Recent Post

Tuesday, October 06, 2015

Masa untuk berubah kepada ekonomi berasaskan inovasi - Najib

Najib berkata untuk mara, pertumbuhan ekonomi Malaysia harus dipacu oleh inovasi dan produktivi yang mempunyai hubung kait kukuh dengannya.
Read more ...

TERJERAT DENGAN "KEGHAIRAHAN" SENDIRI!!!

SEMUT HITAM TERJERAT DENGAN "KEGHAIRAHAN" SENDIRI!!! Mungkin akibat tidak dapat mengawal nafsu, atau mungkin kerana dia mendapat tekanan dari pihak luar membuatkan dia tersalah langkah dalam isu pembentukan Pakatan Harapan. Mungkin dek kerana terdorong keghairahan yang tak tentu arah itu juga telah membuatkan Presiden PKR tu kini dilihat hanya sekadar menjerut diri sendiri apabila dipertikai pemimpin parti. Biarpun pertikaian itu cuba ditutup, namun mereka tidak mampu menyelubungi bau busuk pekung yang dah terdedah sejak pengumuman Pakatan tersebut dibuat oleh Presiden parti itu. Ternyata, tindakan sumbang yang telah dilakukan itu hanya sekadar memakan diri sendiri apabila seramai 25 orang pemimpin PKR memfailkan petisyen bantahan mereka baru - baru ini. Dan apa yang lebih memeranjatkan, ada diantara mereka juga dilihat sebagai salah seorang penyokong kuat Si Wan Azizah tu sendiri. Persoalannya, kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Adakah benar wujudnya konspirasi dikalangan pemimpin PKR untuk menggulingkan Si Wan Azizah tu dengan menonjolkan Ketidak-mampuan dia sebagai seorang Presiden parti secara subversif? Jika dilihat senarai mereka yang menandatangai petisyen tersebut, kebanyakkanya dari kalangan penyokong tegar MB Cap Ayam tu dan sekali gus membenarkan dakwaan yang dibuat sebelum ini. Diantara alasan yang diberikan oleh mereka yang menandatangani petisyen tersebut, ialah membantah tindakan meminggirkan PAS sebagai salah satu daripada parti gabungan dalam Pakatan. Hakikatnya, kita tahu bahawa MB Cap Ayam tu memang mengharapkan sokongan dari PAS untuk dia terus mengekalkan kuasa pemerintahan semenjak perlaksanaan agenda Langkah Kajang. Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia secara konsisten menegaskan bahawa PAS tidak wajar disingkirkan begitu sahaja dan turut tidak mengiktiraf gabungan Pakatan tu di Selangor. Dan begitu juga pandangan yang diberikan oleh mereka yang menandatangani petisyen tersebut. Mereka juga senada dengan pendirian yang telah dibuat oleh Si MB Cap Ayam tu sebelum ini. Maka, tak heran la jika ada pihak, termasuk Si Chagubard tu membuat tanggapan bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi oleh Si MB Cap Ayam tu untuk memalukan Presiden secara terang - terangan. Maka kesimpulannya, memang terbukti bahawa pengumuman yang telah dibuat oleh Si Wan Azizah tu secara terburu - buru sebelum ini hanya sekadar mahu memenuhi agenda DAPigs untuk menyingkirkan PAS. Kalau tidak, kenapa pulak pemimpin PKR nak buat bantahan!!!
Read more ...

(Gambar) Wanita Berang Selepas Dilarang Masuk Istana Kehakiman, Tidak Tepati Kod Pemakaian

Seorang pensyarah sebuah universiti awam hari ini telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dilarang memasuki Istana Kehakiman kerana melanggar etika pemakaiaan. Memetik laporan The Rakyat Post, wanita itu dilihat memakai dress pendek menampakkan lutut cuba memasuki dewan mahkamah meskipun papan tanda kod pemakaian telah diletakkan di pintu masuk bangunan terbabit.

Pensyarah Universiti Malaya itu yang enggan mendedahkan namanya, memakai dress berwarna putih yang menampakkan lutut.

Kerana dilarang untuk masuk utama Istana Kehakiman, telah berlaku pertengkaran antaranya dan polis bantuan yang bertugas berdekatan mesin X-ray dan pengesan logam, pada pagi tadi.

Wanita berkenaan diaktakan turut mempersoalkan kod pemakaian di semua bangunan kerajaan yang tidak seragam.

Bagaimanapun, polis bantuan itu hanya membenarkannya memasuki mahkamah, selepas dia melilit sehelai selendang yang panjangnya melepasi lututnya.

Wanita itu hadir di Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepada rakan setugasnya, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang mencabar kesahihan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Persekutuan, pagi tadi. - Siakapkeli.my

Read more ...

SERING MEMUJI BILA AF2015 - RAMLI MS DIKATAKAN BERAT SEBELAH

Ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS dan menyatakan beliau seorang yang pilih kasih kerana sering memuji persembahan peserta Bila AF2015.

Bagaimanapun, Ramli MS menafikan dia bersikap berat sebelah dengan hanya memuji persembahan salah seorang peserta program itu, Bila.

Menurut Ramli, dia tidak perlu bersikap prejudis kerana Bila sememangnya layak diberi pujian dan menyifatkan persembahan peserta itu tidak pernah mengecewakannya.

"Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi.

"Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatifl ah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi.

"Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sudah bersama pelajar AF 2015 sejak minggu pertama lagi, Ramli MS bagaimanapun tidak mahu memberikan pendapat siapa yang bakal menjuarai pertandingan tersebut pada konsert akhir Ahad ini.

"Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gemb ira.

"Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan," jelasnya.

Empat finalis yang bakal berentap pada konsert akhir AF 2015 ialah Syamel, Sufi, Shahrul dan Bila. Konsert tersebut akan kan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NO STALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Hakim DEDAH Punca Sebenar Penceraian Rita & Aidil, Akhirnya Nasib Rita TERBELA !

Berhubung dengan tuntutan Rita Rudaini terhadap Aidil Zafuan, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi memerintahkan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan membayar kepada bekas isterinya RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000 yang dipohon Rita Rudaini sebagai mutaah. Memetik laporan daripada Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut. Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini. "Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula," katanya.
Read more ...

'Orang Kedah Jadi Jakun Bila Tengok Mall Besar' - Nurul

KEDAH - "Orang Kedah mungkin tidak pernah jumpa mall sebesar ini kot. Agak-agak kalau pergi Kuala Lumpur, orang Kedah lagi jakun kot tengok mall di sana. Aduhai, kesian dekat orang yang nak pergi kerja terpaksa keluar awal,"  Demikianlah kenyataan yang dimuat naik oleh Nurul Hazwani yang memetik perkongsian dari Siakap Keli mengenai Aman Central Alor Setar yang dibuka secara rasmi 1 Oktober lalu.  Kenyataan Nurul Hazwani yang berasal dari Kedah itu juga, mengundang reaksi negatif dari netizen khususnya warga Kedah yang menganggap kenyataan itu tidak wajar dimuat naik.  "Rakyat Kedah pergi ke Mall itu bukan sebab nak shopping. Tadi mereka pergi sana sebab menghargai jasa arwah Ustaz Azizan yang berjaya mengubah bangunan buruk menjadi mall yang dibanggakan," kata Ctiey Zawiyah Ali. Ekoran menerima banyak kritikan dari netizen, Nurul Hazwani telah menyahaktifkan akaun Facebooknya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

'Rundingan TPPA pertimbang kebimbangan, sensitiviti M'sia'

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.

"Saya ingin mengulangi sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.

"Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas.

"Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPPA dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia tidak akan memihak kepada perjanjian yang tidak mengikut Perlembagaan negara atau yang menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

Sepanjang rundingan, mulai 30 September hingga 1 Oktober, Mustapa sentiasa berkomunikasi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai kemajuan rundingan, serta, mendapatkan panduan dan mandat bagi melindungi kepentingan Malaysia.

Mengenai isu hak harta intelek, beliau berkata Malaysia tetap tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang mampu milik, dan pada masa yang sama, memastikan insentif yang perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubat-ubatan baru.

Berhubung akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas (FTA), Malaysia merumuskan rundingan dengan semua pihak, dengan duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan.

"Pada dasarnya, hasilnya akan menyediakan peluang akses pasaran yang lebih besar bagi syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya di pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.

"Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif.

"Semua ini merupakan eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar pendapatan bagi ekonomi negara dan mengambil ribuan rakyat Malaysia sebagai pekerja," katanya.

Mustapa amat yakin bahawa TPPA akan membolehkan Malaysia mempromosikan lagi agenda perdagangan dan pelaburan serta membantu mengurangkan cabaran ekonomi global.

- Bernama

Read more ...

Aidil Diperintah Bayar RM30,000 Kepada Rita Rudaini

SHAH ALAM - Permain pertahanan JDT, Aidil Zafuan diperintah membayar RM30,000 dari jumlah tuntutan sebenar RM300,000 sebagai mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man, setelah berpuas hati plaintif layak membuat tuntutan berkenaan. Beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini, lapor Sinar Harian. "Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat, namun ia ditarik semula," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini  1. Takut bertentang mata apabila bercakap 2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim 3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu 4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat 5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat 6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu 7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan 8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya 9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.  10.Kerap bersetubuh.  Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. 
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *