Recent Post

Monday, September 28, 2015

Ikea Cheras akan dibuka akhir November

Ikea di Cheras terletak lebih kurang lima minit dari pusat bandaraya dan dikatakan mampu menarik kehadiran pengunjung.
Read more ...

MASYAALLAH ! Penemuan MENGERIKAN Ini Membongkar Misteri Setahun Yang Lalu

Keningau: Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini. Rangka Sharif Marzuki, 28, ditemui dalam dalam lori satu tan oleh orang ramai yang kebetulan sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, pada 3.55 petang. Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Douglas Taong, berkata berdasarkan maklumat tertera pada lori berkenaan, polis pergi ke sebuah rumah dipercayai ahli keluarga mangsa. "Menurut ibu mangsa, Sharif sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka terputus hubungan sejak Januari tahun lalu. "Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan mangsa. Mangsa disyaki terbabas lalu jatuh ke gaung tanpa disedari sesiapa. "Rangka mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Read more ...

Rempuhan Di Mina: Isteri Menceritakan Segalanya Tentang Arwah Suami Sebelum Dia Meninggal Dunia

Rempuhan Di Mina: Isteri Menceritakan Segalanya Tentang Arwah Suami Sebelum Dia Meninggal Dunia  MAKKAH: Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi). Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang. "Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju. Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut Sunnah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 Sept) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina," katanya. Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara'ik di Makkah pada 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina, malam Ahad. Lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku pada 11.30 pagi pada 24 Sept lepas di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah Malaysia. Suriahanim berkata dia meminta suaminya pulang ke khemah Malaysia dahulu untuk berehat sebelum melaksanakan ibadat melontar, namun suaminya bertegas untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada waktu Duha. "Saya mendapat maklumat berkenaan insiden rempuhan di Mina itu pada kira-kira 1.30 tengah hari (kejadian pada 11.30 pagi) dan saya mula menelefon suami, tapi tak berjawab," katanya. Suriahanim berkata beliau membuat laporan pada 11 malam hari kejadian kepada TH selepas suaminya masih tidak pulang ke khemah mereka. TH kemudiannya melancarkan usaha mencari di sekitar kawasan Kompleks Jamrah (kawasan melontar) dan Mina tetapi gagal, sebelum tindakan terakhir dengan mencari di rumah mayat Muassiem di Mina. "Terlalu berat ujian untuk saya dalam mengerjakan haji ini, arwah seorang suami yang sangat baik, tak pernah tinggikan suara, selepas hari terakhir di Mina (selepas selesai semua ibadat melontar semalam), saya balik ke Makkah dan di Masjidil Haram, saya solat taubat dan bersolat hajat. Selepas sahaja selesai solat hajat pada kira-kira 1.30 petang (27 September), Tabung Haji hubungi saya untuk membawa saya bagi proses pengecaman," katanya yang memiliki seorang anak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan bersama arwah suaminya itu. Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata TH hanya mula dibenarkan untuk membuat pemeriksaan terhadap jenazah yang terkorban dalam insiden rempuhan itu bermula semalam (27 September). "Jenazah dikebumikan berkapankan kain ihram yang dipakainya, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa," katanya. Sumber : mStar
Read more ...

HANYA KERANA SALAH FAHAM - AZWAN ALI SEKALI LAGI MAKI PEMINAT


Masih ingatkah lagi anda pasal isu Menate? Terkini perkara tersebut berulang lagi apabila Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminatnya hanya kerana salah faham dengan perkataan singkatan bagi negeri Johor Bahru iaitu JB.

Semua berpunca apabila seorang peminat bertanya jika rendang hasil air tangan Diva AA yang cukup terkenal dan popular sekarang boleh dijual sehingga ke Johor Bahru.



Tanpa sebarang usul periksa, Azwan menggeluarkan kata-kata kesat kepada peminat di Instagram beliau selepas menyangka individu tersebut mempersoalkan jika Azwan kini sudah tidak ada 'job'.

Alahai Azwan kan dahulu sudah minta maaf pasal isu Menate kenapa lah perlu ulang lagi? Kami rasa ramai je yang tahu maksud singkatan JB tu kan? Apa salahnya tanya apa maksud perkataan itu kalau tak faham, peminat itu pun nak sokong produk jualan anda bukan nak cari gaduh.


       
sumber: myartisdotcom
Read more ...

'Aku Ada Anak Perempuan Kau, Nak Bayar Atau Tak?!'


Salam semua. Apa yang saya akan cerita dan kongsikan ini adalah untuk kebaikan kita bersama serta agar kita semua lebih berhati-hati.  Pagi 23 September 2015, anak sulung saya dalam perjalanan dari Kota Damansara Kuala Lumpur ke Alor Setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah kerana tunangnya hendak pergi ke tandas. Semasa menunggu di dalam kereta, datang sebuah kereta yang penumpang termasuk pemandunya seramai empat orang lelaki berbangsa India terus membuka pintu kereta dan menyuruh keluar atas alasan mahu menarik kereta. Pada masa yang sama, mereka juga memaklumkan jika diberikan wang, mereka tidak akan menarik kereta itu. Namun, anak saya mahu menghubungi pihak bank terlebih dahulu untuk kepastian. Tetapi tindakan itu membangkitkan kemarahan mereka lalu mengugut anak saya. "Nak mampus ka?! Saya nak settle sekarang! Kalau you nak call bank, saya akan tarik ini kereta juga!" katanya. Kemudian, anak saya meminta izin untuk menghubungi saya untuk meminjam wang. Mereka membenarkan anak saya berbuat demikian. Lalu anak saya menjarakkan diri dari lelaki terbabit dan terus menghubungi pihak bank.  Menurut pihak bank, tiada pembayaran tertunggak dan tiada arahan untuk menarik keretanya. Pihak bank menasihatkan agar anak saya segera menghubungi polis. Terkejut dan panik, anak saya terus menghubungi saya dan menangis ketakutan.  Selepas menjelaskan apa yang terjadi pada saya, lelaki India itu terus merampas telefon dan menyuruh saya membayar mereka RM900 jika mahu masalah itu diselesaikan atas alasan jika mereka menarik kereta itu, pihak bank juga akan membayar mereka RM900.  Bimbang dengan keselamatan anak dan tunang serta enggan perkara menjadi lebih buruk, maka saya bersetuju untuk membayar RM300. Malangnya lelaki itu tidak bersetuju dan mengugut saya sekali lagi. "Anak perempuan awak ada dengan saya sekarang. Nak bayar atau tak?!" gertaknya. "Beri saya 10 minit untuk saya pindahkan wang," balas saya dengan tenang. Saya hubungi anak saya semula dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada sekumpulan lelaki itu dan bersembunyi di dalam tandas. Pada masa yang sama, anak say menghubungi polis dan tunangnya menghubungi rakannya di sekitar Tapah. Menyedari kehadiran polis peronda, keempat-empat lelaki India itu segera melarikan diri. Mereka juga sempat mengugut anak saya yang kononnya mereka akan mengikuti anak saya sampai dapat keretanya. Anak saya dan tunangnya kemudian dibawa ke balai polis. Menurut pihak polis, kes seperti ini kerap berlaku di Tapah dan kumpulan ini menyasarkan golongan muda, terutamanya pemandu perempuan. Dua hari yang lalu juga, seorang pemilik Proton Iswara juga diugut dan kerana takut, mangsa telah membayar wang itu kepada kumpulan terbabit. Kawasan R & R Tapah ini adalah kawasan jenayah. Tadi kawan saya baru saja menghubungi saya yang beliau ternampak kereta suspek di R & R Behrang pada jam 3 pagi. Ketika ditemui, empat suspek berkenaan sedang mendengar lagu dengan kuat dan berada dalam keadaan mabuk. AJM 1324, Perodua Alza berwarna purple. Tingkap kereta gelap 100%. Modus operandi mereka di kawasan lebuh raya Tapah. Sila sebarkan kepada orang ramai agar mereka lebih berhati-hati. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita sahaja. Tetapi kali ini, benar-benar terjadi pada anak saya sendiri. - Naz Adam Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Mahathir terima anugerah 'The Star of Soekarno'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah 'The Star of Soekarno' yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di Jakarta malam tadi.

Anugerah itu sebagai pengiktitarafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Surkarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar.
Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Surkarno.

"Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan," katanya.
Anugerah 'The Star of Soekarno' itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
- Bernama
Read more ...

Jemaah haji Malaysia terkorban dalam rempuhan di Mina

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mengesahkan seorang jemaah Malaysia, Zulkifly Samad, 50, terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina, Khamis lalu.
Read more ...

Fasha Sandha Muat Naik Gambar Umpama Menyindir Pasangan Che Ta dan Zain



kecoh di media sosial selepas gambar Fasha Sandha memegang sepotong kek bersama suaminya, ada yang memuji pasangan ini kerana tidak menunjukkan kekayaan beliau. Tetapi ada juga yang menyifatkan gambar ini seakan-akan menyindir pansangan rozita che wan dan Zain Saidin, kerana pasangan tersebut selalu memperagakan pakaian dan barangan kemas yang mahal. berikut antara komen-komen yang dilontarkan mengenai gambar tersebut.

 
 
Read more ...

#CAKAPUTARA Customer Service Maxis Ni Memang Style! Dia Bantai Cakap Utara Dengan Customer!

Telatah nakal pegawai khidmat pelanggan Maxis yang memudahkan urusan seorang daripada pelanggannya, berkemungkinan mendapat jaminan kenaikan pangkat. Menurut pengguna Twitter, Zahier Aiman Radzwan, pegawai khidmat pelanggan bernama Firdaus, berusaha gigih menyelesaikan masalah sambungan data telefon bimbitnya. Tulisnya dalam Twitter syarikat telekomunikasi itu: "Maxis, please give (tolong bagi) bonus or naikkan gaji Firdaus ni. He provide best customer service (Dia memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan." Dalam beberapa siri tweet, Zahier membuat aduan mengenai masalah penyedia perkhidmatan menerusi saluran pertanyaan untuk pelanggan dalam talian syarikat pada akaun Twitter, @MaxisListens. "Buat jam 12.12 malam. Jam 12.24 malam sudah pakai 80 peratus. Jam 12.26 malam, 100 peratus. Aku tak (tidak) pakai telefon pun," said Zahier. Beliau mengadu mendapatkan balasan yang pantas daripada Firdaus, yang sepatutnya mengendalikan akaun Twitter Maxis pada masa itu. "Sat la (tunggu sebentar) kami kena reply (jawab) tweet yang 'mai' (datang) sebelum 'ampa' (kamu). Tapi kami dapat tweet ini ja (sahaja). "Sungguh tak dapat, kami tak 'mohong' (bohong) aih. Cuba 'antaq' (hantar) lagi sekali tapi letak meksislisten itu dekat depan," kata pegawai khidmat pelanggan Maxis tersebut di laman Twitter, Maxis, dengan menggunakan dialek utara. Firdaus kemudian terus memberi panduan kepada Zahier bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu, ketika Zahier yang kecewa dengan masalah terbabit, berkata: "Baling buang phone (telefon) ni. Rugi duit betul." "Jangan la buang, sayang oi. 'Ampa' (kamu) try (cuba) off (tutup) data bagi mana-mana 'app' (aplikasi) yang jarang guna atau tak guna langsung. Off (tutup) lokasi perkhidmatan sama," balasnya. Balasan Firdaus dalam gurauan nakal menghiburkan Zahier yang kemudian berterima kasih apabila masalahnya selesai. Perbualan antara kedua mereka mendapat perhatian netizen yang turut mengakui berasa terhibur dengan cara pegawai perkhidmatan pelanggan itu berbanding kaedah komunikasi lama dengan pelanggan. @Amzar yang gembira dengan keadaan telus itu berkata: "Aiman and Maxis talk like they have known each other for ages." (Perbualan Aiman dan Maxis seperti mereka sudah kenal lama) @Sarah998 mengulas: "Haha, why is Maxis speaking in Kedah?." (Haha, kenapa Maxis bercakap dalam (dialek) Kedah?) Pada masa sama, pengguna lain @NassrolFahmi mendakwa Maxis tidak memberikan sebarang bonus kepada kakitangannya sejak lima tahun lalu. Siri perbuatan itu di`tweet' semula hampir 1,000 kali.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *