Recent Post

Monday, May 02, 2016

Pemergian Petrovski satu kehilangan besar buat Melaka United - Kosmo!

Pemergian Petrovski satu kehilangan besar buat Melaka United

02/05/2016 11:47am

MELAKA - Pemergian mendiang Marco Stefan Petrovski, 18, (gambar) yang merupakan antara watak penting dalam program pembangunan pemain muda Melaka United (MU) merupakan kehilangan yang amat besar buat skuad Sang Kancil.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata Petrovski, pemain kacukan Malaysia-Australia, amat berpotensi menjadi penjaga gol utama MU juga liga bola sepak negara dan kehilangannya amat dirasai seluruh pemain serta pegawai pasukan.

Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United berkata, persatuan itu, kerajaan negeri dan rakyat Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Petrovski.

"Laporan awal daripada doktor yang merawat (Petrovski) mengatakan (sebab kematian) kegagalan fungsi penting dalam badan Stefan (Petrovski), laporan yang memberi maklumat lengkap tentang kejadian ini akan disediakan.

"Pengurusan mayat (Petrovski), Melaka United akan main peranan sampai ke destinasinya seperti dimahukan ibu bapa Stefan sampai ke Australia dan semadikan di sana," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Petrovski di Hospital Melaka di sini lewat malam tadi.

Bedah siasat mayat penjaga gol itu dilakukan di Hospital Melaka.

Petrovski yang tidak sedarkan diri hampir sebulan akibat dipanah petir pada 5 April lepas selepas menjalani latihan dengan pasukannya di Krubong di sini, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Mendiang mewakili pasukan remaja Sydney Olympic FC di Australia sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama Melaka United pada Januari lepas. - Bernama

Read more ...

DatoĆ¢€™ Siti Nurhaliza Bakal Lancar Lagu Raya Ciptaan Pak Ngah

Budiey dapati banyak sekali respon dan komen positif dari netizens apabila mendapat tahu komposer terkenal Pak Ngah akan kembali menghiasi seni muzik tanahair dengan mencipta sebuah lagu raya untuk Dato' Siti Nurhaliza. Berita ini disampaikan oleh pengurus Dato' Siti Nurhaliza sendiri iaitu Kak Rozi.

Ternyata ramai yang teruja dan tak sabar menantikan lagu raya yang kemungkinan besar berkonsepkan irama etnik kreatif. Apakah lagu baru ini dapat menandingi lagu-lagu raya ciptaan Pak Ngah sebelum ini. Seingat Budiey, Dato' Siti pernah melancarkan album kompilasi lagu raya dan boleh dikatakan kesemua lagu raya berkumandang di corong radio.

Raya tahun ini mesti meriah dengan lagu baru ni, kan?

Foto kredit: Facebook Kak Rozi

Siti Nurhaliza & Pak Ngah

Komen via Facebook

Komen

— 153 Bacaan
Read more ...

Kadar GST Kekal 6%, Usah Terperdaya Dengan Fitnah Pembangkang

KUCHING - Tindakan pembangkang cuba menghasut rakyat Sarawak dalam kempen ceramah mereka sempena Pilihran Raya Negeri Sarawak ke-11 kononnya kadar GST akan dinaikkan selepas BN menang PRN Sarawak, dikecam Datuk Seri Najib Razak.  Najib menyeru rakyat Sarawak tidak terperdaya dengan hasutan pembangkang dan menyifatkan tindakan pembangkang sebagai propaganda jahat untuk memenangi hati pengundi.  "Beberapa hari ini saya berada di Sarawak untuk berkempen. Saya dengar tersebar khabar angin bahawa kerajaan pusat akan menaikkan kadar GST selepas PRN Sarawak. "Saya nasihatkan rakyat Sarawak tidak terperdaya dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," memetik kenyataan beliau di laman blognya hari ini.  Jelas Najib lagi, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar GST pada masa ini dan kadar GST akan terus kekal pada 6%.  "Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa tiada langsung perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan.  "Sebaliknya kerajaan BN berhasrat meningkatkan tarfa kehidupan Sarawak dan ini jelas terbukti dengan keikhlasan dan komitment kerajaan dalam projek pembangunana seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak akan dikenakan tol," katanya. - THEHYEPEMEDIA.COM

Read more ...

Gaji Tentera Naik Sehingga 41 Peratus

Kuala Lumpur: Lebih 120,000 warga Angkatan Tentera Malaysia dan 11,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan bakal menerima kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratus. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan itu memberi kesan langsung kepada penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) berkuat kuasa 1 Julai depan. "Inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam dan warga ATM kerana mereka adalah tunjang dan tonggak terpenting negara," katanya pada sidang media ketika penyerahan kunci Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di sini, petang tadi. Menurutnya, bagi penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam, gaji Pegawai Kadet berkelulusan SPM/SVM bermula dari RM1,500 berbanding RM1,104 sebelum ini "Leftenan Muda berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, bakal memperoleh gaji RM2,585 dan RM2,730 berbanding RM2,411 manakala pemegang kelulusan kejuruteraan, gaji permulaan ialah RM2,876 berbanding RM2,703. "Pemegang kelulusan perubatan veterinar akan menikmati gaji RM3,022 berbanding RM2,593," katanya. Menurutnya, perajurit muda yang menamatkan latihan asas, gaji permulaan prebet ialah RM1,564 berbanding RM1,137 sebelum ini. - Harian Metro
Read more ...

Adenan minta pengundi bumiputera sokong BN di Piasau, Senadin, Pujut

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta pengundi Bumiputera supaya bersatu menyokong calon-calon Barisan Nasional di Piasau, Senadin dan Pujut dalam pilihan raya negeri 7 Mei.

"Saya sudah buat pengiraan. Kalau semua Bumiputera menyokong BN, kita akan menang di Piasau, kita akan menang di Pujut dan Senadin. Ini pengiraan saya.

"Walaupun kamu bukan majoriti, kecuali di Senadin, kamu boleh melakukan perubahan... saya minta bumiputera yang mengundi jangan dipecahkan undi itu," katanya pada sesi perjumpaan dengan 200 orang dari Piasau di Miri semalam.

Yang turut hadir ialah calon BN Datuk Sebastian Ting bagi kerusi Piasau dan Datuk Lee Kim Shin untuk Senadin.

Adenan berkata penduduk Sarawak amat bernasib baik kerana mereka tidak dipisahkan oleh bangsa, agama dan tradisi.

"Kita telah hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan kita patut pelihara suasana ini," katanya.

Beliau mengingatkan semua sekali lagi supaya berhenti melabel kaum Cina sebagai 'pendatang'sambil berkata mereka ini merupakan generasi keempat dan kelima yang lahir di Sarawak.

"Kamu adalah warganegara Malaysia dan 'anak Sarawak'," katanya kepada kaum Cina yang hadir.

Adenan berkata kaum Cina harus memilih antara mengundi DAP atau mempunyai menteri Cina dalam Kabinet negeri.

"Jika kamu mahu mengundi DAP, teruskan, tapi jangan merungut kepada saya kemudian. Jika kamu mengundi kami, kamu dialu-alukan menyertai kerajaan," katanya.

- Bernama

Read more ...

Ahmad Razif kekal MB Terengganu - PM

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar negeri itu dan menjalankan tugasnya seperti biasa.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *