Recent Post

Monday, September 05, 2016

Elfira Loy Minta Orang Ramai Jangan Hakimi Uqasha Senrose

Pelbagai kritikan, cacian dan komen negatif yang dilemparkan oleh netizen kepada Uqasha Senrose kerana tidak boleh menerima keputusan beliau yang membuka hijabnya baru-baru ini.

Susulan perkara berkenaan, pelakon Elfira Loy meminta agar orang ramai tidak terus menghakimi Uqasha kerana kita tidak mengetahui konflik yang berlaku didalam kehidupannya.

Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam.

Elfira memberitahu beliau cukup faham apa yang Uqasha rasakan dan berharap agar Uqasha tabah menghadapi ujian ini.

Buat Elfira, kata-kata negatif tidak boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih baik.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini.

Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif.

Mungkin Elfira tidak sampai hati melihat sesetengah komen melampau yang dilemparkan kepada Uqasha Senrose.  Keputusan Uqasha itu mungkin ada hikmah tersendiri agar beliau tidak bersikap hipokrit dengan terus berhijab. Nak puaskan hati semua orang memang susah apatah lagi jika ia melibatkan hal hukum hakam agama.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Berita Bola Terkini: Timnas Malaysia Tiba di Solo - SIDOMI

timnas malaysia skuat

Berita Bola Terkini –Tim nasional Malaysia sudah tiba di Solo, Jawa Tengah, pada Minggu tanggal 4 September 2016 sore. Skuat besutan pelatih Ong Kim Swee akan melakoni laga ujicoba internasional melawan Timnas Indonesia di Stadion Manahan Solo pada 6 September 2016 besok.

"Pemain tiba di Solo pukul 16:00. Kami hanya menjalani latihan ringan sebelum latihan di lapangan," ujar Ong Kim Swee di Stadion Manahan Solo.

"Pemain masih keletihan, kami tidak akan membuat latihan yang berat," lanjut mantan pelatih tim nasional Malaysia U23 yang ditunjuk untuk menggantikan pelatih tim nasional Malaysia senior sebelumnya, Dollah Salleh, ini.

"Pertandingan ini bagus untuk pemain. Fans Indonesia akan memenuhi stadion. Ini akan membuat pemain kami merasakan bagaimana menghadapi tekanan pendukung tuan rumah," imbuh Ong Kim Swee.

Laga ujicoba ini merupakan bagian persiapan dari kedua tim sebelum tampil di AFF Cup 2016 yang akan digelar di Filipina dan Myanmar. Bagi Timnas Indonesia, pertandingan kontra Malaysia akan menjadi laga resmi pertama setelah lepas dari sanksi skorsing FIFA.

Di AFF Cup 2016 nanti, Timnas Indonesia tergabung di Grup A bersama Thailand, Singapura, dan Filipina sebagai salah satu tuan rumah. Sementara Malaysia berada di Grup B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam, Malaysia, dan tim pemenang kualifikasi.

Skuat tim nasional Malaysia sebenarnya sedang dalam kondisi tidak ideal menyusul hengkangnya empat pemain pilar yang berasal dari klub Johor Darul Takzim. Namun, Ong Kim Swee telah memanggil beberapa pemain baru sebagai pengganti mereka yang mundur tersebut.

Read more ...

Ada Sebab Mengapa Fara Fauzana Batal Tarikh Nikah

Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online sebentar tadi, Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan pada umum.

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

fara-fauzana

"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya," katanya.

Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.

Pada 1 Ogos lalu, Fara mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September 2016.

Bekas penyampai Hot FM itu juga pada majlis sama berkata, pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini. Mengenai perkenalan bersama Hafiz, wanita itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu.

Bagaimanapun Fara enggan mendedahkan identiti Hafiz. Sementara itu, Fara menyifatkan perkara yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmat yang menantinya.

Dalam pada itu, Fara turut meminta pihak media untuk memberi ruang peribadi kepada beliau yang memerlukan sedikit waktu untuk menenangkan diri.

"Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.

"Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

"Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya.

Sumber: Berita Harian

Keputusan Amat Sukar, Fara Fauzana Batal Kahwin

Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

"Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Ahad.

Jelas Fara keputusan itu adalah sesuatu yang sukar baginya.

Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.

"Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti," katanya.

Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

"Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

"Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini," tambahnya.

Sumber: Mstar Online

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Zulfadli Juarai Terbuka Brazil

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli berjaya meraih gelaran sulungnya di pentas antarabangsa apabila menjuari Terbuka Brazil sebentar tadi.

Zulfadhli memenangi kejuaraan itu apabila menewaskan pemain dari India, Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17 dalam aksi final yang berlangsung selama sejam 20 minit.

Sebelum ini, Zulfadli belum pernah meraih gelaran juara di pentas antarabangsa sejak memasuki saingan peringkat senior.

Kejuaraan dalam kejohanan bertaraf Grand Prix Emas itu pastinya menjadi tonik terbaik buat Zulfadli yang akan beraksi pada saingan Terbuka Jepun, dua minggu lagi, lapor BH Online.

Sumber : BH Online

Read more ...

Pesuruhjaya tinggi Sri Lanka diserang di KLIA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar telah diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.

"Ya, saya mengesahkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Kementerian Luar Sri Lanka, dalam kenyataan di laman sesawangnya, berkata pesuruhjaya tinggi itu diserang oleh sekumpulan orang.

"Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan juga membantu siasatan," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Read more ...

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka cedera diserang di KLIA

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Saib Ansar cedera selepas diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada petang Ahad.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *