Recent Post

Wednesday, August 19, 2015

Lelaki Ini Menukarkan Skateboard Lama Menjadi Gitar Elektrik

Selain bermain skateboard, bermain gitar juga merupakan satu hobi sewaktu lapang untuk Nick Pourfard. Sewaktu mengalami kemalangan sewaktu bermain skateboard, di dalam tempoh selama enam bulan sewaktu tidak mampu berjalan, lelaki ini mencari sesuatu untuk dilakukan.

Gitar 2

Setiap skateboard yang digunakan mempunyai nilai sentimental kepada dirinya, daripada dibiarkan berhabuk, lelaki ini mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua-dua hobinya itu menjadi satu..

Gitar 3

….iaitu menghasilkan gitar elektrik dari papan luncurnya sendiri!

Gitar 4

"Saya telah mengumpulkan beberapa bahan, menonton video dan nekad untuk membuat gitar elektrik dari papan luncur saya sendiri".

Gitar 5

"Setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang dilalui, saya telah belajar bagaimana hendak menjadikan material-material tersebut menjadi sebuah gitar yang berfungsi".

Gitar 6

Lelaki ini meneruskan hobi barunya diatas papan selama lima tahun, hanya menggunakan papan skateboard yang lama dan menukarkannya kepada gitar elektrik yang berbagai warna-warni.

Gitar 7

Lelaki ini telah melancarkan Prisma Guitars, dimana kesemua gitar yang dibuat menggunakan papan-papan yang telah rosak dan telah digunakan sebagai skateboard. Prisma Guitars merupakan 100% buatan tangan.

Gitar 8

Read more ...

Azmin Ali Diragui Sekutu Sendiri Isu DEIG Ala 1MDB

KETIKA pembangkang kecoh bising mengenai 1MDB konon bermasalah teruk dan bertindih fungsi dengan Khazanah Nasional Berhad, mereka pada masa sama cuba menyorok isu sama di Selangor yang jauh lebih parah.

Demi kepentingan politik anti-BN, kisah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang berperanan sama macam Menteri Besar Incorporated (MBI) seperti dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat negeri itu selama ini.

Cerita asalnya, sayap pelaburan kerajaan Selangor itu ditubuhkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali pada akhir 2014 lalu sebagai percubaan bagi menghapuskan segala legasi kesan pentadbiran, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anehnya tidak seperti 1MDB yang jauh lebih telus sehingga boleh disiasat pihak berwajib, DEIG sebaliknya diwujudkan di bawah MBI melalui Akta Syarikat 1967 dengan taraf bebas audit daripada mana-mana pihak.

Ramai penganalisis politik melihat DEIG sengaja ditubuhkan Azmin agar urusan pelaburan kerajaan negeri tidak lagi dibayangi sejarah gemilang MBI yang pernah dinaungi Khalid sebelum beliau dipecat oleh PKR sendiri.

Malangnya, agenda tersirat Azmin sebagai Menteri Besar yang belum genap cukup setahun itu kini berada dalam 'kepanasan' apabila DEIG diilhamkan beliau ditolak oleh ramai ADUN Selangor pada sidang DUN kali ini.

Ini sekali gus cipta sejarah kerana penubuhan DEIG bukan sahaja ditolak ADUN BN dan wakil tunggal Bebas iaitu Khalid sendiri, malah ramai ADUN DAP dan seorang ADUN Pas yang digantung keahlian, Saari Sungib.

Jika pada Selasa, Azmin berdepan ibarat buku bertemu ruas dengan bekas MB yang juga ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berdebat mempertikaikan tindakannya sengaja 'mengubahsuai' MBI melalui penubuhan DEIG.

Pada Rabu, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib yang digantung keahlian Pas selama setahun bangun mengusulkan agar operasi DEIG yang penuh misteri dan keraguan integriti itu langsung dihentikan dengan serta-merta.

Bercakap dalam sidang DUN, beliau menegaskan sekali lagi bahawa kebimbangan hampir majoriti wakil rakyat Selangor adalah berkenaan keperluan untuk menubuhkan satu lagi entiti baharu sama fungsi seperti MBI.

Dalam masa sama, Saari bimbang akan kurangnya keseimbangan kredibiliti dalam proses urusan pentadbiran apabila DEIG dan MBI secara kebetulan pula kini 'dikuasai' oleh orang yang sama iaitu Azmin sendiri.

Keadaan ini nyata jauh berbeza daripada Khazanah dan 1MDB yang walaupun langsung dimiliki oleh kerajaan Pusat, tetapi masih telus melantik individu berlainan bagi segala urus tadbir korporat secara profesional.

"DEIG ini sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk strategi pelaburan kesemua anak syarikat di bawah MBI. Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG pada masa ini?

"Walhal MBI pun sudah ada… kita hendak memastikan ketelusan dan akauntabiliti…. kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang," katanya ketika membahaskan usul berkenaan sekali gus mengejutkan banyak pihak.

Kedudukan dan bidang kuasa DEIG juga dikhuatiri akan melangkaui MBI yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap 12 anak syarikat terdapat dalam kumpulan induk MBI yang terus di bawah kerajaan negeri tersebut.

Sehubungan itu, Saari berpendirian penjelasan rasmi mengenai strategi dan hala tuju DEIG perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Selangor khasnya yang mula curiga melihat isu tersebut.

"DEIG akan jadi terlalu berkuasa boleh uruskan semua GLC di bawah MBI… kita hendak kurangkan kuasa syarikat itu. Kita cadang pembentangan rasmi DEIG dalam bentuk kertas putih pada sidang akan datang," jelasnya.

Saari digantung oleh kepimpinan Pas Pusat daripada menjadi wakil rakyat Pas selama 12 bulan sejak November lalu selepas menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB baharu Selangor.

Pas Selangor ketika itu diarahkan agar teguh menyokong Khalid dan selepas 'drama politik' yang panjang, beliau mengubah sokongan kepada Azmin yang berjaya 'menyingkirkan' pesaingnya itu yang juga ADUN baharu Kajang.

Turut bersuara nada sama adalah ADUN BN dari Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang berkata, penubuhan DEIG menambahkan lagi kecelaruan serius aspek pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya kini.

Kerajaan Selangor sepatutnya memperkemaskan pentadbiran MBI yang sedia ada tanpa perlu mewujudkan entiti baharu. Persoalannya kenapa perlu ditubuhkan entiti lain? Mengapa tidak MBI itu sendiri diperbetulkan.

"Menubuhkan entiti lain timbulkan banyak persepsi, dalam keadaan ia ditubuh melalui Akta Syarikat 1967 dan ia boleh buat pinjaman serta tidak perlu lapor terus kepada kerajaan negeri," katanya. -Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen

comments

Read more ...

cik ta mengamuk kerana aaisyah jatuh katil-hidung berdarah

Ibu mana yang tidak cemas apabila anak tercinta yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh, tiba-tiba ditimpa perkera yang tidak diingini. Perkara itu berlaku kepada si comel, Aaisyah Dhia Rana, sebaik sebelum Che Ta dan suami mahu pergi ke rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini.

"Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya"

"Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya 'mengamuk' sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius," jelas Che Ta kepada Harian Metro. Malah, Zain juga turut cemas apabila perkara tersebut terjadi.

Tambah Che Ta lagi, dia kini menerima banyak dan tawaran lakonan selain mengakui tidak rindu untuk berlakon semula kerana terlalu sibuk selain perlu meluangkan masa bersama dengan Aaisyah tercitna malah dia juga perlu menguruskan perniagaannya yang kini semakin mendapat sambutan menggalakkan. (rtky/s)

Read more ...

'Sembang Sini Tak Guna !' - Nedim Nazri Berang Nora Danish Diganggu Individu Misteri

Semalam kecoh di laman-laman sosial yang mendakwa bahawa Nedim Nazri dan Nora Danish sudah putus cinta. Namun, sebaliknya yang berlaku tengah malam semalam apabila kami lihat Nedim Nazri 'menyelamatlan' Nora Danish daripada diganggu insan misteri yang menggunakan nama instagram Bossned007. Nora Danish diprovok! Nedim Nazri jadi penyelamat! Kenapa benci sangat dengan saya?
Read more ...

DIUGUT TUMBUK - AZWAN ALI BUAT LAPORAN POLIS

Azwan Ali atau Diva AA telah membuat laporan polis selepas dirinya diugut tumbuk oleh salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya jika mereka berjumpa.

Ini kerana Azwan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Susulan ugutan tersebut, Azwan telah bertindak untuk membuat satu laporan polis dan mahu mengheret individu tersebut ke mahkamah. Malah beliau juga telah membuat laporan di SKMM bagi menjejaki pengikut tersebut.

Klik gambar untuk size besar

Untuk pengetahuan semua, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan.

Tindakannya itu dalam masa yang sama turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya dan seperti bi asa, bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, Azwan akan block terus individu tersebut di laman sosial tersebut.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Teknik Mandi 90 Saat Ini Bagus Untuk Badan. Wajib Cuba!

TEKNIK 'MANDI 90 SAAT' INI BAGUS UNTUK BADAN. WAJIB CUBA! Sekiranya anda tidak dapat melalui hari tanpa satu, dua, tiga, ataupun lebih cawan kafein, sudah tiba masanya untuk anda melakukan pelarasan tenaga! Entrepreneur telah mendapati bahawa dengan melakukan trik 'Mandian 90 Saat' sebagai rutin mandian harian adalah bagus untuk badan anda secara menyeluruh.

Lakukan rutin yang biasa anda lakukan — air panas, syampu, perapi, membasuh, mencukur, dan lain-lain, tetapi sebelum anda melangkah keluar, cuba lakukan trik hidroterapi panas dan sejuk ini:

1) Buka shower air sejuk sekuat yang mungkin, dan berdiri di bawah air itu selama 30 saat.

2) Kemudian, beralih kepada air panas — panas yang boleh anda tahan — untuk 30 saat. Ia akan membuka kapilari, meningkatkan aliran darah dan menyediakan rangsangan deria.

3) Akhir sekali, kembali kepada air sejuk untuk satu lagi pusingan selama 30 saat.

Bukan sahaja anda akan menjadi segar dan bersedia untuk melalui hari anda, tetapi pelbagai kajian menunjukkan bahawa teknik ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak, dan juga membantu melawan kemurungan.

Sumber : wanista.com

Read more ...

'Saya rindu ke sekolah'

Kota Bharu: "Saya rindu untuk kembali ke sekolah dan bertemu rakan-rakan," luah Farahdina Che Fauzan, 14, yang kehilangan tangan kiri selepas disahkan menghidap kanser tulang jenis Osteosarcoma kira-kira setahun lepas.

Anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Pengkalan Paun, Pasir Mas, kehilangan tangan kirinya selepas anggota badan itu terpaksa dipotong pada Februari lepas bagi mengelak kanser merebak ke bahagian tubuhnya yang lain.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Ismailiyyah Pohon Buloh Pasir Mas itu berkata, walaupun hidupnya kini tidak seperti remaja lain, semangatnya untuk meneruskan persekolahan tetap membara.

"Sukar juga untuk menjalani kehidupan seharian dengan sebelah tangan sahaja, namun keluarga sering beri semangat dan dorongan.

"Walaupun saya tak dapat ke sekolah seperti biasa, HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) turut beri peluang kepada saya untuk menimba ilmu di sini kerana turut menyediakan kelas seperti di sekolah. Kadang-kadang ada guru-guru ataupun rakan-rakan dari sekolah lama saya datang melawat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sumbangan hadiah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Children's Wish Society of Malaysia (CWS) di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini, hari ini.

Pada majlis itu, permintaan Farahdina untuk memiliki sebuah Samsung Galaxy Tab ditunaikan CWS, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi memenuhi permintaan remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah yang menghidap penyakit kritikal terutama berkaitan kanser.

Selain itu, CWS menerusi Naib Presidennya, Teoh Teik Hoong turut menyumbangkan empat permainan video Sony PSP, sebuah Samsung Galaxy Tab, Lego Blocks dan patung permainan Batman kepada enam lagi kanak-kanak lain berusia antara tiga hingga 14 tahun yang senasib dengan Farahdina.

Seorang lagi pesakit, Mohd Munir Suhaimi, 12, yang berasal dari Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat berkata, beliau gembira apabila impiannya untuk mendapatkan permainan video Sony PSP ditunaikan oleh pertubuhan itu.

"Saya dah lama mengimpikan untuk memiliki Sony PSP kerana merasa bosan ketika menerima rawatan di hospital selepas disahkan kena kanser tulang punggung.

"Dengan permainan video ini sekurang-kurangnya saya dapat isi waktu terluang terutama selepas menjalani rawatan kemoterapi," kata murid Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu itu.

Ibu kepada Mohd Munir, Nora Ismail, 43, berkata, anaknya mula dikesan menghidap penyakit tersebut sejak Mac lalu selepas rebah ketika bermain bola sepak di sekolahnya.

"Anak saya sangat aktif bersukan namun kini hanya terlantar di atas katil selepas disahkan menghidap kanser tulang yang menyerang punggungnya.

"Mohd Munir dimasukkan ke wad sejak Mac lepas untuk menjalani rawatan kemoterapi. Saya harap dia mampu jalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan depan," katanya.

Sementara itu, Teoh berkata, pihaknya sering bekerjasama dengan hospital di seluruh negara bagi mengesan dan menunaikan impian kanak-kanak malang untuk memberi keceriaan dalam hidup mereka.

"Pada program kali ini, kita hubungi seorang doktor yang merawat kanak-kanak ini, bertanya kepadanya apa impian yang ingin dicapai oleh kanak-kanak ini dan doktor berkenaan menyerahkan senarai impian mereka.

"Walaupun mereka sakit, mereka juga berhak untuk menikmati kegembiraan dalam hidup mereka. Kita sedaya-upaya berusaha untuk memenuhi impian mereka," katanya. - Bernama

Read more ...

"Tuduh-menuduh isu guling kerajaan tidak untungkan UMNO" - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, pendedahan kononnya ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan kerajaan membabitkan pemimpin UMNO tidak akan menguntungkan parti.

Katanya, tuduhan kononnya terdapat wakil rakyat UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan bersama pembangkang merupakan serius dan boleh menjarakkan hubungan sesama ahli parti.

"Saya bimbang isu tersebut akan dipergunakan pihak berkepentingan untuk merosakkan UMNO dan kerajaan sedia bada.

"Ada pendedahan tetapi tak jelas siapa yang terlibat nak guling kerajaan, ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak menguntungkan UMNO," ujarnya di dalam catatan terbaru di blognya.

Syed Ali turut kesal kerana sejak 'pendedahan' itu berlaku tuduh-menuduh sesama pemimpin UMNO disamping turut memberi kesan kepada ahli-ahli parti diperingkat akar umbi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada komplot untuk menjatuhk an kerajaan yang turut membabitkan wakil rakyat UMNO.

Berikutan itu tersebar khabar-khabar angin kononnya beberapa pemimpin UMNO termasuk yang berada dalam kabinet terbabit dan nama yang didakwa itu terpaksa membuat penafian dan laporan polis.

"Saya lihat isu ini tidak menguntungkan sesiapa, yang rosaknya UMNO, ahli-ahli di bawah mula curiga sesama sendiri," tegasnya.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan ada dalang tertentu yang cuba menghancurkan UMNO daripada dalam.

Katanya, tidak mustahil ketika UMNO dilanda pelbagai isu politik semasa ada pihak tertentu mengambil kesempatan merosakkan parti demi kepentingan peribadi.

"Saya amat khuatir dalam kedaaan senario politik yang agak kritikal ini, mungkin ada pihak ambil kesempatan memecah-belahkan UMNO," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangani isu tersebut dengan segera.

" Najib selaku Presiden UMNO perlu menyekat perbuatan tuduh-menuduh sesama pemimpin UMNO yang didakwa terbabit menggulingkan kerajaan.

"Ia sekali gus akan menjejaskan hubungan baik sesama pemimpin UMNO dan memberi peluang pihak pembangkang mengeksploitasikan keadaan.

"Pemimpin di atas berkecamuk sesama sendiri akibat tuduh-menuduh, yang jadi mangsa adalah ahli-ahli di bawah, mungkin mereka akan terhakis sokongan kepada pemimpin tertentu," tegasnya.

Mengenai desakan banyak pihak supaya Ahmad Zahid berterus-terang mendedahkan siapa yang terbabit mahu menggulingkan kerjaaan, Syed Ali berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada Zahid.

"Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yang dedahkan perkara (komplot) itu, tentu beliau ada maklumat atau fakta munasabah untuk menyokong dakwaan tersebut," ujarnya.

Read more ...

Suspek Dalang Letupan Bom Di Bangkok Ditahan

THAILAND - Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang digelar sebagai 'Backpack Man' dipercayai suspek yang menjadi dalang letupan bom di Bangkok, malam Isnin lalu. Hasil pemeriksaan mendapati, pasport antarabangsa yang dimilik lelaki itu menunjukkan suspek yang bernama Stephen Larry Fahl berusia 29 tahun dan berasal dari Virginia, Amerika Syarikat. Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki berkulit putih yang memakai t-shirt berwarna kuning meninggalkan sebuah beg di Kuil Erawan sebelum letupan bom berlaku yang mengorbankan 20 mangsa termasuk 4 rakyat Malaysia. Perbandingan gambar dari video rakaman CCTV juga menunjukkan ciri-ciri pakaian mereka agak sama. Begitu juga dengan tanda kecederaan di lengan kiri suspek juga hampir sama 80%. - THEHYPEMEDIA.COM Lagi gambar suspek di bawah:

Read more ...

1.68 juta rakyat M'sia lemah tenaga batin

Kira-kira 1.68 lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED), kata presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan masalah itu yang juga dikenali sebagai lemah tenaga batin.

"Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh kepercayaan berasaskan budaya dan set minda," katanya ketika berucap dalam persidangan mengenai peranan ahli farmasi dalam menangani ED di ibunegara semalam.

ED ialah ketidakmampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Ho berkata keadaan psikologi dan emosi seperti stres, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED.

"Rawatan ED tidak patut dipandang remeh... kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit hanya perlu berunding dengan doktor tentang bentuk rawatan yang perlu dilakukannya," kata Ho.

Beliau berkata ahli farmasi bersedia mengadakan perbincangan secara peribadi mengenai opsyen bagi seseorang untuk mendapatkan rawatan berkesan bagi masalah ED.

- Bernama

Read more ...

Bangkok blast not linked to Pattani Muslim separatist group, says academician

The famous Erawan shrine located in central Bangkok is a sacred site for Buddhists in Thailand as well as tourists. – Reuters pic, August 19, 2015.The famous Erawan shrine located in central Bangkok is a sacred site for Buddhists in Thailand as well as tourists. – Reuters pic, August 19, 2015.An academician in southern Thailand believes that the perpetrators of last night's bomb blast in central Bangkok are not from the country's Muslim separatist groups in the territories bordering Malaysia.

Dr Srisompop Jitpiromsi of Deep South Watch said the explosion, which killed at least 20 people, had nothing to do with the group responsible for the bombings in southern Thailand.

His reason was the type of bomb used was different.

"Thai police's initial investigation found nothing that can be associated with separatist groups in the south and before this, Bangkok was rarely a target of bomb attacks by separatists," he said.

Meanwhile, Thai authorities are looking for a suspect seen in a closed-circuit television (CCTV) footage of last night's incident.

Srisompop also believes that the main factor in yesterday's incident was internal political problem between the junta government and the Red Shirt group.

However, he said, the theory was also difficult to accept because the Red Shirt members, who are Buddhists, were unlikely to do it.

"If we look at the area of the attack, it is near the shrine for Hindus and Buddhists (Erawan Shrine), which is regarded as highly sacred," he said.

Another possibility that could be associated with the incident is the good relations between Thailand and China.

"Recently, Thailand sent a number of Uighurs back to China, which was objected to by Muslims in Thailand and also in Turkey," he said.

Srisompop added that the injured victims were mostly Chinese nationals.

He said whatever the theories were, the public should wait for the results of the police investigations.

Thai authorities today said they were looking for a man seen on the CCTV footage, who was wearing a yellow shirt and carrying a backpack, which was then left at the area. – Bernama, August 19, 2015.

Read more ...

Ringgit ditutup 0.38 peratus tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup 0.38 peratus tinggi berbanding dolar AS hari ini, selepas 12 hari mencatat penurunan.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut pada 4.0860/0920 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1110 semalam.

Pada paras tertinggi harian, ringgit mencecah paras terendah pada 4.1290 kepada dolar berbanding 4.15 minggu lalu, kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

"Ringgit yang terlebih jual mula menunjukkan tanda-tanda mengukuh apabila kadar semerta mula disebut dalam julat yang mengecil.

"Peserta yang menjual (ringgit) meraih keuntungan manakala yang tidak memasuki pasaran menunggu pemangkin baharu untuk petunjuk akan datang mengenai hala tuju pasaran," kata peniaga mata wang.

Beliau berkata, data untuk dipantau esok ialah Indeks Harga Pengguna Julai manakala pada Jumaat, ia adalah data rizab asing bagi tempoh berakhir 14 Ogos.

Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9080/9139 daripada 2.9117/9202 semalam, dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2854/2912 daripada 3.2953/3028 pada Isnin. Unit tempatan pulih berbanding pound sterling kepada 6.4007/4126 daripada 6.4200/4358 dan naik berbanding euro kepada 4.5228/5303 daripada 4.5565/5677. - BERNAMA

Read more ...

Diugut Tumbuk, Azwan Ali Buat Laporan Polis

Padah selar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Instagram, Azwan Ali diugut tumbuk oleh followers kerana kelancangannya itu.

'Muhyiddin, Duri Dalam Daging' - Azwan Ali Selebriti berperwatakan lelaki lembut, Azwan Ali, menyelar tindakan bekas...

Posted by My Media Hub on Sunday, August 16, 2015 "Aku bagitau ko baik-baik. Jangan sesekali ko sentuh soal politik TSMY. Kalau aku jumpa ko, pasti aku tumbuk muka ko!! Lakhanat!" kata pengguna Instagram Razalee Saudi yang memberikan amaran keras kepada Azwan Ali yang berperwatakan lembut itu. Susulan menerima komen berbaur ugutan itu, Azwan Ali segera membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan dirinya. "Diva AA ke balai polis. Repot pertama, kes ugut penjenayah melalui Instagram DivaAzwanAvazz. "Suspek disyaki penyokong tegar EX DPM @ TPM! Wait, kita tengok siapa yang kena. Mak bapak ko punya pasal sokong any leaders. But don't try to ugut Azwan Ali. See you in court!" balasnya yang mahu memfailkan saman terhadap Razalee.  Pada masa yang sama, Azwan Ali turut meminta followersnya mendoakan agar kes ugut jenayah terhadapnya itu disiasat dan teringin sekali melihat wajah lelaki yang mengugutnya itu. "My 93.8 great followers, tolong doakan kes ugut jenayah ini sangkut kali ini. Kita tengok rupa suspek penjenayah itu di mahkamah dengan coverage semua media dan tv. Pray ya? Thank you for your doa!," katanya. Azwan juga meminta agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membantunya agar suspek kes diheret ke mahkamah.  Bagaimanapun, respon netizen pula lain nadanya. "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,". - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

JANGAN TERKEJUT!! Kerana ENGGAN Mencuci Pakaian Kotor,Seorang Suami Menyumbat Isterinya Dalam Penjara.

JANGAN TERKEJUT!! Kerana ENGGAN Mencuci Pakaian Kotor,Seorang Suami Menyumbat Isterinya Dalam Penjara….Seorang wanita di Mexico terpaksa bermalam dipenjara gara-gara enggan mencuci pakaian kotor suaminya.

Dulce Requena Garcia, 21, menghabiskan 12 jam di penjara Tampico selepas suaminya, Edgar Ivan Perez Alvardo menghubungi polis kerana menuduhnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumah.

Akibatnya, Dulce Raquena dikenakan denda penalti kerana menyebabkan gangguan.

Bagi 'mengajar' si isteri, Alvardo bertindak enggan membayar denda tersebut menyebabkan Dulce Raquena dipenjara.

Semasa perbicaraan di mahkamah, Alvaro memberitahu hakim bahawa dia mahu isterinya di penjara untuk tempoh yang lama supaya insaf dengan perbuatannya yang mengingkari perintah suami. – Daily Mail

Tags: , , , ,

Category: Dunia

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *