Recent Post

Monday, July 04, 2016

Amar Bahrin Berlatih Panggil Ibu Amyra Rosli รข€œMamaรข€: Bakal Berkahwin Selepas Hari Raya?

Nampaknya gosip mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan antara Amar Baharin dan Amyra Rosli masih hangat diperkatakan.

Sebelum ini mereka dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November depan.

Terbaru menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, ada sumber memberitahu pasangan ini bakal  berkahwin selepas Aidilfitri ini. Malah, Amar juga sudah berlatih memanggil ibu Amyra dengan panggilan "Mama".

Ibu Amyra dan Amar sememangnya agak rapat apatah lagi ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni  Amar.

Berikut antara petikan  kenyataan daripada Cik Pang :-

Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi harapnya Amar dan Amyra boleh buat penjelasan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka. Iyalah,  sudah beberapa kali juga mereka dihimpit dengan gosip percintaan dan pernikahan.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Trafik di lebuh raya utama lancar 10 pagi ini - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Julai - Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 10 pagi ini kecuali di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke utara dari Bidor ke hentian Tapah.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik dilaporkan perlahan di laluan itu berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Beliau berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain juga lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala turut lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Read more ...

Kisah Tragis di Penghujung Ramadhan

Kisah Lawak Gila (WAJIB BACA ๐Ÿ˜‚)Malam raya.Ibu mengetuk pintu bilikku.Menghulurkanku sepucuk surat."Apa ni, mak?""Ada orang bagi tadi. Untuk kamu."Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya."Assalamualaikum.Maaf mengganggu. Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?"Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya."Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. Kecewa sendiri.Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh leb ih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali."Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca."Saya sedih. Sangat sedih. Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah. Tapi, gembira saya tak lama.Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.

Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.Cukuplah sampai sini.Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak. Biar berjauhan.Awak kenal siapa saya."Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua."Saya Ramadhan.Jaga diri, jaga iman.Selamat tinggal."Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.Melihat orang lain bera ya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.Air mata mengalir tak tertahan lagi. 

Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.

Kesal 150 juta kali.๐Ÿƒ ๐Ÿ‚ ๐Ÿƒ ๐Ÿ‚ ๐Ÿƒ ๐Ÿ‚ ๐Ÿƒ ๐Ÿ‚ ๐Ÿƒ ๐Ÿ‚ ๐Ÿƒ ๐Ÿ‚Jgn biar ending kisah anda sebegini TRAGIS !!Jangan biarkan ramadhan pergi dengan tangisan sesalan tapi tangisi pemergian kerana bimbang kita tak bertemu lagi dengannya….

Related

Komen via Facebook

Komen

— 319 Bacaan
Read more ...

Kemalangan Maut 7 Sekeluarga : Hilang Ibu, Ayah & Adik Dalam Sekelip Mata

Gua Musang, 4 Julai: Amat memeritkan apabila melihat orang-orang yang tersayang pergi dalam sekelip mata. Sedangkan kita yang terbaca dan terdengar kisah mengenainya pun sedih, inikan pula orang yang mengalaminya sendiri.

Itulah apa yang menimpa adik Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, apabila menjadi satu-satunya mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan negeri yang mengorbankan tujuh keluarga pagi tadi.

Keluarga adik Aqil terkorban dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT KESEDAR Renok kira-kira 1.30 pagi tadi hari ini.

Aqil, yang turut terlibat dalam kemalangan itu, mengalami patah kaki kanan dan kini sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Mereka terkorban adalah Mursyida Ahmad Latfi, 29, (ibu Muhammad Aqil Aliuddin), Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29 (bapanya) dan Nurhana Jannati, lima bulan (adiknya).

Turut maut adalah kembar kepada Mursyida iaitu Munira dan suami Norazmi Mahat, 37, dan anak mereka, Rifqi, sebulan, dan Raidatul Syazwani Abdullah, 4.

Harian Metro melaporkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Kubang Badak Kedai Lalat, Kota Bharu.

Terdahulu, ibu kepada arwah Mursyida dan Munira iaitu Radziah Abu Bakar, 57, dan ahli keluarganya melakukan pengecaman jenazah di Jabatan Forensik HGM.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terlibat.

Sungguh besar ujian yang menimpa adik Aqil Aliuddin. Kami di Siakapkeli berharap agar adik Aqil Aliuddin tabah menghadapi ketentuan Ilahi ini. - Siakapkeli.my

Read more ...

Puncak Purnama - Antara sakit mata, 'mata sakit'

Di jalan masuk ke sekolah saya ada arca yang berjudul "Ruyung, Sagu dan Masa". Arca itu biasa sahaja, iaitu berupa imej batang sagu, kapak dan jam.

Pernah ada cadangan untuk merobohkan arca itu. Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menganggap arca itu ialah karya seni.

Oleh sebab itu, apabila mendapat berita sebuah arca Seniman Negara di Jalan Atap dirobohkan saya berasa amat terkejut dan sedih.

Ke manakah "rasa seni" pihak berwewenang di negara ini?

Semasa arca itu dibina pada 1985, saya masih di Tingkatan Enam. Bas yang saya naiki untuk ke sekolah saban hari akan melalui taman mini UMBC, tempat arca Puncak Purnama dibina.

Saya melihat perkembangan pembinaan arca itu setiap kali bas mini atau Bas KL Klang yang saya naiki melaluinya.

Saya berasa kagum melihat arca itu apabila ia siap dibina pada 1986. Arca itu berupa dua puncak yang bertangga-tangga. Saya bukan sahaja tidak faham akan maksudnya pada waktu itu malahan tidak tahu ia hasil karya Seniman Negara Syed Ahmad Jamal.

Arca itu berwarna putih yang sekarang saya ketahui dibina daripada kaca seramik. Kesan penglihatan terhadap arca itu berbeza-beza mengikut waktu.

Tiada pandangan pengarca

Pada waktu pagi, arca itu kelihatan amat mendamaikan. Pada waktu tengah hari kelihatan amat putih dan sedikit menyilaukan mata.

Paling menarik apabila dilihat pada seputar waktu enam petang. Arca itu kelihatan amat menenangkan. Bayang pada garis-garis binaan berupa tangga kelihatan amat jelas.

Sayang sekali saya tidak pernah terfikir untuk mengabadikan foto kenang-kenangan di arca itu.

Kesan penglihatan seperti itu tidak lagi boleh dilihat apabila bahan binaan arca itu ditukar daripada kaca seramik kepada bahan keluli pada 1996.

Langkah itu bagi saya satu tindakan buta seni yang diambil tanpa mendapat pandangan daripada pengarca sebenar.

Alasan merobohkan arca itu kerana ia menyakitkan mata pula sukar untuk diterima. Alasan itu hanya menyakitkan hati. Tentu ada cara lain untuk menyelamatkan arca itu jika pihak yang berwewenang tidak mengalami masalah 'mata yang sakit'.

Jika anda pernah ke Dayabumi pada tahun 1980-an dan 1990-an, ada satu tempat makan yang dinamakan The Stove. Di situ terdapat arca yang berupa glob.

Saya mendapat tahu kawasan ini hendak dimajukan menjadi hotel. Bagaimanapun, arca glob itu tidak dimusnahkan begitu saja.

Tak mahu mengerti

Pihak pemaju mengambil inisiatif mengalihkannya tanpa memusnah struktur binaan arca berkenaan.

Walaupun begitu nasib arca itu seterusnya tidak saya ketahui. Kali terakhir saya pernah melihat arca glob itu tersadai di depan bangunan Ibu Pejabat Pos Malaysia.

Nah, itu tindakan insan yang ada simpati terhadap karya seni! Tindakan yang sebegitu boleh diambi terhadap Puncak Purnama sepatutnya.

Namun apa lagi yang boleh diharapkan, arca itu telah ranap. Nasi sudah menjadi bubur. Arca itu telah terkubur.

Moga apa yang terjadi terhadap Puncak Purnama menjadi ikhtibar kepada pihak berwewenang dan penggiat seni di negara ini.

Diharapkan hal yang sama tidak berlaku terhadap karya-karya seni yang lain.

Usman Awang telah lama menyuarakan kesan pembangunan ini melalui sajaknya Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya tetapi sesetengah pihak tidak pernah mahu mengerti.

RIMANILZAH lelaki kota raya yang berhijrah ke luar bandar raya dan menjadikan 'kota basah' di utara semenanjung sebagai tempat tinggalnya dan menjadi peminat filem, buku, sajak dan barang vintaj. 

Read more ...

Lelaki cuba curi kereta dibelasah orang ramai

ALOR SETAR: Seorang lelaki dibelasah orang awam kerana cuba melarikan sebuah kereta Honda Accord milik seorang peniaga di kawasan pasar raya berhampiran Pasar Besar Alor Setar, di sini, pagi tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *