Recent Post

Saturday, October 15, 2016

Demi Ibu Yang Teringin Nasi Lemak Anak Dara, Zizan Razak Sanggup “Merempit” Dari Subang Ke Shah Alam

Siapa yang tidak tahu dengan penangan Nasi Lemak Anak Dara yang cukup viral sekarang bukan? Pemiliknya, Siti Hajjar seorang gadis yang cukup cantik.

Boleh dikatakan setiap hari Siti Hajjar tidak menang tangan melayan pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba nasi lemak beliau yang dikatakan sedap rasanya.

Terbaru, pelawak Zizan Razak juga telah berkunjung ke Nasi Lemak Anak Dara demi menunaikan keinginan ibunya yang mahu merasa sendiri hasil air tangan Sit Hajjar yang viral. Paling "best", Siti Hajjar memberikan nasi lemak itu secara percuma buat Zizan dan ibunya. Wah, memang langkah kanan betul.

Untuk pengetahuan anda, demi memenuhi permintaan ibunya, Zizan  sanggup merempit dari Subang ke Shah Alam. Menurut Zizan, beliau sanggup melakukan apa sahaja buat ibunya.

Demi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun ia cuma sebungkus nasi lemak, perkara tersebut bukan perkara remeh bagi saya. Saya keluar rumah seawal jam 7.30 pagi dan merempit dari Subang ke Shah Alam untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara, demi Ibu yang saya kasihi.

Sebenarnya dari semalam saya cuba hubungi Siti Hajjar (peniaga Nasi Lemak Anak Dara), untuk mendapatkan nasi lemak tetapi hari ini baru boleh dapat sebab dia baru buka gerainya pagi tadi.

Pada masa yang sama, Zizan akui beliau merasa kagum dengan kegigihan Siti Hajjar untuk menyara hidupnya kerana jarang sekali anak muda seperti beliau mahu berniaga seperti itu. Zizan turut mendoakan agar perniagaan Nasi Lemak Anak Dara akan lebih maju pada masa akan datang.

Kami pun belum mempunyai kesempatan untuk merasa Nasi Lemak Anak Dara. Ada antara pembaca  yang dah rasa?

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Isu RUU: DAP berdolak-dalik, kata Tiong Lai - Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 14 Okt. - MCA mahu DAP berhenti berdolak-dalik dan menyalahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lepas.

LIOW TIONG LAI

LIOW TIONG LAI

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, DAP kini cuba menuduh MCA dengan memperdayakan pengundi Cina bahawa MCA tidak tidak melakukan apa-apa mengenai RUU itu.

Sedangkan katanya DAP, pada pilihan raya umum sebelum ini bekerjasama baik dengan PAS sehingga membantu kemenangan PAS dengan undi daripada kaum Cina.

"Kita (MCA) telah menyatakan pendirian sebelum ini bahawa kita tak sokong RUU ini kerana ia menentang semangat Perlembagaan Malaysia.

"Sekarang kita nak tanya DAP apa pendirian dan tindakan mereka berhubung RUU itu dan kenapa mereka tidak sekat RUU yang dibentang oleh (Abdul) Hadi sedangkan dahulu mereka bersekongkol dalam PRU yang lepas?," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA, Pemuda dan Wanita Terengganu, di sini hari ini. turut hadir Pengerusi MCA negeri Datuk Toh Chia Yau.

Tiong Lai menarik perhatian bahawa sejak RUU dibentangkan, DAP tidak lantang menyatakan bantahan walaupun DAP mendakwa tidak lagi bekerjasama dengan PAS dalam hal-hal politik.

"Mereka kata mereka tidak bekerjasama, tetapi mereka masih bekerjasama di Selangor dan Pulau Pinang. Nampaknya mereka ada agenda lain yang cuba disembunyikan. Mereka tidak boleh nafikan yang mereka masih bersama-sama, di peringkat kerajaan negeri mereka (PAS dan DAP) sebenarnya masih bekerjasama," katanya.

Tiong Lai dalam pada itu mengulangi pendirian untuk tidak menyokong RUU itu kerana berpendapat ia bukan sahaja menentang semangat Perlembagaan Malaysia tetapi juga ia adalah undang-undang PAS.

"Kita (MCA) tidak ada masalah jika ia untuk memantapkan undang-undang syariah kerana ia masih tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi RUU itu adalah untuk menegakkan undang-undang Hudud PAS, jadi kita (MCA)... tidak setujulah," katanya.

Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.-BERNAMA

 

Read more ...

Penyampai Radio Beraksi di Konsert Aktif 7 2016 Putrajaya

Sudah menjadi kelaziman setiap tahun, pasti ada acara akan diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu. Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terkecuali dalam menganjurkan acara dan aktiviti menarik bersempena Tahun Baharu 2017.

Sebagai menghargai pendengar setia radio RTM, Bahagian Program Radio RTM sekali lagi mengadakan "Konsert Aktif 7 2016" di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Konsert tersebut akan menemui orang ramai pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) bermula pukul 9.00 malam dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings.

"Konsert Aktif 7 akan berlangsung secara rakaman oleh kumpulan penerbitan dari Unit Hiburan TV dan akan disiarkan pada 31 Disember 2016 di TV2. Antara artis popular yang bakal menyerikan pentas "Konsert Aktif 7 2016" ialah Forteen, Khalifah, Alyah, Ronnie Hussein, Sissy Iman, Mimi Fly, Azlan & Typewriter dan Waris. Selain itu juga, seramai tujuh (7) orang penyampai popular dari tujuh (7) saluran radio turut berkongsi pentas iaitu Muaz (NASIONALlfm), Frisca (TRAXXfm),Rachel (AIfm), Sonic (KLfm), Ady (Radio Klasik), Mogan (MINNALfm) dan Kathy (ASYIKfm).

Para pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan persembahan istimewa dari kumpulan muzik yang terdiri daripada warga kerja RTM yang dikenali sebagai Radio Band dan Multimedia Band.

"Konsert Aktif 7 2016" telah memasuki tahun ketiga penganjurannya. Program bersepadu yang melibatkan tujuh (7) saluran radio RTM ini, diperkenalkan sebagai penghargaan kepada pendengar setia radio RTM walau di mana jua berada. "Konsert Aktif 7 2016" juga merupakan platform terbaik untuk mendekatkan radio RTM dengan sasaran pendengar.

Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya menjadi pilihan bagi penerbitan "Konsert Aktif 7 2016" memandangkan lokasi ini adalah strategik, mudah diakses dan selesa kepada para pengunjung.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Konsert Aktif 7 2016 pada 15 Oktober ini dan memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup menarik iaitu 3 buah kerusi urut refleksiologi bernilai hampir RM20,000.00 sumbangan Gintell (M) Sdn. Bhd. "Konsert Aktif 7 2016" dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Putrajaya Holdings, Empire Scope Sdn. Bhd. dan Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa. Jumpa anda disana!

Related

Komen via Facebook

Komen

— 925 Bacaan
Read more ...

Ben Affleck Belajar Silat Untuk Lakonkan Watak Dalam Filem Terbarunya

Bintang filem Batman, Ben Affleck mempelajari seni mempertahankan diri silat bagi memenuhi keperluan untuk karakter terbarunya dalam filem The Accountant.

Menerusi satu transkrip temuramah yang disediakan oleh Warner Bros, Ben berkata dia mendapati silat sebagai satu seni mempertahankan diri yang menarik.

"Silat adalah satu seni mempertahankan diri yang jarang dilihat dalam filem-filem sebelum ini, jadi pertarungan dalam filem ini (The Accountant) lebih kelihatan baru dan 'segar'. Kerana saya tidak boleh memakai topeng (seperti filem Batman) saya terpaksa melakukan banyak aksi-aksi dalam filem itu sendiri.

"Saya menghabiskan banyak masa belajar koreografi, berlatih dan mengamalkan seni ini berbulan-bulan sebelum penggambaran. Ianya sangat sukar, tetapi apabila dapat digerakkan dengan betul, ia kelihatan benar-benar elegen dan cantik, walaupun ia adalah sebahagian dari perang. "

Filem The Accountant adalah filem arahan Gavin O'Connor yang mana akan menampilkan Ben memainkan watak cerdik matematik yang suka 'bercakap dengan nombor' berbanding manusia, Christian Wolff.  Tetapi apa kaitan akauntan yang sukakan nombor dengan silat? Di dalam filem The Accountant, Christian merupakan akauntan kepada beberapa organisasi paling berbahaya di dunia. Filem The Accountant dijadualkan menemui peminat pada 20 Oktober ini.
Read more ...

Dikait skandal 1MDB, Leo digesa letak jawatan utusan PBB

Aktivis masyarakat sivil telah menggesa superstar Hollywood Leonardo DiCaprio meletak jawatan sebagai utusan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perubahan iklim sekiranya dia gagal menjauhkan diri daripada skandal 1MDB.

Gesaan itu dibuat oleh aktivis dari Malaysia, United Kingdom dan Switzerland dalam satu sidang akhbar di London semalam.

Mereka menggesa DiCaprio untuk menafikan secara terbuka hubungannya dengan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jutawan Malaysia Jho Low.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membiayai penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' yang didakwa menggunakan AS$61 juta yang diseleweng dari firma pelaburan tersebut.

"Leonardo DiCaprio secara berterusan enggan menjelaskan hubungan peribadi dan kewangan dengan individu-individu utama dalam skandal 1MDB itu.

"Ini tidak boleh diterima. Jika DiCaprio gagal untuk menjauhkan dirinya daripada rasuah Malaysia, dia perlu meletak jawatan sebagai utusan PBB untuk perubahan iklim.

"Kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal untuk menghentikan rasuah," kata pengarah Bruno Manser Fund yang berpangkalan di Switzerland Lukas Straumann.

Sementara itu, wakil Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley menggesa supaya dana yang didakwa diseleweng di luar negara dari 1MDB, dikembalikan kepada Malaysia.

"Leonardo DiCaprio dalam kedudukan yang terbaik untuk berbuat demikian dan membayar balik berjuta-juta yang diterimanya daripada Jho Low dan Riza Aziz.

"Pembayar cukai Malaysia tidak boleh ditipu," katanya.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memulakan prosiding jenayah terhadap mereka yang terlibat dan memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya memberi bantuan perundangan kepada pihak berkuasa penyiasat negara asing.

Turut hadir di sidang akhbar itu ialah editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown yang telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB.

Beliau menggesa penguatkuasaan peraturan perbankan yang lebih ketat, sambil menegaskan bahawa banyak bank secara rela terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.

Siasatan The Hollywood Reporter mendedahkan DiCaprio Yayasan Leonardo mendapat manfaat daripada sumbangan Jho Low lebih AS$ 2 juta dalam bentuk tunai dan barangan sejak 2013.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Budak hidap injap jantung terbalik perlukan bantuan

KUALA NERANG: Sepasang suami isteri buntu apabila anak lelaki tunggal mereka berusia dua tahun hanya mempunyai peluang dua bulan lagi untuk hidup selepas pembedahan merawat masalah injap jantung terbalik gagal.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *