Recent Post

Sunday, April 24, 2016

Pan Borneo Sabah projek luar biasa - Najib - Kosmo!

Pan Borneo Sabah projek luar biasa - Najib

24/04/2016 12:45pm

PAPAR - Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membuktikan kewibawaan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang boleh dipercayai dalam membawa perubahan kepada rakyat negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN mempunyai pelan pembangunan dan transformasi ekonomi yang mampu membawa impak ketara kepada sosioekonomi rakyat Sabah.

Katanya, ia berbeza dengan parti pembangkang atau parti yang disertai oleh dua individu yang keluar daripada BN kerana dilihat lebih kepada melahirkan rasa benci, mengelirukan pemikiran serta perasaan rakyat.

"Projek Pan Borneo ini bukan projek biasa-biasa tetapi luar biasa berbanding yang pernah kita lakukan di negeri ini.

"Setiap pecahan projeknya akan dikendalikan oleh orang Sabah bermula dari jururunding, kontraktor kelas A sehingga Kelas F, para peniaga seterusnya membuktikan Sabah merdeka dalam Malaysia adalah tepat dibawa kerajaan BN," katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Read more ...

Malapetaka Ngeri Dalam Trailer Filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

Waah, ramai betul yang mahu ke Malam Gala Filem ADA APA DENGAN CINTA 2 yang akan diadakan pada hari Selasa depan. Namun begitu, seperti yang anda ketahui, Budiey hanya ada 60 tiket sahaja untuk diberikan. Selamat maju jaya buat team Grand Brilliance. Apa-apa pun kita nantikan ulasan filem ini nanti ya.

Bercakap pasal filem, korang dah tonton ke trailer terbaru untuk Independence Day: Resurgence? Budiey dah tengok. Memang realistik betul paparan kali ini di mana ianya menampakkan berbagai kehancuran di sebahagian besar wilayah di Bumi akibat dendam 20 tahun makhluk asing, termasuk kehancuran Menara Berkembar KLCC! Tak percaya korang tengok ya.

Pihak 20th Century Fox berhasil mendedahkan ketegangan yang semakin memuncak hasil daripada promosi terbaru film ini. Para penonton yang menyaksikan treler terbaru ini akan dibawa ke memori kejadian tahun 1996 yang kemudian disusuli dengan serangan lebih dahsyat pada tahun ini.

Sebelum ini, mereka juga telah melakukan strategi pemasaran berupa penerbitan komik yang menjadi jambatan antara film pertama dan sekuelnya ini. Selain dalam bentuk komik, 20th Century Fox juga telah melancarkan sebuah laman web viral (www.warof1996.com) untuk menjelaskan lebih mendalam mengenai latar belakang Independence Day: Resurgence. Salah satu hal yang dapat kita ketahui dari laman web tersebut adalah mengenai nasib Kolonel Steven Hiller lakonan Will Smith.

Independence Day: Resurgence akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2016. Tak sabar kan nak tengok di Premiere With Budiey nanti?

Ini Dia Poster Rasmi Filem INDEPENDENCE DAY RESURGENCE

Komen via Facebook

Komen

— 83 Bacaan
Read more ...

Nelayan Melecur Telefon Bimbit Buatan China Meletup

Yan 23 April - Seorang tekong bot nelayan melecur di beberapa bahagian badan termasuk di bahagian mukanya apabila telefon bimbit buatan China miliknya yang seang dicas meletup di rumahnya di rumhanya di Kampung Titi Serong, Jalan Dulang di sini.

Mangsa, Muhammad Syawal Md. Isa, 28, memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dia bersiap untuk turun ke laut.

"Sebaik sahaja mendengar de­ringan, saya lantas mengambil tele­fon dan menjawab panggilan itu. "Ketika telefon baru diletakkan di telinga, tiba-tiba ia terus mele­tup," katanya sebagaimana lapor Mingguan Malaysia.

Menurut beliau juga, keadaan itu menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian.

Memetik laporan itu juga, difahamkan telefon bimbit buatan China itu dibelinya kira-kira setahun.

Mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Yan namun dipindahkan ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Syawal, dia bersyukur panggilan itu tidak dijawab oleh dua anaknya yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun kerana kebiasaannya mereka yang menjawab telefon.

"Sebelum ini saya terbaca me­ngenai kes renjatan elektrik yang berlaku akibat daripada telefon bimbit. Tidak sangka pula perkara hampir sama berlaku kali ini," katanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan berkata mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi terdapat di bahagian kanan muka, dada serta tangan kanan.

Selain itu beliau juga berkata kornea mata kanan Syawal mengalami luka dan terdapat serpihan bendasing di dalamnya

"Selain itu, berlaku pendarahan pada telinga kanan mangsa dengan kesan gegendang telinga yang berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan," katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

DAP Sibu dakwa orang ramai ditawar RM100 untuk hadiri acara Adenan

DAP Sibu mendakwa orang ramai ditawarkan insentif wang tunai untuk menghadiri satu acara tertutup dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembalakan

Facebook pilihan rayanya memuat naik gambar dan rakaman video orang ramai di majlis itu kononnya memberi maklumat mereka sebagai pertukaran untuk RM100 dan baju-T.

Mesej telefon bimbit yang mendakwa mereka yang menghadiri majlis itu akan dibayar RM100 turut bocor dan disiarkan di laman Facebook itu.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan syarikat berkenaan menafikan membayar orang ramai yang menghadiri acara itu.

"Tidak ada perkara seperti itu," kata seorang kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 10 pagi semalam di dewan sivik.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling mengesahkan menerima gambar-gambar orang ramai berkumpul berhampiran dewan sivik itu.

Menurut Ling, berita mengenai 'bayaran' RM100 dan baju-T itu telah dihantar tetapi apabila hadir, mereka diberitahu ia akan diedarkan minggu depan.

"Mesej disebarkan bahawa mereka yang hadir akan menerima RM100 dan baju-T.

"Bagaimanapun, ini tidak berlaku apabila mereka muncul. Mereka diberitahu untuk mendaftarkan butiran diri mereka dan mereka hanya akan menerima wang seminggu kemudian," dakwanya.

Satu gambar mesej teks yang dikatakan mempromosikan acara itu turut dikongsi oleh pihak pembangkang itu,

[Baca berita penuh]

Read more ...

1.25 juta peminjam PTPTN tersenarai CCRIS

BUKIT MERTAJAM: Seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *