Recent Post

Saturday, March 26, 2016

Gantung 6 bulan: Faizal Saari hampir gila

Penyerang hoki negara, Faizal Saari akui menyesal dengan tindakan ponteng latihan skuad kebangsaan hingga digantung 6 bulan kerana hukuman itu membuatkan dirinya hampir gila.
Read more ...

Kes Belasah Pengkid : Lydiawati Sudah Beri Keterangan Pada Polis

Semalam video Lydiawati yang sudah hilang sabar dan bertindak untuk memukul seorang pengkid menjadi viral di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga Lydiawati bertindak sebegitu?

Lydiawati kemudian  menjelaskan beliau sudah tidak tahan lagi  di ganggu oleh pengkid berkenaan yang menghantar ratusan mesej lucah setiap hari. Malah, pengkid itu mendakwa beliau merupakan kerabat diraja Brunei dan menawarkan pelbagai hadiah mewah buat Lydiwati.

Terbaru, difahamkah Lydiawati telah dipanggil oleh pihak polis semalam bagi memberikan keterangan lanjut berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Aktres itu hadir kira-kira jam 6 petang di balai polis dan dibenarkan pulang selepas pihak polis merakam kenyataan beliau.

Kalau sudah hari-hari terima mesej lucah dan menjadi tempat untuk memuaskan nafsu seorang pengkid, memang ia mencabar kesabaran sesiapa pun, lebih-lebih lagi jika kita di ugut dan sebagainya. Hati-hati  juga kepada mereka di luar sana jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

ISU BELASAH PENGKID - LYDIAWATI BERI KETERANGAN PADA POLIS

Selepas Lydiawati memuatnaik dua siri rakaman video beliau membelasah seorang pengkid gara-gara wanita bergaya lelaki itu sering mengganggu dirinya dan keluarga dalam laman Facebook miliknya 'Lyd Saimon', telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Daerah Ampang semalam.

Artikel terdahulu:

  • 3 GAMBAR + VIDEO - HANGAT... BILA LYDIAWATI BELASAH PENGKID
  • Difahamkan, Lydiawati hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kira-kira pukul 6 petang dan dibenarkan pulang selepas polis merakam kenyataannya.

    Video yang dikongsikan pelakon berkenaan mendapat pelbagai reaksi di laman sosial.

    Dua siri video tersebut memaparkan Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 50, naik angin dengan tindakan wanita berumur 40 tahun itu, yang sering menghantar mesej lucah sehingga mengganggu keluarganya.

    Sementara itu, semalam sebuah akhbar melaporkan, Lydiawati sudah tidak tahan apabila sering menerima gangguan daripada wanita yang juga peminat fanatiknya itu bermula sejak dari awal pembabitan dirinya dalam dunia seni. P erkara itu mula menjadi teruk setelah mereka berjumpa di sebuah hotel terkemuka pada tahun 2014.

             ________________________

    :: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TW ITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

    TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

    Read more ...

    Zamani Semakin Bertenaga Untuk Konsert Kurnia Slam

    Kumpulan Slam yang sangat dikenali dengan lagu-lagu balada rock kini muncul kembali dengan Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei  depan di StarXpo Centre, Kenanga Whole City (KWC).

    Kelihatan Zamani begitu bersemangat dan tidak sabar untuk beraksi di hapadan penat setelah hampir 20 tahun tidak menganjurkan konsert yang berskala besar.

    "Alhamdulilah segala penantian yang dinantikan oleh peminat kami telah pun berjaya kami tunaikan. Ini adalah hadiah buat anda kerana tidak henti-henti menyokong kami dari dulu hingga sekarang.

    "Sebelum ini Slam ada buat persembahan tetapi dalam bentuk showcase dan jemputan mana-mana pihak korporat yang ingin kami menyanyi.

    "Tetapi untuk Konsert Kurnia Slam, ia menjanjikan yang terbaik. Lagu-lagu hits kami bakal kami dendangkan semula buat anda yang korang rindu nak dengar," seloroh Zamani yang ditemui media di Majlis Sidang Media Konsert Kurnia Slam di Talent Lounge Damansara.

    Dalam pada itu, kumpulan Slam turut ditanya setelah 20 tahun tidak beraksi apakah kelainan yang cuba ditampilkan untuk konsert kali ini.

    Shah selaku gitaris menjawab, kelainan yang akan ditampilkan ialah penyanyi-penyanyi muda dijemput untuk menyanyikan lagu Slam mengikut kreativiti mereka.

    "Penyanyi muda tu masih kami simpan dulu dan belum diputuskan untuk memberitahunya sekarang. Mungkin diumumkan atau pun tak, yang penting persembahan kami dapat berjalan lancar nanti.

    "Pada malam itu nanti, hampir 20 buah lagu bakal dinyanyikan menerusi 3 segmen yang telah dirancangkan buat ketika ini.

    "Saya berharap sangat, dewan yang mampu memuatkan 7,000 orang ini dipenuhi oleh semua peminat Slam yang kami sayang," ujar Shah.

    Tiket akan mula dijual pada hari 30 Mac dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu RM88 (Biasa), RM158 (Silver), RM198 (Gold) dan RM399 (VVIP).

     Pembeli tiket VVIP berpeluang beramah-mesra dengan Slam selepas konsert berakhir. Tiket boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my ataupun dengan menghubungi talian 03-78807999

    Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 26 Mac 2016

    Read more ...

    1MDB tegas tidak sembunyi sebarang perkara berkaitan siasatan - Malaysiakini (caruman) (subscription)

    1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa ia tidak menyembunyikan sebarang perkara berkaitan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik berkenaan.

    Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy berkata adalah mustahil perkara sedemikian boleh berlaku kerana 1MDB sudah melalui proses siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa tempatan mahu pun badan kawal selia asing.

    "Malah, saya ingin jelaskan, berdasarkan siasatan awal oleh pihak Bank Negara Malaysia, peguam negara memutuskan tiada sebarang kesalahan (dilakukan oleh 1MDB)," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama stesen radio tempatan, BFM89.9 yang berlangsung selama sejam, semalam.

    Dalam program itu, Arul Kanda juga sempat berkongsi pengalamannya menangani pelbagai kritikan, kebimbangan serta kontroversi yang terpaksa beliau dan 1MDB harungi.

    Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat itu juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa asing melibatkan siasatan di peringkat masing-masing.

    Namun, beliau mengakui pihak Switzerland ada menghubungi peguam negara berhubung siasatannya.

    Ditanya jika pihaknya ternyata gagal mematuhi peraturan ditetapkan Bank Negara, Arul Kanda berkata :"Pihak bank pusat itu mempunyai kuasa untuk menuntut tindakan tertentu.

    "Pada masa ini, sama ada tindakan itu boleh dipatuhi atau sebaliknya, ia bergantung kepada fakta situasi berkenaan. Kami amat menghormati sepenuhnya undang-undang serta kuasa Bank Negara untuk mengenakan sebarang tindakan yang disifatkan sebagai wajar," katanya.

    Beliau berkata 1MDB sentiasa bekerjasama seboleh mungkin dengan pihak berkuasa yang relevan, dan menegaskan bahawa jika berlaku sebarang salah laku, tindakan perlu diambil mengikut undang-undang.

    Ketika ditanya mengenai dakwaan aset dalam usaha sama Petrosaudi adalah tidak bernilai, Arul Kanda berkata: "Kami tidak boleh menghalang pihak-pihak daripada membuat tuduhan atau berbohong.

    "Apa yang boleh kami lakukan adalah dengan mengatakan, sesiapa mempunyai sebarang fakta atau bukti, maka serahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan".

    Mengenai dana US$1.83 bilion yang diarahkan oleh Bank Negara Malaysia agar dibawa pulang, beliau menjelaskan ia telah ditukarkan dan dijadikan sebagai unit dana pada 31 Mac 2014, yang bernilai US$2.33 bilion.

    Daripada jumlah itu, US$1.44 bilion ditebus dalam bentuk tunai dan digunakan untuk pembayaran pelbagai tujuan, manakala baki US$940 juta unit dana dikhaskan untuk pertukaran "hutang bagi aset" dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) dari Abu Dhabi.

    Mengenai soalan apa yang menyebabkan 1MDB terjebak dalam situasi sekarang, beliau menegaskan syarikat berkenaan berdepan dengan cabaran perniagaan dan isu itu telah dipolitikkan.

    "Apabila ahli politik turut terlibat, mereka menggunakan kenyataan yang disiarkan tanpa merujuk kepada fakta, dan apabila mereka membuat tuduhan tanpa bukti... media berebut-rebut melaporkannya," katanya.

    Beliau berkata cabaran terkini 1MDB adalah untuk memastikan ia boleh memberi penjelasan mengenai kedudukannya.

    "Saya mengakui bahawa daripada perspektif komunikasi ia mungkin dapat dilakukan dengan lebih baik lagi," katanya.

    Mengenai sejauh mana penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB - dalam pelan rasionalisasi syarikat itu, Arul Kanda berkata komunikasi adalah menerusi Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham.

    Beliau berkata syarikat tersebut bekerjasama dengan satu jawatankuasa khas yang dianggotai pelbagai profesional dalam Kementerian Kewangan untuk melaksanakan pelan rasionalisasi itu, tanpa penglibatan Najib.

    "Saya yakin setiap orang akan memahami bahawa 1MDB bukan satu-satunya syarikat milik kerajaan. Kami memiliki prosedur tadbir urus yang jelas, terutamanya apabila pelan rasionalisasi di laksanakan," kata Arul Kanda.

    - Bernama

    Read more ...

    Buli : Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiri

    Klang, 26 Mac: Seorang ibu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam satu kejadian yang berlaku di sekolah rendah di sini kelmarin.

    Wanita tersebut menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan bahawa anak lelakinya itu cedera pada lidah.

    Wanita tersebut kemudian segera ke sekolah sebelum anaknya itu dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan.

    Sumber Harian Metro berkata, setelah di desak, pelajar berusia lapan tahun itu menceritakan perkara sebenar.

    "Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

    "Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.

    Ibu mangsa berkata kini anaknya berada dalam keadaan baik.

    "Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahk an kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

    Sebelum ini, gambar pelajar tersebut yang dalam keadaan kesakitan menjadi viral di media sosial sehinggakan menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.

    Menerusi gambar yang viral, sebahagian kecil bahagian hadapan lidah mangsa dilihat terpotong. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Pengawal peribadi ahli perniagaan parah ditembak

    Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.

    Jurucakap polis berkata dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

    Beliau berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

    Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

    Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.

    Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

    Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya malam tadi mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis.

    - Bernama

    Read more ...

    Pengawal peribadi disangka 'Datuk' parah ditembak

    KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Sepang, malam ini.
    Read more ...

    Tazkirah Husam mengingatkan kita kepada Tokguru

    . Tazkirah Husam mengingatkan kita kepada Tokguru SEBELUM REHAT Tazkirah politik Husam di kedai kopi, penuh. Sambil roll wall Facebook tadi terjumpa dengan klik video Husam Musa menyampaikan tazkirah rengkas sambil makan pagi di sebuah kedai kopi kampung dalam kawasan Pengkalan Chepa. Apa yang menariknya, butiran tazkirah itu sebiji stail arwah Tokguru Nik Aziz. Tampaknya Husam benar-benar mengambil method dakwah murabbinya itu.Kenangan kepada Tokguru juga mengimbau dalam benak.

    Dengan memulakan tazkirah membaca sepotong ayat Quran, kemudian bercakap hal isu semasa, mengenai cuaca panas melengit kini. Menurunkan sepotong doa untuk menghadapi panas, serta memberi peringatan panas yang berlaku hari ini jauh lebih panas di Mahsyar besok. Katanya kalau panas hari ini orang boleh pengsan, bayangkan apa yang berlaku besok sebab matahari sejengkal dengan kepala.

    Keprihatinan Husam, beliau mengaitkan keadaan panas hari ini dengan alam sekitar. Kenapa panas terjadi ialah kerana kealpaan manusia terhadap tanggungjawab dan amanah menjaga kelestarian alam.

    Pengerusi Amanah Kelantan juga turut hadir. Tidak jaga rak, (semak samun) hutan dan sungai. Melakukan penebangan balak sesuka hati. Tidak ada penguatkuasaan undang-undang. Meluluskan kawasan pembalakan tanpa melihat kesan sistem ekologinya. Kenapa kita mementingkan kepada taukeh balak yang dua tiga orang, tetapi membiarkan kepentingan rakyat?

    Ini kerana kecakduhan pihak berkuasa. Misalnya semasa beliau berada dalam kerajaan dahulu tidak ada seorang pun Exco yang masuk hutan, meninjau hutan dari dekat, berkhemah dalam hutan dan melihat kemusnahan hutan serta berfikir untuk mengawal dan menjaganya.

    Ceritanya ada sebuah gua yang indah, dindingnya bersinar macam marmar, bermutu tinggi. Air yang dari langit gua itu jatuh ke dalam kolam. Titipannya bunyi macam detak jam mengira waktu. Air itu jatuh perlahan-lahan ke dalam kolam, dan ia melimpah perlahan-lahan kemudian membentuk dinding macam marmar. Bervariasi dengan warna biru, oren dan hijau. Indah dan fantastik.

    Katanya kalau di negara luar, gua itu dijaga dan dijad ikan objek wisata. Tetapi di Kelantan terbiar begitu sahaja.

    Bukan itu sahaja kerana kecakduhan, kurang kepedulian gua itu kini sudah musnah akibat pembalakan. Lesen penebangan diberikan tanpa mempedulikan gua berkenaan, bukan sahaja balak ditebang, sungai tercemar tetapi gua yang indah itu juga sudah musnah. Katanya tidak ada seorang pun Exco Kelantan yang tahu kedudukan gua berkenaan.

    Husam yang baharu kembali dari Uzbekistan, menziarahi dan menjejaki bumi ambia, turut menceritakan macam mana negara itu yang telah terlepas dari cengkaman Russia (1981) menjadi sebuah negara Islam yang indah dan bersih waktu ini. Setiap beberapa kilo meter dilantik (pekerja buruh), untuk menjaga kebersihan jalan dan sungai. Kejernihan air sungai persis ditamsilkan dalam syurga. Jalan cuci (bersih) berminyak.

    Begitulah sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam. Kalau kampung bersih, pekan bersih dan bandar bersih, ia menjadi tarikan pelancong dan membawa pendapatan kepada negeri.

    Pengalaman di luar negeri patut diambil pengajaran bukan melawat negeri untuk melihat keindahan dan makan angin tanpa mengutip apa-apa manfaat. Kenapa Husam kaya dengan idea yang canggih dan pelik dan diperkenalkan semasa dia menjadi Exco, kerana dia tahu mencuri apa-apa yang dilihat untuk dipraktikan dalam negeri dan bukan melawat negeri untuk berselfie semata-mata.

    Seperti biasalah beliau memasuki bak politik, menyentuh mengenai isu yang berlegar di keliling diri perdana menteri, Najib Razak sekarang ini. Menceritakan kenapa Dr Mahathir marah kepada Najib, sebab Najib tidak amanah, ambil wang rakyat. Kutip wang rakyat dengan GST kerana nak tampung wang kerajaan yang sudah makin kering kerana pecah amanah.

    Malang katanya perbuatan PM itu tidak pula ditegur malahan diberi sokongan. Ada yang mahu Najib dipertahankan, tanpa memikir apakah Najib telah melakukan pecah amanah. Apa dilakukan Najib bertentangan dengan agama, tetapi ia tidak ditegur.Kenapa?

    Husam menar ik perhatian dengan mengambil pendekatan agama yang bertegas dengan si pemecah amanah, ia perlu ditegur ataupun dibuang.Tetapi sayang katanya ada orang mempertahankan atas alasan akan huruhara negara kalau buang perdana menteri. MasyaAllah. Beliau menyatakan kekesalan atas sikap ini kenapa berfikiran sampai ke situ. Apa hendak huruharanya kalau Najib tidak menjadi PM, sebab dalam Umno masih ada yang menunggu untuk menjadi PM.

    Tanpa berselindung beliau menyebut, beliau bertentangan pendapat dengan presiden partinya, Abdul Hadi Awang. Hadi mempertahankan Najib Razak, walaupun jelas Najib telah pecah amanah.

    "Presiden ambo suruh pertahankan Najib, ia berbeza dengan ambo, jadi adik kakak fikirlah sendiri apakah ambo benar ataupun presiden ambo," begitu kira-kira kata Husam.

    Husam juga turut menyentuh dan menyatakan kekesalan apabila ada pihak tertentu masih lagi melingkungi Najib walaupun PM itu jelas melakukan kemungkaran yang sudah diketahui umum. Soalnya apakah kera na Najib sedia pakai jubah maka kita melupai kesalahan yang dibuatnya? Najib hari ini dalam keadaan terdesak dan pening, usahkan jubah, kalau dipakai semutar pun Najib ikut, asalkan dia selamat.

    Tidak sepatutnya kita mengeliling Najib. Dan paling disedihi katanya ada pula yang tubuh persatuan tahfiz kemudian ambil duit daripada Najib. Padahal Islam memandang berat dalam soal mengambil sedekah daripada pemecah amanah (wang haram). Katanya, penerima dan pemberi wang dari pecah amanah dua-dua akan ke Neraka.

    Kerana meragui wang yang diberikan Najib itu, Husam meminta supaya wang yang diterima untuk tahfiz itu dikembalikan semula kerana wang haram kerana ia boleh menggelapkan hati anak-anak tahfiz.

    Menyimpulkan tazkirah Husam itu ia sebiji macam Tokguru. Ada mesej untuk menguatkan keimanan, isu semasa dan kritikan kepada apa-apa kemungkaran tanpa mengira siapa. Dan paling menariknya tazkirah itu diadakan secara santai di kedai kopi, satu pendekatan dakwah dan politik v ersatile. [wm.kl.11:16 pm 25/03/16]

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *