Recent Post

Saturday, January 30, 2016

Sikap terlalu bergantung gugat kemampuan orang Melayu di arus globalisasi - Rafidah

Kebergantungan dengan keistimewaan ini dilihat menggugat kemampuan kaum Melayu bersaing di arus globalisasi yang semakin mencabar.
Read more ...

8 GAMBAR - REMY ISHAK KINI DI MEKAH TUNAI UMRAH BERSAMA IBU TERCINTA

Remy Ishak yang baru balik dari New York selepas menjalani penggambaran drama bersiri Rumi dan Jawi, perlu terbang lagi iaitu ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama ibu tercintanya. Difahamkan, Remy dan ibunya berangkat ke sana semalam.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Mia Sara Akui Tawaran Berlakon Berkurang Selepas Bertudung

Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha, 11, akui tawaran untuknya berlakon semakin berkurangan sejak dia mengambil keputusan mengenakan tudung litup pada Disember lalu.

Pun begitu, Mia Sara berkata, dia tidak kesal dengan keadaan yang berlaku kerana dia percaya kepada rezeki Allah SWT, tambahan pula usianya masih muda dan perjalanannya sebagai seorang anak seni juga masih jauh ke depan.

"Saya buat keputusan nak bertudung setelah pulang daripada mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu. Tiada siapa paksa saya melakukannya kerana ia datang daripada hati sendiri.

"Tak dinafikan tawaran berlakon memang semakin jarang saya perolehi selepas itu, tapi saya tak kisah sebab saya percaya mesti ada rezeki lain yang bakal datang nanti.

"Buktinya, sambutan terhadap jualan koleksi tudung saya iaitu MSCouter yang saya terima semakin mendapat sambutan, begitu juga jualan produk Caliph. Ia semakin meningkat.

"Malah selepas ini, kalau ada tawaran berlakon yang meminta saya untuk membuka tudung, saya tidak akan terima. Saya tetap akan kekal bertudung," katanya yang merupakan duta Caliph.

Berkongsi pula mengenai penglibatannya sebagai duta produk Caliph, Mia mengaku, sejak mengamalkan makanan tambahan tersebut,dia yang masih bersekolah mengalami perubahan positif dalam pembelajaran.

"Jika sebelum ini, saya selalu ada sifat malas tapi sejak amalkan makan Caliph, saya rasa lebih cergas dan dapat beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

"Prestasi peljaran saya juga semakin meningkat dan saya boleh skor dalam peperiksaan dengan mendapat markah yang baik. Misalnya, dalam keputusan peperiksaan yang lalu, saya berjaya dapat markah 99 per 100 untuk matapelajaran bahasa Inggeris," jelasnya.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 29 Januari 2016

Read more ...

Serpihan ditemui di Besut bukan dari MH370 - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Serpihan pesawat yang dijumpai di pantai Besut di Terengganu bukan daripada pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata sebuah pasukan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines telah membuat pemeriksaan bagi menentukan asal serpihan itu.

"Pemeriksaan mendapati bahawa serpihan tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777, dengan itu mengesahkan bahawa serpihan tersebut bukan daripada MH370," kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa berkaitan kerana membantu dalam proses pengecaman itu.

"Kami terus komited kepada usaha mencari MH370, dan akan terus memaklumkan kepada waris keluarga dan orang ramai mengenai apa-apa perkembangan terkini," kata beliau.

Penemuan objek dipercayai serpihan pesawat di pantai Beting Lintang di Besut Rabu lepas, menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang hampir dua tahun lepas.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

- Bernama

Read more ...

Percutian Luar Negara Buat Kakitangan Cuckoo International

Bagi meraikan hasil jualan yang memberangsangkan sepanjang 2015, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. telah membawa 263 kakitangannya serta wakil media ke Bandar Ho Chih Minh selama 3 hari 2 malam untuk menikmati Percutian RED.

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan kakitangan terhadap syarikat, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. telah menyumbangkan 5 buah kereta sebagai hadiah utama cabutan bertuah sewaktu Majlis Makan Malam Percutian RED!

"Kami adalah syarikat yang pertama di dalam industri ini yang menganjurkan Majlis Penghargaan dan Makan Malam buat kakitangan kami di luar negara, dengan harapan mereka menyedari bahawa di Cuckoo, jika anda berkerja keras, anda pasti akan mendapat imbuhannya." ujar Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International (MAL) Sdn.Bhd., En KC Hoe.

Cuckoo International (MAL) Sdn.Bhd. hanya berusia lebih setahun di Malaysia, tetapi dengan produk yang berkualiti serta budaya kerja yang sihat, pengguna Cuckoo telah meningkat sehingga 20 kali ganda, dengan hasil jualan meningkat 8 kali ganda dalam tempoh masa yang singkat.

Ini telah memberikan keyakinan kepada mereka yang baru menyertai syarikat ini, bahawa biarpun Cuckoo adalah jenama yang baru di kalangan rakyat Malaysia, dengan produk yang berkualiti, tiada masalah untuk meyakinkan pelanggan.

"Di Cuckoo, kami sentiasa menyasar untuk memenuhi janji kami, dan biar sesukar dan mencabar mana sekalipun akan pasaran, kami akan terus berani melangkah, kerana kami yakin sekiranya setiap pekerja kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran, tiada apa yang mustahil. Kami berniat untuk memperkenalkan produk terbaik buat pelanggan, dan dalam masa yang sama, kami juga mahu setiap kakitangan kami memiliki masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin."

Hari ini, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. mempertingkatkan lagi sasaran dengan memperkenalkan slogan terbarunya buat 2016 – BEYOND STANDARD, untuk menjelaskan akan komitmen yang bukan sekadar untuk menyediakan air minuman yang menyihatkan buat pengguna, malah, menawarkan khidmat servis selepas jualan yang lebih professional dan komprehensif.

2016 – Menyasarkan lebih kecemerlangan, menempuh cabaran untuk menggapai kualiti servis yang lebih tinggi!

En KC Hoe juga berkata:

"Buat kebanyakan pengguna di luar sana, untuk mendapatkan produk yang berkualiti tidaklah sukar, tetapi bukan kesemuanya disusuli dengan khidmat selepas jualan yang baik. Saya sendiri sering menghadapi masalah kurangnya profesionalisma akan khidmat selepas jualan, dan kerana itu, saya berazam tidak ada sesiapa yang akan menempuhinya dengan hadirnya Pasukan Cuckoo Natural Care Service "

Sekiranya tahun 2015 adalah lebih kepada memperkenalkan Penapis Air Cuckoo kepada pasaran, tahun 2016 pula adalah bagi Cuckoo menggapai kecemerlangan dalam setiap aspek.

Pasukan Cuckoo Natural Care Service adalah terbahagi kepada dua – Natural Doctor, yang bertanggungjawab terhadap pemasangan, & Natural Doctress, yang bertanggungjawab untuk menetapkan temujanji dengan pelanggan, bagi khidmat servis dan penggantian penapis yang dilakukan setiap 4 bulan.

Pasukan Cuckoo Natural Care Service ini adalah dipertanggungjawabkan dengan prosedur servis yang amat ketat. Setiap Natural Doctor ditugaskan untuk memeriksa tekanan dan kadar pH dari punca air, diikuti dengan pengaliran air melalui penapis selama 15 minit, sebelum pemasangan dilakukan. Setelah pemasangan disempurnakan, penerangan akan setiap fungsi bakal diberikan.

"Kami amat menegaskan akan kepentingan pengaliran air melalui penapis baru sebelum menyempurnakan pemasangan mesin, kepada setiap Natural Doctor. Ini adalah kerana Penapis Pra Karbon Cuckoo dan penapis "natural"nya, mengandungi Karbon. Pengaliran air selepas pemasangan mungkin menyebabkan baki serbuk karbon yang tertinggal di dalamnya, menjejaskan kualiti air minuman anda." ujar Cik Serena, Pengurus Kanan Pusat Servis Natural Care Cuckoo.

Selain dari itu, setiap Cuckoo Natural Doctress adalah dipertanggungjawabkan untuk mematuhi 15 poin pemeriksaan yang ditetapkan, seperti memastikan kadar pH air yang bersesuaian, pensterilan tangki air dan pili dengan menggunakan pensteril stim tekanan tinggi, selain penggantian penapis.

Pelanggan boleh membuat penilaian dengan merujuk kepada Kad 15 Poin Pemeriksaan semasa servis dijalankan. Sekiranya berpuas hati, pelanggan akan diminta untuk menandatangani 2 salinan borang, salah satunya di dalam bentuk digital yang akan dihantar terus ke Ibu Pejabat Cuckoo.

Pihak Cuckoo juga akan menghubungi anda bagi memastikan servis dijalankan dengan sempurna dan memuaskan hati anda. Cuckoo juga adalah syarikat pertama di Malaysia yang membersihkan keseluruhan penapis air dengan menggunakan kaedah pensterilan stim tekanan tinggi. Natural Doctress kami juga akan membersihkan sinki dan papan pemotong anda menggunakan kaedah yang sama, dengan percuma!

Selain dari itu, Pasukan Natural Care Service Cuckoo adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk cuba membuatkan anda menaik taraf atau membuat pembelian tambahan terhadap produk kami, kerana Cuckoo percaya, profesionalisma, adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan serta dilakukan dengan baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cuckoo International (MAL) dan barisan produknya, layari cuckoo.com.my atau hubungi 1800 08 1111.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Boleh Tak Mama Jangan Asyik Marah & Tengking Kitorang Lagi?'

Dari semalam asyik berfikir, apa yang tak kena, apa yang kurang, kenapa jadi begitu dan begini, macam mana nak ubah? Selama ini, inilah anak yang paling tak banyak songeh, paling tak suka meminta-minta dan tak kisah kalau kita tak bawa dia berjalan ke mana-mana. Dia nampak blur saja, buat hal dia saja. Selalu kena jerit, kena marah dan kena tengking. Tetapi hanya mendiamkan diri saja, tak berani melawan balik. Di belakang saya, tak tahulah. Kalau dipanggil sekali, terus datang. Dia juga cucu kesayangan atuk dia. Tak macam anak-anak perempuan yang dah pandai melawan cakap, merungut-rungut di belakang. Tetapi inilah anak yang selalu saya macam pandang tak pandang saja. Saya tak menaruh harapan yang tinggi pada dia. Mana tidaknya, kalau tengok dari segi atitude dia hanya 50-50 saja.  Semalam keputusan UPKK keluar, saya tak ikut serta, cuma hantar dan pesan, "Bila dah balik nanti, call mama,".  Tak seperti kakaknya dulu, saya sangat teruja menemaninya dan menunggu sampai dapat slip keputusan itu. Saya peluk jika keputusannya bagus. Namun, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Alif. Pada saya, kalau Alif setakat lulus saja pun, Alhamdulillah.  Sekali bila sudah selesai, Alif jalan kaki dari sekolah agama pergi ke rumah saya dalam hujan renyai-renyai. Semata-mata nak minta tolong kawan saya untuk menelefon saya memaklumkan untuk menjemputnya. Jauh juga jarak sekolah dari rumah kawan saya itu. Itu pun saya berleter pada dia lagi. Itu pun saya masih tidak terfikir yang Alif penat berjalan kaki dalam hujan. Bila saya sampai, Alif masuk dalam kereta. Saya tak terus pun bertanya tentang keputusannya. Mesti Alif mengharapkan yang saya bertanya mengenai hal itu sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam kereta.  "Mama, Alif dapat 7A, 1B," kata Alif. GULP!? Saya benar-benar terkedu. Sumpah pada masa itu saya terdiam seketika.  "Syukur Alhamdulillah. Mama tak sangka rupa-rupanya anak mama ini pandai! Wah! Tahniah! Tahniah! Alif nak hadiah apa?" kata saya yang teruja dan gembira namun masih terkejut.  "Alif tak nak hadiah apa-apa mama. Tetapi boleh tak mama jangan asyik nak marah-marah kitorang lagi?" katanya membuatkan hati saya tersentuh. Pengajaran ini benar-benar telah membuka mata dan hati saya. Jangan pandang rendah kebolehan anak-anak. Suami juga ada menegur saya, agar jangan terlalu kerap memarahi anak-anak.  "Jangan selalu sangat marah dan tengking-tengking anak-anak. Mereka sudah dewasa, esok-esok kalau mereka lari dari rumah? Awak berputih mata dan menyesal tak sudah!" katanya menasihati saya. - Wan Lydia Abd Razak | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Objek Yang Ditemui di Besut Bukan Dari MH370 - Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Objek yang dipercayai serpihan pesawat yang ditemui di Pantai Beting Lintang, Besut semalam bukan dari pesawat penerbangan MH370.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, objek itu tidak sepadan dengan bahagian pesawat Boeing 777.

Belia juga berkata, pasukan penyiasat dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan MAS melakukan siasatan ke atas serpihan itu untuk memastikan keasliannya.

"Hasil siasatan pasukan penyiasat mendapati objek berkenaan adalah tidak sepadan dengan sebahagian daripada pesawat Boeing 777 atau pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami di kementerian ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam melaksanakan siasatan ini," di dalam satu sidang media sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

Read more ...

Ku Nan: Tiada pembangunan dilaksana di Bukit Kiara

Kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan Bukit Kiara yang dikhaskan bagi projek Taman Awam Berskala Besar, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan dalam kenyataan semalam berkata sebahagian tapak Bukit Kiara telah dirizabkan untuk pembangunan taman awam berkenaan, berdasarkan ketetapan dalam draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

"Pembangunan di kawasan ini hanya akan dijalankan sekiranya mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Tengku Adnan berkata pembangunan yang hendak dijalankan itu juga perlu mematuhi beberapa perkara seperti zon gunatanah adalah Institusi dan intensiti pembangunan dihadkan kepada nisbah plot tidak melebihi 1:2.

"Hanya dibenarkan bangunan jenis bertingkat rendah dan ketinggian bangunan perlu dikawal tidak melebihi tiga hingga lima tingkat," katanya.

Selain itu, cadangan pembangunan juga perlu mematuhi semua kehendak teknikal perancangan berkaitan pematuhan kawasan plinth, anjakan bangunan, kawasan lapang, penyediaan kemudahan dan penyediaan parkir kenderaan.

- Bernama

Read more ...

[ALLAH MAHA KUASA] Rakyat Thailand di Sempadan, Penyokong Pas Kedah Turut Adakan SOLAT HAJAT agar Mukhriz Kekal MB

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [ALLAH MAHA KUASA] Rakyat Thailand di Sempadan, Penyokong Pas Kedah Turut Adakan SOLAT HAJAT agar Mukhriz Kekal MB ALOR SETAR: Rakyat Thailand yang tinggal di sempadan Malaysia- Thailand dikatakan turut mengadakan solat hajat memohon Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang dikatakan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing mendoakan Mukhriz tidak digantikan.

"Ini semua kerana sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau membantu semua orang termasuk parti pembangkang seperti PAS," kata seorang rakyat Kedah, Norwani kepada FMT.

Kakitangan sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya ini berkata, keperibadian Mukhriz yang mesra rakyat dan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar membuatkan beliau disenangi.

"Mukhriz juga sering memberi bantuan menggunakan gaji dan elaun Menteri Besarnya sendiri kepada rumah-rumah pondok dan tahfiz di kawasan luar bandar di Kedah.

"Mukhriz disukai sehinggakan di kawasan Sik yang merupakan kubu kuat PAS di Kedah membenarkan M ukhriz masuk. Dahulunya orang Barisan Nasional (BN) tidak dibenarkan masuk ke dalam Sik. Tetapi Mukhriz dibenarkan masuk kerana mereka suka Mukhriz," katanya.

Mohd Saidi, 45, yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, Mukhriz memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri itu.

"Pemuda suka sebab beliau sering mengikuti anak muda main bola pergi ikut sama ke padang dan sorak sama-sama. Kalau ada kekurangan beliau akan bantu.

"Beliau suka berkawan. Saya sedih kerana tidak sempat lihat Mukhriz bangunkan Kedah," katanya.

Pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali Pak Cik Arif berkata, sumbangan terbesar Mukhriz dalam bidang sukan apabila melonjak status pasukan bola sepak Kedah.

"Bola sepak pasukan Kedah yang dulunya telah jatuh ke Liga Perdana kini naik ke Liga Super dan sehingga jadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.

"Ini mungkin berkat usaha dan cara kepimpinannya yang berkesan, Alhamdulilah," katanya.

Sementara itu, Shariff Mohamad berkata, dia menyokong penuh kepimpinan Mukhriz walaupun tidak memihak atau menyokong mana-mana parti.

Dia juga tidak menolak penyingkiran Mu khriz ini dengan masalah dalaman yang berlaku dalam politik Malaysia.

"Kenapa perlu ditukar pemimpin yang baik kepada semua orang. Penyingkiran Mukhriz ini satu penghinaan kepadanya," katanya. - FMT

Read more ...

SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?

SHAHROL SHIRO NIKAH MAC DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERINYA?

Setelah hampir lima tahun menduda, akhirnya pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Shahrol Shiro bakal berkahwin pada bulan Mac depan dengan seorang ahli perniagaan. Majlis nikah akan diadakan di kediaman bakal isterinya, di Johor Bahru.

"Insya-Allah majlis tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac ini. Tentang tarikh nikah, sampai masanya saya akan beritahu secara live di radio Era FM.

"Dikesempatan itu nanti saya juga akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong perkembangan saya selama ini," ujar Shahrol dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hatinya itu, Shahrol bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat tetapi hanya menyatakan bahawa bakal isterinya nanti merupakan orang Johor.

Inikah wajah bakal isteri Shiro?

"Walaupun saya pernah berumah tangga namun di Johor saya perlu hadir khursus kahwin jika mahu berkahwin lagi," kata Sharol yang sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan termasuk menghadiri khursus kahwin buat kali kedua.

Sebelum ini, Shahrol pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish berusia lapan tahun.

Anna Danisha meletakkan gambar Shiro sebagai gambar utama IGnya

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *