Recent Post

Sunday, August 21, 2016

Jemaah haji dinasihatkan tumpu ibadah, jangan percaya khabar angin - Kosmo!

Jemaah haji dinasihatkan tumpu ibadah, jangan percaya khabar angin

21/08/2016 11:14am

MAKKAH - Jemaah haji dinasihatkan agar menumpu kepada ibadah semasa berada di tanah suci dan tidak memempercayai khabar-khabar angin yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan jemaah dan keluarga di tanah air.

Ketua rombongan haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sebaliknya jika terdapat sebarang keraguan atau untuk memastikan sesuatu perkara itu benar atau tidak, jemaah dinasihatkan agar mendapat pengesahan daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

"Janganlah mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas kerana kami khuatir ia boleh menimbulkan suasana tidak baik kalangan jemaah sebaliknya berhubunglah dengan Tabung Haji untuk mendapat pengesahan.

"Tabung Haji sentiasa memantau perkembangan semasa melalui laman-laman sosial agar ia tidak mengganggu perasaan jemaah yang sedang menumpukan ibadah," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang tiba di Jeddah dan terus ke maktab penginapan di sini semalam.

Seramai 473 jemaah haji bersama 16 petugas TH tiba dengan penerbangan KT26 yang tidak ke Madinah sebaliknya terus ke sini yang menjadikan keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berada di tanah suci seramai 11,934 orang.

Dua hari lalu, sebuah portal berita pro pembangkang melaporkan kononnya Ringgit Malaysia tidak diterima di Arab Saudi berikutan kejatuhan nilai Ringgit, namun perkara itu dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya Jamil Khir berkata, jemaah Malaysia tidak berdepan sama sekali mengenai masalah tukaran wang itu malah TH sendiri menyediakan kaunter pengeluaran bagi memudahkan jemaah mengeluar wang mengikut tukaran wang Saudi Riyal. - Bernama

Read more ...

Sinopsis Filem Tombiruo

Tombiruo. Legenda yang dibisikkan dan menjadi andaian. Mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.

Apabila sebuah projek empangan mencetuskan beberapa insiden yang menyebabkan kematian ayahnya, Tombiruo yang penuh dendam memburu mereka yang bertanggung-jawab.

Tetapi pemburu pula menjadi yang diburu. Tombiruo akan mengharungi satu pengembaraan yang penuh bahaya dan tragis, dan bersamanya mengenal erti persaudaraan, keluarga, dan cinta. Cuma dengan membuka hati dan menerima peranannya, Tombiruo akan dapat mengawal kuasanya dan mengalahkan musuh. Akhirnya dia akan menerima hak kelahiran sebagai Penunggu Rimba.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 188 Bacaan
Read more ...

Olimpik : Chong Wei Bawa Pulang Perak Keempat Negara

Rio, 20 Ogos - Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat perak keempat negara setelah tewas kepada Chen Long dalam final badminton individu lelaki Olimpik Rio 2016 sebentar tadi.

Set pertama permainan menyaksikan Chong Wei ketinggalan 4-0 di awal permainan bagaimanapun, jaguh badminton negara mula mengejar dan berjaya menyamakan kedudukan. Namun, kemaraan Chong Wei disekat oleh Chen Long di akhir set tersebut dan Chong Wei tewas kepada Chen Long dengan mata 18-21.

Set kedua pula melihat kedua-dua pemain itu mendominasi permainan secara berselang seli namun Chen Long berjaya menggungguli permainan sehingga ke mata akhir perlawanan. Cheng Long menang set tersebut dengan 21-18.

Kemenangan di set kedua itu sekaligus menjadikan Chen Long juara dalam acara itu.- Siakapkeli.my

Read more ...

'Orang' parti baru pujuk Puteri Umno, kata Mas Ermieyati

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendedahkan bahawa terdapat cubaan pihak tertentu memujuk anggota sayap parti itu untuk menyertai sebuah parti yang baharu ditubuhkan.

Beliau berkata pujukan itu turut melibatkan seorang bekas pemimpin Puteri UMNO dan mereka dijanjikan akan dinamakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Bekas pemimpin Puteri ini beritahu saya beliau tidak mahu bersama dengan mereka (parti baharu) dan beliau juga tidak faham mengapa dalam banyak-banyak orang, parti itu memilih beliau.

"Mungkin mereka kekurangan orang. Ramai lagi orang di luar sana, jadi mengapa perlu mencari orang UMNO?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Paya Besar, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail, Ketua Puteri bahagian Faridah Mat Firu dan Ketua Pemuda Mohd Shahar Abdullah, yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang.

Walaupun tiada anggota Puteri UMNO termakan dengan ajakan itu, Mas Ermieyati berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana bimbang terdapat anggota yang baharu berjinak-jinak dalam politik akan termakan dengan pujukan mereka.

"Puteri melihat perkara ini sebagai cabaran dan akan melipat gandakan usaha supaya tiada anggota terpengaruh. Ini satu cabaran kepada anggota untuk melihat di mana pendirian dan kesetiaan terhadap parti," katanya.

Mas Ermieyati berkata beliau telah memberi ingatan kepada pemimpin Puteri di seluruh negara untuk melaporkan segera jika ada ajakan daripada parti baharu kepada pucuk pimpinan sayap parti.

Beliau berharap semua anggota Puteri dapat menghayati konsep kesetiaan kepada pemimpin, mempunyai jati diri yang kukuh dan yakin bahawa hanya UMNO parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Sementara itu, dalam ucapannya Mas Ermieyati menekankan kepentingan Puteri menarik lebih ramai golongan muda khususnya pengundi kali pertama bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

"Usaha menarik pengundi muda tidak boleh dilakukan secara bermusim. Mesti berjalan sepanjang masa. Namun, tidak adil jika tanggungjawab ini hanya diletakkan di bahu Puteri kerana ia perlu dilakukan sebagai sebuah keluarga," katanya.

Sementara itu, Abdul Manan mengingatkan anggota Puteri untuk saling bersatu agar jentera parti kukuh bagi menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka tidak leka dengan kemenangan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Paya Besar.

"Jika kita bekerja keras, tidak mustahil kawasan pembangkang boleh kita pecahkan, namun dalam masa sama kita juga perlu beringat bahawa mereka juga boleh melakukan perkara sama jika kita berpecah," katanya.

Abdul Manan seterusnya mengingatkan ketua Puteri cawangan supaya sentiasa peka dengan kehendak dan mengambil berat akan keperluan serta luahan anggota di peringkat akar umbi.

- Bernama

Read more ...

Olimpik: Tahniah perak Chong Wei

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas di final perseorangan lelaki di Pavilion 4 Riocentro, sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *