Recent Post

Saturday, May 14, 2016

Tiada peruntukan Yang Di Pertuan Agong boleh peca... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 14 Mei 2016 By BERNAMA Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tanda tangan  kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu.

"Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.

"Tetapi persoalannya kemudian ialah apa? Adakah kamu akan mendesak Agong memecat perdana menteri walaupun itu menyalahi undang-undang?" katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com, Jumaat.

Beliau berkata walaupun orang berkata bahawa kerajaan perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan, mereka yang menentang kerajaan juga harus melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata Perlembagaan secara khusus menyatakan bahawa Anggota Dewan yang mendapat kepercayaan majoriti anggota-anggota Dewan dipilih menjadi perdana menteri.

"Atas semangat yang sama, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan, maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Ini bermakna bukan hanya perdana menteri tetapi parti yang dipimpin perdana menteri disingkirkan dan parti dari pihak lain mendapat kepercayaan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk itu berlaku, anggota-anggota Parlimen dari parti yang memerintah perlu berpaling ke kem pembangkang.

"Selain itu, tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Agong memecat perdana menteri.

"Parti pimpinan perdana menteri sendiri harus berbuat demikian (seperti dalam kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) atau anggota Parlimen dari parti pimpinan perdana menteri sendiri perlu menyeberang ke kem pembangkang (seperti dalam kes Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin)," katanya. – 14/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Video Khai Bahar Duet Siti Nordiana Trending di Youtube Malaysia

Tak sangka video Khai Bahar Duet Siti Nordiana nyanyi lagu MEMORI BERKASIH yang pernah dinyanyikan oleh Achik & Siti Nordiana telah trending di Youtube Malaysia. Dahsyat jugak suara Khai Bahar ni. Ada bakat dan boleh pergi jauh.

Jom kita tengok senarai Top 5 apa yang jadi trending dan paling digemari oleh penonton Youtube pada minggu ini.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in MalaysiaLast 7 days (May 13)

For top videos, people around the world search for information on YouTube. What follows is a summary of YouTube Search results for the top gainers on www.youtube.com.my when comparing search queries that have risen by the largest percentage for the last seven days.

1) BTS FireSouth Korea's boy band Bangtan Boys hit the high with their latest song and music video 'Fire', gaining more than 14 million views.

2) Khai BaharFans searched for cover songs sang by Khai Bahar after this local talent got into the limelight with his singing with Siti Nordiana virtually on karaoke app Smule.

3) Meletop Kebabom 2016The latest episode of MeleTOP featured performances from local girl group, 'De Fam' to the delight of fans nationwide.

4) SM TownOne of Korea's most popular recording house for popular girl group Girls' Generation released Tiffany's latest music video for her single 'I Just Wanna Dance' which has garnered more than 3 million views worldwide within 2 days.

5) NBA Highlights 2016NBA fans watched video highlights and snippets from the game last week.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Viral Wanita Ditelan Ular di Perak PALSU - Bomba

IPOH, 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan viral kononnya seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Menurut pengarahnya, Datuk Yahya Madis, perkara tersebut tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Viral itu memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap oleh bomba selain berita yang menyatakan reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. - Siakapkeli.my

Read more ...

23 pelajar di Dungun dipercayai keracunan makanan

Kira-kira 23 pelajar sebuah sekolah menengah di Dungun dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan di dewan makan sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Dungun semalam selepas mengadu sakit perut dan mengalami cirit birit.

Katanya 176 pelajar telah menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan pihak dewan makan dan 23 daripada mereka mengalami simptom keracunan makanan.

"Sejurus menerima rungutan itu kesemua pelajar berkenaan telah di bawa ke hospital dan menerima rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar... semua mereka juga telah pulih.

Setakat ini tiada kes baru dan berulang yang menimpa para pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut Shafrudin berkata Jabatan Kesihatan telah datang ke sekolah berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan notis terhadap pihak dewan makan untuk ditutup bagi tujuan pembersihan.

Katanya, pihaknya kini memantau keadaan pelajar yang terlibat dan menunggu tindakan selanjutnya daripada Jabatan Kesihatan berhubung insiden itu.

- Bernama

Read more ...

PRK serentak Kuala Kangsar, Sungai Besar - SPR

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *