Recent Post

Wednesday, September 14, 2016

(FOTO & VIDEO) Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Beberapa hari sahaja lagi, kehidupan pelakon Saharul Ridzwan bakal berubah. Tentu debaran untuk bergelar suami sudah dirasai didalam hati beliau bukan?

Seperti pasangan lain, Saharul dan bakal isterinya, Deena Emir turut tidak melepaskan peluang merakam detik –detik indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan menerusi video dan foto pra perkahwinan.

Kedua-duanya mengenakan busana serba merah melambangkan kehangatan perasaan cinta serta kasih sayang yang membara.

Kata-kata yang diucapkan oleh Saharul dan Deena tentang  erti perkahwinan memang cukup indah dan puitis sekali.

Kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Saharul dan Deena dan semoga bahagia sehingga anak cucu.

Jom layan video dan beberapa lagi foto pra perkahwinan Saharul Ridzwan dan Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Video : KAIO STUDIO

Kredit Foto : AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Sanggupkah Dr Mahathir? - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 14 September 2016 By ROSLI ISMAIL

Memang ramai orang yang anggap langkah Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup cari untuk kow tim balik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai di mahkamah pada 5 September lalu adalah kemuncak korner baring segala prinsipnya kerana terdesak.

Sekalipun bekas Perdana Menteri itu beri alasan ia semata-mata matlamat bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara 2016,namun status Anwar yang telah dihukum dan disahkan oleh mahkamah meliwat membuatkan ramai geleng kepala.

Bukan sekali malah dua kali mahkamah memutuskan beliau bersalah melakukannya.

Kalau diselak balik sejarah waktu kes liwat pertama tahun 1998 siapa saja boleh baca bagaimana Dr Mahathir berkali-kali kata beliau bertindak keatas bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO kerana sudah cukup yakin pada kemungkaran yang dilakukan.

Jika Anwar cuma seorang tahanan politik macam dulunya ditempatkan di kem tahanan Kamunting…itu lain ceritanya.

Kes liwat pertama dan kedua melibatkan kesalahan jenayah dan moral yang amat terkutuk.

Jarang orang yang berprinsip tegas mahu dikaitkan atau dilihat bermesra dengan banduan kes itu.Apa lagi yang berstatus seorang negarawan.

Usaha keluarganya dan puak pembangkang terus menerus mendakwa Anwar mangsa konspirasi politik cuma wayang untuk menutup segala kemaluan.

Sebenarnya bagi sesetengah orang bertemu dan bersalam dengan Anwar masih belum lagi kemuncak Dr Mahathir boleh turun serendah itu semata-mata kerana politik.

Tandatanya yang paling hangat berlegar kini apakah bekas Perdana Menteri sanggup 'iktiraf' dan menyertai kempen ' Bebaskan Anwar'.

Itu dikira kunci untuk membuka pagar pada segala halangan untuk jalin kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Dr Mahathir dan dipimpin Tan Sri Muhyiddin.

Anak Anwar ,Nurul Nuha yang mengetuai gerakan kempen itu sudah buat kenyataan mendesak Dr Mahathir meminta maaf secara terbuka terhadap apa yang dilakukan terhadap bapanya.

Katanya isu dakwaan liwat dan salahguna kuasa tahun 1998 itu harus beres dulu sebelum bekas Perdana Menteri itu mahu fikir tentang mewujudkan kerjasama dengan Pakatan Harapan menerusi PPBM.

Nampaknya bagi Nurul Nuha tidak ada apa yang dapat mengubah kecuali Dr Mahathir sanggup memohon maaf dan akui segala dakwaan pada Anwar tidak benar.

Salam sudah salam…namun setakat ini dan juga semasa kempen Deklarasi Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga Anwar masih belum duduk satu pentas dengan Dr Mahathir.

Cuma Muhyiddin saja baru ini duduk satu pentas dengan Wan Azizah.

Apapun setakat ini ikut ceritanya ramai lagi kalangan ahli PKR dan penyokong masih mencurigai langkah Dr Mahathir cari Anwar di mahkamah.

Sanggupkah bekas Perdana Menteri itu turun ke tahap yang paling rendah sekali demi 'menuju puncak' seperti yang didesak Nurul Nuha?

Dr Mahathir jelas sangat memerlukan dokongan Pakatan Harapan kepada PPBM untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Beliau sendiri secara terbuka berkata kalau dengan Lim Kit Siang pun boleh kerjasama apa tidaknya dengan Anwar.

Melihat pada drama dua insan 5 September di mahkamah Kuala Lumpur yangtidak boleh pandang satu sama lain selama 18 tahun …jelas membuktikan dalam politik tiada yang mustahil.- 14/9/2016 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Ini Dia Rakaman Muzik Video HATTA HIM 2016

Pada 31 Ogos, 2016 baru baru ini telah berlangsungnya pra-tugasan pertama peserta pusingan TOP 30 Hatta Him yang di kendalikan di Kolaborasi Event Space, Bangi. Pra tugasan pertama peserta TOP 30 kali ini adalah untuk rakaman muzik video yang buat julung julung kalinya di adakan di dalam pertandingan realiti Hatta Him.

HATTA HIM 2016

Kerjasama antara Hatta Dolmat dan Iz yang juga merupakan seorang penyanyi dan composer telah membuahkan satu gubahan lagu bertempo rancak dan sesuai diadunkan bersama konsep program reality Hatta Him 2016.

Lagu yang di beri judul sebagai 'Shoes..Shoes..Shoes' ini telah dirakamkan muzik video bersama kesemua peserta TOP 30 Hatta Him 2016 dan Hatta Dolmat sendiri. Tugasan ini dinilai dan diambil markah dari sudut kerjasama para peserta, fleksibiliti di dalam menjalankan tugasan yang diberikan dan para juri yang hadir juga menilai dari sudut kawalan emosi/tekanan ketika sesebuah penggambaran itu dilangsungkan.

Menurut hatta Dolmat, tugasan ini dilaporkan di saat saat akhir untuk melihat kesungguhan para peserta dan bagaimana mereka cuba untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk menyertai program reality Hatta Him 2016. Antara barisan juri yang turut meluangkan masa untuk menilai dari segi pemarkahan sendiri ialah Andre Amir dan Hatta Dolmat sendiri.

Keputusan bagi siapa yang bakal menyertai Hatta Him 2016 tahun ini bakal diumumkan ketika Majlis Sidang Media 'Celebrating 30s' di Menara Tun Ismail Mohamed Ali pada 5 September ini jam 8pm.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 816 Bacaan
Read more ...

Menahan Azab Tersepit 30 Minit, Kereta Terbabit Nahas

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dan seorang wanita menahan azab kesakitan lebih 30 minit apabila kenderaan dipandu mereka terbabit dalam nahas di Jalan Genting Klang berhampiran Masjid Wardieburn, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, pemandu Perodua Myvi berusia 27 tahun cedera di leher manakala pemandu Proton Exora, Carol Shanti John Raman, 47, cedera di belakang badan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Ruslan Lokk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.39 malam dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati terdapat kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan dua mangsa cedera," katanya.

Menurutnya, saksi yang berada di lokasi terkejut dan segera membuat panggilan kecemasan, serta mendakwa kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipercayai bergesel dengan Proton Persona dan Proton Exora sehingga hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh pagar Masjid Wardieburn.

Ruslan berkata, anggotanya segera memberikan bantuan awal kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

Read more ...

Keputusan tak memihak: Petanda mahkamah bebas?

Sejak dua setengah bulan lalu, beberapa kes berprofil tinggi mahkamah menyaksikan keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan ataupun pihak pendakwa raya.

Ini termasuk tiga kes yang menyaksikan ahli parlimen pembangkang dibebaskan atas tuduhan menghasut, termasuk seorang yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di sebuah dewan undangan negeri.

Keputusan seolah-olah petanda bahawa badan kehakiman dilihat lebih bebas, sejak kebelakangan ini.

Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy, berkata, fakta dan undang-undang dalam kes-kes berkenaan diputuskan dengan betul, dan akan kelihatan benar-benar salah jika keputusan tersebut tidak dibuat.

"Tidak syak lagi bahawa penghakiman yang disampaikan dalam kes-kes ini, yang terus menyusul, akan dilihat sebagai badan kehakiman kita bermula untuk menegaskan kuasa kehakiman yang lebih bebas, saksama dan dengan berani.

"Fakta dan undang-undang dalam kes-kes berkenaan adalah sebegitu sehingga tiada hakim yang berwibawa mahu membuat keputusan sebaliknya," kata Param kepada Malaysiakini.

Param yang juga adalah presiden Majlis Peguam sekitar tahun 1980-an, berkata demikian ketika diminta mengulas peningkatan mendadak kes seperti itu, daripada Mahkamah Majistret kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes yang tidak memihak k'jaan atau pendakwaan

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib, dianugerahkan ganti rugi RM5.16 juta berikutan tahanan mereka mengikut ISA pada tahun 2001, apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat pada 29 Jun lalu.

Pada 1 Julai lalu, Bilqis Hijjas, anak gadis seorang arkitek tersohor, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, atas dakwaan "tingkah laku menghina" apabila beliau melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebuah pusat membeli-belah, tahun lalu.

Tian Chua sekali lagi menjadi tumpuan pada 14 Julai lalu, apabila Mahkamah Rayuan, mengekalkan pembebasannya berhubung tuduhan menghasut, kerana kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu, selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan mereka.

Pada 26 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan tahanan mengikut ISA ke atas ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ISA lapan tahun lalu sebagai tidak sah dan dilakukan tanpa asas. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan sejumlah RM350,000 sebagai ganti rugidibayar kepadanya.

Dua hari kemudian, di Pulau Pinang, ADUN Seri Delima, RSN Rayer dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di George Town atas tuduhan menghasut, kerana mengeluarkan kata-kata 'Umno celaka' di DUN negeri.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan pula mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memutuskan bahawa kerajaan tidak boleh membuat tuntutan, di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, berhubung ganti rugi ke atas kenderaan polis semasa perhimpunan BERSIH 3 daripada gerakan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 .

Pada 29 Ogos lalu, BERSIH sekali lagi mendapat tumpuan apabila tiga anggota panel Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pengharaman kemeja-T kuning BERSIH yang digunakan pada perhimpunan BERSIH 4, adalah tidak munasabah.

Keesokannya, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan bahawa pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar The Edge adalah salah dan mengarahkan bayaran ganti rugi dibuat.

Abu Bakar Omar (Wearing skullcap) Father of one of the Glenmarie police shooting victimsDua hari kemudian, Mahkamah Rayuan juga mendapati pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab ke atas insiden tembakan di Glenmarie pada tahun 2010, di mana tiga pemuda, seorang daripada mereka berusia 15 tahun, terbunuh dan mengarahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuat keputusan mengenai ganti rugi .

Minggu lalu, tiga anggota panel Mahkamah Rayuan menolak tuduhan terhadap Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, kerana tidak memberi notis yang mencukupi kepada pihak polis untuk perhimpunan BERSIH 4 yang dilancarkan pada Ogos 2015.

Mereka memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober 2015, dalam kes setiausaha PKR Johor, R Yuneswaran, tidak boleh dipakai secara retrospektif.

Daripada kes-kes yang disenaraikan itu, setakat ini tiga sehingga tertakluk kepada rayuan oleh pihak pendakwaan. Kes berkenaan adalah pembebasan Bilqis, keputusan Mahkamah Rayuan menganugerahkan ganti rugi kepada Teresa Kok dan pembebasan Rayer oleh Mahkamah Sesyen.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *