur.

Documents and a laptop related to the 1MDB probe are seized by Special Branch officers from the office of MACC deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy. – The Malaysian Insider pic, August 2, 2015.

Documents and a laptop related to the 1MDB probe are seized by Special Branch officers from the office of MACC deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy. – The Malaysian Insider pic, August 2, 2015.Of the total amount, US$11.1 million (RM42 million) had originated from SRC International and was channelled through other companies – Gandingan Mentari and Ihsan Perdana – before it ended up in Najib's accounts in transactions conducted between December 2014 and February this year.

The WSJ, which reported this on July 2, said it had sourced this information from Malaysian government investigators.

Najib has denied taking 1MDB funds for personal use, but has not directly addressed the fund transfers. The accounts concerned that were in his name at AmBank have since been closed.
Following the WSJ's report, the special task force announced that it had raided SRC International, Gandingan Mentari and Ihsan Perdana. SRC International also had its bank account frozen.
Five people were also arrested two weeks ago to facilitate investigations into SRC International and have since been released from remand.

SRC International is now a Finance Ministry-owned company but was once a subsidiary of 1MDB.
It drew controversy when it took a RM4 million loan from government pension fund Retirement Fund Inc that was guaranteed by the federal government.

Sazilee's arrest yesterday was the third by police of individuals from agencies involved in the task force.

The other two arrested were Tan Sri Rashpal Singh, a former MACC adviser, and Jessica Gurmit Kaur, an officer with AGC.

Sazilee, Rashpal and Jessica were freed at midnight after questioning.

Besides MACC and AGC, the other two agencies in the task force probing into 1MDB are the police and Bank Negara Malaysia.

Police have said they are investigating alleged leaks of official information on the probe to foreigners.
MACC meanwhile, has denied that the alleged leaks had come from its agency after website Malaysia Today named Rashpal in an article, accusing him of having met Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown in the UK over information about 1MDB.

Sarawak Report, which is now blocked in Malaysia by the Internet regulator, has been carrying exposes about 1MDB that implicate Najib.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar yesterday said that the arrests of Sazilee, Rashpal and Jessica were in relation to police reports lodged against Rewcastle-Brown, who has been accused of being in a foreign conspiracy to topple Najib. – August 2, 2015.
Read more ...

3 maut nahas di Jalan Baling-Kulim

BALING: Tiga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Baling-Kulim, berhampiran Tawar, di sini, malam tadi.

Nahas kira-kira jam 10.15 malam itu berlaku di kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan apabila kereta dinaiki empat individu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD).

Berdasarkan maklumat, semua empat mangsa di dalam kereta membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan berusia antara 20 dan 30 tahun, tersepit selepas bertembung, dengan tiga daripadanya maut dan seorang parah.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi, sebelum mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

"Tiga mangsa yang maut membabitkan seorang lelaki dan dua wanita kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat, manakala seorang lagi wanita yang parah dihantar untuk rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pemandu dan penumpang 4WD terbabit pula hanya mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Read more ...

PANAS!!!.TEGURAN Dari Seorang USTAZ Terhadap Kenyataan Seorang MENTERI...

PANAS!!!….TEGURAN Dari Seorang USTAZ Terhadap Kenyataan Seorang

MENTERI…. KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Teguran Daripada Ustaz Kazim Elias

"Assalamualaikum…lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan…"
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *