Recent Post

Tuesday, September 29, 2015

MH370: Misi pencarian tetap diteruskan, strategi akan diperhebat - Liow

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perbincangan itu akan menumpukan kepada strategi pencarian pesawat MH370 secara lebih berkesan.
Read more ...

Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Pengikutnya, Tetapi Perkara Yang MENAKJUBKAN Berlaku !

Ya ,itulah tajuk yang akan kami kongsikan kepada anda semua mengenai satu kejadian, dimana seorang paderi yang cuba membakar senaskah Al Quran di hadapan ratusan 'pengikutnya'. Namun Allhamdulillah, paderi ini gagal membakar naskah Al Quran tersebut malah telah memeluk Islam.Paderi yang berasal daripada Nigeria ini memutuskan untuk memeluk islam selepas usaha membakar Al Quran tersebut gagal. Pada mulanya paderi Froos telah melemparkan Al Quran tersebut hingga jatuh ke tanah.Bukan hanya itu saja ,paderi tersebut menyiramkan bensin dan juga berusaha untuk memusnahkan kitab suci umat islam itu. Dengan kuasa Allah s.w.t. tiba-tiba kedua tangan paderi Froos tersambar api dan terbakar.Selepas kejadian itu ,paderi tersebut terus memeluk Islam dan di ikuti oleh beberapa paderi yang lain.Mereka juga memutuskan untuk mengundurkan diri daripada organisai Kependetaan Gereja. Kini mereka telah menyebarkan Agama Islam dengan berdakwah di seluruh Nigeria dan juga negara yang terdekat.
Read more ...

Luahan Hati Tok Adi Apabila Selalu Dijadikan Bahan "TROLL" Di Media Sosial

Boleh dikatakan, sebahagian besar rakyat Malaysia pastinya mengenali watak Tok Adi lakonan Nasir Bilal Khas dari drama bersiri Tanah Kubur. Jika dilihat di laman sosial seperti Facebook atau Twitter, pastinya ada saja meme atau parodi untuk watak penggali kubur itu dimuat naik sebagai tanda nasihat atau pun sekadar `troll`. Malah, watak penggali kubur itu turut pernah dijadikan subjek untuk persembahan kumpulan Shiro di pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 tahun lalu. Pelakon yang memegang watak Tok Adi iaitu Nasir Bilal Khan sebelum ini pernah berkata, dia tidak kisah watak itu dijadikan parodi atau bahan lawak kerana itu sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan drama Tanah Kubur itu sendiri. "Saya tahu perkara ini terjadi, dan saya rasa tidak kisah pun bila watak itu diparodikan. Pada saya, mereka sendiri perlu bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan," jelas Nasir Bilal Khan sebelum ini. "Watak yang saya bawa itu menjadi dan kekal dalam ingatan semua orang. Tetapi harapannya pengajaran yang cuba ditonjolkan itu juga sampai. Bukan hanya menjad bahan lawak sahaja", tambahnya lagi. Drama bersiri Tanah Kubur kini telah memasuki musim ke-14 dan kini sedang bersiaran setiap Jumaat, jam 7.30 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Read more ...

DITUDUH TAMPIL NAMPAK PAKAIAN DALAM - FOUZIAH GOUS LUAH RASA KESAL

Pelakon dan pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Menurut Fouziah, 32, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Klik gambar untuk size besar

Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru produksi se ntiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata.

Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.

"Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian. Pakaian ini yang dikatakan nipis sehingga menampakkan pakaian dalam menerusi program Nona Ahad lalu

"Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung," jelasnya.

Sementara itu, Fouziah berkata, dia tidak mahu melayani gosip berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

"Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu," katanya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pasti Anda Terkejut Kenapa Lelaki Ini DILIWAT Oleh 20 Banduan Lelaki Hingga TERKOYAK !!!

SEORANG  jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara. Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu. Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi 'dikerjakan' oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua. "Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu," menurut sumber. Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini. Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.
Read more ...

‘Kapal selam Australia mai penang’

kselam2

Georgetown: Kemunculan kapal selam HMAS Sheean milik Australia menarik perhatian penumpang Feri Pulau Pinang selepas ia melalui laluan feri berkenaan di sini, pagi tadi.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.

Wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia. – Harian Metro

Incoming search terms:
  • kapal selam australia
  • kapal selam australia di malaysia
  • Berita berkaitan:

    Penyelidik USM hasilkan kit pengesan DNA khinzir

    Anggota Cawangan Khas Ditemui Mati Ditembak

    Ke rumah kekasih nak cuci baju

    Kerajaan masih kaji struktur baharu skim subsidi bahan api - Najib

    Pengguna 'Naik Angin' Topup Ada GST, Peruncit Serik Nak Jual

    Komen

    comments

    Read more ...

    'Tudung Adijuma Lebih Penting Dari Anak' - Netizen

    MELAKA - Gambar seorang kanak-kanak terbaring kebosanan di hadapan kedai Adijuma, tersebar di laman sosial dan dikritik oleh netizen. Gambar yang dimuat naik oleh Shahrul Anuar di premis Adijuma di Mydin Mall Melaka itu menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata mengkritik ibu kepada kanak-kanak terbabit. "Tunggu mak beli tudung Adijuma. Kegilaan wanita bertudung sekarang sampai anak terbiar macam tu," katanya. "Memang salah mak dia sebab sanggup menjadi bodoh nak bersesak beli tudung. Tak faham betul dengan perangai makcik-makcik atau kakak-kakak yang sanggup beratur nak beli tudung. Padahal berlambak kedai lain yang boleh beli dengan selesa. Konon nak eksklusif sangat, last-last jadi PPRT," kata Syam. Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa perangai kanak-kanak memang seperti itu apabila mereka sudah bosan. "Kadang-kadang, begitulah cara-cara mereka protes atau mungkin mereka penat sangat, saja-saja nak baring sebab budak-budak ini tiada perasaan malu sangat atau bersalah. Jadi, usahlah menyalahkan ibu budak itu 100% bila tengok budak-budak buat perangai seperti ini," kata Jan. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    Hari ini hari penentuan bagi Khir Toyo

    Mahkamah Persekutuan akan menjatuhi hukuman ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, 50, hari ini.

    Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada jam 1.30 tengah hari.

    Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.

    Dr Khir, bapa kepada enam orang anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

    Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

    Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

    Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

    Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

    Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

    Dr Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.

    Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

    Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

    Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu.

    - Bernama

    Read more ...

    'Aku Takde Job, Mak Bapak Bangsat Ko Nazak Ke Anjing?!' - Azwan Ali

    Malang nasib seorang pengguna Instagram dimaki hamun oleh Azwan Ali, gara-gara salah faham yang tidak sepatutnya berlaku.  Azwan Ali, melemparkan kata-kata kesat terhadap Siti Juha yang memberikan komen "jb xde ke?", sehingga membabitkan ibu bapa wanita berkenaan kerana menyangka wanita itu menyindirnya, "Job xde ke?". Akibatnya, Azwan Ali melemparkan kata-kata kesat terhadap wanita itu dengan kasar dan biadab. "Tak ada job kepala bapak ko sundal! Jawab aar k*mak anjing. If aku takde job, mak bapak bangsat ko nazak ke anjing? Betina busuk kepam neraka tersial! Ludah! Puii!" kata Azwan. Terkejut, namun dengan tenang Siti Juha menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud seperti itu.  "Maksud saya, JB (Johor Bahru) tak ada hantar ke? Bukan tak ada job," jelasnya. Azwan Ali sewajarnya tidak melenting dan memahami maksud komen yang disampaikan oleh peminatnya. Ini bukan pertama kali Azwan Ali salah faham dengan comment peminatnya di laman sosial. Bawa-bawalah berubah. - THEHYPEMEDIA.COM

    Read more ...

    40 maut bedilan tentera sekutu di Yaman

    SANAA: Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk kanak-kanak yang menghadiri majlis perkahwinan terkorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas serangan udara tentera sekutu diterajui Arab Saudi, semalam.
    Read more ...

    ZALIM !! IBU SENDIRI MEMBERI ROTAN KEPADA PENGASUH HINGGA BERBIRAT

  • Dirotan pengasuh sampai berbiratHui Choon (kanan) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Nusajaya, bagaimanapun selepas beberapa jam dia bertindak menarik balik laporan tersebut.
  •  1 / 1  JOHOR BAHRU - Seorang ibu tidak menyangka rotan yang diberikan kepada seorang pengasuh bagi menakutkan anak-anaknya digunakan untuk membelasah anak sulungnya sehingga mengalami calar dan bengkak di beberapa bahagian anggota badan.

    Lau Hui Choon, 33, berkata, dia pada mulanya menyangka anak-anaknya dipukul ringan sebaik dihubungi wanita berusia 40-an itu yang memberitahu memukul anak sulung kerana kencing di atas sofanya dan terlalu nakal.

    Bagaimanapun, menurutnya, dia terkejut selepas ke rumah pengasuh dan mendapati anak sulungnya itu berbirat dan bengkak di bahagian tangan dan kaki serta punggung.

    "Saya bagi dia rotan sekadar menakut-nakutkan anak saya supaya tidak nakal.

    "Tapi saya kesal dengan tindakan dia memukul anak saya yang masih kecil sehingga disahkan doktor sangat serius kerana bahagian punggung mula membengkak," katanya.

    Hui Choon berkata, perkhidmatan wanita itu diperoleh melalui iklan di internet dengan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan ba gi dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun enam bulan.

    Menurutnya, pengalaman sedemikian amat menakutkannya sehingga membatalkan hasratnya untuk bekerja sebagai juruwang di Taman Selesa Jaya bermula 1 Mei depan.

    "Saya tak kenal pengasuh ini, cuma mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet selepas menerima tawaran bekerja bermula 1 Mei depan.

    "Saya membuat keputusan untuk menghantar anak-anak lebih awal supaya mereka boleh menyesuaikan diri apabila saya sudah mula bekerja nanti," katanya.

    Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Nor Hashim Mohamad mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Nusajaya kelmarin.

    "Bagaimanapun, selepas beberapa jam, wanita berkenaan bertindak menarik balik laporan yang dibuat sebelum itu, " katanya.

    Read more ...

    Rempuhan Di Mina: Isteri Menceritakan Segalanya Tentang Arwah Suami Sebelum Dia Meninggal Dunia

    Rempuhan Di Mina: Isteri Menceritakan Segalanya Tentang Arwah Suami Sebelum Dia Meninggal Dunia  MAKKAH: Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi). Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang. "Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju. Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut Sunnah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 Sept) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina," katanya. Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara'ik di Makkah pada 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina, malam Ahad. Lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku pada 11.30 pagi pada 24 Sept lepas di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah Malaysia. Suriahanim berkata dia meminta suaminya pulang ke khemah Malaysia dahulu untuk berehat sebelum melaksanakan ibadat melontar, namun suaminya bertegas untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada waktu Duha. "Saya mendapat maklumat berkenaan insiden rempuhan di Mina itu pada kira-kira 1.30 tengah hari (kejadian pada 11.30 pagi) dan saya mula menelefon suami, tapi tak berjawab," katanya. Suriahanim berkata beliau membuat laporan pada 11 malam hari kejadian kepada TH selepas suaminya masih tidak pulang ke khemah mereka. TH kemudiannya melancarkan usaha mencari di sekitar kawasan Kompleks Jamrah (kawasan melontar) dan Mina tetapi gagal, sebelum tindakan terakhir dengan mencari di rumah mayat Muassiem di Mina. "Terlalu berat ujian untuk saya dalam mengerjakan haji ini, arwah seorang suami yang sangat baik, tak pernah tinggikan suara, selepas hari terakhir di Mina (selepas selesai semua ibadat melontar semalam), saya balik ke Makkah dan di Masjidil Haram, saya solat taubat dan bersolat hajat. Selepas sahaja selesai solat hajat pada kira-kira 1.30 petang (27 September), Tabung Haji hubungi saya untuk membawa saya bagi proses pengecaman," katanya yang memiliki seorang anak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan bersama arwah suaminya itu. Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata TH hanya mula dibenarkan untuk membuat pemeriksaan terhadap jenazah yang terkorban dalam insiden rempuhan itu bermula semalam (27 September). "Jenazah dikebumikan berkapankan kain ihram yang dipakainya, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa," katanya. Sumber : mStar
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *