Thursday, September 17, 2015
Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu nafi Najib beri cek RM3 juta
[5 FOTO] NGERI ! Foto Mayat David Morais Tersebar ! Sangat Menyayat Hati !
Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin. Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi. Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
10 Fakta Tentang Mr. Bean Yang Ramai Belum Tahu
Sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta tentang Mr.Bean yang anda mungkin tidak tahu. 1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979. 2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka. 3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean. 4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990. 5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya. 6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London. 7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992. 8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia. 9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta. 10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.
4 Menu Ini Mesti Cuba Jika Ke Restoran Bunga Naga
Eh? Betul ke 4 menu? Mengapa featured image cuma ada tiga menu sahaja? Sabar. Teruskan membaca. Pada bulan lepas penulis berpeluang berjalan ke utara tanah air di Jitra, Kedah dan secara tak langsung berpeluang untuk singgah ke Restoran Bunga Naga.
Restoran yang terletak diatas bukit ini bukan sahaja saujana mata memandang. Malahan disini juga turut menghidangkan makanan yang lazat. Disebabkan kami hanya bertiga. Jadi, kami hanya menempah tiga menu utama, nasi dan juga minuman.
#1 Buku menu..
#2 Jus buah naga.. memang sedap dan mesti cuba. Diperbuat daripada buah naga segar dan bukannya kordial yang dibancuh. Anda boleh merasainya sendiri kepekatan buah naga tersebut.
#3 Ikan kerapu masak cabai buah naga (5 rasa). Memang sedap walaupun anda mungkin berasa pelik selain buah nenas, buah naga juga turut dicampur dalam masakan. Jangan risau, saya jamin rasanya memang sedap.
#4 Kuah tom yam yang pekat dan rasanya memang 'kawww'. Udang dan sotong besar-besar serta dicampur juga dengan cendawan tiram.
#5 Sotong cabai kacang tumbuk. Terasa cili yang digunakan bagi membuat sambal ini menggunakan cili kering, jadi rasanya tidak ragu lagi, memang lebih sedap dari sambal yang diperbuat dari cili boh paket. Kacang rangup dan bijan menambahkan lagi keenakan rasa.
#6 Pandangan dari luar restoran pada waktu malam.
#7 Pintu masuk ke bahagian makan. Ini bukan pintu gerbang ye..
#8 Sewaktu masuk ke dalam, terdapat papan hitam yang menyatakan menu yang istimewa pada hari-hari tertentu.
#9 Antara menu yang terdapat di restoran ini
#10 Makanan laut, daging rusa pun ada tau.
#11 Senarai jus buah-buahan dan pencuci mulut
#12 Kemudahan surau turut disediakan
#13 Pemandangan dari atas bukit. Anda harus memakir kereta dibahagian bawah diruangan yang telah disediakan.
Buat kamu yang berpeluang ke negeri utara tanah air semenanjung ini, kamu bolehlah berkunjung ke restoran ini seperti alamat dibawah :
Lot 1076,
Kg Lubuk Batu,
Jalan Wang Tepus,
06000 Jitra,
Kedah.
Restoran ini berada dikawasan rumah kampung, jika kamu mencari restoran ini haruslah teliti, kerana sekali imbas pintu masuknya seperti rumah-rumah biasa tetapi restoran ini berada di atas bukit.
22 GAMBAR + VIDEO - SEKITAR BULAN MADU NUBHAN & HIDAYAH
Sebaik isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, pulang dari Mesir, Ahmad Nubhan Ahamad, 29, dan isteri terus terbang ke Amsterdam, Belanda untuk berbulan madu di sana.
"Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula penghujung September. Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam"
"Destinasi itu dipilih kerana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik," ujar Nubhan sebelum ini.
Melalui gambar tersebut, jelas kelihatan yang mereka berdua begitu 'deep in love' dan semoga bulan madu ini akan mengera tkan lagi hubungan Nubhan dan Hidayah.
Enjoyzzz...
Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO 1VIDEO 2VIDEO 3
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER



Follow @myartisdotcom
Popular Posts
-
Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai ju...
-
Kuala Terengganu, 10 Julai: Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus dijangkan bakal pulih sepenuhnya se...
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
"Day 15 training like TANK!! Every titis titis of the peluh peluh paid of," demikian kata Sharnaaz Ahmad mengenai tubuhnya yan...
-
Jangan tinggalkan kesan pada pakaian kegemaran anda! Deodoran lain boleh menyebabkan kesan putih pada tekstil gelap dan kesan kuning di ...

































