Recent Post

Friday, August 28, 2015

Apabila Warna Biru Mendominasi Warna Alam Semulajadi

Warna hijau sering dikaitkan dengan warna-warna semulajadi. Tetapi pernahkah anda melihat dan juga terfikir apabila warna biru mendominasi warna alam? Buat kamu peminat warna biru, pasti salah satu dari 6 gambar dibawah ini akan dijadikan wall paper.

#1 Gabungan warna biru dan ungu mencipta suasana romantis, mungkin tempat sebegini amat sesuai buat anda untuk dijadikan tempat persandingan.

Blue 3

#2 Tidak pasti ini adalah gambar sebenar ataupun telah di edit. Tetapi tasik ini kelihatan agak suram dan mengerikan pula bila kelihatan berwarna biru. Ini pandangan penulis? Anda bebas menyatakan pandangan anda dalam ruangan komen dibawah.

Blue 7

#3 Gabungan warna hijau dan biru menciptakan suasana yang lebih ceria.

Blue 1

#4 Bunga sakura berwarna biru? Boleh tahan..

Blue 4

#5 Bunga tulip biru yang menciptakan suasana kasih sayang

Blue 5

#6 Amat sesuai dijadikan untuk penggambaran pre-wedding photo.

Blue 6

Ada tak salah satu dari gambar diatas anda berhajat untuk jadikan wall paper atau screen saver? Penulis sudah 'chup' yang nombor #1. Pertama kalinya penulis menjadi suka dengan warna biru apabila warna sejuk ini digabungkan dengan warna-warna semulajadi.

Sebenarnya masih terdapat lagi ditempat-tempat lain dimana bukan warna hijau sahaja yang mendominasi warna-warna alam semulajadi. Penulis akan berkongsi dengan pemandangan tempat lain pada masa akan datang.

Teruskan mengikuti kami di Viral Kini dan jangan lupa like Facebook kami, Berita Viral Kini, kami akan sentiasa berkongsi link disana.

Read more ...

Aktiviti Program Jiwa Murni ATM Boleh Dikembangkan

KUNDASANG – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin aktiviti di bawah Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh diperluaskan dan dipelbagaikan demi mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata selain membantu memperbaiki atau membina rumah rakyat yang ditimpa kesusahan, termasuk akibat bencana alam, program Jiwa Murni juga boleh membantu dalam pembinaan inftrastruktur asas lain seperti jalan raya ataupun jambatan yang sukar dilaksanakan melalui kaedah biasa.

"Saya sebenarnya cukup yakin bahawa ia dapat diperluaskan kepada pendekatan-pendekatan yang sesuai. Kesesuaiannya banyak bergantung kepada keperluan orang ramai, sekiranya rakyat perlukan sentuhan daripada tentera, sama ada ia jalan raya atau jambatan.

"Saya mendapat laporan ada beberapa jambatan yang perlu kita lihat di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri merasakan mereka tidak mampu lakukannya kerana bahaya cerun. ATM dalam hal ini tidak teragak-agak untuk tampil ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jiwa Murni kerjasama Angkatan Tentera Malaysia-Media Prima Berhad di sini Jumaat.

Melalui program berkenaan, ATM dan Media Prima bekerjasama membina 12 buah rumah yang rosak akibat gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun lalu.

Media Prima memperuntukkan RM200,000 manakala ATM menyediakan kepakaran dengan seorang pegawai dan 26 anggota dari 5 Skuadron Kor Jurutera Diraja (RAJD) dan dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) untuk projek baik pulih 12 buah rumah itu, tiga daripadanya di Parlimen Ranau dan sembilan lagi di Parlimen Kota Belud.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Panglima Pemerintah Medan Timur Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Pengarang Urusan NST Datuk Abdul Jalil Hamid dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Hishammuddin, ATM dan Media Prima telah bersepakat untuk meneruskan kerjasama pintar itu yang disifatkan beliau sebagai 'menang-menang' antara kedua-dua pihak pada masa-masa akan datang apabila berhadapan dengan sebarang bentuk bencana termasuk banjir.

Katanya sebelum ini, ATM dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah menyalurkan bantuan sejak awal kejadian gempa bumi lagi di mana aset-aset ATM digerakkan termasuk helikopter, kenderaan tiga tan, jurutera, pasukan perubatan serta anggota.

Hishammuddin berkata program Jiwa Murni berkenaan merupakan komitmen berterusan ATM dalam membantu masyarakat Ranau dan Kota Belud yang terkesan akibat gempa bumi selain untuk mendekatkan ATM dengan masyarakat setempat serta meningkatkan keyakinan mereka dengan ATM.

"Saya percaya, ia (Program Jiwa Murni) dapat diterima baik oleh masyarakat setempat, ia dapat menyatupadukan rakyat setempat, ia akan dapat menyedarkan rakyat Sabah bahawa Angkatan Tentera Malaysia tetap bersama dengan mereka dalam keadaan senang dan susah," katanya.

Pada majlis berkenaan, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan kewangan daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia kepada 252 orang malim Gunung Kinabalu yang hilang punca pendapatan berikutan kejadian gempa bumi. – BERNAMA

Komen

comments

Read more ...

sedih sangat sebab aku cuai main hp anak mati dilanggar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan pusat beli-belah Zhengzhou, semalam.

Ibu mangsa dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News.

Menurut saksi kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Pemandu kereta SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Read more ...

Johan Dikecam Gara-Gara Membiarkan Isterinya Berpakaian Seksi Dan Menakutkan

Seksi Habis si Isteri Johan Raja Lawak. Semua tahu si Johan ini sayang gila dekat Bini dia. Kalau tak silap, segala tindakan johan pasti mendapatkan pendapat daripada si Isterinya dahulu iaitu Ozlynn . Namun ada yang mempetikaikan cara pemakaian Ozlynn yang sangat seksi dan tak sesuai bagi dirinya yang kini mempunyai 4 orang anak .

Antara Komen Orang Ramai:

Read more ...

"JIKA DIMURAHKAN REZEKI, SAYA RANCANG NAK DAPAT 8 ORANG ANAK" - AYU RAUDHAH

Biarpun sudah dikurniakan dua cahaya mata, namun Ayu Raudhah tetap berhasrat untuk menambah zuriatnya bersama Zaquan Adha dan siapa sangka dia mahu memiliki 8 orang anak dan dia juga sering berdoa agar keinginan itu tercapai atas berkat oleh-Nya.

"Alhamdulilah, syukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Keluarga saya bertambah ceria dengan kehadiran 2 anak teruna yang sentiasa hiburkan hati saya dan suami.

"Anak saya yang sulong sudah terikut-ikut minat ayahnya yang suka main bola, pantang nampak bola dia akan tidak berhenti bermain. Sekiranya dimurahkan rezeki dikurniakan anak seramai 8 orang, saya rasa bersyukur dan bertambah ceria suasana keluarga kami, Insha Allah," ujar Ayu berseloroh.

Klik gambar untuk size besar

Ayu turut memberitahu yang dirinya semakin sibuk menguruskan keluarga dan bisnes tudungnya iaitu Padusi.

Malah, karier lakonan berada di fasa berehat dan akan kembali berlakon semula. Namun dia tidak meletakkan sasaran bila masanya untuk bergiat aktif semula.

"Buat masa sekarang saya tidak bersara lagi dalam dunia lakonan, saya nak berlakon tapi masa yang tidak menginzinkan. Lagipun anak-anak saya masih kecil dan perlukan perhatian dan jagaan sepenuhnya oleh saya dan suami.

"Kalau tanya saya rindu ke tidak? Jawapan saya adalah iya. Tetapi masa belum mengizinkan, Zaquan tak larang saya untuk berlakon, tapi saya yang membuat keputusan untuk berehat seketika," jelasnya.

Menyentuh mengenai pencalonannya dala m kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM27, dia berasa sangat bersyukur dan terharu kerana bakatnya masih lagi diterima oleh para juri untuk tercalon sebagai finalis.

Ayu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang trofi kemenangan, tetapi dia harapkan pada malam kemuncak itu adalah hari kemenangan kepada semua calon yang menyemarakkan dunia perfileman negara.

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga mereka sekitar 4 tahun yang lalu dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 2, dan Muhammad Aisy Aryan, 1.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Menakjubkan! Tangan Bayi Pramatang Hanya Sebesar Cincin

Di Hull, Britain, seorang bayi perempuan yang dilahirkan pramatang memiliki saiz badan sangat kecil aje sehingga tangan dia pun muat dengan cincin perkahwinan bapa dia. Kecikkkknya tangan dia, geram cek tengok! Hihihii..

Baby girl tu namanya Mollie Perrin yang dilahirkan pada 27 April lalu iaitu 13 minggu lebih awal telah disahkan menghadapi masalah pada plasenta ketika dalam kandungan.

Doktor bagitau mak bapak baby girl tu, Stephanie, 34, dan James, 38, bayi diorang maybe tak dapat hidup melebihi tiga minggu. Alaaa.. Kesiannya.

Sejurus dilahirkan, Mollie dengan berat hanya 482 gram dan lebih kecil daripada satu pek gula telah dikejarkan ke pusat rawatan neonatal.

Tapi sapa sangka kan Mollie berjaya mencabar jangkaan doktor apabila pada usia tiga minggu, mak bapak dia dah boleh pegang dia untuk kali pertama. Kini, pada usia 17 minggu, Mollie sudah boleh dibawa pulang ke rumah. Keajaiban!

"Saya tidak percaya Mollie akhirnya kembali kepada kami untuk dibawa pulang," kata James.

Read more ...

Tahyul awet muda

anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kepercayaan kulit wajah boleh menjadi awet muda 30 tahun menyebabkan masih ramai wanita tempatan dan lelaki metroseksual membahayakan nyawa dengan mengambil suntikan vitamin C.

Suntikan itu yang diharamkan di negara ini dikesan masih dilakukan secara 'sembunyi' oleh beberapa pusat kecantikan dengan tawaran harga perkhidmatan mencecah RM500.

Malah fakta perubatan mendapati suntikan vitamin C turut menyebabkan wanita mengalami menopaus atau putus haid pada usia muda sekitar awal 30-an.

Kebiasaannya cecair itu terus disuntik ke muka atau saluran darah wanita yang yakin kedut di wajah akan lenyap dan menjadi muda remaja.

Sementara itu jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, aktiviti suntikan haram vitamin C berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKEP) KKM melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah pusat kecantikan di Jalan Klang Lama di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more ...

Skuad B-19 Malaysia seri dengan Vietnam

Buntu meledak gol jadi punca skuad B-19 negara terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Vietnam bagi Kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Laos.

Walaubagaimanapun, benteng pertahanan diterajui kapten Dominic Tan berdepan beberapa saat getir terutama dibabak kedua apabila Vietnam menghadirkan peluang namun percubaan mereka sekadar mengena tiang gol.

Meskipun mencatat rekod baik ketika tiga bulan berada di Slovakia dengan 15 kemenangan, satu perlawanan mendapat kedudukan seri dan satu kalah namun Vietnam nyata memberikan cabaran yang berbeza.

Keputusan pengadil turut boleh dipersoal terutama ketika Vietnam membuat beberapa bentesan keras namun tiada layangan kad merah dibuat.

Malaysia turun dengan moral tinggi selepas membelasah pasukan negara jiran 4-0 pada Selasa.

Selepas ini malaysia bakal berdepan satu lagi perlawanan sukar iaitu menentang Myanmar.
Read more ...

Ministry to introduce compulsory unity module for vernacular schools

The Education Ministry says non-Malays continue to shun national schools because of the existence of Chinese and Tamil schools. – The Malaysian Insider file pic, August 28, 2015.The Education Ministry says non-Malays continue to shun national schools because of the existence of Chinese and Tamil schools. – The Malaysian Insider file pic, August 28, 2015.The Education Ministry is drawing up a module to conduct "Bina Bangsa" or nation-building programmes for vernacular primary schools to address the lack of interaction between races among school children.

Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said the programme would likely be introduced next year, beginning with schools in the Klang Valley.

He said it was difficult to attract non-Malays to national schools because of the existence of national-type or vernacular schools catering to the Chinese (SJKC) and Tamil-speaking (SJKT) students.

"It is hard to attract them to study at national schools because there are vernacular schools available. We have allowed an education system with three streams since Merdeka 58 years ago.

"If we talk about unity, nation-building, we must think of how we can get children from different racial backgrounds to meet and mingle.

"It now means we must have a programme that is not selective but compulsory for kids in vernacular schools," the newly-appointed minister told The Malaysian Insider in an exclusive interview.

Malaysia's public education system has schools which use the national language, Bahasa Malaysia, as the main medium of instruction, and vernacular schools which use mother-tongue languages, such as Mandarin and Tamil.

Citing research, Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid says many Malaysian students from different racial backgrounds would only meet after the age of 17 and when they attend college. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, August 28, 2015.Citing research, Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid says many Malaysian students from different racial backgrounds would only meet after the age of 17 and when they attend college. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, August 28, 2015."Bina Bangsa" is meant to promote inter-racial relations among pupils from a young age, Mahdzir added.

He said research done on Malaysian students showed many from different racial backgrounds would only meet after the age of 17 and when they attend college.

"Because of that, we want to let them meet over their six years in primary school, through leadership, cultural, sports and other programmes.

"Leadership programmes for the children, for example, can have the pupils from different types of schools all going to the seaside for the events. They will learn how to respect each other's faiths and cultures.

"At least when an ustaz takes his pupils to 'solat' (pray), the non-Muslim children will know what it means and respect their Muslim peers' practices," he said.

Mahdzir said he was drawing up the nation-building module to benefit all races, not just the Malays.

But the module must be something agreed upon by everyone, including the schools' administration and parents, he added.

To roll out the module, he said the initial focus would target primary schools in the Klang Valley, and would be gradually extended to other states, including Sabah and Sarawak.

"I am not so worried about Sabah and Sarawak because they are already 1Malaysia," he said, referring to the federal government's slogan on national unity.

"In a school there, we can see pupils of different races and religions under one roof," he added. – August 28, 2015.

Read more ...

Untung pracukai IOI Properties naik kepada RM1.13 bilion

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion daripada RM1.12 bilion, setahun lepas.

Pendapatan syarikat pemaju hartanah itu meningkat kepada RM1.906 bilion berbanding RM1.454 bilion, sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan peningkatan dalam pembangunan hartanah disumbangkan hasil jualan lebih tinggi daripada projek-projek di Lembah Klang, Malaysia serta Singapura.

"Bagi pelaburan hartanah, peningkatan itu disumbangkan hasil segmen peruncitan yang lebih tinggi daripada IOI City Mall di Putrajaya yang mula beroperasi pada November 2014.

"Bagi segmen libur dan hospitaliti, kenaikan itu disebabkan pembukaan District 21 dan tarikan Icescape Ice Rink di IOI City Mall serta hotel Four Point Sheraton di Puchong selain pertumbuhan stabil perniagaan perhotelan sedia ada," katanya.

Bagi masa depan, kumpulan itu menyasarkan untuk menjana pendapatan lebih tinggi daripada segmen pelaburan hartanahnya berikutan selesainya projek dua menara pejabat dan hotel lima bintang, Le Meridien, dalam suku ketiga tahun kewangan 2016.

- BERNAMA

Read more ...

CATATAN SEDIH!! Si Anak Kecil Ini, Membuat Ibu Bapanya SEDAR Erti KASIH SAYANG.

CATATAN SEDIH!! Si Anak Kecil Ini, Membuat Ibu Bapanya SEDAR Erti KASIH SAYANG…Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Ammar Muhamad menceritakan memori anaknya yang menyedarkan mereka tentang erti kebahagian yang sebenar. Semoga memberikan sedikit pengajaran kepada para ibu-bapa diluar sana.

Memori ini, semasa Zulfa darjah 3. Dia memang tiada facebook. Tetapi dia ada 'Wall' sendiri untuk meluahkan perasaan.

Catatan inilah yang menyedarkan kami, dalam diam, anak-anak ada dilemanya sendiri. Ada amukan rasanya sendiri. Walaupun bagi kami, kami bekerja keras mencari lebih wang demi untuk membahagiakan mereka. Namun, bagi mereka, kebahagiaan adalah apabila kami berada di sisi, pada saat mereka meraikan peristiwa penting dalam hidup mereka.

Mudah saja erti KEBAHAGIAAN bagi mereka, tidak seperti yang kami sangka.

Sejak itu, kami belajar melihat kebahagiaan dari mata mereka. Apabila mereka menyertai mana-mana pertandingan, kami akan sentiasa 'ada' bersama mereka. Apabila mereka menyertai apa-apa persembahan, kami di hadapan bertepuk tangan untuk mereka. Apabila mereka sedih mengalami kekalahan, kami sedia untuk memeluk mereka. Bagi kami, usaha mereka tidak sia-sia sekalipun kalah. Hanya hasilnya belum tiba.

Sewaktu bersama rakan-rakan Zulfa dalam satu pertandingan, terdengar bisikan rakannya.

"Awak untung, family awak datang tengok. Ayah saya hantar saya, selepas tu balik. Nanti dah habis baru suruh telefon." Sugul riak wajahnya.

Terusik juga hati saya. Jika ayahnya tahu, kebahagiaan anaknya hanya dengan duduk dan melihat anaknya 'bertarung'. Pasti dia akan tunggu dan terus tunggu.

Kami sedar, kebahagiaan itu murah caranya, tetapi tinggi nilainya, bukan mahal caranya, tetapi rendah nilainya. Jika kebahagiaan punya matawang untuk dibeli, bukan RM yang diperlukan, tapi KS yang lebih bermakna.

"Kasih Sayang"

Sementara mereka masih menagihnya dari kita, berikan saja. Apabila sampai saat mereka sudah penat menantinya dari kita, Ketika itu, mereka sudah semakin jauh dari kita. – Tuan Ammar Muhamad

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *