Recent Post

Monday, July 25, 2016

Chef Riz dan Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Hari ini kami ada dengar khabar angin yang mengejutkan apabila ada pihak yang mendakwa rumah tangga Chef Riz dan Shikin Maembong sudah pun berakhir.

Dakwaan itu dibuat selepas melihat beberapa gambar terbaru Shikin di akaun Instagram miliknya yang memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali solo dan hanya hidup berdua bersama anaknya Putri Arianna Natasya.

Menurut Shikin, tekanan yang dialaminya sudah berkurangan dan beluau kini merasa lebih tenang.

Malah, dalam muat naik yang lain pula beliau mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini bahagia hidup bersama anaknya.

Hashtag #newjourneybegins #justthetwoofus yang disertakan oleh Shikin didalam fotonya itu juga mencetuskan pelbagai persoalan.

Terdahulu, Chef Riz pernah mengakui beliau menghadapi sedikit konflik bersama Shikin yang merajuk kerana beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. Walaubagaimanapun, Chef Riz memberitahu masalah itu sudah selesai dan ia adalah lumrah untuk pasangan yang berkahwin mempunyai sedikit masalah.

Emmm, kami harap berita ini tidak benar. Iyalah, kesian juga pada anak perempuan mereka yang masih kecil. Tentu masih mahukan belaian dan kasih seorang ayah di sisi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Bukan bela Najib... tapi jangan percaya Amerika - PAS - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 25 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Jangan percaya pada Amerika Syarikat terutama apabila melibatkan kepentingan negara Islam... itu mesej PAS kepada ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia.

PAS menafikan ia membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan korupsi dan kecurian wang dalam syarikat milik negara 1MDB.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti itu hanya mahu mengingatkan sejarah kuasa besar itu apabila melibatkan negara Islam.

"Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam," soal Idris.

"Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara," katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan membuat desakan supaya Najib meletak jawatan susulan langkah Jabatan Kehakiman AS menyita aset berkait 1MDB bernilai AS$1 bilion.

Sambil berkata ia terpulang kepada Barisan Nasional, beliau turut memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap dana negara itu.

"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.

"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya.

Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.

Sementara itu, Idris membidas mereka yang memutar belit kenyataan Hadi.

"Tak habis-habis hendak fitnah kepada PAS," katanya.

"Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional."

Perkembangan terkini melibatkan 1MDB susulan tuduhan korupsi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu dijangka tidak memberikan kesan politik terhadap kedudukan Datuk Seri Najib Razak, menurut beberapa penganalisis dipetik Bloomberg.

Malah, beberapa hari selepas pengumuman Peguam Negara AS mahu menyita aset berkait 1MDB, perdana menteri meneruskan tugasnya seperti hari-hari biasa.

Beliau dilihat bersalaman dengan penjawat awam, mempengerusikan mesyuarat pembangunan ekonomi, dan hadir melancarkan kereta baharu keluaran syarikat Perodua.

"Mesejnya jelas. Perdana menteri menumpukan perhatian kepada isu dalam negara seperti ekonomi dalam mengekalkan sokongan terutama penduduk luar bandar Melayu terhadap UMNO," menurut pemerhatian akhbar perniagaan Bloomberg.

Menurut pakar ekonomi Vaninder Singh dari Royal Bank of Scotland Plc berpusat di Singapura.

"Pasaran jelas yang Najib selamat pada tahap ini dan tidak ada cabaran politik yang terlalu besar terhadapnya," katanya

Vaninder berkata sekiranya UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang, saki baki kesan 1MDB dijangka terhapus terus.-25/7/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SUICIDE SQUAD

Kepada semua Budieyators dan selebriti, ini adalah hadiah dari Budiey istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere With Budiey Filem SUICIDE SQUAD – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem ini.

Jom tonton dulu trailer filem ini:

Sebanyak 120 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem aksi ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem SUICIDE SQUAD lakonan Will Smith ("Ali," "The Pursuit of Happyness"), Oscar winner Jared Leto ("Dallas Buyers Club"), Margot Robbie ("The Wolf of Wall Street," "Focus"), Joel Kinnaman (Netflix's "House of Cards") and Oscar nominee Viola Davis ("The Help," "Doubt") ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 4 Ogos 2016.

SUICIDE SQUAD

Sinopsis Filem SUICIDE SQUAD:

From director David Ayer ("Fury," "End of Watch") comes "Suicide Squad," starring Oscar nominee Will Smith ("Ali," "The Pursuit of Happyness"), Oscar winner Jared Leto ("Dallas Buyers Club"), Margot Robbie ("The Wolf of Wall Street," "Focus"), Joel Kinnaman (Netflix's "House of Cards") and Oscar nominee Viola Davis ("The Help," "Doubt").

It feels good to be bad… Assemble a team of the world's most dangerous, incarcerated Super Villains, provide them with the most powerful arsenal at the government's disposal, and send them off on a mission to defeat an enigmatic, insuperable entity.  U.S. intelligence officer Amanda Waller has determined only a secretly convened group of disparate, despicable individuals with next to nothing to lose will do.  However, once they realize they weren't picked to succeed but chosen for their patent culpability when they inevitably fail, will the Suicide Squad resolve to die trying, or decide it's every man for himself?

Written and directed by Ayer based on the characters from DC Comics, the film also stars Jai Courtney ("Insurgent"), Jay Hernandez ("Takers"), Adewale Akinnuoye-Agbaje ("Thor: The Dark World"), Ike Barinholtz ("Neighbors"), Scott Eastwood ("Fury"), Cara Delevingne ("Paper Towns"), Adam Beach ("Cowboys & Aliens"), and Karen Fukuhara in her feature film debut. It is produced by Charles Roven and Richard Suckle, with Zack Snyder, Deborah Snyder, Colin Wilson and Geoff Johns serving as executive producers.

Ayer's behind-the-scenes creative team includes director of photography Roman Vasyanov ("Fury," "End of Watch"), production designer Oliver Scholl ("Edge of Tomorrow"), editor John Gilroy ("Pacific Rim"), costume designer Kate Hawley ("The Hobbit" Trilogy) and Oscar-nominated visual effects supervisor Jerome Chen ("Stuart Little," "Fury," "The Amazing Spider-Man" films). The music is by Oscar-winning composer Steven Price ("Gravity").

Warner Bros. Pictures presents, an Atlas Entertainment production, a film by David Ayer, "Suicide Squad." The film will be distributed worldwide by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment Company. The film opens worldwide in 3D, and in 2D, and in select IMAX 3D theaters beginning August 4, 2016. www.suicidesquad.net

SUICIDE SQUAD

Peraduan Tayangan Premiere Filem SUICIDE SQUAD

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

2 Ogos 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC Pavilion KL

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SUICIDE SQUAD – Budiey.com di GSC Pavilion KL. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SuicideSquadMy

Apa yang korang perlu buat ialah: 1. Hanya followers Budiey.com sahaja yang layak menyertai peraduan ini

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SuicideSquadMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua watak utama dalam filem SUICIDE SQUAD

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SUICIDE SQUAD – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere SUICIDE SQUAD – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

1 Ogos 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang mendebarkan ini mulai 4 Ogos 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/warnerbrosmalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SUICIDE SQUAD

SUICIDE SQUAD

SUICIDE SQUAD

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) Selena Gomez Tiba di KLIA Untuk Konsert Revival Tour

Kuala Lumpur, 24 Julai - PENYANYI yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu. - Bernama

— Selena Gomez (@SarcasmOfAlex) July 24, 2016
Read more ...

P’raya mengejut, AMANAH belum buat keputusan

Parti Amanah Negara (AMANAH) belum membuat keputusan mengenai pilihan raya mengejut yang dicadangkan di Pulau Pinang.

Presiden parti Mohamad Sabu berkata perkara itu telah dibincangkan di kalangan para pemimpin parti pagi semalam dan parti itu akan bermesyuarat lagi hari ini di ibu pejabat parti di Selayang untuk membincangkan perkara itu.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak membuat keputusan mengenai perkara itu, beliau berkata, ada banyak agenda dan isu-isu yang perlu dikaji semula.

"Kami terpaksa menangguhkan perbincangan kerana mempunyai banyak perkara untuk dipertimbangkan atau mengambil kira.

"Kami memutuskan untuk melanjutkan mesyuarat dan kami akan memaklumkan apa yang kami persetujui," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka AMANAH di Sungai Besar, di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi masa kepada rakan-rakan DAP dalam Pakatan Harapan untuk berbincang tentang cadangan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata DAP dilihat seperti ketandusan pemimpin apabila seolah-olah mahu mengekalkan Lim sebagai ketua menteri Pulau Pinang menerusi rancangan mereka yang tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Beliau berkata kepimpinan dan anggota DAP yang lain sepatutnya perlu meminta Lim supaya bercuti sehingga kes tersebut selesai, bukannya membuat rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor di Kompleks Belia di Seksyen 7 di Sabak Bernam, semalam.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *