Recent Post

Tuesday, August 23, 2016

Dipuji Ketika Mengacara AF2016 : Alif Satar Tiada Niat Untuk Membayangi Zizan

Minggu lepas, konsert pertama AF2016 telah berlangsung dan kali ini Alif Satar diberikan tanggungjawab untuk menjadi pengacara bersama Zizan Razak.

Malam tersebut, nama Alif Satar menjadi trending di Twitter kerana ramai sekali yang memuji cara beliau mengacara dan ada yang menganggap Alif lebih baik sebagai seorang pengacara berbanding Zizan.

Namun, Alif memberitahu beliau sebenarnya tidak pernah berniat untuk membayangi Zizan dan hanya menjalankan tugas yang diberikan.

Tiada istilah nak 'bunuh' Zizan, tak mungkin. Tak ada niat langsung untuk fikir sampai ke tahap itu. Lagipun waktu saya diberitahu untuk jadi pengacara AF2016, memang saya tidak tahu langsung siapa pasangan saya.

Bila kita  bekerja dengan orang yang sangat berbakat dan senang nak terima pendapat, kerja itu akan jadi lebih seronok. Sebab itu saya kata tidak ada terfikir langsung tentang hal tersebut. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan secara jujurnya Zizan banyak membantu.

Buat Alif bukan mudah untuk menjadi pengacara di pentas besar seperti AF2016. Alif akui sehingga hari ini beliau masih bertanya adakah beliau layak untuk mengacarakan program realiti berkenaan.

AF2016 merupakan satu pentas yang sangat besar. Bila ditawarkan untuk jadi pengacara, perasaan takut itu memang tak boleh dinafikan. Siapa yang tak kenal AF? Tipulah kalau kata ada yang tak pernah dengar mengenai Akademi Fantasia.

Jadi pengacara AF ini memang mencabar, tengok sahajalah barisan pengacara terdahulu seperti Datuk Aznil, Datuk AC, Sarimah Ibrahim dan sekarang Zizan, semuanya nama-nama besar. Sampai saya masih tertanya-tanya layakkah saya jadi pengacara AF? Sehingga ke hari ini saya masih lagi rasa tak percaya yang saya adalah hos AF2016.

Walaubagaimanapun, Alif meluahkan rasa syukur apabila penonton boleh menerima cara pengacaraan beliau. Alif berkata beliau akan cuba memperbaiki kelemahannya dan memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Walaupun kecil, tetapi membimbangkan - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hampir 20 peratus mahasiswa di negara ini dikesan mempunyai rasa simpati terhadap kumpulan pengganas Daesh, sekali gus dikhuatiri berpotensi terlibat dalam ajaran songsang yang dibawa untuk mengganggu ketenteraman negara.

MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, angka itu diperoleh hasil kajian Dekan Pengajian Siswazah Ghazali Shafie UUM, Prof. Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah ke atas pelajar tempatan di empat universiti awam.

Menurutnya, kajian yang dijalankan di Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UUM pada penghujung tahun lalu itu menunjukkan mahasiswa terikut-ikut dengan pengaruh rakan dan menjadikan media sosial sebagai penyebar maklumat.

"Walaupun ini baru jumlah kecil yang dikaji dan hanya tertumpu dalam kalangan mahasiswa tempatan, ia sangat membimbangkan kerana berpotensi mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat yang lain.

"Cuba kita bayangkan jumlah lebih besar termasuk pelajar sekolah, penduduk kampung dan golongan profesional turut mempunyai perasaan sama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mendedahkan sebahagian kecil penuntut di universiti awam dan swasta dikesan me­nunjukkan kecenderungan menyokong kumpulan pengganas Daesh dan dikhuatiri menjadi 'ejen' merekrut ahli baharu.

Jelas Mohamed Mustafa, penglibatan bersepadu pelbagai pihak universiti seperti pentadbir, pensyarah dan pemimpin mahasiswa diyakini dapat me­nemukan maklumat terkini dan sekiranya mahasiswa didapati terlibat, mereka perlu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan kaunseling.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairudin berkata, pemimpin mahasiswa di semua universiti sentiasa bersedia be­kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memaklumkan aktiviti mahasiswa.

"Pemimpin pelajar yang diberi tanggungjawab perlu menggunakan hubungan baik dengan rakan-rakan sebagai peluang mengetahui maklumat dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

"Untuk tujuan itu, kerajaan juga perlu menggubal Akta Uni­versiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedia ada dengan memastikan syarat dan hukuman berkaitan penglibatan pelajar dalam mana-mana persatuan lebih diperinci," katanya.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey รข€“ Filem BEN-HUR

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey bulan September 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem epik yang padat dengan aksi iaitu BEN-HUR. Jika anda pengemar filem yang bertemakan sejarah, filem ini khas untuk anda!

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem arahan Timur Bekmambetov ini, BEN-HUR di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Filem BEN-HUR

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer BEN-HUR yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok filem aksi mengujakan lakonan Jack Huston, Nazanin Boniadi dan Haluk Bilginer ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 15 September 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem BEN-HUR 

Filem Ben-Hur menceritakan tentang seorang bangsawan kacak gagah perkasa bernama Judah Ben-Hur (lakonan Jack Huston), dari kecil Judah Ben-Hur mempunyai sifat yang sangat baik hati, akan tetapi masih ada juga orang yang mengkhianatinya bahkan yang mengkhianati itu tidak lain tidak bukan…adalah sahabat karibnya sendiri. 

Selain dikhianati Judah Ben-Hur juga difitnah dan dihukum menjadi budak selama bertahun-tahun. Suatu ketika ada sesuatu yang membuatnya merasa sakit hati, Judah Ben-Hur akhirnya bersumpah untuk membalas dendam kepada sahabatnya yang telah mengkhianatinya.

Peraduan Tayangan Premiere BEN-HUR 

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 89 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

13 September 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BEN-HUR – Budiey.com di GSC 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #BenHurMy

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #BenHurMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Apakah genre filem BEN-HUR? Sila pilih satu: (Animasi / Epik Sejarah / Romantic / Komedi)

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BEN-HUR  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere BEN-HUR  – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

12 September 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 15 September 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Hur-lo everyone! The BEN-HUR character posters (Messala, Judah, Esther, Ilderim, Jesus)

Hur-lo everyone! The BEN-HUR character posters (Messala, Judah, Esther, Ilderim, Jesus)

Hur-lo everyone! The BEN-HUR character posters (Messala, Judah, Esther, Ilderim, Jesus)

Hur-lo everyone! The BEN-HUR character posters (Messala, Judah, Esther, Ilderim, Jesus)

Hur-lo everyone! The BEN-HUR character posters (Messala, Judah, Esther, Ilderim, Jesus)

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Wanita Ini Gunakan Ubat Gigi Untuk Ajar Anaknya Satu Pengajaran Penting Dalam Kehidupan, Dikongsi Lebih 700,000 Kali

Siapa sangka, untuk mengajar satu pengajaran penting dalam kehidupan cuma memerlukan ubat gigi?

Baru-baru ini, seorang wanita, Amy Gardner, menggunakan ubat gigi untuk mengajar anaknya, Breonna, sehari semula dia memulakan sesi persekolahan barunya.

Perkara itu dikongsi oleh Amy di Facebook dan mendapat perkongsian lebih 700,000 kali dalam masa seminggu ia dimuat naik.

"Anak saya akan memulakan persekolahan esok. Kami sudah hiaskan almarinya, beli uniform baru, dan juga beg sekolah baru. Tapi malam ini, sebelum dia tidur, kami lakukan satu tugas penting yang jauh lebih penting dari perkara lain.", tulis Amy. "Saya berikan dia satu tiub ubat gigi dan menyuruhnya memicit semua isinya ke dalam satu pinggan. Apabila dia selesai, saya suruh dia masukkan isi ubat gigi itu kedalam tiubnya semula. "Dia mula berleter dengan berkata 'Tapi tak boleh!' dan 'Ia tak akan jadi sama seperti asal!'. Saya menunggu di habis berleter dengan tenang sebelum berkata :

Kamu akan ingat s epinggan ubat gigi ini untuk seumur hidup kamu. Kata-kata yang keluar dari mulut kamu ada kuasa yang sangat besar. Kamu akan memulakan persekolahan, dan kamu akan saksikan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mulut kamu.  Kamu akan berpeluang menggunakan kata-kata kamu untuk  menyakitkan, menghina, memfitnah dan mencederakan orang lain.  Kamu juga berpeluang untuk melihat bagaimana kata-kata kamu boleh menyembuhkan, mendorong, memberi inspirasi dan menyayangi orang lain. Kadang-kadang kamu akan membuat pilihan salah dalam hidup. Sama seperti ubat gigi ini, apabila kata-kata sudah keluar dari mulut, kamu tidak boleh tariknya balik. Gunakan kata-kata dari mulut kamu dengan berhati-hati, Breonna. Apabila ada orang lain menggunakan kata-kata mereka dengan salah, pastikan kamu mengawal apa yang keluar dari mulut kamu. Setiap kali bangun pagi, pastikan kamu membuat pilihan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja dari mulut kamu. Malam ini, buat keputusan yang kamu akan jadi seora ng yang baik hati di sekolah. Biar orang kenal kamu dengan sifat sopan santun dan kasih sayang. Kamu tidak akan menyesal memilih membuat kebaikan.

Sumber : FB Amy

Read more ...

Zahid tiba di New York sempena lawatan ke Amerika

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di New York pada Isnin (22 Ogos) untuk lawatan kerja lima hari keAmerika Syarikat.

Bersempena dengan lawatannya itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri akan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa.

Perbahasan itu adalah mengenai 'Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan,

Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara'.Ahmad Zahid akan berada di New York dari 22 hingga 26 Ogos.Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota dengan kuasa-kuasa besar termasuk Rusia, United Kingdom, Perancis, China dan Amerika Syarikat, yang menjadi lima anggota tetap badan itu.

Majlis Keselamatan juga mempunyai 10 anggota tidak tetap termasuk Malaysia yang dipilih secara serantau untuk tempoh dua tahun.

Kepimpinan UNSC digilirkan dalam kalangan lima anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap mengikut abjad.

Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan untuk mandat dua tahun bermula 1 Jan tahun lepas dan akan berakhir 31 Dis ini.

Jawatan presiden Majlis itu disandang oleh setiap anggota seterusnya selama sebulan dan Malaysia menyandang jawatan UNSC yang digilirkan itu bagi bulan ini.

Ketibaan Ahmad Zahid di sebuah hotel di New York disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan para pegawai Malaysia yang lain.

Ini merupakan lawatan rasmi ketiga Ahmad Zahid ke Amerika Syarikat sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.-Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *