Recent Post

Saturday, August 27, 2016

Maklumat ketirisan FAM sudah diserah kepada Khairy - Berita Harian

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menerima kunjungan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam entri terkini di akaun Facebook Johor Southern Tigers, berkata beliau memutuskan menyerahkan pendrive itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Pada Julai lalu, Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian sendiri.

'Pendrive' berkenaan, kata beliau diberikan oleh sahabat berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalam FAM.

"Ia mengenai ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil oleh FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek," katanya.

FAM selepas itu menegaskan pihaknya sedang meneliti secara terperinci dakwaan berhubung penyelewengan itu termasuk mengadakan beberapa perbincangan lanjut.

Mengulas lanjut Tunku Ismail dalam akaun Facebook berkenaan bagaimanapun berkata, FAM bukan masalahnya sekali gus mahu menumpukan perhatian kepada kelab kecilnya, JDT.

Selain itu, dalam pertemuan dengan Khairy, antara topik dibincangkan adalah berkaitan program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama membabitkan sukan bola sepak.

Read more ...

Bengkel Jadi Pengacara Majlis Rasmi, TV & Radio Bersama Halim Othman

YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Arte Academy melancarkan program "Workshop Pengacaraan Majlis Rasmi, TV dan Radio Bersama Halim Othman" yang mensasarkan orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan. Bengkel Jadi Pengacara Majlis Rasmi, TV & Radio Bersama Halim Othman PELANCARAN "WORKSHOP PENGACARAAN BERSAMA HALIM OTHMAN" "Ini merupakan program pertama anjuran YouGo bersama Halim Othman," kata CEO YouGo, M.Zulkifli. "Kami percaya workshop ini dapat menarik minat semua yang bercita-cita menjadi pengacara yang serba boleh dengan identiti tersendiri." "Melalui workshop ini, saya bakal berkongsi pengalaman saya sebagai pengacara hampir 25 tahun dengan peserta-peserta yang ingin mengasah bakat pengacaraan mereka," kata Halim Othman, yang kini mengacara program "Planet Sukan" di TV1 dan juga "Suria Pagi" di SuriaFM. "Saya akan memberikan tip-tip praktikal dalam segala aspek bidang ini, termasuklah audisyen, penampilan diri, penulisan skrip dan penjagaan suara." Peserta-peserta boleh memilih antara dua tarikh yang ditawarkan iaitu 24 September atau 15 Oktober dan workshop sehari ini (9 pagi-5 petang) akan diadakan di premis Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong. YouGo juga menawarkan harga istimewa RM299 untuk setiap peserta, jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Ogos 2016. (Harga biasa RM350). Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 / 03-8659 7534 atau emel info@yougotraining.com / info@arteacademy.com Mengenai YouGo Training & Media Consultancy YouGo Trainin g & Media Consultancy (YouGo) ditubuhkan pada tahun 2016 dan menawarkan pelbagai program latihan dalam industri kreatif dan media. Alamat: YouGo Training Media & Media Consultancy F-2-5, Jalan GC3 Glomac Cyberjaya, Persiaran APEC Cyberjaya 63200 SELANGOR

Related

Komen via Facebook

Komen

— 222 Bacaan
Read more ...

Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman, Ditukar Dan Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib

Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial beberapa keping gambar yang memaparkan seorang anggota peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan telefon ketika memandu.

Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan di mana satu saman telah dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu sendiri.

"Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu, anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya.

"Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain," katanya. - Siakapkeli.my

Ruju kan: JPJ

Read more ...

Dua beradik rentung dalam kebakaran

Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Keningau pada kira-kira 1 pagitadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi ketika rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom itu difahamkan sudah musnah 70 peratus.

"Sepasukan 11 anggota bomba dengan dua jentera dan satu kenderaan utiliti tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit selepas panggilan kecemasan diterima.

"Rumah tersebut jenis separuh kekal dan sebaik bomba tiba telah 100 peratus musnah. Terdapat dua mangsa terperangkap dan mati rentung dalam rumah," katanya.

Menurut kenyataan itu, dua beradik itu dikenal pasti sebagai Vanessa Sim Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Keningau, katanya.

- Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *