Recent Post

Sunday, August 23, 2015

MP, ADUN PAS Sertai GHB Tolak Cadangan Hadi Kosongkan Kerusi

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen PAS yang kini ingin melompat parti tidak perlu untuk mengosongkan kawasan yang diwakili mereka kerana perundangan mahupun perlembagaan tidak mengkehendaki untuk bertindak sedemikian. Itu apa yang dinyatakan Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB), Dr Dzulkefly Ahmad.

Kenyataan tersebut dikeluarkannya susulan gesaan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ADUN mahupun MP dari PAS melepaskan kedudukan mereka seandainya ingin keluar parti.

Ujar Dr Dzulkefly, ia dilihat tidak wajar kerana seandainya cadangan tersebut dituruti, maka secara automatiknya mereka tidak boleh bertanding selama lima tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad

Memetik kenyataannya menerusi laporan The Malaysian Insider, "Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.

"Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun."

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, kemenangan seseorang individu juga bukanlah bergantung kepada parti semata-mata, tetapi faktor-faktor lain seperti ketokohan calon, sokongan rakyat, isu serta gelombang semasa.

Kucar-kacir dalam PAS makin memburuk setelah beberapa bahagian kepimpinan di Selangor mulai meletak jawatannya, antara yang terlibat adalah Shah Alam, Kota Raja dan Kelana Jaya.

Setakat ini, Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Hanipa Maidin (Sepang) antara MP terawal dijangka meninggalkan PAS dan menyertai parti baru yang bakal diwujudkan secara rasmi 31 Ogos depan.

Ramai pihak melihat situasi ini sebagai sesuatu yang memalukan buat individu-individu yang bertindak meninggalkan PAS kerana jelasnya mereka telah melanggar baiah ataupun ikrar yang dilakukan sebelum ini ketika masih setia dan sayangkan parti Islam itu. – MYNEWSHUB.CC

Keluar PAS Bukan Keluar Islam – PAS Kota Raja Lepas Jawatan

Komen

comments

Read more ...

Doktor Hospital Kerajaan Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Wanita Dikecam Orang Ramai

JOHOR BAHRU - Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial. Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum. Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya. "Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.  "Tingkah laku dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan. Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan. "Mohon ambil perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya. Di zon-zon larangan seperti ini selalu melarang orang awam merakam sebarang gambar. Namun, apa yang peliknya, kakitangan mereka sendiri yang melanggar larangan tersebut. Tidak hairanlah mengapa sesetengah ibu mengandung memilih untuk melakukan homebirth berbanding bersalin di hospital. Ini kerana bagi mereka, golongan perubatan ini tidak mementingkan aspek pentingnya aurat seseorang wanita. Meskipun hanya untuk suka-suka di kalangan pegawai perubatan, apabila ada tangan yang gatal menyebarkan gambar itu ke tempat lain, si pelakunya mungkin perlu bersedia untuk menghadapi akibatnya akan datang. Berhati-hatilah semua. SUMBER: TheHypeMedia
Read more ...

4 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT LISA SURIHANI & YUSRY KRU

Pada 15 Ogos lalu, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU telah mengadakan kenduri doa selamat sempena menyambut kelahiran tidak lama lagi.

Apa yang menarik, majlis rumah terbuka Lisa dan Yusry turut diadakan sekali.

"15th August 2015 : Syukur Alhamdulillah, kenduri doa selamat and family Raya gathering went on smoothly. Thank you all that helped make it happen, wouldn't have been able to pull it off without all of your love, kindness and help," tulis Lisa dilaman IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pencuri lembu Aidiladha

metahad@hmetro.com.my

Nilai: Seorang penternak lembu tidak sempat memperoleh pendapatan lumayan pada hari raya Aidiladha apabila 10 lembu miliknya dicuri penjenayah.

Mangsa, Mohammad Rezak Sir Muhammad, 38, berkata, kehilangan itu disedari jam 7 pagi, Khamis lalu ketika mahu memberi makan kepada ternakannya itu di ladang miliknya di Mantin di sini.

Dia yang menternak 30 lembu menyedari bilangan lembunya berkurang dan pemeriksaan mendapati 10 daripadanya hilang.

"Malah ketika pemeriksaan itu, saya turut menemui peralatan seperti pemutar skru, pemetik api dan kasut disyaki milik pencuri yang melarikan lembu saya itu," katanya ketika ditemui di ladangnya, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Read more ...

Jawatan Presiden AFF kekal milik Sultan Ahmad Shah

SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tanpa bertanding untuk penggal kedua selepas pencabar tunggal Datuk Worawi Makudi dari Thailand menarik diri pada saat-saat akhir pemilihan.

Makudi, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand dan anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA, mengambil keputusan itu sebelum pemilihan bermula sempena Kongres AFF ke-22 di Hotel Novotel Max di Yangon, Myanmar, hari ini.

Empat naib presiden terpilih untuk penggal 2015-2019 ialah Mejar Jeneral Khiew Sameth (Kemboja), U Zaw Zaw (Myanmar), Dr Tran Quoc Tuan (Vienam) dan Putera Sufri Bolkiah (Brunei).

Sultan Ahmad Shah mengambil ahli jawatan Presiden AFF pada 2011 daripada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail selepas menang tanpa bertanding.

Dalam ucapan penerimaan jawatan, baginda menyeru semua ahli gabungan AFF untuk terus merapatkan barisan dan meletakkan persaudaraan ASEAN atas segala-galanya.

Sultan Ahmad Shah me ngucapkan terima kasih kepada ahli gabungan AFF atas kepercayaan berterusan yang diberikan atas kebolehan baginda sebagai presiden badan bola sepak serantau ini, titahnya seperti dipetik dalam laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Baginda turut mengingatkan semua ahli AFF untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan bekerja bersama-sama untuk membangun dan meningkatkan mutu bola sepak ASEAN.

Read more ...

Doktor Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Terdedah, Dikecam Netizen

JOHOR BAHRU - Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial. Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum. Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya. "Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.  "Tingkah laku dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan. Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan. "Mohon ambil perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya. Di zon-zon larangan seperti ini selalu melarang orang awam merakam sebarang gambar. Namun, apa yang peliknya, kakitangan mereka sendiri yang melanggar larangan tersebut.  Meskipun hanya untuk suka-suka di kalangan pegawai perubatan, apabila ada tangan yang gatal menyebarkan gambar itu ke tempat lain, si pelakunya mungkin perlu bersedia untuk menghadapi akibatnya akan datang. Berhati-hatilah semua. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Tinjauan: Derma parti kena uar-uarkan

Ada ahli akar umbi Umno berpendapat, tindakan memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi presiden mereka bukan sesuatu yang wajar.

Jika transaksi itu masih diperlukan, kata seorang veteran Umno Kuala Nerus, ia sepatutnya diuar-uarkan kepada beberapa pihak.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Pak Syed, 75, juga berkata penerangan secara berterusan ke pihak bawahan juga penting bagi memastikan semua ahli jelas denga segala perkara berlaku.

"Secara terus terang, mereka (akar umbi) tak setuju dengan masukkan wang ke akaun peribadi.

"Tetapi kalau masukkan pun, biar beberapa orang lain juga tahu. Jika tidak, ia seolah-olah hak peribadi. Saya memang rasa tindakan (masuk duit ke akaun peribadi) itu tak tepat. Sepatutnya tak perlu begitu.

"(Tapi) penerangan juga penting dan kena turun ke akar umbi dan beri penerangan sejelas-jelasnya," kata beliau yang menganggotai Umno lebih dari 50 tahun.

Selain itu, menyentuh mengenai masalah dalaman yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata sikap taat pada ketua perlu diamalkan.

Katanya, setiap masalah juga perlu diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan menentang antara satu sama lain.

"Kita ahli-ahli ini sepatutnya bersama di belakang ketua.

"Kita tak kata ketua kita betul 100 peratus, tetapi cara penyelesaian itu bukan dengan membelakang, menentang atau mendedahkan.

"Sepatutnya secara rundingan dalaman dan diplomasi," katanya lagi.

Percaya kebijaksanaan PM

Bagi ketua Umno cawangan Kampung Telaga Daing, Wan Hamzah Wan Yusof (gambar atas), walaupun sebelum ini terdapat akar Umno yang tidak berpuas hati berhubung dakwaan wang derma disalurkan ke akaun peribadi Najib, beliau menyerahkan perkara itu pada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

"Pada asalnya sebahagian tidak berpuas hati tapi dengan ada penjelasan, sedikit sebanyak kita serahkan pada kebijaksanaan pucuk pimpinan dan Najib untuk buat yang terbaik untuk rakyat.

"Mungkin dia ada agenda yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Perwakilan Wanita Umno Normazlira Zakaria (kanan) pula berkata, walaupun meragui penyaluran RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu, namun beliau berfikiran positif dan yakin Najib mempunyai misinya tersendiri.

"Mula-mula difikirkan memang ada keraguan, tetapi sebab saya berfikiran positif, mungkin Najib ada dia punya visi dan misi masing-masing," katanya.

Read more ...

Terengganu’s fishermen caught between dwindling catch and corruption

The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by various factors in recent years. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by various factors in recent years. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.Already struggling to make ends meet, the lives of Terengganu's weather-beaten small-time fishermen are being made harder by competition from huge trawlers encroaching their waters, and corruption in local cartels that leaves them at the mercy of foreign fishing boats.

The Malaysian Insider's recent visit to the fishing community at the seaside village of Marang found fishermen already struggling with the fact that they will have no familial successors, for the young find the job hard and the money too little.

A fibreglass boat now costs RM1,500, but the returns are little these days.

There is also competition from those who are more well-off in the trade and who own trawlers which catch almost every living being in the waters – squid, fish, prawns and crabs.

The small fisherman cannot compete. All he has is the camaraderie of his fellow fishermen on board and a net that has battled the elements, and can only haul in a much smaller yield.

Small-time fishermen have to stick to a designated fishing zone, closer to the shore. This is Zone A, which begins 5km away from the land, while Zone B and C is about 3 to 5 nautical miles (about 9.26km) from land, and fishing in these waters is subject to a quota. These zones are the purvey of trawlers and bigger boats.

"Despite the zoning and laws, the trawlers do 'gatecrash' the waters that are meant for the nelayan pinggir, but what can we do?" Mohd Zulkifli Mustafa, a member of the Lembaga Persatuan Nelayan Kawasan Marang.

The trawlers are owned by Malaysians, who hire foreign workers.

"The foreign workers, they are quite respectful of us and won't do anything to offend us, but what are these trawlers from Kuantan doing in our waters, taking our fish? They are quite shameless."

Complaints made to the authorities have come to naught, said Zulkifli.

"When we get someone who is sympathetic, either the Cabinet changes or the whole department does. Politics is killing us."

Dying trade

Universiti Malaysia Terenggganu researcher Dr Nazli Aziz says one of the factors affecting the fishermen is the changing of the coastline in the name of development. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.Universiti Malaysia Terenggganu researcher Dr Nazli Aziz says one of the factors affecting the fishermen is the changing of the coastline in the name of development. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.Dr Nazli Aziz and Dr Norhayati Saat, two researchers from Universiti Malaysia Terengganu, who have studied and worked with the Marang fishermen say their dire situation is not as black and white as the community may claim.

Factors such as complacency and a negative attitude towards life and earnings contribute to the decline of fishing as a tradition and employment.

About 40% of the local youths have moved away from fishing, be it trawler or small-time, preferring an easier way to eke a living. This is why foreign workers like Bangladeshi workers have taken the place of the Malay youths.

"The duration of fishing is about six months. It is seasonal – there is no fishing during the monsoons. But the big boats from Vietnam, Thailand, they go all out," Norhayati (pic,m below).

Small-time fishermen have their reasons for not going all out beyond their borders.

The ocean can be frightening, they say, and some use the excuse of families and religion – they want to pray on land, for example – not to venture farther out to sea.

Attitudes aside, development is also sounding the death knell for the fishing industry.

The irony is that while the state gives out generous subsidies and financial resources to help small-time fishermen, development shunts them.

Assistance from the state could not fight the ecological impact of the redevelopment of Terengganu's coastal areas, such as land reclamation for a new airport, which took away the fishermen's catch.

"That's the (fishermen's) playground. When you change the coast in the name of development, they have nothing. They leave because the seas are no longer their livelihood. There is no fish in the sea," Nazli said.

Though the state allocates money for small-time fishermen, the two researchers say that the community is not included in the state's development planning, which is focused on the mainland.

The fishermen's plight is divorced from development plans, leaving few ways to empower them.

Inevitable demise

Perhaps the negative outlook fishermen have on their futures is not that surprising after all, when one considers the odds stacked against them.

Already crowded out by trawlers, and faced with dwindling catch as a result of ecological changes brought by development, they are also at the mercy of corruption by well-connected locals who have good ties with the Fisheries Department over the issuance of fishing boat licences.

"Men with titles – Datuks, Tan Sris – unlike us," said one of the fishermen, "lease out fishing licenses to Vietnamese tekongs who own huge boats and are armed with guns," said Buyang, a fisherman from Pulau Duyong.

These Datuks and Tan Sris rent the licences, in many cases, to Vietnamese fishermen, at RM5,000 each per boat or trawler.

It is good passive income for the well-connected, said Buyang.

"Imagine this. One Datuk gets RM5,000 per boat per month. He leases out these licenses to 17 boats. That makes it RM85,000 a month."

The fishermen don't dare make a scene out of this, as the community is small, and repercussions may be felt for generations.

"Maybe it's our time to go. We (fishermen like us) will soon be extinct," said an elderly fisherman. – August 23, 2015.Fishermen in the villages in Marang facea daily struggle in getting a good catch as unfair competition and corruption directly affects their livelihood. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.Fishermen in the villages in Marang facea daily struggle in getting a good catch as unfair competition and corruption directly affects their livelihood. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, August 23, 2015.

Read more ...

Peningkatan pelaburan bukti keyakinan terhadap dasar kerajaan - PM

KUALA LUMPUR: Jumlah pelaburan sebanyak RM113.5 bilion yang diterima Malaysia pada separuh tahun pertama tahun ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelaburan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Pelaburan baharu diluluskan bagi Januari-Jun 2015 telah mencatat RM113.5 bilion. Ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelabur kerajaan," kata Perdana Menteri dalam laman twitter rasminya hari ini.

Jumlah pelaburan itu lebih tinggi berbanding RM112 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Rabu lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata 81.1 peratus daripada pelaburan itu disumbang oleh pelabur domestik.

Menurutnya, pelaburan itu adalah untuk 2,487 projek yang dijangka menjana kira-kira 101,780 peluang pekerjaan.

- BERNAMA

Read more ...

'Jihan Patut Menang! Sharifah Sakinah Tak Lawak Langsung!' - Netizen

Beberapa keputusan Anugerah Lawak Warna semalam mencetuskan pertikaian netizen yang menganggap pemenang yang dipilih tidak masuk akal langsung. Netizen mempertikaikan kemenangan Sharifah Sakinah yang memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular, sepatutnya dimenangi oleh Jihan Muse. "Saya tak setuju Sharifah Sakinah menang, bukannya lawak pun dia. Buat lawak bodoh ada la. Jihan yang patut menang," kata Ezzan. Netizen juga mendakwa juri pilih bulu serta tiada 'taste' lawak menyebabkan calon yang sepatutnya menang disisihkan begitu sahaja. Memang ramai yang mengharapkan Jihan menang, namun keputusan juri adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Bukan rezeki Jihan kali ini. Walaupun begitu, Jihan berjaya memenangi kategori yang lain, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV). Okaylah daripada tak ada langsung kan? Mungkin betullah kata sesetengah artis yang berpendapat bahawa keputusan juri-juri di Malaysia ini sudah tidak relevan. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

TIGA SEBAB Kenapa PM Terima Derma RM 2.6b

TIGA SEBAB Kenapa PM Terima Derma RM 2.6b…BATU PAHAT – Kesungguhan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kepada keganasan menjadi antara sebab utama penderma dari timur tengah memberikan sumbangan sebanyak RM2.6 bilion sebagai dana politik.

Ahmad Zahid Hamidi

Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi Umno ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebenarnya ada tiga sebab menjadi punca penyumbang berkenaan menyalurkan 'dana khas' terbabit untuk Malaysia.

Katanya, sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.

" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.

"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.

"…dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan sumbangan terbabit juga bukan sahaja diberikan kepada Malaysia sahaja, tetapi beberapa negara lain juga pernah menerima sumbangan yang sama.

Katanya, kewujudan dana politik berkenaan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bebas 100 peratus bebas dari unsur rasuah itu, turut pernah diteliti salinan asal dokumennya.

"Bukan kita sahaja yang menerima dana seperti ini, malah terdapat dua atau tiga negara lain yang menerima sumbangan secara peribadi daripada penyumbang Arab Saudi ini.

"Saya berharap dengan penjelasan ini semua peringkat termasuklah dari peringkat akar umbi dapat mengelakkan tuduhan yang berunsur fitnah dan penerangan ini cukup jelas serta tidak perlu lagi dipanjangkan," katanya.

Tags: , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Menurut senarai terbaru yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, dibawah ini adalah senarai rasmi aktres wanita yang menerima bayaran paling mahal di dunia. Jennifer Lawrence Jennifer Lawrence mengungguli carta di tempat pertama dengan jumlah USD52 juta setahun. Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun. Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal. Scarlett Johansson Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut. Scarlette Johansson menduduki tangga kedua dengan jumlah USD35.5 juta. Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta). Melissa McCarthy Diikuti pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun. Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana. Fan Bingbing Fan Bingbing, 33, telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun. Fan Bingbing, satu-satunya pelakon wanita yang bukan dari Amerika tersenarai dalam pelakon wanita termahal di dunia. Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat. Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood. Jennifer Aniston Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun. Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway. Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. –Agensi 1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta 2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta 3. Melissa McCarthy – AS$23 juta 4. Bingbing Fan – AS$21 juta 5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta 6. Julia Roberts – AS$16 juta 7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta 8. Reese Witherspoon – AS$15 juta 9. Anne Hathaway – AS$12 juta 10. Kristen Stewart – AS$12 juta 11. Cameron Diaz – AS$11 juta 12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta 13. Meryl Streep – AS$8 juta 14. Amanda Seyfried – AS$8 juta 15. Sandra Bullock – AS$8 juta 16. Emma Stone – AS$6.5 juta 17. Mila Kunis – AS$6.5 juta 18. Natalie Portman – AS$6 juta Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *