Recent Post

Sunday, October 18, 2015

Kedudukan Ahli Parlimen PAS, BN berubah di Dewan Rakyat

Perubahan kedudukan itu ekoran pembentukan pakatan pembangkang baharu dikenali Pakatan Harapan, yang menyaksikan PAS disisihkan dari blok pembangkang berkenaan.
Read more ...

EIZLAN YUSOF AKUI MASIH SAYANGKAN BEKAS ISTERI

Walaupun sudah bercerai, Datuk Eizlan Yusof, 44, mengakui masih menyayangi bekas isterinya, Vie Santie Harun, 29, dan berharap untuk kembali bersama.

Menurut Eizlan, dia ada berusaha untuk ke arah itu (kembali bersama) dan hubungannya dengan bekas isteri masih baik sehingga ke hari ini.

"Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Klik gambar untuk size besar

"Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak.

"Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya ," katanya ketika ditemui media ada majlis penyampaian surat tawaran pengajian kepada penggiat seni di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

Eizlan Vie Santie Harun mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77. Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada bulan Februari lalu selepas hakim mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie selaku ibu, manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur a ntara dua hingga enam tahun.

Sementara itu, Eizlan yang bakal menyambung pengajian dalam program Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business di Universiti Utara Malaysia menyifatkan tawaran yang diterimanya sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Eizlan yang sebelum ini pernah menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Pengurusan Perniagaan berkata, ilmu akademik kini penting untuk setiap penggiat seni dan bukannya lagi sebagai satu bonus.

"Bak kata Ahmad Idham tadi, dulu mana-mana penggiat seni yang ada pengiktirafan akademik sebagai satu bonus, tapi kini ia adalah satu kemestian.

"Malah saya juga tidak melihat faktor umur sebagai satu halangan un tuk kembali belajar. Selagi ada kemahuan dan peluang, kita perlu ambil peluang itu," jelasnya.

Biarpun sibuk dengan penggambaran dan urusan perniagaan serta anak-anak, Eizlan berkata, pengurusan masa yang baik adalah kuncinya untuk berjaya.

"Walaupun anak-anak masih kecil, tapi saya mahu beri contoh yang baik untuk mereka," katanya.

Sumber: SH

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pelajar Tingkatan 2 Dirogol 3 Kali Dalam Tempoh 15 Minit Oleh Lelaki Yang Sama Dalam Tandas Sekolah

GAMBAR HIASAN TAMPIN - Seorang remaja nekad membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang senior di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh kerana tidak tahan dengan ugutan yang diterima dari seniornya. Remaja terbabit yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada Mac lalu. Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana gusar dia sering menjadi tempat melampias nafsu buas seniornya sendiri. Memetik laporan dari sumber Sinar Harian, semasa kejadian pelajar berkenaan berada di kantin sekolah kira-kira jam 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa. "Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk. "Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam," katanya. Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Menurut sumber terbabit, mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu. "Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.", katanya. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian. Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut. "Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya
Read more ...

PBS: 'Tolonglah KPM, Berhenti Menyalahkan Guru'

Sekadar menyampaikan luahan yang disampaikan. Memang banyak kebenarannya setelah kita menyaksikan Landskap di saluran TV1 semalam. Wow! So sad. Landskap TV1 semalam mengenai Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS). Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalahkan guru kerana buat rekod-rekod yang tidak perlu. Buat bilik dan fail yang tidak perlu dan siap kata mereka tidak pernah minta. Tetapi at the end mereka kata maklumat perlu ditunjukkan kepada ibu bapa dan murid (nak tunjuk maklumat, tak ke melalui evidences yang difailkan itu?). Ya Allah.. antara sebab mengapa saya rasa takut berada di dalam bahagian KPM. Terlalu banyak kerja-kerja pentadbiran yang akhirnya diperturunkan kepada cikgu. Bila tak betul dibuat pada pandangan mereka, terus cikgu yang akan dipersalahkan. Satu Malaysia kot yang buat fail dan bina bilik fail dalam bilik peperiksaan? Ini arahan daripada pegawai yang datang membuat penataran dan memberi taklimat PBS dulu kepada ju dan sup.  Bukan main kami guru-guru bertanya macam-macam. Ada sesetengah soalan, pegawai-pegawai tak boleh nak jawab. Alih-alih sekarang, isu macam ini timbul dan salahkan guru dengan menggunakan perkataan 'Sepatutnya'. Okay, next time kami rakam segala butiran maklumat yang diberikan kepada kami dalam taklimat.  Please, bila sudah di atas, selamilah tugas yang di bawah. Arahan dan corak yang diberi memang cukup mudah disebut secara lisan tetapi perlaksaannya secara realiti adalah tidak relevan. Mengenai fail dan penyediaan bilik itu, ada je bahan Powerpoint dibekalkan oleh pegawai yang datang beri taklimat. Kalau guru yang salah, kenapa Powerpoint daripada pegawai itu sedemikian pula?  Sila sediakan senarai semak keperluan PBS dan PS bagi pelajar tingkatan 1 - 3 mengikut setiap mata pelajaran sebagai panduan guru-guru. Harap maklum bahawa, setiap mata pelajaran ini ada bilangan tema berbeza dan bilangan topik berbeza serta kemahiran berbeza. Di sudut bahasa, penguasan band memang boleh dibuat secara berperingkat tetapi dalam mata pelajaran lain, band 1 telah ditabur dalam bab-bab mata pelajaran itu. Mengikut kesesuaian tema, ada band 1 terdapat dalam bab akhir yang mana dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) telah dirancang untuk dibuat pada akhir sesi PDP tahunan. Bila pentadbir minta tunjuk penguasaan band murid, ada mata pelajaran terpaksa tunjuk bahawa murid mereka belum mencapai apa-apa band termasuk band 1 kerana mereka belum lagi mengajar bab yang mempunyai band 1 kerana tertakluk pada RPT. Kalau mereka beri juga pelepasan band 1, bermaksud cikgu itu sekarang tengah ajar lompat-lompat bab atau cikgu itu dituduh menipu data kerana Pengajaran dan Pembelajara n (PDP) dibuat tidak selari dengan RPT.  Please, turun padang dan buat bersama-sama dengan kami berbanding memberikan arahan kepada kami sebab ada pegawai bila diberitahu keadaan yang kami kena buat, barulah dia tersedar kerumitan masalah. Please, pakar-pakar pendidikan di universiti yang tidak pernah turun mengajar di sekolah, jangan menambah komen berdasarkan kepakaran atas kertas sahaja. Turun padang.  Betul kata pensyarah saya dulu, "Saya tak suka bila ada pensyarah mengajar saya cara mendidik murid bila saya tahu dia tidak pernah mengajar melebihi satu tahun di sekolah menengah/rendah. Macam mana you boleh katakan diri you seorang pensyarah pendidikan bila you tak pernah tahu tugas guru itu sendiri bagaimana?". Tersentuh hati sebenarnya melihat rakaman wawancara di TV1 itu. Tak sangka pegawai KPM boleh menurunkan kesalahan kepada guru sedangkan arahan mereka jelas dalam taklimat yang ada. Kemudian, guru ditanya pentadbir tentang pencapaian band murid, Program Sarana, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-kurikulum (PAJSK) kerana pentadbir ditanya oleh PPD. PPD pula diasak oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). JPN pula diminta bentang laporan di KPM. Siapa sebenarnya punca masalah ini terjadi?? Astagfirullah.. sudahlah cikgu yang fight tentang masalah PBS dan SPPBS telah dibuang kerja kerana usaha beliau. Siapa lagi yang boleh kami berharap? Bila kami bangkit, kami akan dilabelkan sebagai membangkang walhal suara masalah kami tidak dilayan mereka sewaktu dalam taklimat atau helpdesk SPPBS. Kami telah seboleh-bolehnya menjalankan arahan seperti yang diminta sebab kami akan dijawab oleh pegawai dengan pertanyaan "Mana surat kuasa?" dan ada pegawai yang lebih selamba beritahu "Kami tak tahu tetapi ini arahan. Kita semua 'Saya yang menurut perintah,".  Please, stop blaming teachers. Sedih bila tengok pegawai atasan menyalahkan guru. Teruknya cikgu di mata masyarakat hingga pegawai dalam KPM sendiri pun salahkan cikgu. I think I do love how KP JPK membela guru-guru di bawahnya dalam kes SK Tohoi. Saya berharap, tidak ada individu berkepentingan politik pula menganggu seperti sebelum ini. Sibuk pembangkang cari idea untuk menghentam kerajaan dan salah. - Muhammad Sani

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 

Read more ...

Jom Kenali Siapakah Penulis Mushaf Al Quran Rasm Uthmani Yang Kita Guna Sehingga Hari Ini

ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud:إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ  Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (Surah al-Hijr: 9) Ulama telah menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.

Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.

Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW. Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.Bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan haram menyalahi rasm al-Quran walaupun pada alif atau wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah pengawasan Rasulullah SAW bukan mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap perkataan al-Quran.

Berdasarkan sedikit maklumat diatas, jelas menujukkan kehebatan Rasm Uthmani yang digunapakai oleh kita umat Islam ketika ini.

Tapi tahukah kita siapakah penulis Mushaf Al Quran rasm uthmani yang kita baca pada hari ini ?

Alangkah baiknya jika kita dapat mengenali secara ringkas latar belakang insan yang dimuliakan dengan Al Quran ini.

Insan yang dimuliakan oleh Allah untuk menulis kalam kalamNya ini ialah seorang ulama kelahiran Syria yang bernama Sheikh Uthman Taha Al Halabi.

Beliau berasal dari negara Syria dan dilahirkan di bandar Halab pada tahun 1934.

Keluarga beliau ialah keluarga yang kuat pegangan agama dengan ayah beliau ialah khatib dan imam terkenal di bandar itu.

Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam bidang syariah daripada Universiti Damsyiq dan merupakan seorang pengajar dalam ilmu bahasa Arab, syariah dan juga tulisan khat.

Perjalanan beliau sebagai penulis khat bermula apabila berjaya meraih ijazah dalam penulisan khat daripada penulis khat terkenal dunia Islam; Ustaz Hamid Al Amidi yang berasal dari Turki.

Beliau juga mempelajari seni tulisan khat daripada penulis khat yang terkenal pada zaman ini.

Antaranya ialah Ustaz Ali Al Mawlawi, Ustaz Ibrahim Ar Rafai, Ustaz Muhammad Badawi Ad Dairani dan Ustaz Hashim Al Baghdadi.

Pada tahun 1970 beliau telah menulis mushaf Al Quran beliau yang pertama untuk Kementerian Waqaf Syria.

Kemudian bermula pada tahun 1988 kerajaan Arab Saudi telah menawarkan beliau untuk berkhidmat sebagai penulis Mushaf Al Madinah di Kompleks Percetakan Al Quran Malik Fahd di Madinah Al Munawwarah.

Pada tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai panel hakim pertandingan khat yang dianjurkan tiga tahun sekali di Istanbul.

Keistimewaan tulisan khat beliau ialah pada konsintensi tulisan yang pada setiap muka surat akan berakhir dengan ayat Al Quran.

Kini sudah jutaan nuskhah Al Quran bertulisan tangan beliau telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia dan telah dimanfaatkan oleh orang orang Islam.

Sebagai menghargai khidmat dan sumbangannya dalam penulisan Al Quran yang telah melebihi 50 tahun; kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan kerakyatan penuh kepada beliau.

Sehingga kini beliau telah menulis Al Quran lebih daripada 10 kali secara sempurna.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan Sheikh Uthman Taha. - Siakapkeli.my

SUMBER

Read more ...

Nazri: Saifuddin dah kalah, akan terus kalah

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau yakin bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifuddin Abdullah akan terus ditolak rakyat meskipun beliau menyertai parti pembangkang.

Kata Nazri, rakyat sudah tidak percaya lagi kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

"Dia (Saifuddin) kalah dalam pilihan raya dan dalam pemilihan Umno pun dia kalah. Jadi, kalau orang dah kalah nak keluar, itu tak ada masalah.

"Dia sudah kalah dan dia akan terus kalah, sebab orang tidak akan percaya kepada dia lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas kepada pemberita ketika hadir memeriahkan sambutan Citrawarna di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Saifuddin yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Temerloh mengisytiharkan keputusannya menyertai PKR pada Rabu.

Beliau tewas kepada Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dalam pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini beliau pernah diuar-uarkan akan menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Mengulas lanjut, Nazri yang juga ahli MT Umno berkata Saifuddin mempunyai hak memilih mana-mana parti yang disukainya.

"Negara kita mengamalkan kebebasan berpolitik, jadi dia buat keputusan nak keluar. Tak apalah itu hak dia.

"Kepada saya, (Umno) tak rugi apa-apa sebab dia pun kalah salam pilihan raya di Termeloh. Jadi kekalahan itu disebabkan peribadi dia bukan orang tak suka kepada BN," tegas Nazri lagi.

Saifuddin juga terkenal dengan kelantangan melawan arus dalam Umno. Terakhir, beliau tampil pada mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan ketika masih menjadi ahli Umno.

Tindakan itu menyaksikan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Umno.

Read more ...

Man City kekal di puncak EPL, Chelsea cipta kemenangan

LONDON: Penyerang, Raheem Sterling meledak hatrik pertamanya ketika Manchester City mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Bournemouth, malam tadi sekali gus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Read more ...

HUJAH 'DANGKAL' PEMIMPIN POLITIK LONGKANG!!!

SEMUT HITAM HUJAH 'DANGKAL' PEMIMPIN POLITIK LONGKANG!!! Heh! Tak sangka. Baru beberapa hari dia terjun masuk dalam tong sampah, kebijaksanaan Ahli Baru PKR ni pun merundum. Patut la Si Rafizi tu pun asyik tau nak menabur fitnah je kerjanya. Demi nak menegakkan dakwaan songsang yang dibuat terhadap isu 1MDB, maka mula la puak - puak Pakatan Haramjadah ni mencipta persepsi buruk terhadap Laporan Ketua Audit Negara. Kenyataan bertaraf Longkang yang dilakukan oleh Ahli Baru Parti Keluarga Rosak tu dibuat selepas Datuk Abdul Wahid Omar menegaskan, isu 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh masa dua bulan melalui laporan Ketua Audit Negara. Kata Si Ahli Baru kesayangan PKR tu, rakyat tidak semudah itu untuk menerima laporan yang akan dikeluarkan oleh Ketua Audit tersebut seperti mana yang dijelaskan oleh Menteri berkenaan. Jelas, kenyataan yang dibuat tu tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sebaliknya, dakwaan yang dia buat tidak mewakili pandangan rakyat secara keseluruhan dan hanya RETORIK semata - mata. Apa yang dilakukan oleh Ahli Baru kesayangan PKR tu hanya satu tindakan untuk mengelirukan rakyat dan membuatkan rakyat berasa curiga dengan laporan Ketua Audit itu kelak. Mana tidaknya. Selama hari ini, bukan ke puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang dok menjaja dan mempergunakan laporan Ketua Audit Negara tu untuk mengutuk Kerajaan? Bukan ke selama hari ini diorang jugak yang menjadikan laporan Ketua Audit Negara tu sebagai modal untuk memberikan persepsi buruk terhadap pihak Kerajaan? Kenapa kali ini diorang nak beri gambaran sebaliknya? Apa yang jelas, tindakan itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah termasuk Ahli Baru kesayangan PKR tu juga sedang dalam keadaan TERDESAK untuk meneruskan agenda menabur FITNAH terhadap pihak Kerajaan. Itu je tujuan diorang!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *