Wednesday, April 06, 2016
Ahmad Razif enggan ulas desas-desus bakal dilucut jawatan Menteri Besar Terengganu
Rozita Che Wan Dikecam Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Dengan Gambar Anjing
Sejak semalam, video Aisyah Dhia Rana sedang berjoget dan memakai baju dengan gambar anjing di Instagram telah menjadi isu yang cukup hangat.
Ruang komen di foto berkenaan dipenuhi dengan pelbagai kritikan dan persoalan tentang hukum memakai pakaian yang mempunyai foto binatang yang haram di sisi agama. Perkara berkenaan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.
Malah ada juga yang menyindir Che Ta yang mempunyai banyak wang tetapi mengapa pilih untuk memakaikan anaknya baju sebegitu.
Berikut antara komen netizen:-
Namun, Che Ta bertindak untuk berdiam diri dan tidak membalas sebarang kenyataan ataupun komen daripada peminatnya.
Setiap orang ada pandangan berbeza didalam isu ini, soal hukum agama ini agak susah untuk diperkatakan kerana kita bukanlah seseorang yang arif dalam bidang agama. Ermm..
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Warga KKBP akui akhbar digital Utusan beri manfaat - Utusan Malaysia
KOTA TINGGI 5 April – Warga Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dekat sini mengakui akhbar digital Utusan Malaysia mampu membantu mereka mengikuti dan memahami perkembangan semasa di dalam dan luar negara secara dalam talian.
Pengarahnya, Nazri Idris berkata, akhbar digital tersebut seiring dengan kemajuan teknologi semasa kerana semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari.
Beliau berkata, selain menjimatkan masa dan kos, pelanggan juga mendapat berita terkini dengan pantas kerana akhbar digital itu boleh diakses dengan mudah di mana-mana sahaja.
"Kemudahan ini secara langsung menjadi nilai tambah bagi golongan pensyarah yang mahu menyampaikan maklumat kepada para penuntut semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung," katanya kepada Utusan Malaysia semasa menghadiri Program Warga KKBP Bersama Akhbar Digital Utusan Malaysia di Makmal Multimedia KKBP, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Asri Jantan.
Pada program tersebut, sebanyak 75 akaun pelanggan akhbar digital Utusan Malaysia diberikan bagi kegunaan golongan pensyarah dan penuntut KKBP.
Sementara itu, Mohd. Asri berkata, setiap akaun akhbar tersebut boleh diakses menggunakan tiga peranti pintar pada satu-satu masa bermula seawal pukul 5 pagi setiap hari.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Shahrul Azhar Yacob menerusi talian 013-7839538.
Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton MIDNIGHT SPECIAL
Salam semua Budieyators, ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Anda nak menghadiri Tayangan Premiere MIDNIGHT SPECIAL – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem sci-fi yang cukup suspen ini… pastinya bikin korang teruja dengan babak-babak yang mendebarkan.
Sebanyak 178 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.
Filem MIDNIGHT SPECIAL lakonan Michael Shannon & Jaeden Lieberher ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 14 April 2016.
Sinopsis Filem MIDNIGHT SPECIAL:Writer/director Jeff Nichols proves again that he is one of the most compelling storytellers of our time with the sci-fi thriller "Midnight Special." A provocative, genre-defying film as supernatural as it is intimately human, it follows a father, Roy (Michael Shannon), who goes on the run to protect his young son, Alton (Jaeden Lieberher), a boy with mysterious powers that even Roy himself cannot comprehend.
What starts as a race from religious extremists and local law enforcement quickly escalates to a nationwide manhunt involving the highest levels of the Federal Government. Risking everything, Roy is committed to helping Alton reach his ultimate purpose, whatever that might be and whatever it costs, in a story that takes audiences on a perilous journey from Texas to the Florida coast, while exploring the bonds of love and trust, and the nature of faith.
"Midnight Special" stars Oscar nominee Michael Shannon ("99 Homes," "Revolutionary Road"), Joel Edgerton ("Black Mass"), Kirsten Dunst (TV's "Fargo"), Adam Driver ("Star Wars: The Force Awakens"), Jaeden Lieberher ("St. Vincent") and Oscar nominee Sam Shepard ("The Right Stuff," "August Osage County").
Jeff Nichols ("Mud," "Take Shelter") directed the film from his own screenplay. It is produced by Oscar nominee Sarah Green ("The Tree of Life," "Mud") and Brian Kavanaugh-Jones (the "Insidious" films, "Sinister"), who previously collaborated with Nichols on his critically acclaimed thriller "Take Shelter." Glen Basner ("Mud"), Hans Graffunder ("Somebody Up There Likes Me"), and Christos V. Konstantakopoulos ("Take Shelter") served as executive producers.
Also reuniting with Nichols behind the scenes were director of photography Adam Stone ("Mud," "Take Shelter"), production designer Chad Keith ("Take Shelter") and editor Julie Monroe ("Mud"). David Wingo ("Mud," "Take Shelter") composed the score.
The film is set for release beginning April, 14, 2016.
A Warner Bros. Pictures presentation, in association with Faliro House Productions, a Tri-State Production, "Midnight Special," will be distributed in select territories by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment Company. midnightspecialmovie.net
Peraduan Tayangan Premiere Filem MIDNIGHT SPECIALSensasi Selebriti ingin menghadiahkan 178 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:13 April 2016 (Hari Rabu)
Masa Pendaftaran:8.00 malam
Tayangan Filem:9.15 malam
Tempat:GSC Cinemas Mid Valley
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MIDNIGHT SPECIAL – Budiey.com di GSC Cinemas Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey
Apa yang korang perlu buat ialah: 1. Hanya followers Budiey.com sahaja yang layak menyertai peraduan iniSila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MidnightSpecial kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:1. Namakan dua pelakon utama dalam filem MIDNIGHT SPECIAL
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MIDNIGHT SPECIAL – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere MIDNIGHT SPECIAL – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
11 April 2016 (Hari Isnin)
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email..
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menggeletek jiwa ini mulai 24 September 2015.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
(Video) Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk Ular Ketika Buat Persembahan
Utusan melaporkan, penyanyi 26 tahun itu sedang menyanyi lagu keduanya apabila dia secara tidak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika membuat persembahan. Ular itu kemudian mematuk pahanya.
Bagaimanapun, Irma dikatakan meneruskan persembahannya sehingga akhir dan menolak untuk diberi rawatan oleh bomoh ular ketika berada di belakang pentas.
Rakan Irma, Ferlando Octavion Auzora berkata, selepas selesai persembahan Irma masih lagi boleh berbual-bual dengan rakan-rakan dan tidak mahu dirawat.
Namun sejam selepas itu, Irma mula muntah-muntah dan tubuhnya menjadi kejang.
Menurut Ferlando lagi, Irma dikejarkan ke hospital berdekatan kira-kira pukul 11 malam untuk rawatan kecemasan namun dia disahkan meninggal dunia dua jam kemudian .
Polis tempatan berkata, doktor mengesahkan penyanyi dangdut itu mati kerana dipatuk ular.
"Irma menjadi penyanyi jemputan malam itu. Seperti biasa, dia tampil memukau penonton dengan lagunya sambil berjoget bersama ular. Semasa menyampaikan lagu pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Tetapi ketika sedang menyampaikan lagu kedua, dia tidak sengaja terpijak ekor ular, menyebabkan ular itu mematuk pahanya," ujarnya. – Siakapkeli.my
Polis geledah rumah dan pejabat MP Rafizi
Polis malam tadi menggeledah pejabat dan rumah MP Pandan Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Polis turut membawa Rafizi. Mereka mula-mulanya ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, di mana Rafizi ditemui oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Polis menghabiskan masa hampir setengah jam di ibupejabat PKR itu sebelum beredar bersama dokumen-dokumen dan sebuah komputer.
Mereka kemudian ke pejabat Rafizi di Pandan, sebelum mengeledah apartmennya di Bukit Antarabangsa.
Di rumah itu, polis merampas sebuah komputer riba dan sebuah telefon.
Rafizi memberitahu pemberita bahawa isteri dan anak lelaki yang berusia dua setengah tahun tidak berada di rumah.
Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir kemudian menulis ditweet bahawa Rafizi akan ditahan semalaman di Pusat Tahanan Jinjang.
Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta OSA semalam selepas mendedahkan dokumen rahsia mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau telah ditangkap ketika hendak meninggalkan Parlimen untuk mengambil anaknya dari pengasuh.
Beberapa jam kemudian, ahli Parlimen pembangkang dan penyokong berkumpul di luar Bukit Aman untuk membantah penangkapan Rafizi.
"Mengapa pemimpin kami yang bercakap tentang politik, mendedahkan rasuah, mengapa mereka ditangkap?" tanya Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
Pokok Sena MP Mahfuz Omar pula mendakwa bahawa tindakan menahan Rafizi ketika di Parlimen masih dalam sesi adalah satu penghinaan kepada Yang di-Petuan Agong.
Katanya, jika pihak polis tidak melepaskan Rafizi untuk menghadiri dua hari terakhir sidang Parlimen, maka Mahfuz mendakwa ia adalah satu penghinaan kepada Yang di-Petuan Agong.
Seri Paduka telah dirasmikan sesi pertama sidang Parlimen bagi tahun 2016.
Rafizi Ramli ditahan polis
KJ Pertahan Anak Najib, Nazif yang Tersenarai dalam Panama Papers
Ujarnya, Nazifuddin tidak semestinya melakukan sebarang kesalahan walaupun namanya tersenarai dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama itu.
Tambahnya lagi, maklumat yang bocor itu membabitkan terlalu ramai individu termasuk pemain bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi.
"Terlalu banyak maklumat yang bocor di sana sehingga kita tidak tahu keseluruhan isi kandungan maklumat itu."Bahkan, nama Lionel Messi juga ada. Jadi, janganlah secara automatik kaitkan sesiapa melakukan kesalahan jenayah," katanya memetik sumber freemalaysiatoday.
Terdahulu melalui pendedahan dokumen itu, Mohd Nazifuddin dikatakan menjadi pengarah dalam dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu J ay Marriot International and PCJ International Venture Limited.
Tegasnya lagi, kebanyakkan ahli perniagaan telah menubuhkan 'offshore' di luar pesisir pantai sebelum melibatkan diri dalam politik.
"Kebanyakkan mereka menubuhkan 'offshore' untuk banyak tujuan, dan salah satu untuk tujuan perniagaan. Sesetengah ahli perniagaan ini sudah melibatkan diri dalam perniagaan sebelum menyertai politik," katanya.
Jelas Khairy lagi,beliau tidak mengetahui jenis tindakan yang akan diambil kerajaan Persekutuan terhadap kebocoran maklumat berkenaan.
Terdahulu, pada Ahad kumpulan media mula mendedahkan keputusan siasatan selama setahun mengenai 11.5 juta dokumen daripada firma guaman Panama, Mossack Fonseca, yang pakar dalam mewujudkan syarikat luar pesisir.
Beberapa negara juga mula menjalankan siasatan mengelakkan cukai selepas kebocoran maklumat sulit mengenai urusan kewangan luar pesisir membabitkan ahli politik dan selebriti. -FMT
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...