Recent Post

Wednesday, July 06, 2016

Agong sertai ribuan jemaah solat Aidilfitri - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur bersama-sama ribuan jemaah.

Seri Paduka berdua berangkat tiba di masjid itu kira-kira 8.30 pagi dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri Kabinet.

Turut hadir dif-dif kehormat serta perwakilan asing. Tuanku Abdul Halim dan para jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda berdua.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan menerima menghadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta isteri masing-masing dan anggota Jemaah Menteri bersempena Aidilfitri di Istana Negara.

Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidilfitri Medan Mempertingkatkan Takwa' selepas solat sunat itu menyatakan bahawa kejadian letupan bom yang berlaku di Turki dan Bangladesh serta terbaru di Madinah sangat menyentuh hati umat Islam.

Katanya, semua kejadian itu telah menggugat ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan umat Islam terutama kejadian di Madinah yang berlaku di bumi Rasulullah SAW dan dianggap suci oleh seluruh umat Islam.

"Oleh yang demikian marilah kita bermuhasabah tinggi dan mengambil kesabaran yang besar di atas peristiwa di Madinah," katanya.

Beliau berkata, kejadian di Malaysia pula iaitu di Puchong baru-baru ini yang juga didalangi kumpulan sama seperti serangan di Madinah seperti yang dinyatakan Polis Diraja Malaysia turut menguji umat Islam di negara ini.

Jamil Khir berkata, insiden itu jelas memberi isyarat kepada umat Islam di negara ini tanpa mengira budaya untuk membina perpaduan bagi menepis ujian itu.

"Kalau kita boleh membina perpaduan sesama kita, kita dapat mengelakkan kejadian yang berlaku di Madinah dan bumi Malaysia ini mampu juga dipertahankan," katanya.

- Bernama

Read more ...

Pantun Raya Edisi EURO 2016

*PANTUN RAYA* *(EDISI EURO 2016)*

⚽🇮🇸🇧🇪🇩🇪🇵🇱🇫🇷🇮🇹🇵🇹⚽

*EURO 16* byk kejutan,

Iceland mng England kalah;

Aidilfitri bakal diraikan,

Mohon maaf silap dan salah.Ronaldo lega Portugal mng,

Lwn Poland bukan sebarangan;

Smbil mnjamu ktupat & rendang,

Jangan lupa saling bermaafan.Nasib Belgium terus malang,

Dgn Wales pon tak boleh mng;

Bulan Syawal bakal menjelang,

Sambut bersama dengan riang.Pasukan Jerman mng penalti,

Di suku akhir kalahkan Itali;

Amalkn bdaya ziarah-mnziarahi,

Moga ukhuwah kekal terpateri.Tn rumah Perancis mng bergaya,

Iceland pula mnjadi mangsa;

Dgn ingatan ikhlas penuh mesra,

Selamat Hari Raya utk semua.*Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin*

Dipetik dari titipan pembaca setia Budiey.com

~Ikhlas dari Asyraf Azizi

Related

Komen via Facebook

Komen

— 287 Bacaan
Read more ...

Warga Emas & Kereta Diserang 10 Lelaki Selepas Terlanggar Motosikal

Kuala Lumpur, 5 Julai: Seorang warga emas dan keretanya diserang oleh sekumpulan lelaki selepas dia terlanggar sebuah motosikal yang dikatakan berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki warga emas yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan. "Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Rusdi lagi, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi sahaja yang tampil membantu mangsa dan memberi keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Read more ...

Salam Aidilfitri dari Malaysiakini

Kepada semua pembaca, khususnya umat Islam, Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut  Aidilfitri dan maaf zahir batin.

Sebahagian besar petugas Malaysiakini turut bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang menyambut hari kebesaran ini.

Malaysiakini akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari Isnin, 11 Julai dengan lebih banyak berita menarik dan terkini.

Read more ...

4 anggota keselamatan maut dalam serangan bom dekat Masjid Nabawi

DUBAI: Serangan pengebom nekad dekat Masjid Nabawi di Madinah malam tadi membunuh empat anggota keselamatan dan serangan serupa di sebuah masjid Syiah dan Konsulat Amerika Syarikat di dua lagi bandaraya Arab Saudi semalam meningkatkan kebimbangan ia usaha terancang bagi menggugat kestabilan negara itu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *